Assalamualaikum w.b.t
Ramai orang tanya, eh anak bongsu memang suka nangis ke? Ok jawapan dia, BETOL bhahaha! Yelah memang akui, aku sebagai anak bongsu pon sikit-sikit nak nanges puiiii. Tapi tu dululah zaman kecik-kecik kau tau nangis nak susu je pon. Tapi bila dah meningkat dewasa ni, dah kuranglah sikit (sikit ke????). Matang katakan hikhikhikhik!
But hey! Semua perempuan suka nangislah. Ini adalah fakta bukan auta. Even lelaki pon reti jugak nangis, perempuan lagilah. But actually, perempuan nangis bukan sebab kami bersikap mengada-ngada. Oh tidak! Perempuan menangis bersebab. Sape nak kalau hari-hari nangis tanpa sebab, ye dak? Man you should know perempuan ni mempunyai hati yang lembut macam gula-gula kapas tau? Bukan macam lelaki hati keras lah sikit berbanding perempuan. Let me share you a story behind this fact. ;)
------------------------------------------------------------------
Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?".
Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita".
"Aku tak mengerti" kata si anak lagi.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."
Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?"
"Ibu menangis tanpa sebab yang jelas." sang ayah menjawab. "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan." Hanay itu jawapan yang diberikan ayahnya.
Sehinggalah si anak membesar sebagai seorang remaja, dia tetap tertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"
Dalam mimpinya dia merasakan seolah Allah s.w.t menjawab,
"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan padaa bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan mejadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Dan seringkali kebijaksaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
Dan akhirnya Kuberikan dia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita agar dapat digunakan apabila dia perlu. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan"
---------------------------------------------------
Wahai lelaki, kau diciptakan untuk melindungi kaum-kaum yang lemah (wanita & kanak-kanak) untuk menyayangi mereka sehingga mereka merasakan diri mereka selamat dan dikasihi, bukan dengan menyakiti mereka, mengasari mereka sehingga mereka dalam ketakutan dan kesedihan.
(littlegurl, 2011)
Ya Allah, aku bersyukur kepada-Mu kerana diciptakan dengan penuh kesempurnaan. Alhamdulillah.
16 comments:
kite anak sulung ! tp selalu sgt menangis. sobs. hahaha
miss littlegurl, nak share link utk post ni boleh x? kte tggu jwpn awak ni..=)
hati wanita lembut
Allah bukan ciptakan air mata wanita tanpa sebarang tujuan.. kan
alin alias : my pleasure. sharing is caring ;)
Billa.Bel : hehehe yeke? kite bongsu lagilah suka nangis. haha
fyna : sangat lembut ;)
sabree : setiap ciptaan Allah s.w.t ade sebabnya ;)
kekadang cam taknak nangis...kekadang tahan2...kekadang termengalir jugak ayor mater ni....nama pun perempuan kan...=))
nice story~ like
Beznya mkn durian manyak2..
terliur tgk durian...nk gak...hehehe...da follow kamu!
aniz : yes exactly babe! pompuan kan sikit-sikit nak nanges adoii.
dhiera : me too ;)
Hana Soffelia & Sweetbelly : haha! korang dah tersilap komen kat entry lain ne ;P
yes! sedap kan doyan? oh, this is my pebret! ;)
hai, nak share yeh :)
Post a Comment