Followers

Wednesday, October 12, 2011

muka cantik tapi masam!!!

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Hello peoples!

Good morning and have a nice day. Aduh. Lame kemain nak hapdet blog ni memang kes dah memang malas tahap gaban. Lately sangatlah busy membina empayar dalam empires & allies (hamboi) sampai blog pon dah bersawang lesu tak bermaya. Tapi aku tak pernah pon miss berjoging pagi siang malam kat blog lain sampai berpeluh. Hey seriously dah makin ramai community blogger kat Malaysia ni. Meh tepuk tangan kat diri sendiri meh. \^-^/ 

Honestly, aku masa mula-mula bukak blog pon rasanya member-member tak ramai ade blog sebab masa tu zaman kuno, maybe. Masa tu pon keinginan aku nak menulis gila tahap maksimum sebab suka membebel macam bertih jagung. You know what aku memang suka tulis diary sejak kecik. Kecik-kecik pon dah ade diary even dalam buku tulis yang garis-garis tu pon dah ok. Suka kat budak hensem kelas sebelah pon sibuk nak tulis jugak bhahaha! Tapi tu alkisah masa kecik. Sume diary ade yang dah bakor sebab banyak cite sedih sobsob and simpan rapi dalam kotak sebagai kenangan. Dah besar ni alkisah lain pula nak cerita.

Dah almost 5 months aku duduk goyang kaki kat rumah. Pfftttttttt jiwa kosong gila, serius! Yelah orang lain dah mula keje pagi sampai petang, yang sampai malam sampai ke pagi pon ade. Tapi best sebab dorang keje duet masyuk. Haku? Goyang kaki tangan tapi duet tarak pergghhhh rasa dunia macam tak bermakna tahu? Aku dah cuba apply tapi mungkin still tade rezeki.

Ape nak buat -_-" Tuhan lebih memahami. Tapi aku sekarang sedang mengusahakan business sendiri jeng jeng jeng.

Sejak dua menjak ni tetiba rasa keinginan hawa nafsu terhadap doyan melampaui batas. Haritu nak beli kemain tapi sebab umi asyik batuk-batuk, aku pon cuba halangkan nafsu membuak nak beli. Kalau beli karang, nanti umi malas pulak nak makan ubat. Sebab doyan pon pebret dia jugak.

Tapi masa umi pegi menjemput orang datang kenduri akak this 23rd october kat jiran-jiran, dapat pula rezeki melimpah ruah buah doyan yang nampak kecik molek comel gebu. Memang esaited lah muka nampak doyan sedap hingga menjilat ibu kaki.


Tengok jari pon dah rasa best doyan ni -_-'


Tapi rupanya muka je cantik kemain gebu licin sume ade tapi MASAM toksah cerita. Adoi. Lepas try satu-satu lastly sume yang nampak cantik gebu tu sume masam 100%. Sobsobsob. Kempunan lagik. 

'tapelah simpan nanti nak buat tempoyak' kata puteri idaman kalbuku, umi.

Kalaulah tempoyak tu jadi pebret aku jugak kan best. Tapi sayang, tempoyak langsung aku tak pandang pon. Tapelah, mungkin ini rezeki untuk orang suka tempoyak je. Hmmm, susahnya nak cari doyan sedap puas hati makan. Lately kalau beli mesti tak sedap. Kalau isi nampak cantik, mesti keras atau masam macamtu jugak. -_-'




Sape-sape ade buah doyan sedap tak? Meh kasi kite sikit. ^^







Nota kaki : 
ade sape-sape tau keje kosong tak? quantity surveyor(QS) / banker kat area KB. 
please inform ok i dah desperate sangat ni nak keje, nak kumpul duet buat majlis kawen LOL.




www.tips-fb.com

4 comments:

Malek Ku on October 12, 2011 at 4:06 PM said...

comel3

IntaNBerliaN on October 12, 2011 at 5:00 PM said...

alaa.. siannya xdpt makan doyan.. g beli hak lain lak tp terus mkn dpn tokei doyan tu.. masam terus komplen.. hihii

LittleGurl on October 13, 2011 at 9:29 AM said...

malek ku : aah doyan tu memang comel ;D

LittleGurl on October 13, 2011 at 9:31 AM said...

intanberlian : hahaha tau tape! geram betol doyan masam T_T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting