Followers

Saturday, October 29, 2011

Enjoying time

Broommm..Broommm by LittleGurl 8 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello peeps! How's your weekend?


Heaven gila kan bile stay at home apepom boleh. Same goes to others. Dunia habes belajar memang seronok haha! Kalau duduk hostel dulu aku rasa every minutes, hours mesti pikir nak study (eceh) or class. Takpon pikir eh nak pegi makan mane tengahari ni? -_-' But honestly, actually bila dah habes belajar, benda yang kau tak suka automatic akan rindu sobsob. Apatah lagi benda yang kita suka lagilah rindu gila. Oh I MISS MY BESTIE damn much! T_T

Ok habes pasal rindu.

Semalam pagi-pagi lagi bangun terjah Munduk, Thailand. Lagi? Yes, sebab akak sibuk nak pergi cari something kat sana (eceh kata orang padahal diri sendiri yang nak pegi haha). Lagipun kalau yang kaki jalan macam aku, kompem tak jemu pegi. Sebab the whole things are cheap! Murah gila ok.


 berchamwore memang perlu kan? -_-'

 more? ok fine!

 this is my mum. the best mum ever! ;)

Just like i said before, nak pegi Munduk haruslah naik bot. Best gila naik bot sebab aku jaranglah boleh tengok bot selalu kan haha. Memang jakun. U just paid RM1/each person then nak balek semula pon sama RM1/each person. Murah kan?

 hello! kami atas bot \^^/

bayangkan kalau kat tempat kita tudung cotton (ade awning) harga dalam rm45. tapi kat sini you just can get only RM18. sangat murah. boleh borong lajulaju tanpa berpikir panjang muahaha!

ok candid. masa ni baru stat nak bebel apetah  -_-'

Aku tak sempat nak ambik banyak gambar pon sebab tibe tibe hujan turun lebat gila. Memang basah kuyup jugaklah. Nasib baik pakai selipar jepun tak pakai hills. Wuaaawuaaaa








For those yang taktau Munduk tu tempat ape, pegi baca entry ni ;D




www.tips-fb.com

Bad cough

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

I just came back from KL. Actually dah masuk hari ke empat kat rumah selepas habes majlis konvokesyen yang ke-75 kat UiTM Shah Alam. Yes, i dah jadi graduan sekarang.

Tapi bukan nak story pasal konvokesyen haritu. Still takde mood nak ceghita pasal konvo.

Duduk KL haritu pon tak lama sangat. By Sunday my convocation's day, esokkan teros datang balik return back segala bagai yang terlibat (jubah etc). Terpaksa bayar RM2.00 sebab lewat sehari. Nasib baik kan murah, aku dah risau kot-kot kena RM30 sebab dalam student portal tu aku baca kena bayar RM30. Yes, kalau hari kedua lambat kena bayar RM30. Fuuhhh lega. Lepastu ambek gambar masa ambek sijil atas stage and also gambar yang ambek kat studio pulak. Setel ;)

Honestly masa konvo cuaca panas gila. Serta merta keluar dari dewan makeup automatic hilang. Yeah, muka aku nampak kusam gila masa konvo. T_T Ambek gambar pon terus nak lajulaju sebab takot panas haha!

The next day lepas setel jubah + gambar, it's time to go back home kat Kelantan. Aku dengan umi je pon yang lain tak ikot balek. Aku dah lama plan nak naik KTM Komuter from KL-KB. Finally, nasib baik ade tiket, tu pon dah beli awal-awal sebelom bertolak ke KL lagi. ;)

You know what naik KTM Komuter kena ada tahap kesabaran yang maksimum. Sebab kalau tak cukup 12hours atas keretapi kompen korang takkan sampai kat destinasi. Ok fine just imagine 12hours. Kalau ambek seat duduk rasanya mau kejang otot pinggang. 

The next day sampai rumah i feel not well. Betul. Tiba-tiba rasa pedih-pedih lidah macam ade infection or something wrong. Then my sis tiba-tiba pulak cakap 'hey, ade rasa mulut celupar ke tiba-tiba pedih lidah? haha' cis! Sesuka hati je kan. I kemain bersopan santun tade sibok hal orang cakap macamtu pulak. gggrrrrr

Rasa pedih-pedih lidah tu langsung tak hilang. Untill night dah mula saket tekak. Nak makan pon tak lalu sebab bila telan tekak pedih. Umi paksa pegi klinik. Tapi aku pulak malas sebab konon takde la saket demam ape, then rasa tak teruk. Padahal nak makan pon tak boleh.

Semalam pegi jugak Klinik Perdana selepas kena paksa haha! Lagipun rasa macam tak tahan gila saket pedih-pedih. Hey sape tak tahan bila my pebret drumstick ayam goreng pon tak habes makan sobsob. Sadis gila tengok drumstick akak yang tolong telan sampai habes T_T So sebab risau drumstick habes kena makan kat orang lain (over) so i decided nak pegi jugak jumpa doktor.


 Lozenges Zecuf (saket tekak), Cefadroxil (antibiotik), Paracetamol, Orrepaste (mouth ulcer), Mouthwash

I memang tak takot ubat. Yeah, ubat boleh telan macamtu je tak kisah ubat air atau pil. Member-member aku ramai yang tak makan ubat aku pon taktau nape dorang tak suka. Tadelah terok sangat rasa ubat tu kan hahaha hammmmboiii nak riak.

Dah dapat ubat tu apelagi teros telan yang mana doktor suruh. Tetibe tekak rasa macam eeuwwwwwwwww dah loya. Maybe sebab banyak sangat makan. Tu lah kemain nak riak ubat best la hape kahkahkah. 

Habes makan ubat mengadap laptop sekejap tetibe rasa loya lagi. Cis. Orang lain dah masuk bilik tido aku je duduk luar jadi musang. Takleh nak tido sebab tekak pedih. Dah rasa loya terus pegi kat sinki BUWWWWWEEEKKKKKKKKKKKKK habes terkeluar bubur nasi sedap hingga menjilat jari. Adelah dalam 5 kali dok termuntah sampai dah lembik satu badan. Dem. Saket tekak terhebak dalam hidup.

Yes, i thought just pedih-pedih tekak biasa but i get wrong. Terpaksalah habeskan ubat. Inilah orang kata dugaan. Bezanya dugaan kecik & besar.

now i only can drink this. no more food T_T

Hmmmm, next week dah raya. Hopefully tekak makin baik. Rugilah kalau tak rasa nikmat daging korban nanti hahaha!










www.tips-fb.com

Thursday, October 20, 2011

Syurga dibawah telapak kaki ibu

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum w.b.t

"Hadis sahih Bukhari dan Muslim meriwayatkan: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw, lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati? Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab lagi: Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu."

Sudah terang lagi bersuluh ibubapa yang patut kita hormati, yang patut kita segani. Orang yang bersikap kurang ajar dengan ibu bapa sendiri tu pada aku tak normal. Apatah lagi dengan ibu yang mengandungkan & melahirkan. Orang macamtu tak pernah belajar sains atau biologi kot zaman sekolah haha. Sebab dia taktau mana asal usul dia, macam mana terhasilnya fetus dan kemudiannya menjadi bayi yang gebu halus mulus lepastu membesar pulak kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa menjadi gadis rupawan dan jejaka kacak. Itulah susahnya kalau masuk sekolah ternganga saje tak dengar cikgu dok potpet class kan. Bile dah besar panjang, yang kau tau jawab 'eh suka hati la nak pergi mana pon mak sebok apehal?' Sakitnya hati.

Aku pon heran kenapa manusia ni tak hormat kat mak ayah. Aku pon zaman kecik degil jugak haha! Tapi tulah zaman kecik ego nak lebih, manja melampau sangat kan. Kan tengah nak membesar, kena tegur sikit pon nak melenting kahkahkah. Sikit-sikit nak merajuk muncung sedepa tu memang tak sah. Tapi bila dah besar panjang, boleh la kita nak pikir sendiri benda-benda macamni. Dah matang, dah cukup umur dah pon. 

Sekarang ni kalau yang nampak jelas, awek/pakwe kemain layan habes baik. Tapi kalau mak ayah saket demam, ade peduli? Kalau awek/pakwe demam 'sayang, nanti b hantarkan ubat ye.''Kenapa tak gitau sayang awal-awal, jom kita pi klinik'. Oh fine korang memang baik hati sangat. Prihatin dan bertanggungjawab. Dah boleh kawin dah sebab reti ambek berat kan. Eh tapi kalau mak ayah demam tak henti-henti, ade kau kesah tak?

--------------------------------------------------

Situasi A

Mak : kookkkk kooookkkkk koooohhhhh (batuk)
Kau : Hmmmm (pandang sebelah mata)
Mak : kooookkk kooookkkkk kooohhhh (batuk lagi)
Kau : asyik batuk je
Mak : koooookkkk koookkkk koooohhh (batuk menjadi-jadi)
Kau : makan ubat blom?
Mak : dah, dekat sebulan dah batuk. koookkkk koookkk kohhhhhhh
Kau : hmm,nanti makan la ubat.

Eh,camtu je tanya?

Situasi B

Cerita rekaan.

Mak pon ade facebook, apatah lagi sekarang ni zaman millenium. Mak nak jugak ade facebook, senang nak berhubung dengan kawan-kawan, sedara mara dan anak-anak cucu mak. Yelah, dah pencen keje tade duduk rumah je, ape salahnya mak pon nak luangkan masa mengetahui isu semasa. Sekarang pon mak selalu baca berita secara online. Canggih betul mak.

Tibe-tibe mak terpandang status gelpren anak mak.

'terima kasih sayang belanjakan i Mc'D tadi, semalam dah belanja Chicken Rice Shop, minggu lepas Pizza Hut, sebulan yang lepas Nasi Ayam terGolek, sayang awak ketat-ketat'.

Tersentap mak baca. Tiba-tiba air mata mak keluar. Mak tak sedih tapi air mata mak lajulaju keluar jugak. Anak mak tak pernah pon belanja mak makan. Anak mak tak pernah pon bawak mak jalan-jalan. Anak mak sekarang ni nak duduk makan dengan mak pon dah jarang. Bahkan tak pernah. Mak tak paksa, mak tak harapkan semua tu. Tapi mak nak juga rasa adanya anak-anak dekat dengan mak. Adanya anak-anak sentiasa dengan mak. Ambek berat tentang mak, jaga makan minum mak. Mak tak nak duet berguni-guni, mak tak nak semua tu. Tapi salah ke kalau mak nak juga merasa pakai baju baru yang anak-anak mak beli. Maksu Esah sebelah rumah kita selalu pakai baju baru. Maksu Esah pon tak keje macam mak. Tapi anak-anak yang belikan. Salah ke kalau mak nak merasa kasih sayang anak-anak mak? 

--------------------------------------------------

Buruk baik ibubapa kita, mereka tetap ibubapa kita. Yang berkerja keras mencari sesuap nasi. Yang membanting tulang mencari rezeki yang halal, taknak anak-anak kebuluran. Biar anak-anak yang makan, mak ayah tak makan pon tape. Itulah pengorbanan mereka yang perlu kita sedar. 

Ibu jaga anak sedozen boleh, anak nak jaga ibu sorang kemain susah.

Kita taknak kan dilabelkan sebegini rupa?

Kita mungkin bukan yang terbaik, tak mampu menghadiahkan ibubapa sebuah banglo mewah, tak mampu menghadiahkan ibubapa seguni emas, namun kita sebenarnya mampu menggembirakan mereka bukan kerana harta, tapi dengan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Setiap yang muda, akan melalui proses penenuaan. Jangan cakap kita muda sepanjang hidup. Yang muda mungkin jiwa kita tapi hakikatnya umur kita akan semakin meningkat hari ke hari. Kita fikir cuma satu perkara, setiap layanan kita terhadap ibubapa, mungkin itulah layanan anak-anak terhadap kita kelak. Jika baik layanan kita, maka baiklah layanan anak-anak terhadap kita dan sebaliknya.






Aku sensitif kalau cakap pasal mak ayah. Serius air mata sibok nak keluar. 


Haaaa...... tengok keluar lagi. T_T






www.tips-fb.com

Gerak ke tak?

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t

Semalam cik epal test korang kan? Meh harini aku pulak nak test mengetest haha. Bukan ape kadang waktu petang cemgini, mengadap keje belambak buat kita stress, betol? Takpon sibok dok pikir soal kawen tak habes-habes, mau naik migrain kepala. Pikir duet, pikir bini hahaha! 

Mari kita buat exercise mata. Kalau mata korang jadi juling sebab mende alah ni, jangan nak salahkan aku pulak. Kihkihkihkih

Ini style lain pulak.




Umi :  Tak pusing pon
Aku : Eh betol ke? ish nampak macam pusing je.
Umi : Emmmm, dok pikir bukan-bukan nampak macam pusing la. Mesti mata tak sehat tu. 




Fine. fine. Mata aku tak sihat. Uwaaaaaa! Mata korang sihat tak? Sape geng dengan aku meh gimme five hahaha ! ;D




www.tips-fb.com

Wednesday, October 19, 2011

1# Wordless Wednesday

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments

I just can't wait ;)








Minggu ni minggu bertuah ke ape? Ni yang buat rasa terharu nak nangis lagi ni sobsob T_T
Thanks si kacaks!







www.tips-fb.com

Tuesday, October 18, 2011

Untitled

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Petang-petang camni sepatutnya orang pergi berjogging pecahkan lemak dan bersenang lenang di playground bermain jongkang jongkit. Exercise. Bukan mengadap laptop cuba menaip entry yang entah ape-ape. Pulak tu dah TERniat nak post entry sedih. Ish ish macam tak patut je sikap macamni.

Perempuan memang suka nangis eh? Baca sini.

Aku penat lah kadang-kadang, ade masalah sikit sebok nak nangis. Ade salah faham sikit mesti nak sebak. Even tengok budak kecik meraung pon, aku dah mula nak sokseksoksek. Tengok tivi cerita sedih-sedih pasal ibubapa, pasal cinta-cinta, aku dah deam seribu bahasa, bukan dok menghayati pon, tapi tahan ayaq mata keluaq. Puii

Sikit-sikit nak nangis. T_T

Actually, tade sebab lah kalau tak nangis. Kalau keluar air mata sikit pon mesti bersebab. Kucing hilang anak pon tau nak mengiau meowww meowww cari anak dia. Kalau kita manusia biasa ni takde langsung perasaan sedih ne, aku agak, dia manusia pelik kot. Setuju? Hihihihihi

Honestly, day after day, aku asyik dok pikir pasal masa depan tak sudah-sudah. Yes, honest aku pikir pasal keje & married. Tipulah kalau tak pikir dah abes belajar kan. Lainlah kalau umur baru 15 tahun pmr pon blom, sebok nak kejar pakwe ajak kawen. Huish. Tapi tula benda yang menyemakkan kepala aku skarang ni. Keje tarak lagik, tapi bab-bab kawin macam dah kena lajulaju pikir. Mesti korang pelik kan, mesti kata aku gatal nak kawen neh. Cis. Bukan-bukan, ade la masalah disebalik tu cu cite cu cite hihihihi takleh cerita la awak, nanti kite segan bhahahaha!

Yang penting korang kena carikan aku kerja boleh? Tolonglah tolonglah! Almost 5 months dok tanam anggur tapi tak membuah langsung. Kite dah try banyak cara cari Quantity Surveyor (QS), tapi tak dapat. Tapi nak dekat kelantan je boleh? T_T

Sesuke hati je kan nak menyusahkan korang hahahaha!

Eh aku nak share ngan korang artikel pasal perkahwinan. Yang mane belom kahwin boleh baca, yang mane dah kahwin pon kena baca hihihi






Psstt psstt camne nak add video kat blog dari youtube? 
Apesal aku try asyik tak boleh? 
Uwaaaa takbest la camni sobsob





www.tips-fb.com

Monday, October 17, 2011

Orang buat jahat perlu ke kita pun nak balas jahat?

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup ni tak semua orang suka hidup dalam keadaan positif selalu. Dan tak semua orang suka kan perkara negatif. Masing-masing punya pendapat berbeza. Tapi perlu ke orang buat jahat, kite pon sibok nak ikot orang buat jahat jugak? Bayangkan orang tu bunuh kucing tak bersalah, kau pon bersorak sorak tumpang gembira eh eh ai pon nak bunuh cincang kucing tu jugak! - _-' Konon macam nak cuba rasa feel membunuh tu. Ceh.

Ataupon keadaan macamni. Orang selalu buat baik dengan kau, selalu bagi coki-coki masa zaman sekolah, kongsi bekpes yang mak bagi bekal tiap-tiap pagi wow suwit gila. Tapi by the times you're growing up, semua tu kau dah lupa bila dia pernah rampas pakwe kau dari kau. So, sekarang kau memang anti gila, tengok muka pon dah tak lalu walaupon kejadian rampas merampas tu dah berlalu 15years ago. Lil kiddo lah masa tu.

Ataupon keadaan macamni pulak. Bapak sedara/mak sedara kau memang selalu pergi taveling. Dah kaya raya memang suka jalan-jalan pegi oversea overriver segala bagai. Tak lupa juga pergi umrah/haji dah berkali-kali, donate sana sini tak henti-henti. Boleh dikatakan memang orang kaya tapi hati baik. Tiap kali balek dari traveling, dia mesti tak lupa bawak ole-ole untuk kaum kerabat, walaupon tak banyak, tapi at least sorang sikit dapat merasa apa yang dia rasa masa traveling tu. Even ubat sebotol pon bagi dia puas sebab sume orang boleh dapat. Yang penting ikhlas. Tapi kau pulak eleh dah kaya kasi ubat sebotol je langsung tak appreciated. Bahkan bila kau pegi traveling jugak even pulau pangkor atau negeri sebelah Thailand atau Singapore, kau balik goyang kaki tayang gambar kat anak beranak. Padahal bawak duet beriban-riban tapi cuma beli alat-alat makeup kau dengan baju seluar skirt yang kau suka je. Even mak bapak pon kau tak beli ape-ape. Kau sibok dok cerita itu ini kat sume orang weehhh aku beli banyak barang, murah gila! Dorang hanya mampu cakap Oh bestnya kan dapat pegi sana. -_-'

Got it?

The conclusion is just appreciated everyones around you si cantiks & si kacaks. Orang memberi kita menerima kan. Apa salahnya kali ni kita pula memberi dan orang menerima. Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Aku bukan focus MEMBERI tu adalah hadiah, survenior, barang or whatsoever je. Tapi melibatkan semua hal. Memberi tu juga termasuk MENGHARGAI. Kata-kata manis tak penting pon, tapi layanan kita memberi seribu makna. Sebab layanan baik kita kepada orang akan membuatkan orang lain tersangatttttt bahagia.

Siapa pon kita even kaya/miskin/cantik/kurang cantik sekalipun, Allah s.w.t tak pernah menilai setiap fizikal dan kekayaan kita. Yang penting adalah hati. Tak rugi kalau kita berbuat baik kepada semua. ;)

Umi selalu cakap 'tapelah orang tak pernah ingat kita, berbuat baik kepada kita pun, janji kita sentiasa berbuat baik kepada orang sebab setiap kebaikan kita orang akan kenang bila tiba masanya.'



"Without Allah s.w.t, family, relatives, teachers, soulmates, friends, we just nothing at all."
(littlegurl,2011)













www.tips-fb.com

Friday, October 14, 2011

I miss u badly ;(

Broommm..Broommm by LittleGurl 8 comments
Assalamualaikum w.b.t


Orang lain mungkin tengah bersorak sampai pecah anak tekak semata-mata sebab bola malam ni.  Aku pulak pandang bola tak tivi macam tadak perasaan. Dengar abang sebok dok sorak, cuma mampu tanya 'brape dah?' 'gol dah?' 'sape gol?' T_T

Hello first time i tak berapa nak esaited tengok bola ni. Padahal Red Warrior lawan tuh. Biasa kalau menjerit mesti terlolong macam kena histeria haha. Ok terkantoi perangai tak senonoh sobsob. Yelah, tengok dengan family tak sama bila terkinja-kinja tengok kat stadium. Tak best. Sebab yang terkinja-kinja itu cuma dalam hati, kat luar punyalah ayu kemain sebab takot orang kata ambboiiii over kau.

Tapi malam ni dan malam semalam punyalah hilang mood nak tengok bola. Hey sampai aku ingat bola lawan semalam, sebok tunggu bola tapi takde pon. Rupanya malam ni. Cis. 

Dan mungkin malam esok pon still mood hilang nak bergumbira. Yes, bergumbira jugalah tapi tak macam selalu. Hati gundah gulana. 

Honestly, semalam bila pergi hantar dia kursus, macam tanak lepas wuuu wuu. Padahal pergi kejap je pon lusa teros balek ^^. Biasalah kalau dah sayang sangat-sangat, hilang sekejap pon rasa tak senang duduk. I don't know other's feeling macam mana. Tapi kalau aku, rindu gila. Hanya Tuhan yang tahu.


i miss you badly umi ;(


teman tidur, teman tengok bola, teman gossip, teman masak, teman makan, 
teman jahit, teman selama-lamanya \^-^/







www.tips-fb.com

Thursday, October 13, 2011

Wahhhhhhhh retis tu

Broommm..Broommm by LittleGurl 15 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hidup lagi bermakna kan kalau ade orang sayang, orang belai, orang ambil berat. Dan hidup lagi bermakna kalau blog kita orang pon suka singgah baca entry walaupon entry merepek bukan-bukan.

Tau tak kalau ade orang yang singgah kat blog kita boleh buat kita tersenyum sampai ketelinga tersengih tak terkata?

Tau tak kalau ade orang yang singgah kat blog kita sebenarnya bagi sumber inspirasi berganda-ganda untuk kita lebih rajin menaip sambil menguyah kekacang tak henti-henti?

Tau tak kalau ade orang yang singgah kat blog kita boleh buat self-confidence kita tinggi sampai ke langit biru?

Tau tak kalau ade orang yang singgah kat blog kita membuatkan kita rasa terharu sangat-sangat sehinggakan mengeluarkan air mata berbakul-bakul?

Lagi-lagi kalau blogger femes amos tinggalkan jejak. Rasa nak nangis tau.

Ini SERIUS.



Yuyu comel singgah sahur sini? pengsan!


Do you see that? Gadis gojes singgah sini jugak sobsob


Nampak tak sape tu? Kakak comel! Pasal entry kopi tu boleh baca SINI


Mat gebu kesukaan saya sebab selalu post resepi-resepi menarik sampai meleleh air liur -_-"


Even blog kita blog buruk, tapi dorang tetap datang jugak comments & follow sobsob












Terima kasih buat blogger terhebak sebab sudi singgah makan nasi kerabu kat sini. 
Next time kite hidang nasi dagang pula -_-'


Ok nak pegi sambung nangis sebab terharu T_T









THANKS TO ALL BLOGGER WHO SPENDING YOUR LOVELY TIMES DROPPING BY HERE! LOVE YOU GUYS A LOT! KORANG SUME BEST!

nanti kite promot korang one by one tau ;)

i'm really appreciated! 


*lots of hug*




Nota kaki : Sape belum register Churpchurp? Meh sama-sama join untuk dapatkan the best rewarded! ;)







www.tips-fb.com

Wednesday, October 12, 2011

Aku cuma seorang blogger

Broommm..Broommm by LittleGurl 12 comments
Assalamualaikum w.b.t 
Hello semua!

Sambil makan goyeng pisang panas petang cemgini, ayuh kita berjoging joging betulkan urat saraf. Eh, joging sambil makan? Ok fine.

Sape tak kenal Abang Ben yang machos berbadan tegap sempoi sporting dan pandai masak sila angkat ibu kaki jari kiri cepat! 1..2..3..100..limapuluhribujuta orang bagos. bagos.

I paling suka gila kalau pegi blog abang ben usha dia punya menu bhaha. Yelah, tengah goyang kaki sekarang ni why not i cari benda yang bagos sikit nak buat. At least, dapat tambah ilmu memasak ececeh. Serius, abang ben punya resepi sedap hingga menjilat ibu kaki. Mafelusss yiba yiba!

Ok terbebel pula. 

Ok straight to the point. 


Tengah usha-usha belog tibe-tibe terpandang segmen INI 
Mari kita join ramai-ramai untuk mengeratkan silaturrahim ;)

I bukanlah blogger femes ames sobsob langsung tidak. Kerja berbelog ni saje-saje sebab dulu i suka habeskan dakwat pen tulis dalam diary. ;) Bila dah join community blogger ni rasa macam wowww ramainya orang berbelog! Lepastu jumpa pulak member-member blog yang gila-gila buat i tak kering gusi kalau i dalam keadaan gundah gulana. Pulak tu ramai pulak fashionista dalam blog heyyyyyyyy aiii suka tau tak! 

Blog i blog personal. Apa saja yang i nak kongsi, i akan tulis. Tade nak kondem orang lain nak kutuk mengata, langsung tade. Oh it is not called life kalau bukak blog semata-mata nak mengutuk orang, ye dak? Baik tulis pasal diri sendiri because I love myself more ;). Ataupon tulis entry ceramah sikit haaa.....

Indahnya dunia blog! ini SERIUS! I suka kenal ramai orang dan dikenali sebagai seorang yang very talkative dikalangan member-member and family. Bercakap tak henti henti once you know me haha. But unfortunately i selalu tak dapat join ape-ape gathering untuk kenal bloggers face to face sobsob. Korang pernah? Tapi communicate through cyber pon ok what? Hihihihi InsyaAllah maybe other times i boleh join sama kan yay! ;)

Banyak blogger yang jadi inspiration. Ok i pilih yang paling i sayang! Errrr yang lain pon sayang jugak tau. ;)

The happiest person in the world (guess so hihi). Sebab setiap entry yang kak ain post selalu nampak happy go lucky and comel double triple tau. Dah la comel, comel kuasa sepoloh pulak tu -_-'



Ok anda yang cantiks and kacaks! Ayuh kita berkenalan. I love to meet and get know peoples who love to know me too!*lots of hug*




Nota kaki : eh tetiba ber 'i' 'you' pulak? -_-'



www.tips-fb.com

muka cantik tapi masam!!!

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello peoples!

Good morning and have a nice day. Aduh. Lame kemain nak hapdet blog ni memang kes dah memang malas tahap gaban. Lately sangatlah busy membina empayar dalam empires & allies (hamboi) sampai blog pon dah bersawang lesu tak bermaya. Tapi aku tak pernah pon miss berjoging pagi siang malam kat blog lain sampai berpeluh. Hey seriously dah makin ramai community blogger kat Malaysia ni. Meh tepuk tangan kat diri sendiri meh. \^-^/ 

Honestly, aku masa mula-mula bukak blog pon rasanya member-member tak ramai ade blog sebab masa tu zaman kuno, maybe. Masa tu pon keinginan aku nak menulis gila tahap maksimum sebab suka membebel macam bertih jagung. You know what aku memang suka tulis diary sejak kecik. Kecik-kecik pon dah ade diary even dalam buku tulis yang garis-garis tu pon dah ok. Suka kat budak hensem kelas sebelah pon sibuk nak tulis jugak bhahaha! Tapi tu alkisah masa kecik. Sume diary ade yang dah bakor sebab banyak cite sedih sobsob and simpan rapi dalam kotak sebagai kenangan. Dah besar ni alkisah lain pula nak cerita.

Dah almost 5 months aku duduk goyang kaki kat rumah. Pfftttttttt jiwa kosong gila, serius! Yelah orang lain dah mula keje pagi sampai petang, yang sampai malam sampai ke pagi pon ade. Tapi best sebab dorang keje duet masyuk. Haku? Goyang kaki tangan tapi duet tarak pergghhhh rasa dunia macam tak bermakna tahu? Aku dah cuba apply tapi mungkin still tade rezeki.

Ape nak buat -_-" Tuhan lebih memahami. Tapi aku sekarang sedang mengusahakan business sendiri jeng jeng jeng.

Sejak dua menjak ni tetiba rasa keinginan hawa nafsu terhadap doyan melampaui batas. Haritu nak beli kemain tapi sebab umi asyik batuk-batuk, aku pon cuba halangkan nafsu membuak nak beli. Kalau beli karang, nanti umi malas pulak nak makan ubat. Sebab doyan pon pebret dia jugak.

Tapi masa umi pegi menjemput orang datang kenduri akak this 23rd october kat jiran-jiran, dapat pula rezeki melimpah ruah buah doyan yang nampak kecik molek comel gebu. Memang esaited lah muka nampak doyan sedap hingga menjilat ibu kaki.


Tengok jari pon dah rasa best doyan ni -_-'


Tapi rupanya muka je cantik kemain gebu licin sume ade tapi MASAM toksah cerita. Adoi. Lepas try satu-satu lastly sume yang nampak cantik gebu tu sume masam 100%. Sobsobsob. Kempunan lagik. 

'tapelah simpan nanti nak buat tempoyak' kata puteri idaman kalbuku, umi.

Kalaulah tempoyak tu jadi pebret aku jugak kan best. Tapi sayang, tempoyak langsung aku tak pandang pon. Tapelah, mungkin ini rezeki untuk orang suka tempoyak je. Hmmm, susahnya nak cari doyan sedap puas hati makan. Lately kalau beli mesti tak sedap. Kalau isi nampak cantik, mesti keras atau masam macamtu jugak. -_-'




Sape-sape ade buah doyan sedap tak? Meh kasi kite sikit. ^^







Nota kaki : 
ade sape-sape tau keje kosong tak? quantity surveyor(QS) / banker kat area KB. 
please inform ok i dah desperate sangat ni nak keje, nak kumpul duet buat majlis kawen LOL.




www.tips-fb.com

Saturday, October 8, 2011

Jangan persoalkan kenapa perempuan suka menangis

Broommm..Broommm by LittleGurl 17 comments

Assalamualaikum w.b.t

Ramai orang tanya, eh anak bongsu memang suka nangis ke? Ok jawapan dia, BETOL bhahaha! Yelah memang akui, aku sebagai anak bongsu pon sikit-sikit nak nanges puiiii. Tapi tu dululah zaman kecik-kecik kau tau nangis nak susu je pon. Tapi bila dah meningkat dewasa ni, dah kuranglah sikit (sikit ke????). Matang katakan hikhikhikhik! 

But hey! Semua perempuan suka nangislah. Ini adalah fakta bukan auta. Even lelaki pon reti jugak nangis, perempuan lagilah. But actually, perempuan nangis bukan sebab kami bersikap mengada-ngada. Oh tidak! Perempuan menangis bersebab. Sape nak kalau hari-hari nangis tanpa sebab, ye dak? Man you should know perempuan ni mempunyai hati yang lembut macam gula-gula kapas tau? Bukan macam lelaki hati keras lah sikit berbanding perempuan. Let me share you a story behind this fact. ;)

------------------------------------------------------------------

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?".
Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita".
"Aku tak mengerti" kata si anak lagi.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."
Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?"
"Ibu menangis tanpa sebab yang jelas." sang ayah menjawab. "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan." Hanay itu jawapan yang diberikan ayahnya.

Sehinggalah si anak membesar sebagai seorang remaja, dia tetap tertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya dia merasakan seolah Allah s.w.t menjawab,

"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan padaa bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan mejadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Dan seringkali kebijaksaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan dia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita agar dapat digunakan apabila dia perlu. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan"

---------------------------------------------------

Wahai lelaki, kau diciptakan untuk melindungi kaum-kaum yang lemah (wanita & kanak-kanak) untuk menyayangi mereka sehingga mereka merasakan diri mereka selamat dan dikasihi, bukan dengan menyakiti mereka, mengasari mereka sehingga mereka dalam ketakutan dan kesedihan.
(littlegurl, 2011)




Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Alhamdulillah.





www.tips-fb.com

1# Wordless Saturday (lah sangat)

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments

ok fine tetibe wujudkan wordless sendiri kan -_-'


Nota kaki : Man and woman should respect each others. 




www.tips-fb.com

Thursday, October 6, 2011

Let's get ready for a marriage!

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

Lately, ramai orang buat kenduri kawen termasuk sepupu aku sendiri yang sebaya. Pegi situ kawen, pegi sini kawen. Even pegi beli barang-barang dapur tetiba nampak orang baru nak kawen shopping barang-barang hantaran. Bukan setakat orang lain kot, tapi akak aku sendiri pon sibuk nak kawen jugak this oktober. Ok jeles di situ bhahahaha.

Bila umur dah meningkat tungtangtungtang, habes belajar orang mesti sibuk tanya. 

'eh bile nak kawen?'
'bukan dah lama ngan budak tu, dah boleh kawen la ni'
'dah abes belajar ke? abes nak keje ke kawen?'
'hmmmm tak lama kawen la ni'
'eh cepat-cepat la kawen, calon dah ade'
'jangan lama-lama, orang tu umur dah meningkat'
'kena kawen cepat nanti lambat dapat anak'

Ok. Fine. Sume akan tanya benda sama bertalu-talu. Tambah pula kalau member dah ramai habes degree terus kawen. So, orang akan focus yang belom kawen ni pula. 

Perkahwinan ni bukan benda mudah actually. Yes i know kalau bagi orang-orang tua dorang akan nampak satu je. Tak baik lama-lama, nanti banyak buat dosa sobsob. Memang betol sume tu. Tapi bagi aku, kalau dah tak sedia, belom cukup kewangan, haiii takleh jugak kan. Means that perkahwinan ni kena ade 100% ade persediaan kedua belah pihak, barulah aman rumahtangga. Cuba bayangkanlah kalau kena kawen paksa dengan orang yang kita tak suka. Lebih kurang samalah tu. Tak ke haru namanya?

----------------------------------------------------------------

Persediaan perkahwinan bagi aku tak mudah. Errr ini cuma pendapat jelah. Mungkin bagi orang lain berbeza pendapat kan. Ok aku nak kategorikan pasal perkahwinan ni.

Sebelum

Orang yang kenal bertahun-tahun pon still takleh nak ketchup sikap pasangan sendiri apatah lagi kalau yang kenal cuma 2,3 bulan contohnya. Yelah, kalau jodoh tak kemana. Betol betol. Tapi terpulang pada kita juga, kalau kita rasa 2,3 bulan dah cukup untuk kenal hati budi masing-masing, just go on. Tapi bagi aku, kalau kita lihat nowdays, banyak kes yang berlaku, dah kenal 2,3 hari pon tup-tup lajulaju je nak kawen. Sebagai alasan, dah serasi bersama. Tapi bila dah berpisah pula, alasan tepat yang diberi tak serasi bersama juga. Pulak. 

Sebenarnya untuk memilih pasangan bukanlah semudah ABC. Nampak bersopan santun, cantik/kacak terus rembat nak buat calon isteri/suami. Yang penting soal hati. Sebelum kawenlah kita boleh nampak sikap sebenar pasangan walaupon bukan duduk sebumbung pon, at least kita tau dia ni macam mana. Bagi sedikit ujian (eg: ask for help) biar kita dapat nilai pasangan kita.



Bagi si gadis pula, paling cuak kalau bab-bab memasak hahaha. Even kau tau masak pon comfirm lah rasa berdebar toksah cerita kalau nak masak untuk suami/bakal mak mentua. Mestilah kita dinilai kemain lagi kan. Aku pon sekarang neh tengah slow-slow belajar mana patut. Biasalah manusia tak sempurna muahaha! And for those man, jangan nampak perempuan je perlu persediaan dari segi jaga makan pakai, lelaki pon sama. Tanggungjawab seorang suami besar sangat. Jaga makan minum, bagi perlindungan, bagi kasih sayang, nafkah untuk isteri & anak-anak. Toksahlah nak berangan nak jadi suami mithali kalau sikap panas baran dalam diri tak terhapus. Tak kan dah kawen baru nak berubah sume tu ye dak? Tak pasal-pasal melayang pinggan mangkuk kat dapur, bukan sebab isteri tapi sebab suami yang suka hot tak pasal-pasal. Eeee mitak jauhla.

Semasa



Waktu akad nikah yang paling dinanti-nanti. Yelah waktu ni waktu yang penting sekali untuk pasangan diijabkabulkan. Alhamdulillah. Aku heran bila banyak kes yang pengantin lelaki takde masa nak akad. Adoiiiii kalau rasa ada masalah antara pasangan, settle baik-baik. Ini namanya huru hara memalukan pihak pengantin belah perempuan. Persiapan dah buat tapi buat hal pulak kan. Jiran aku pon ade jugak jadi benda macamni. Tapi dululah sekarang dah ade anak. Ini bukan kes pengantin lelaki taknak, ni kes pengantin perempuan yang lari. Mak bapak pon heran sebab tetibe anak buat hal. Rupanya terkena buatan orang. Aku taktau la sebab jeles ke hape, tapi tulah, risau kot benda-benda khurafat ni. Nasib baik seminggu lepas majlis kawen (tanpa pengantin), pasangan tetap selamat diijabkabulkan. Nauzubillah mintak jauh benda-benda tak elok masa majlis berlangsung.

Selepas



Nak kawen bukan setakat duet untuk majlis kawen je kena kumpul. Ape kau ingat lepas kawen takyah makan minum? Kewangan selepas kawen yang paling penting sebab bila dah kawen, bermulalah kehidupan baru untuk pasangan pengantin. Bab rumah, barang dapur, bayar bil letrik/air, rumah sewa, kereta, streamyx, astro, anak (kalau dah ade anak) haiiiiiiii semualah kena pikir. Baik isteri/suami, kena ade persefahaman untuk settle kan sume hal rumahtangga. Aku sebelum kawen pon pikir macam-macam. Ini pulak kalau dah kawen kan. 

----------------------------------------------------------------

Mulut orang kita memang takleh nak halang. Orang akan bercakap macam-macam. Kawen awal orang kata menggatal. Kawen lambat orang kata tak laku pula. Majlis biasa-biasa orang kata takde class miskin papa kedana. Majlis meriah gilang gemilang pon orang kata nak menunjuk-nunjuk kita kaya. Sume kita buat orang potpetpotpet mengata padahal mereka cemburu buta bhahahaha!

Yang penting kalau bab kawen ni, kena ade persediaan mental fizikal rohani jasmani. Jangan pikir kawen tu best, tapi kawen tu merangkumi semua. Banyak persediaan kena buat. Bagi aku, perempuan sekarang perlu berkerja. Ramai orang tanya, kenapa nak tunggu keje, pompuan takyah pikir duet nak simpan buat kawen pon. Sape kata tak perlu? Perempuan pon ade hak juga nak merasai kenikmatan untuk meraikan perkahwinan. Kalau aku, rasa puas hati waktu majlis tu lagi dirasai kalau pakai hasil rezeki sendiri. Yelah, kau sama-sama nak kawen, apa salahnya kalau 30-70 dengan bakal suami ye dak? (ecehhh lelaki lebih tu bhaha). Ala tolong menolong kan amalan mulia. Bukan nak kawen sorang-sorang kan? ;D


Just an opinion!  


"Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khodijah, tidaklah setaqwa Aisyah pun tidaklah setabah Fatimah. Isterimu hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi solehah. Suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah tidaklah setabah Ayyub tidak segagah Musa bahkan juga bukan setampan Yusuf. Suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga. Jadi bersyukurlah dengan pasanganmu kerana dia adalah anugerah Allah s.w.t yang hanya pinjaman untukmu. "






Nota kaki : Betol ke kursus kawen nanti nak buat 3 hari 3 malam?













www.tips-fb.com

Wednesday, October 5, 2011

Respect others

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Let's talk about people's attitude.

Dalam dunia ni tipulah kalau kata everyone not make any mistakes. Oh sangatlah tipu sebab kita manusia biasa sentiasa buat kesilapan kecil/besar, betol? Bezanya antara kita samada kita nak argue other people yang tegur kesalahan kita atau kita terima teguran tu dengan lapang hati samada teguran tu menyakitkan atau biasa-biasa saja.. That's the thing. 

Kita selalu dengar orang cakap macamni

'alah diri sendiri tak sempurna, xpayah lak sebok nak menegur orang pulak'

'bajet kau bagoss???'

'eh mak bapak aku tak pernah tegur aku ko apehal?'

Actually kita jumpa banyak orang yang selalu takleh nak terima teguran orang. Dalam erti kata lain, dia akan membalas balik teguran kita. Sebagai contoh.

'ko tegur aku tinggal semayang, ko tu tak pakai tudung tapelah????'

'pakai tudung kemain, pergi ceramah situ sini, tapi berkepit dengan pakwe tak malu pulak?'

'eh eh sedap kata orang yang kau tu blablablabla......'

See? Bukan mudah nak buat orang puas hati dengan kita. Memang takkan ade rasanya. Sebab lain orang lain caranya bukan? Setiap orang ade kelemahan & kelebihan masing-masing. Setiap orang juga ade hak untuk bersuara, memberi teguran, memberi pendapat.

Tapi sebagai orang yang berpelajaran, orang yang berilmu, ape salahnya kita terima setiap teguran dengan hati yang lapang. Yang baik kita terima, yang tak baik kita abaikan. Bukan sahaja teguran/nasihat sebenarnya, tapi juga melibatkan persoalan. Errrrr paham tak? Ok aku bagi contoh.

'Abu (bukan nama sebenar), ko tau tak macam mane nak design benda ni. susah la. tolong aku leh tak' 

'eh mane aku tau! yang ko tanye aku ne apesal, macam lah aku ni belajar IT ke hape! pegi tanyelah orang lain!'

Hmmm sakitkan hati? Kita tanye elok-elok tapi jawapan dia adalah negatif. Apa sahaja orang tanya kita, bercakap dengan kita, tak salah kan kalau cuba rendahkan suara dan jawab dengan jawapan yang positif.

'Aku tak tau la Kasim (bukan nama sebenar). Eh tapi si Rahmat (bukan nama sebenar) tau kot, dia kan belajar IT.'

Nampak tak ape yang aku cuba sampaikan? Even kau taktau ke tau ke bagilah jawapan yang bernas kat kawan-kawan yang memerlukan pertolongan. Do you know what? Orang yang meminta pertolongan dari kita sebenarnya orang yang murni dalam hidup. Means that dorang sangat mempercayai dengan kebolehan kita. Itu sebab ayat kena jaga, jangan orang tanya tapi kita sibuk nak menengking tak tentu pasal kan. No good not good. Tak pasal-pasal kawan yang ade sejuta, tinggal setengah juta. Tak pon, hilang kawan terus. Awek/pakwe pon boleh lari lintang pukang kalau attitude macamtu.

Itu sebab dalam hidup kita kena selalu positive thinking dalam hal macam mana pon. Aku ade review pasal benda ni kat SINI. Even tengah sakit hati, bad mood, atau gembira sekalipun, trying to think positive. Setiap yang berlaku sebenarnya ada hikmah. Jangan lajulaju nak marah tengking orang padahal masalahnya ape je, stoking hilang. Pffttttt. Cuba jadikan diri seorang yang matang, barulah hidup aman sentosa. \^-^/

And one more thing kita janganlah selalu nak sebut benda negatif. Mencarut lagilah benda yang tak patut nak sebut. Sebagai contoh 'vavi kau,lak** kau,bong*k blablablabla' eeeee tak kuasa nak sebut kan. Tak kisah la siapa pon kita, lelaki perempuan, elak lah ayat-ayat sebegitu. Sebab aku tengok dekat facebook haiiii merata-rata orang suka guna ayat kasar semacam. Rileks rileks cool. Jangan gelabah, jangan cepat melatah nak maki hamun. Sume tu hasutan setan korang tak sedar pon. Aku pon sebelom ni ade jugak mulut laju je nak maki hamun hahaha. Tu masa sekolah dulu la. Geram kan sape tak marah. Tapi bila pikir-pikir, kalau aku asyik geram sakit hati hari-hari, ayoyoyoyo hidup langsung tak bermakna. Then aku cuba behave myself cubalah jadi gadis-gadis ayu sikit padahal tak ayu mana pon. Maksud aku, cuba kontrol diri tak pikir bukan-bukan. Bukan susah sebenarnya, tapi bila hati dan otak kita kata negative, tu sebab kita jadi negative. Kena set kat otak/minda dulu sume benda adalah positif barulah kita pon akan act in positive way. ;)

Sama jugak kalau nak happykan pasangan korang. Cuba cakap benda-benda positif je. Sebagai contoh.

'Baby, you nampak cantik kalau pakai shawl ni'

'Darling, jeans ni hebak la. Mesti kacak kalau u pakai!'

'Sayang, kalau kita makan sayur lagi bagus tau dari makan ayam ni sebab sayur ade banyak khasiat blablablabla...'

See? Sume positif kan? Mari kita tengok yang negatif pula.

'Baby, tak cantik la pakai macamni'

'Darling, teruknya you pakai seluar pendek ni, nampak bulu betis euwwwwww'

'Sayang, dah dah la makan. Asyik makan ayam je tau. Nanti badan u berlemak gemuk macam badak'

Sebenarnya dalam hidup ni kita akan tempuh macam-macam dugaan. Masalah yang lain dah lepas, tapi masalah yang akan datang, kita taktau kan? Itu sebab pentingnya kalau fikir positif ni. Takkan hari-hari nak sakit hati je, ade je benda tak kena. Hidup pon mesti tak keruan. Apekata kita pakat-pakat pikir positif. Hormat orang lain sebagaimana orang lain juga hormat kita. ;)

Dalam dunia blog, facebook sekarang ni pon, banyak orang suka mengutuk mengata orang lain. Tak salahlah nak menegur apa, tapi biarlah cara yang baik. Ini tak, lelaki mengutuk perempuan. Perempuan mengutuk lelaki dan sesama sendiri. Lelaki perempuan ditakdirkan untuk bersama. We should respect each others. Jangan menegur kasar secara public sampai mengaibkan mane-mane pihak, nanti timbul hal lain pula seperti gaduh dalam wall/blog. Nasihatlah secara peribadi. Private message is better kan. 

Lelaki diciptakan untuk melindungi wanita dan wanita diciptakan untuk menghormati lelaki. Wujudkan rasa kasih sayang dalam diri sendiri, barulah kita boleh menerima kelemahan orang lain. 


Tiada siapa yang sempurna, tapi tak salah kita cuba perbaiki diri ke arah kesempurnaan. Sentiasa memperbaiki lebih baik dari tidak berusaha apepon. ;)



*lots of hug*




Nota kaki : Syuuhhh syuuuhhh negative things please go away...plis plis!




www.tips-fb.com

Tuesday, October 4, 2011

sesi menelaah

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello semua! 



Orang lain kemain sibuk kehulu kehilir kerja pergi hantar tender, ambek tender, urus hal payment, jumpa client meeting blablabla, aku pula sibuk menelaah borang kajian pengesanan. FYI, yes memang WAJIB benda alah ni kena isi sebab bila kau dah habes belajar, benda inilah buktinya. Patutlah masa aku apply keje, bos opis tu kata dia takleh detect nama aku kat jobstreet. So, kena terus direct pos resume. Puii. Oh, maybe sebab benda ni kot. 

Aku ingat isi benda ni takdelah susah mane pon. Tapi ghupenya makan masa banyak betol. Adelah dalam 20 minutes kot. Dah la internet kemain lembab macam siput sedut. Sabo jela. But finally siap juga isi semua dengan jayanya.


Yay! Dah isi maklumat segala bagai means nanti dah layak lah jadi graduan, ye dak?


Tak sabarnya nak konvo this 23rd October! 


Korang datanglah, dialu-alukan. Nak datang nanti janganlah tangan kosong, bawaklah teddy bear ke, bunga ke, lolipop ke tanda meraikan konvokesyen aku bhahahahahaha! Hammmboiii demand!





Nota kaki : Please korang kalau tahu ade keje kosong Quantity Surveyor (QS), inform ok. 







www.tips-fb.com

Monday, October 3, 2011

ganu kitewwwww

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t


Lama gila tak pergi terengganu. Masa kecik dulu adela pegi jugak, tu pon yang selalu pegi asyik besut setiu tak sudah-sudah. Kawasan paling dekat dengan kelantan kan, sejam pon dah sampai luar negeri. -_-" Tapi Kuala Terengganu (KT) kemain susah nak sampai sana. Padahal just ambek masa 2 jam setengah, tu pon kalau tak makan buah langsat macam kitorang semalam. pffffttttt

Pagi-pagi lagi dah gagah bangun fuyyooooooo rasa macam pestime mandi pagi hahaha. Lepas siap-siap bekpes segala bagai, my auntie and kazen dah sampai and by 7.00 a.m (lebih kurang) teros bergerak yipiiiiiiiiiiiii!!

Aceli pergi sana ade urusan sikit tettttttttt. Takleh cerita kat sinilah sebab RAHSIA. bhahahaha sibuk nak rahsia pulak pang kang! Tape-tape yang tu tak penting pon. Sebab urusan kat sana sekejap je tak lama. Yang penting boleh la pegi cuci mata sikit kan dari dok terperap kat rumah goyang kaki. Pergi luar negeri sape taknak bukan? Ecehhhhh bajet macamlah pegi luar negara hahaha.

Nak dibuatkan cerita, masa mula-mula bertolak dari kelantan, dah jem teruk. Patut masuk ikot Jelawat, tapi tetibe jem gila sampai terpaksa patah balik ikot jalan lain. Terpaksa jugak ikot jalan Pasir Puteh lepastu barulah terus direct menghala ke Kuala Terengganu. Fuhhhhhhh lagak macam omputih yang taktau jalan bhahahahaha padahal rakyat kelantan je pong. -_-'

Masa parking kat area bandar KT, aku memang terkesima sekejap.


Nampak tak? Tak jelas? Ok meh aku close up sket lagi. 


Okeh. Dah nampak kan? 

See? Gila hebak parking. Seyes kat oversea aku taktau ade ke tak spesis parking macam ni. Pestime aku tengok. Dem. Rasa macam rusa masuk bandar. Korang jangan kata aku budak kampung sangat. Kompem korang pon tak pernah tengok parking macam ni, ye dak? Oh lain lah kalau asal usul korang memang dari terengganu, mestilah benda alah ni korang pon dah jemu tengok.

Aku respect gila designer parking ni. Please sape tau designer parking ni sape, gitau aku cepat-cepat. Nak buat jugaklah kat sebelah rumah. Senang sikit kan majlis kawen aku nanti takyah susah-susah nak sediakan parking luas-luas haha. Sistem parking ni kalau tak silap aku pakai sistem takal. Kalau korang belajar fizik, korang tau sistem takal tu sistem ape. Tapi rasa macam sume orang tau kot pasal sistem tu.

Sistem takal ni mengandungi tali (alur) yang mengelilingi roda tersebut. Hujung tali tu akan disambungkan dengan beban dan daya dikenakan pada kerja [eg:kereta(pictures)/kotak] dihujung satu lagi. Daya yang dikenakan tu membuatkan ape-ape benda yang kite letak kat hujung akan bergerak dan terangkat. Err, paham tak? 

Boleh refer SINI kalau nak tau lebih lanjut tentang sistem takal. Alah tambah pengetahuan sikit. Aku pon benci jugak fizik zaman sekolah dulu kahkahkah!

Tiba-tiba jeles sebab kelantan tade parking macamni. -_-"


Ceh belagak dok kat opis. Opis orang je pong. Puii


Masa ni berenti solat kat Masjid Kristal. Yes aku pestime jejak kaki kat sini. 
Orang lain? Dah berjuta lemon kali dah.


Umi selalu camni. Asal nak ambek gambar je mesti nak tengok bawah.


Nak tunjuk kubah masjid tapi tetibe nampak gedabak besar muka budak tu. hahaha


Ok nak balik dah bai!


Cousin & me
Tu bukan beg shopping ok!

Terengganu kan femes bab-bab baju batik. Memang dah port kain batik pon. Kitorang pegi Pasar Payang untuk membeli belah yay! Hahaha membeli belah sangat la kan. Padahal nak pegi beli baju batik untuk anak-anak sedara. Sebab nanti dorang jadik hulubalang time wedding akak this october. Mesti kacak bergaya anak-anak sedara ucu auuwwww auuuwwwwwww!

Seyes sepanjang pegi sana kemain fenim asyik pusing area sama je tak jumpa-jumpa tempat. Yelah, tak biasa. Lagipon sume jalan one-way so susah nak buat u-turn kalau dah terlepas selekoh. 


Bakal pengantin baru ecececeh

Mulut kite ni kan kalau bercakap memang masin eh? Sebab sejak dari minggu lepas lagi asyik dok cakap nak 'pegi jalan-jalan kat KT'. Puiiiii sampai KT semalam memang jalan betol lah sampai makan buah langsat berbakul-bakul hahahaha. Tak plan nak pegi airport tetiba sampai airport pulak kan. Haiyaaaaaa


*PEACEFUL COUNTRY WITH A NICE VIEW OF BEACH*


I'm gonna miss u \^-^/





Nota kaki : Tetiba rasa SUKA fizik pulak. Kuikuikui



www.tips-fb.com

Saturday, October 1, 2011

sedapnya katak puru

Broommm..Broommm by LittleGurl 16 comments
Assalamualaikum w.b.t


Fuhhhhhh hembus nafas wangi dengan kuat-kuat. heh wangi? puiiiiii \^-^/

Harini penat gila. Tapi even penat pon masih lagi boleh bergelak ketawa riang ria sambil menelan buah langsat sebakul petang tadi. Eh eh sebakul lah sangat kan. -_-". My wedding kan akan berlangsung this october. So terpaksa mengemas, mengecat segala bagai yang patut, memang kerahkan tenaga 100% sampai dah terketaq-ketaq kaki. Hambooiiii kemain letih sesangat padahal? (.___.) 

Eh eh ade orang cakap pasal kawen eh tadi? HAHAHA keje pom belom ade hati nak kawen kan eeeee cepuk kang baru tau ihikhikhikhik ;D Aceli my sis yang nak kawen pon aii belom cukup umor lagi nak kawen. Kan baru 12 tahun. *pang*

Ok dah habes cerita pasal kawen. Cerita lame-lame karang aii pulak tetibe gatal tangan nak pegi kursus nikah cepat-cepat dengan fahrin ahmad haaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. ;D hikhikhik *gelak gatal

Dulu masa kecik-kecik aku baru teringat yang aku pernah makan katak puru. Puiiii rasa dia sedap gila! Aku taktau la mane dapat, arwah atok aku tanam ke ape, tapi ingat lagi kalau waktu balek kampung, kompem bleh makan katak puru. Masa kat rumah lama dulu pon jiran aku ade jugak bagi 1 bakul, kemain la telan sorang satu. Errr bukan sorang satu kot, ade la 4/5 sekor sorang hahahaha. Sedap kot! Rasa dia? Perggghhhhhhhhhhh kalau yang manis tu, haiiii memang tak jemulah makan. Tapi kalau dapat yang masam? Telan jugak, tapi lepastu terus tak ambek dah kasi umi habeskan pulak. hakhakhak. kejam.

Korang mesti tak caya kan aku makan katak puru? Ish ish ish


Ni haaaaaa katak puru itu! Errrr betol la kan nama dia 'buah katak puru'. Ke korang panggil dia ape? Aku taktau nape nama dia pelik. Maybe sebab badan dia menggerutu macam ong!ong! terus letak nama dia katak. olololo kesiannya.


Isi dalam dia best! Manis + masam. Bijik tu takleh telan kang tak pasal-pasal nanti masuk ICU  \^_^/

Aaahhh tak kira aku nak jugak panggil buah katak puru hahaha. Yelah sebab time kecik aku memang dah kenal benda alah ni sebagai buah katak puru takkan tiba-tiba nak ubah jadi frog fruit plak. eh eh macam pelik je kan. Petang tadi masa pegi rumah mak sedara tetibe pulak nampak buah ni kat dapur. Tilik lame kemain. lame gila kot tak tengok buah ni. 10 tahun mungkin?

Korang penah makan buah ni tak? Errr tak pon pernah nampak tak? Pernah tengok? Ke kat kampung aku je ade buah ni? Yelah yelah aku kan budak kampung tetttttttttttttttttttt







Ish tak puas hati kalau orang lain tak kenal buah ni. Korang dok planet mane ne? Gggrrrrr







www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting