Followers

Saturday, April 30, 2011

Happy Birthday ADIRA!

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Warggghhh!!Perut lapar neh. Ade sape sape willingness nak hantar makanan kat Kolej Anggerik,Uitm tak? T_T. Padahal tadi dah makan tengahari. Dasar kantung perut besar betul.

Eh hari ni tarikh lahir ADIRA kan?






Aahh ADIRA comel gile tu.






Alaaa yang nyanyi lagu Ilusi tu.




hehehehe

HAPPY BUFDAY ADIRA!!!!









EH...errrr, bukan ke?










habes bufday sape lak arini?










OOOooo....









hari jadi budak neh rupanya....



Selamat Ulang Tahun yang ke 23 alyn sayang!Semoga sentiasa jadik kakak dan ibu saudara yang hot and spicy! Oyeaaahhh!!Semoga dapat dekans lagiks ye darling. Semoga cepat cepat dapat keje and kawen!!!hakhakhakhak. Nanti dah abes degree, dah keje dan start new life, we should be together lagi. Ade masa terluang kite kuar ramai ramai pegi UK maen salji, maen bowling sama sama and lepak sambil karoeke!Wah bestnye. kuikuikui



My Bff yang sengal gile and suka nyanyi lagu Ziana Zain!hahaha. Memang LG ngan dye kaki karoke. Petang semalam sanggup pergi melalak selama 2 jam. Gila lame. Sampai dah pecah suara sebab nyanyi lebih kurang 30 lagu. And you know what? Dye minat gile kat Adira sampai 1 batch kitorang sume panggil dye Adira! haha. Memang dah macam Adira dah aku tengok kau bile dah sebut banyak kali. Haish..

Alyn ne budak pahang. Sama sama dengan LG time diploma kat perak dulu. She is one of My BFF seramai 10 orang! Seorang member yang sangatttttt baek, sporting, gila-gila, bijak pandai and semuaaalaaahhh. Dye pom ade belog jugak tau. Klik SINI. Tapi macam dah tak updated je skang neh. haha. Sape sape nak kenal dengan dye, pergi serang dye cepat cepat!!!! Tapi make sure muka korang macam Brad Pitt atau Adira je tawww!!!!!hahahahahah. *lariikkkkkkkk*



LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE LOVE U!







www.tips-fb.com

Friday, April 29, 2011

Cik Macaroon

Broommm..Broommm by LittleGurl 8 comments
Tadi LG ade singgah kat SINI.

Please la ade sape sape boley explain tak cik macaroon ne makanan jenis macam mana? Best tak? Ade rasa macam donut tak? Atau rasa macam kek cokelat? Lembut macam mashmallow tak? Ke keras macam biskut? Ke cik maracoon ne macam burger king? Berkaler kaler cantek macam pelangi tu rasa macam kek pelangi ke? =.=

Kat Shah Alam ade jual tak?

Bukak blog asyik nampak macaroon. I dah obses sangat nak tau sangat neh. Dah try google, tapi hampeh tak de maklumat pun. Tolong ye tolong sangat. Bukan ape, cik macaroon ne buat air liur LG meleleh tak sudah sudah. LG tau LG macam JAKUN gile sekarang. T_T


cik macaroon comel gile ok.


www.tips-fb.com

go away syuhhh syuhhh

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments

Erk, Alhamdulillah kenyang makan nasi kat cafe HANYA MAKCIK YANG TAU tu. Korang bayangkan rm0.20 pun sangat berkira. Ape salahnya sekali sekala buat amal sikit kasi murah murah kan. Bukan selalu pun. Malah tak penah kot.

Korang penah tengok tak harga makanan kat kedai ade tulis macam ne...

Nasi RM1.00/150g (1 mangkuk)

Hamboi. Ne nak jual nasi campur ke nak jual lada kering? Siap tulis lagi 150g, memang tak blah. Cerita betul ne taw kat Kolej LG. Bukan ape, sambal belacan pun charge jugak RM0.30 walaupun setitik je letak kat pinggan. Biasa sambal kan just for free. grrrr

Tapi disebabkan cafe ne paling terdekat, pastu malas nak kua jauh jauh, so makan ajela kat sini. Lagipun dah akhir semester kan. Terima ajela dugaan kecik ne. Janji perut diisi. Sekurang kurangnya, rezeki untuk hari ini ade. Betul? (angguk angguk kepala)

Sebenarnya bukan nak cerita pasal tu =.= Nak cerita pasal my first paper final exam.

YES! 2 JAM DAH BERLALU!

Dah abes dah first paper! Mari tepuk tangan ramai ramai. ^.^

ololo comelnye. ggrrrrr

sumber : google


Bukan mudah nak hadapi even 2 jam je pun pagi tadi. Nak masuk cuak gile. Dah la semalam tido 1 jam je. T_T. Tido dah dekat 4.30 pagi. Golek atas katil dah ambek masa lama nak lena. Pening kepala bila bangun. 

"eh aku exam eh pagi ne?"

Ok macam nak lempang diri sendiri. Weh, pegi mandi kau dah lambat! Nak mandi lagi, nak review nota lagi.

Nasib baek betol lecturer UiTM Shah Alam semua baek baek. Hint punya pasal sume soklan majoriti masuk. Memang tersengih sajela bila tengok. Gila kau 2 jam nak siapkan sume ne? Dengan sketches lagi, nak explain lagi. Soklan nak detail bukan maen, kasi la 5 6 jam je kompem la full kertas nak jawab kan. haha. 

Alhamdulillah LG sempat jawab even jawab macam cincai gile. Mane nak tulis lagi, mane nak lukis lagi, mane nak kejau masa lagi. Berpeluh jawab exam. T_T (ok tipu)

Ade lagi 3 paper akan datang.



Syuhhh syuhhh pegi jauh jauh subjek tadi plissshhhhhh....



1,2,3..... (sambil angkat jari comel)



Ade masa lagi 3 hari lagi tolak hari ni untuk ke paper yang ke 2.




Bila nak stat study plak ne?




syyhhhh!!!






Enjoy dulu boleh?







"____________________"

ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

















www.tips-fb.com

Wednesday, April 27, 2011

wa tengok lu kecik besar kecik besar la derr

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments

Hai korang! Sehat tak? Sejak study week ne hidup tak keruan, busy melampau lampau mengalahkan Perdana Menteri gilang gemilang. Eceh, konon busy le tu. Penat berblogwalking sampai tak sempat mengepost ape ape. Fuhh...

Percaya tak kalau cakap masa zaman sekola LG tinggi berbanding kawan kawan laen? Ade je yang lagi tinggi tapi my bestie sendiri takleh lawan ketinggian LG zaman tuh. Orang kata bila waktu kita subur, tahap ketinggian masa tu meronta ronta sibuk nak bertambah. Lepas beberapa tahun tu pertumbuhan akan terbantut perlahan lahan. Yeke? Tak dinafikan ketinggian LG pun masa tu mula meningkat dan bangga bila ada kawan kawan sebaya lagi rendah dari LG. haha. Kejam gile kan. To be honest LG masa standard 5 dah datang bulan. Wargh! You just imagine awal gile nak alami benda benda macam tu. Tapi dah tertulis yang LG memang akan alami benda tu pada waktu tu jugak. Accept je. Masa standard 6 LG realize yang ketinggian LG mula meningkat walaupun tade la drastik sangat. Nampak la beza dengan kawan kawan lain. Kawan kawan masa tuh masih tak matang sebab belum cukup umur. Konon nya LG la kan bajet dah matang wooo. Kahkahkah.

Bila dah masuk sekolah menengah, LG dengan bestie seramai 4 orang berpecah masuk sekolah lain. Bayangkan nak jumpa balik bukan senang. Bila dah jumpa balik lepas SPM, weh, asal macam terbantut gila aku ne? Padahal dulu bukan maen tinggi dari dorang. T_T

Bayangkan my bestie, Amy dah maken panjang, err, i mean dah memang tinggi gile dari i. Wargh! Menci. Mane aci dah tinggi tuuu. T_T. Rasa macam nak pegi buat pembedahan masuk kaki unta kat badan ne. haha.


Amy and her husband. Baru je kawen raya cina aritu. Congrate dear. Dapat baby cepat2 ea..
Look at her, dah tinggi lampai dari i. T_T


Well, the fact is I TETAP TAK TINGGI. 



From left : GunGun and me
Masa ne trip Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) ke Universitas Pendidikan Indonesia (UPI),Bandung . GunGun ne salah sorang member LG, student UPI. Tinggi gile ok. T_T
(abaikan muka i macam opera)

Korang ada alami benda macam ne tak? Bagi LG its normal la kan. Ada yang tinggi, ada yang rendah. Apepun fizikal kita, just believe that we are perfect. Perfect enough. Cuba bandingkan dengan mereka yang terpaksa menghadapi perjalanan hidup tanpa pancaindera yang sempurna. Dorang yang boleh rasa,kita tak. Means that grateful is everything.

Being as littlegurl, bagi LG bukan something yang memalukan. Sedikit pun tak. Malah rasa bangga gila you. And i love myself as the way i am. Allah dah create manusia ne sempurna yang mungkin. So, nak malu ape kan? Lagipun kalau kecik kecik ne nampak comel ape. Berbanding yang besar macam gergasi...euwwww!Takot!

Ape bestnye jadi kecik ne?

1) Senang nak cari saiz baju dan seluar. Kan banyak baju sekarang harga murah. RM10,RM15. Sekali beli memang nafsu membuak buak. Ambek je mane yang suka,tak yah nak fitting. Masa diploma dulu, LG suka beli baju kat reject shop. Tapi bukan kat bahagian ladies. Kat bahagian kids punya. haha. Dah nama lak kecik kan, apelagi kau rembat je baju sehelai dua, baru je dapat harga berapa kan. Tapi agak agak la jangan pulak ambek saiz yang budak umur 7 tahun punya. Tu memang saje cari nahas.

2) Jadi gadis cilik. Gadis cilik bukan bermakna menggedik/menggatal. Gadis cilik bermaksud senang nak celok situ sini. Pernah pergi tempat orang ramai crowded gile macam kat uptown tak? Haa, LG memang suka pergi kat tempat orang ramai tapi make sure masa tu mood okay. Di celah celah orang ramai tu, tak yah nak risau, masuk je celah lengan orang ramai yang tinggi lampai tu then escape selamatkan diri. haha. LG kalau tempat macam ne memang dah pro macam mane nak selamatkan diri dari kesesakan nafas. Kalau jalan sorang lagi la, kalah ferrari. Jalan laju tak pandang orang keliling dah.

3) Makan banyak tapi tak besar besar. Bertuah sebenarnya jadi kecik ne. Sebab kau makan apesaja badan susah nak naek. Bila kau tak makan, badan terus jadi slim world serta merta. haha. Ajaib kan? Tapi ini terpulang la pada individu jugak. LG bila bulan puasa memang terus boleh turun berat dalam 2/3 kg. Memang mudah sangat nak turun. Tapi susah nak naek. Err,tapi sekarang macam dah debab gila. grrrr

4) Kalau ade pembarisan ape ape, yang kecik mesti kat depan kan? Yes! suka suka!

5) Awet muda. Orang kecil molek macam amy mastura tu mesti orang ramai sangka umur dalam belasan,ye dak? kikikiki~ Padahal umur dah hampir 40++ tapi masih lagi ade yang panggil kakak. Ouch! Sape tanak macam tu? Sampai umur 60++ orang panggil kau kakak? Memang pengsan!

6) Mudah nak lawan musuh. Hey,sape kata budak kecik tak berani? Lu jangan ingat wa lembik la der. Wa gagah perkara ade lu nampak? LG join taekwondo masa sekolah rendah lagi. Pernah beberapa kali sparring ( lawan lawan tumbuk atas gelanggang ) wakil WTF Kelantan. Memandangkan my weight dalam 32-36 kg masa tu, jadi LG lawan la dengan budak kurus tapi fuhhh tinggi gila dari LG dalam 2 jengkal setengah. Memang nampak dye dah kecut perut. Dah la kite ne cukup cukup tinggi je, lawan pulak dengan budak tinggi lampai. Tapi atas sokongan member member dan sir taekwondo LG, LG buat muke bodoh je la padahal perut dah mula memulas. Cuak! Sir kata, kalau lawan orang tinggi ne, kena berdiri dekat dengan dye sebab bile dye tendang kita, kaki dye jadi terjulur kat belakang. haha. Means dye tendang pon tak kan kena la kan sebab kaki dye dah lepas belakang kite dah. Sir suruh LG attack kepala budak tu bila dah jarak dekat ( jangan risau...ade guard kat kepala tu ). Atas nasihat sir LG tu, LG berjaya lawan budak kurus tu sampai lembik dye. haha. Rasakan kau haaa tinggi sangat kan,kan. Geram tau tak sebab kau tu tinggi sangat padahal umur muda lagi kot. T_T (jeles punya pasal)

Ape tak best lak kalau jadi TAK TINGGI?

1) Tak sampai. Tak sampai! Kalau nak ambek barang kat tempat tinggi, jengkit tinggi tinggi pun memang tak kan tinggi jugak. Kalau tak de kerusi segala bagai, terpaksa la buat muka seposen dengan orang yang lain. "Tolong ambek kan..." (sambil tersengih sampai ke lubang telinga) T_T. 

2) Takleh jadik model. Bukan LG tau. Ne sebagai contoh je. hehehe. Muka cantik pun orang mungkin tak pandang. Muka flawless pun orang pandang depan je tak pandang bawah. T_T. Jadi model kikilala boleh la kot. Nyampah mak! 

3) Takleh pakai jubah. Pakai jubah cantik gile kan? Nampak macam ladies sangat and ayu sangat. Nak sangat pakai jubah, tapi macam tak seswai je. Kalau jubah konvokesyen macam mana? Selalu meleret pastu kena jahit kasi labuh kat paras lutut. Wargh! Tak suka. Konvo nanti nak beli jubah khas punya bley tak?

4) Pakai wedges / hills tetap macam tak tinggi jee...grrrrr

See whats the different? 

Actually ape pun fizikal kita, rupa kita and ape saja tentang kita, kita kena la bersyukur. Betul? Sebenarnya setiap ciptaan Allah s.w.t ada kelebihan dan kelemahan masing masing. Kalau tak de kedua duanya mesti hidup tak sempurna kan. Bak kata Encik Fafau kesayangan: "Ketidaksempurnaan itu kebahagiaan baginya" (asyik guna ayat ne je. bhahahahaha )


From left : Me and Alyn
I am proud to be me. Thank Allah s.w.t for the happiness given. ^.^

Jangan mengecil ngecilkan orang yang tidak sempurna dimata kita sedangkan yang kita nampak tak sempurna itulah sebenarnya lebih sempurna dari kita. Terima orang lain seadanya sebagaimana mereka juga terima diri kita. Kita adalah sebaik baik kejadian. Chills guys!!!


Mari main lompat katak lompat untuk jadi tinggi!


p/s : Sape kata kecik tu tak comel? Meh sini nak pulas telinga. ^.^










www.tips-fb.com

Tuesday, April 26, 2011

terima kasih adobe photoshop!

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Member LG pernah cakap kalau masuk adobe photoshop dalam my notebook, nanti jadik lembap sistem dalam ne. Oleh kerana saya amat lah degil, jadi saya tetap gatal masukkan jugak atas bantuan Cik Bella comel yang mempromot Blog Wan kepada saya. Oh Wan ini bukanlah pakwe saya ye. Mungkin nama saja sama, tapi orang laen laen. teeheeeee "_________".  Tengkiu to both of you. Lepas tu ade masalah sket sebab screen notebook LG cacat kat belah kiri. Dye punye screen dah koyak. Waaaa! So, bile fullscreen adobe photoshop punya window, dah tak nampak tools kat tepi tu. Atas bantuan and nasihat kawan LG, Fikri, finally LG dapat drag tools tu bawak ke belah kanan. Fuh, naseb baek. Lau tak sia sia je download lame tapi tak dapat guna. =.=

Sape kata masuk adobe photoshop notebook jadik lembap? Tak pun. LG dah download software adobe dengan jayanya. yeay! Happy sangat coz LG suka edit photos dalam adobe ne. Now i got my new adobe photoshop setelah kehilangan lappy lame tu. T_T

Oleh kerana beria betul saya harini, saya buat header blog baru sampai buku atas meja saya abaikan. T_T Teruknya. hohoho...

Mula mula LG buat header yang bawah ne. My bff, alyn said macam orang gila? Ape yang macam gila tah. Tuan blog? ok fine!fine!





Then LG create the new one kasik gambar lagi kecik. Tade la nampak overrrr sangat kan. Nanti kata header ne macam gila lagi. hahaha
Tapi tetap peace yoo!!

Ok then sangat satisfied dengan header yang ne nampak simple and sweet sangat tang butterfly tu. Macam kat taman bunga jerk. wakakakakaka!

Korang nak buat jugak? Jom terjah Wan. LG ikut sume step yang dye ajar taw. Dari start download adobe photoshop sampai la macam mane nak create korang punya header. LG kena ikut ape wan ajar sebab dah tak ingat mcm mane nak buat. Naseb baek basic sket sket ingat lagi. Huhuhu. Sume atas kretiviti korang ok. Cantik tak laen cerita la kan, janji puas hati sebab penat lelah buat sampai terabai buku saya. Ouch!

GUD LUCK korang ! ^.^


p/s : tengah practise buat doodles pakai paint. wink wink =.=








www.tips-fb.com

Friday, April 22, 2011

Mari memasak

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Dah masuk 2 hari lepak umah along sebelum start final exam next week. Cuak gile nak tunggu exam. Tapi buku langsung tak sentuh hape. Normal la kan kalau status student ne, memang malas nak bukak buku. haha.

Kalau sebelum ne LG asyik cerita pasal makan je, kali ne nak share menu n resepi plak. Ok fine LG tade la reti sangat masak ne. Boleh la sikit sikit (tanak riak haha). Duduk kat rumah along dari pagi hingga petang memang tade orang pun. Semua pegi keje and budak budak pegi sekola. Yiem plak along hantar kat pengasuh. Nampaknya LG sorang je la kat rumah. Waktu tengahari memang makan sorang sorang. Ouch, sedih sangat. Tapi takpe takpe. Kita main masak masak jom.  Masak simpe simpe je sebab duk sorang. T_T Dont worry, ne resepi and menu paling senang untuk budak budak darjah 6. ^.^

#MENU: MASAK PEDAS SOTONG


Bahan bahan:

Sotong ( siap potong )
3 ulas bawang putih ( dikisar )
1 biji bawang merah ( dihiris )
1 biji bawang besar ( dihiris )
1 sudu besar cili boh
Sos cili
Sos tomato
Garam
Gula

- Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh.
- Masukkan sotong dan gaul sehingga sotong masak.
- Masukkan air,sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Gaul sehingga rata.
- Siap dihidang dan taburkan bawang besar untuk hiasan (tanak pun tape)

#MENU : KANGKUNG GORENG BELACAN



Bahan bahan :

Sayur kangkung
1 sudu kecil belacan
Udang kering ditumbuk halus ( tapi kali ne LG pakai ikan bilis )
Cili merah ( dihiris )
4 biji cili padi ( dikisar )
1 biji bawang besar ( dihiris )
6 biji bawang putih ( dikisar )
2 sudu besar sos tiram

- Panaskan minyak dan tumiskan udang kering sehingga garing.
- Masukkan bahan dikisar, diikuti dengan belacan dan tumis sehingga naik bau.
- Masukkan sayur kangkung, cili merah dan bawang besar serta sos tiram.
- Gaul sebati.
- Siap untuk dihidang.

selamat mencuba ^.^



www.tips-fb.com

Monday, April 18, 2011

Umi Ratu hatiku

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Umi, ingat tak masa kecik dulu, umi pernah pukul adik dengan hanger gara gara adik malas mandi. Beria umi suruh adik mandi, tapi tetap terhegeh hegeh nak masuk bilik air kan. Mentang mentang umi tak pernah pukul anak anak. Adik sengih je, sebab adik tau umi tak kan pukul. Tapi rupanya adik silap. Kali ne umi sempat pukul adik dengan hanger tapi kena sipi je. Lintang pukang adik lari masuk bilik air sambil terkekek ketawa. Tapi umi tak marah, tak tengking pun. Umi cuma gertak je kalau anak anak tak ikut kata umi. Tak payah marah marah, tak payah pukul pun, anak anak umi dah paham jelingan umi. Padan muka adik kena hanger tu sebab degil sangat.

Umi, ingat tak masa sekolah rendah dulu, adik selalu merajuk tak tentu pasal. Sikit sikit nak merajuk padahal saje nak mitak perhatian. Bila ade je hasrat tak dipenuhi, mula la kan adik nak masam mencuka. Dan adik rasa banyak kali kalau mula merajuk mesti nak tutup pintu bilik kuat kuat. Tanda protes. Umi tau tak tiap kali adik buat macam tu, dalam bilik adik nanges kuat kuat sampai teresak esak. Rasa bersalah tiba tiba sebab tade sebab sebenarnya adik nak merajuk dengan umi. Tapi umi tetap tenang walaupun adik buat macam tu. Umi tetap masuk bilik ajak adik makan. Lembut je suara umi ajak adik keluar makan. Umi tau tak lepas umi keluar dari bilik tu, adik lagi sebak. Jahatnya adik sebab sakitkan hati umi.

Umi, umi tau tak masa sekolah dulu, adik selalu jeles sebab umi banyak belikan uya seluar,kasut,baju. Adik heran nape umi macam lebih lebihkan uya padahal adik bongsu. Terukkan adik sebab buat kesimpulan sendiri. Dan tiap kali adik nak apa apa, mesti adik simpan dalam hati. Sebab takut umi marah mintak macam macam. Kalau adik tak tahan sangat, adik akan cakap jugak kat umi. " Umi,nanti kalau umi ade duet,boley tak umi belikan adik.......". Umi senyum je pastu umi mesti cakap "boleh..". Adik rasa nak nanges lagi sebab rasa bersalah pulak mitak dengan umi macam macam. Bila adik mula meningkat remaja, baru adik sedar, layanan umi dengan anak anak sebenarnya sama rata. Adik pun dapat macam macam benda dari umi bila meningkat dewasa. Baju,seluar,kasut,tudung semua umi yang beli. Bantal peluk ikan yang umi kasi masa adik masuk hostel kat MARA dulu pun adik simpan lagi. Mahal harga bantal ikan umi beli tu. Tapi umi kata tape, boleh buat peluk nanti nak tido. Adik terharu lagi. Adik sayang sangat. Adik nak simpan sampai bila bila. 

Umi, adik ingat lagi bila adik demam, umi lah yang tak duduk deam. Malam malam umi lap air suam kat kepala adik. Umi campur dengan air daun ubat untuk cepat sembuh. Umi marah adik kalau adik malas makan ubat. Pastu adik buat buat muka. Padahal umi nak adik sehat cepat.

Umi, bila adik balik dari hostel MARA, umi kerap teman adik buat homework malam malam. Adik suruh umi tidur, tapi umi bertegas jugak nak teman adik. Umi pergi dapur, buat air. Adik ingat umi buat untuk umi sekali. Tapi tak, umi buat 1 cawan je untuk adik. Adik terharu tak terkata. Umi tunggu adik study sampai umi ngantuk sangat. Last last, umi tertidur jugak. Umi tau tak, bila adik nak tidur sebelah umi, adik tenung umi lama lama. Adik nanges lagi.

Umi, umi tau tak, pernah satu ketika masa tu adik kat hostel. Hujan lebat guruh berdentum dengan kuat. Masa tu adik tengah solat jemaah kat surau dengan kawan kawan. Memang begitu rutin adik di MARA. Adik ingat lagi, masa adik tengah solat, bunyi guruh betul betul buat adik tak focus semasa solat. Teruknya adik kan umi. Adik menanges semasa adik rukuk, semasa adik sujud. Teresak esak. Adik teringatkan umi. Adik risaukan umi sorang sorang kat rumah waktu hujan dan guruh yang teramat kuat tu. Adik memang tak kusyuk waktu tu. Selepas sudah solat, adik bergegas pergi kat public fon. Adik cuba dial nombor rumah kita, tapi line tak betul. Tapi nanges lagi. Adik cuba dial lagi, dan akhirnya adik dapat dengar suara umi. Hati lega teramat Tuhan saja yang tau. Suara adik sebak. Umi tanya nape, tapi adik tak jawab. Adik cuma cakap kat sini hujan lebat dan adik nak tau keadaan umi je. Umi kata umi ok. Adik rasa hati tenang. Tapi umi tau tak rasa sebak adik tak hilang pun. Adik tak terdaya nak cakap dengan umi sebab suara adik sebak sangat. Adik tak cakap banyak, adik terus letak fon. Bukan sengaja, tapi adik tanak umi tau adik sedih. Adik bukan sedih, tapi adik risau dengan keselamatan umi.

Umi, sekarang adik dah dewasa walaupun umi nampak adik kecik lagi. Adik dah boleh nilai mana baik buruk. Adik dah tak merajuk dengan umi. Adik dah matang. Adik dah pandai berdikari. Adik pandai basuh baju sendiri. Adik dah pandai kemas bilik dan barang barang adik sendiri. Adik dah reti masak walaupun bukan pandai sangat pun. Adik boleh buat semua tu sebab umi. Umi yang ajar adik untuk berdiri atas kaki sendiri. Umi selalu pesan adik jaga diri dan selalu ingat umi. Umi selalu cakap umi tak kan call anak anak kalau anak anak jauh dari umi. Adik tau nape, sebab umi nak anak anak yang ingat umi. Anak anak selalu call dan tanya khabar umi. Anak anak yang selalu pulang untuk jumpa dan luang masa dengan umi. Umi, adik janji, dimana pun adik berada, umi tetap kekal dalam hati adik. Adik akan ada disisi umi. Adik akan ingat semua tu.

Umi, adik terlalu sayangkan umi. Umi terlalu istimewa dalam hidup adik dan anak anak umi yang lain. Ketabahan umi dalam hidup kita buat adik lagi kuat menghadapi cabaran hidup. Kekuatan dalam diri umi buat adik lagi kental untuk terus berjuang dalam hidup. Umi sentiasa membanting tulang untuk menyara adik, along, kak cik, abg man, abg min, dan kak ura. Umi tidak pernah mengeluh malah umi sabar walaupun penat. 

Kadang kala adik rasa adik terlalu lemah. Ya, memang lemah sebab terlalu mudah mengalirkan air mata. Sebab adik anak bongsu ke? Tapi adik kembali jadi kuat bila melihat mata redup umi yang tidak pernah mengalah dalam menghadapi apa apa rintangan dan dugaan. Umi, tiada siapa yang dapat menandingi ketabahanmu.

Umi, adik akan pulang tak lama lagi. Adik nak peluk umi erat erat. Adik nak cium umi banyak banyak. Ulang tahun umi dah dekat. Adik nak luangkan masa dengan umi nanti. Mungkin tiada hadiah yang mahal untuk umi dari adik, yang ada cuma kasih sayang yang tak terkira untuk umi. Umi segala galanya dalam dunia kami.

Adik sentiasa doakan keluarga kita sentiasa bahagia dan dirahmati-Nya selalu. Terima kasih umi kerana membesarkan kami. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segalanya.


My only one. ZAINAB MOHAMED







www.tips-fb.com

Saturday, April 16, 2011

Suara kau best tak?

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Sape suke karoeke sila angkat tangan macam ini (lambai lambai macam usop wilcha). Sape tak kenal usop wilcha memang ketinggalan zaman betul. Even tak tengok usop masa APBH haritu pun at least korang tau la kan cerita Hantu Kak Limah tuh. Kalau tak tau jugak, tak tau awok nak cakap macam mana. T_T Ok LG  bukan lah tak suka sangat cerita Hantu Kak Limah yang memang femes gile tu. LG pegi jugak tengop wayang dengan Along dan anak anak sedara masa mula mula kuar lagi.Cuma bagi LG cerita tu ending dia macam tak best sangat. Macam tak logik je sebab  hantu kak limah yang selalu muncul tu sebenarnya kak limah yang gile. Adoyay. Kecewa i tau. Ingat memang hantu betul da. T_T (addicted gile skang tengok cerita antu. hakhakhak). 

Eh tiba tiba terkeluar cite hantu kak limah plak!

Ok back to tajuk entry kat atas. Suara korang best tak? Kalau join audition Akademi Fantasia and Mentor agak agak korang lepas tak? Kena maki ke kena puji? 

Eleh, tak yah berangan la kalau suara korang macam katak bawah tempurung. Hanya layak nyanyi bila nak panggil hujan turun. haha. Macam cerita dongeng jer. ( sesuka hati mengata orang padahal diri sendiri pun sama. haha ) Don't worry la kawan kawan. Jangan risau. Bagi korang yang rasa suara tuh dah sebijik macam Dato' Siti, tapi geng geng korang tetap kata suara korang macam tut tut, jom ikot LG jom! Kite berentap kat dalam karoeke box! Haaa,nyanyi la korang sepuas hati.



Korang jangan risau, korang tetap akan jadi the winner.



Sebab suara LG macam ELLA. T_T ( suka betul buat andaian yang bukan bukan )

LG ngan member member memang hantu karoeke ok! Biasa la malas nak komersial suara best ne. Pegi karoeke sudah la kan. Tapi most of my bff tak suka karoeke. Me and alyn je yang suka masok karoeke box, yang laen melalak kat bilik je. T_T. So, LG biasa pegi dengan budak budak class and member member 1 batch. Memang hantu karoke betul. Ala, bukan selalu pun pergi. Baru je beberapa kali semenjak dua menjak ne. Almaklum, dah nak habes degree, so kena luangkan masa together gether. (sedih la plak)


Miss yuna. Eh silap, Miss yana. "_________"
LG paling kerap pergi karoeke dengan budak kecik sorang ne. Berdua dengan gadis saja harap maklum. 


Klon awie! haha. mantap seyh.


Tengok Expert (nama komersial) kat tepi tuh macam pungguk rindu bulan je. Ececeh


Focus + tergamam 

Baru baru ne pergi dengan bff and member member class dye.2 jam tanpa henti dan charge hanya RM10. Weh, kat mana lagi tempat karoeke yang murah gile macam ne? Cuba cakap? Memang sangat puas hati. Bilik yang sangat selesa ade sofa empuk lagi. Kat mana?


Me v.s Alyn. Cu teka kat mana ne? (macam nampak je background kat blakang)


Puas hati! RM 5 je sejam. Mane leh dapat lagi murah macam ne.



Haha. Rock gile kau Alyn. ^.^



Ok dah dah jom balik.


I-City Shah Alam. Korang ingat kat sini cuma ade LED light berwarna warni je ke? Korang silap la. Kat sini bukan karoeke box harga RM1 untuk satu lagu tu. Tapi RM5 untuk 1 jam, start 12 p.m - 7 p.m. Kalau dah lepas 7 p.m, RM18 untuk 1 jam. So, untuk para gadis yang suka karoeke, elok la pergi waktu petang. Dah la murah, memang puas hati. 

P/s : Nyanyi sorang sorang lebih baek ^.^ 




www.tips-fb.com

Friday, April 15, 2011

Jom cuci gigi

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
"Esok semua bawak berus gigi ok."

"Nape cekgu?"

"Doktor gigi nak datang esok, ajar kita cara berus gigi dengan betul"


Korang ingat tak saat korang berhingus dulu? Nurse kat klinik gigi suka sangat datang sekolah dan takutkan budak budak sekolah. Padahal bukan buat ape pon. Budak budak level tahap bawah katakan. Pengecut gile. LG ingat lagi, semua ikut je kata nurse. Nurse suruh duduk, semua duduk. Nurse suruh gosok semua gosok. Mencangkung kat tepi longkang. Pastu dah siap gosok, semua ludah kat longkang tuh. Pastu kongsi kongsi dengan kawan kumur pakai cawan plastik. haha. Memang bila pikir balik macam pengotor tahap ape tatau. Biasa la kan. Zaman tak matang. Tapi serius, LG rindu sangat zaman sekolah rendah T_T 

Sekarang masing masing dah besar panjang. Bila tengok muka kat cermin, wah, maken cun gile aku berbeza ngan dulu, selekeh kot. haha. Bajet la kau cun. Tapi bagi LG semua antara kita cun & macho ape kalau berbanding zaman sekolah. Bila tengok gambar masa sekolah tu, eh, asal macam laen je muka aku. Orang laen kot. haha. Melampau sudah. Sampai muka sendiri pun tak cam. Means that korang lagi anggun and hensem gile sekarang ne tau!

So, untuk melengkapkan lagi kecantikan korang, ape kata kita sama sama buat treatment gigi. Haritu kawan LG pergi kat pusat kesihatan UiTM ne dapat free je untuk bersih gigi. Teringin jugak nak pergi, maybe sebelum habes final exam nanti. 

Biarlah gigi tak tersusun mana pun, bukan cantik mana pun, janji gigi kita suci bersih takde kotoran. Barulah nak gelak ketawa pun kita confident dengan diri sendiri. 

Ape bestnya buat rawatan gigi ne? 

-Untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi 

-Membuang STAIN (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya ( bagi yang merokok la kan?)

-Biasa kalau gigi dah sedia kuning, rawatan ne tak menjadikan gigi tu jadi putih.

-Rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu :
   a) setiap bulan (biasanya orang yang kuat rokok sehingga banyak STAIN pada gigi)
   b) 3 bulan sekali (mereka yang memiliki masalah tulang dan gusi)
   c) 6 bulan sekali (normal)
   d) setahun sekali (mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).

Info dari SINI


Biasanya, mereka yang jarang gosok gigi, atau mempunyai plat plat di celah gigi akan merasa saket bila terkena hujung mata pencuci tu. Kalau memang selalu cuci gigi, kebarangkalian untuk rasa saket tu akan berkurang sebab plat plat tu mudah untuk dibersihkan. Biasanya ade sesetengah klinik yang sediakan bius lau customer rasa memang saket gile. Of course la kan, kang terjerit jerit tak pasal pasal. Ayoo tak tau!

Kan bagus bila jaga gigi. Gigi yang bersih menunjukkan peribadi yang bersih jugak. Ayuh kita buat rawatan pergigian sekarang. Biar senyuman menawan dengan kilatan gigi kita. Hakhakhakhak!


P/S :  Tak sabar nak buat appointment dengan dokter gigi.

Nak pilih yang ensem je boley? XD
www.tips-fb.com

Thursday, April 14, 2011

Sunway@Aimar Char Kuey Tiew TTDI Jaya

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Akhir akhir ne asyik nak cerita pasal makan je. Memang patut la ramai yang cakap badan i dah debab. Pedulik la janji perut kenyang. Hey, 3 hari lepas gedik ikut Dee pegi Sunway. Padahal tak plan langsung. Malas kot nak kua. 

(jalan balek kolej dari class)

Dee: Ila,pas beli tiket kitorang nak pegi Sunway. Ikot tak?
LG  : Ea? Hmm...(teros melangkah menuju ke arah mereka)

What the..??? 

Tetiba je melangkah laju tanpa segan silu pastu tersengih sengih macam kerang busuk. Memang pantang betol orang ajak jalan ne. Tambah plak kau duduk deam kat blakang pastu orang laen yang drive kan. Memang seronok gile.

Lepas beli tiket budak budak yang rindukan kampung halaman ne ( LG tak balek ouh,sedey T_T), kitorang tros bergerak ke SUNWAY. Lame dah kot tak pegi. Lau ajak Encik Fafau kompem dye tanak. Katanya jauh. Ok fine la dear,fine. ^.^


Memang dah nama perempuan kot suke jalan jalan then window shopping. Padahal tade ape nak beli or survey pom. Saje je la ne menggatal nak pusing pusing kan. Ok la dari pergi shopping sakan habeskan duet yang dah tinggal bape ketul je ne T_T.


Kawan saya sume hot hot =D

Lapa punya pasal, so budak budak ne teros terkam Sizzling kat Jusco. LG cuma makan benda ringan je, sebab 2 hours before this dah isi perut dengan kueh pastu nasi lauk ayam merah. Kalau makan lagi after 2 hours, tatau nak cakap ape. Terbongkang macam ular sawa.


Cik Dee tengah focus menghabeskan sizzling yang boley tahan sedap.

Masa tengah jalan jalan dalam Sunway, ade lah satu family macam arabian je pakai purdah dan jubah hitam. Berenti tanya kitorang mane tempat nak solat (in english ok). LG tak bape nak dengar sangat dye cakap. Cuma nampak jelas dye dop angkat angkat tangan tunjuk cara solat. Ooo,maknanya nak tau surau la tu. Nasib baek la kami gadis baik, tambah pulak masa tu memang berapa kerat je kot awek awek melayu kat sekitar, jadi kena la tunjuk jalan kebenaran kat warga asing ne. Kitorang ape lagi bawak je dorang pergi ke surau. Mula mula macam pening jugak la tak ingat belah mana. LG lagi la memang susah nak ingat jalan. Nasib baik kawan ne memang jenis cekap sikit bab tu. 


Memang sempoi la pegi Sunway pakai simple gile. Ini tandanya pelajar sejati yang tak over =.= 


Konon macam artis. Padahal macam....... T_T


Comey gile kasut tu. Nak bawak balek hostel boley?

Dah sampai, kitorang berenti sekali jugak untuk solat Asar. Pertama kali masuk masa solat zohor tadi, tergamam seketika. Sebab surau tu kosong, tade sape yang ade. Time masuk kali kedua ne pun sama. Eh, kat Malaysia ke kat Amerika ne? 


Tengok, surau kosong ok. Belah surau laki tatau la cane.
Ok. Maybe sume orang dah solat kot sebelum ne kan kan. T_T 


Terkejut beruk bile tengop harga kat kaunter RM18.80. Hey, banyak ne pun mahal ke? Baek makan aiskrim Mc'd RM1.00 tuh. T_T . Biasa la first time makan kat Tutti Fruits ne. Rasa macam masuk kandang lembu mengembek, masuk kandang kambing menguap. Eh, betul ke?


Ok sedap gile. Harga pom berpatutan T_T

Pas solat asar tu terus bergerak pegi Restoren Aimar kat TTDI Jaya. Kata Dee, ne tempat femes. Dah penah masuk paper sebab kat sini femes dengan Char Kuey Tiew. Tapi LG tak berapa suka Char Kuey Tiew. Padahal dulu masa kat Perak memang minat gile kot. Gara gara perubahan hormon, teros jadi tak suka. Salahkan hormon pulak.


Ne signboard kat dalam kedai.


Ni plak bahagian dalam kedai ne. Luas nye boley tahan. Ade meja untuk 4 orang, 6 orang dan 8 orang kalau tak silap. Means kalau datang ramai ramai, tak perlu la nak rapatkan meja kecik kecik tu. 


Memandangkan LG tak berapa suka char kuey tiew even kat tempat ne memang femes, LG just order mee goreng basah. Perggh! Masyuk! 


Selesai sudah berfoya foya dengan rakan rakan, marilah kita mengerjakan solat Marghrib pula di sini > Masjid Shah Alam



p/s : tinggal beberapa hari lagi nak habes study T_T


www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting