Followers

Sunday, November 20, 2011

it's 20112011!

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

What a lovely date today, isn't it? 

Nice number and nice day also! ;)

Aku rasa harini mungkin banyak majlis kawen or majlis istimewa yang diraikan bersama. Forsure lah majlis kawen nak pilih date yang cun-cun jelah kan. And guess what aku punya majlis kawen pon maybe on 12.12.2012. hahahaha! Boleh fahrin ahmad? ehm ehm ehm 

Hamboiiii siap set date ni apehal? Mau kena bebel sebakul oleh umi tersayang? Well, umi aku tadelah nak marah kot kalau bab kahwin, benda ni normal lah lame-lame kawen jugak beza lambat cepat. Tapi bagi aku nak prepare dululah boleh? Agak-agak lagi setahun (eh 12.12.2012 tu dah cukup setahun kan hahaha!) atau setahun setengah atau dua tahun lagi ke (eh?) Kalau tercepat atau terlambat tu nak buat camno muahahaha. But hopefully everything is going be very well. Berjalan dengan lancar dan mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. Amin.

Aku rasa dua benda penting yang aku kena prepare sebelom kawen. Yes serius benda ni memang wajib aku pikir sampai bile-bile kot. SERIUS wa risaulah derrrrrrrr -_-'

* Menu harian untuk suami dan anak-anak
* Financial (duit!duit!duit!)

Aaahhh memang aku bukan gadis cool kalau bab masak. Boleh lah sikit-sikit (gadis baik takleh riak kan cakap pandai masak? eh tercakap pula haha). So, sebelum kawen aku akan pastikan banyak menu kegemaran aku (je?) dah khatam dah semua. Ecehhh berlagak pula nak khatam semua. Ehhmmm maksud disini at least tau lah nak letak ape, bile masak rasa sedaplah jugak walaupon taklah se gah yang umi aku masak pon. Nevermind nevermind. Usaha tangga kejayaan ye dak hihihihihihi. Sekurang-kurangnya tade la suami gua kata 'sayang.....tiap-tiap minggu sup ayam je eh?' -_-'

Kalau bab financial pulak, aku jenis kedekut. Tapi kadang macam boros gila. Terutama kalau bab makan sebab aku suka makan. Yes. Makan kan wajib cuma kadang-kadang kena control jugak jangan melampaui batas (eceh). So, bagi aku before get married, kewangan ni benda wajib kena dibincangkan antara kedua-dua belah pihak. Sebab tu aku tak sabar-sabar nak keje, nak tunggu dapat keje baru kawen. Ehmm ehmmm. 

Memang betol kalau isteri keje, duit tu isteri punya. Tapi sebagai isteri yang baik, kita kena bersikap adil sikit. Kalau suami korang tu memang datok gaji dekat 100k sebolan memang layak lah simpan saje duet gaji anda sebab suami dah boleh tanggung 100%. Tapi kalau suami keje biasa-biasa je even gaji 4k aku rasa better berkongsi jugak ye dak? Aku memang tade pengalaman pon sebab still single tak penah kawen muhahahahaha tapi bila tengok pengalaman sekeliling, memang isteri patutlah bantu suami jugak dari segi kewangan. Eh, dunia sekarang ni semua perlu duit tau? Bukan nak beli kereta rumah je pon, gula, belacan, sayur, ikan semua pakai duit. Dah ada anak nak beli pampers susu lagi. Susu budak sekarang harga bukan macam dulu. Yang harga RM45 hanya bertahan seminggu je. 

RM45 x 4 weeks = RM180/month
see? 

Mau sakit kepala jugak pikir pasal duit. Tapi percayalah, kalau ade kepercayaan, kejujuran, persefahaman dan kasih sayang dalam sesebuah hubungan, InsyaAllah semua akan berjalan lancar. Kalau niat kita baik, Allah s.w.t akan permudahkan segalanya. Yang penting kita usaha sebaik mungkin. Ujian & dugaan dariNya hanyalah sekadar ingin menguji ketabahan dan kekuatan hati kita.

eh ape yang aku merepek ni?

HAHA

Tetibe sebut pasal kawen. Haip! -_-"

Bythe way, congratulations to my nieces, nephew & cousins for their great result for UPSR! Whoaaaaaaa tahun ni sekaligus 3 orang anak sedara aku ambek UPSR. Lepastu sakit kepala nak pikir nak beli hadiah ape kan hahaha. Dah la ucu tak keje, no income lagik T_T. Tape tape, balik nanti just wait for the surprise weeeeeeeeeeeeeeee ^^


HAVE A NICE DAY PEOPLES!  
Hati kena wangi, jangan bushuk bushuk ^^




www.tips-fb.com

Saturday, November 19, 2011

me and facial

Broommm..Broommm by LittleGurl 15 comments
Assalamualaikum w.b.t

Yeah, mood belog dah mula menurun tahap maksimum. Tajuk pon entah hape hape nampak sangat mood berbelog aku dah mula runtuh lagi haip! Nak kena pang sekali baru tersedar dari lamunan gamaknya. Nak blogwalking pon aku dah mula malas ayoyoyo amma appa apehal pulak kan. Actually bukan malas kot sebenarnya (eceh) tapi sebab sibuk sikit menguruskan hal kahwin akak aku yang akan berlangsung next week (InsyaAllah). Yelah, pi mai pi mai situ sini balek pon dah lewat malam. Aku on sekejap je facebook, tu pon sebab nak cek ade orang fight tak aku punye empire (nasib baik fahrin ahmad tolong) #empires&allies, tak pon cek samada menu aku dah masak blom kat #cafeworld, tak pon hidup ke mati rakyat-rakyat aku kat #sims hahaha! inilah kejadahnya kalau keje tarak. hidup dengan games tak ke sudah. pang! 

Hey kawan-kawan, harini dapat bebaskan diri membuat facial! Korang tau tak aku pon dah lupa aku penah buat facial ke tak. Tapi dengan bangganye aku cakap kat akak facial tu tadi aku penah buat SEKALI. sekali? SEKALI LAGI ke hape? Cis. Sorilah kawang-kawang aku memanglah bukan si cantik si gebu si tinggi yang rajin nak memfacial muka tiap-tiap bulan. yeah aku memang tak reti nak jadi gadis cantik pon wakakakakaka. Aku gadis biasa biasa je yang kalau keluar just suka pakai bedak dan sapu lip balm sebab bibir aku selalu kering -_- 

Aku pon heran macam mana orang lain boleh taruk macam-macam kaler kat muka dengan eyeliner + maskara (benda biasa kot), lepastu blusher berkaler-kaler tak campur lagi dengan lips merah menyala ouchhhh. Oh tidak. Aku nak pakai eyeliner pon terkial-kial. Kalau aku gatal nak pakai pon sekurang-kurangnya aku akan tunggu untuk majlis-majlis tertentu. Contoh macam majlis kahwin atau raya. Yes. Terukkan? muahahaha! Tu pon kalau malas aku terus bedal pakai bedak compact lepastu calit sikit lip balm. Simple. Malas nak taruk eyeliner segala bagai sebab nanti nak solat la apelah pulak kan. Aku akan confident pakai eyeliner bila waktu bulan mengambang je haaaaa. Time tu boleh lah lama-lama sikit nak touch up. Tu pon terketaq lutut nak pakai eyeliner kahkahkahkah!

Actually, terpulanglah pada individu. Member aku pon ade yang suka pakai makeup. Tapi time solat dorang boleh je remove makeup lepastu dah lepas solat pakai balik. Aku rasa benda tu tak jadi masalah. It's depend for individual. Tapi kalau yang jenis macam aku nak pakai eyeliner pon berjam-jam, baik tak payah. Tak pasal-pasal tengah-tengah pakai eyeliner lama kemain tu dah azan Asar dah pon. Muahahahaa!


Aku lepas buat facial. First time buat macam jakunlah kan konon muka dah gebu halus mulus ekekekekeke.  Padahal biasa-biasa je pon. Esaited lebih. Bagus jugak buat facial ni sebab aku banyak blackhead kat hidung. Lepastu ade pulak eyebag. Jerawat tu biasalah kalau dah bulan mengambang lagi rancak nak tumbuh sana sini. Tapi tulah yang paling aku tak suka blackhead & eyebag. Oh i don't like you both -_-'

Fuuhhhh rasa fresh je muka. Facial bagus sebab boleh FREE kan muka korang. Dapat orang urut-urut kan muka rasa macam muka baby pulak muahahahaha! *pang sapolohribu kali*

Bytheway, simple & less makeup is better kan? ^^
Just to be confident that everyone have their natural beauty. Alhamdulillah  ;)

www.tips-fb.com

Wednesday, November 16, 2011

hello i'm back!

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hoyeaahhhh!!! 

I'm back!

I'm back!

Whoaaaaa rasa lama tak online nampak ehmm ehmm bukan lama tak online tapi lame tak bukak belog yes! Bukak blog pon i think merapu meraban nak emotional apehal kan kan kan eeeeheeeeee. Actually yelah kadang mood ni sekejap ade sekejap takde macam chipsmore tu biasalah. Lately aku rasa macam banyak gila problems yang terpaksa kena face day by day. Pernah satu masa rasa macam nak gila (eh?) padahal tak pong kahkahkah. Emotional terlebih (eceh). Kononlah rasa tension tu boleh nak selesaikan masalah ye dak? Sedangkan kita tak sedar kalu teremotional tu lah buat masalah lagi berganda. So, aku buat keputusan, biar masalah tu berlalu macamtu saja, boleh ke???? Hmmmmm...

Masalah mane takde penyelesaian ye dak? Tapi kalau masalah tu mengaitkan pihak satu lagi camno? Ayoyoyoo tulah buat den sakit kepala malas nak pikir pasal pihak sana. Kalau pihak sini je asyik dok sakit kepala dok pikir nak selesaikan masalah, sedangkan pihak sana buat taktau, buat dek, takde guna jugak. Baik kita tutup mulut buat taktau jugak, habes! Ngehngehngeh! Boleh kan? ^^

Alhamdulillah aku lebih tenang sabor bila buat taktau camni. Nantilah nak pikir-pikir balek camno haha. Tu biar masalah BESAU pulak yang settle, baru masalah KECIT camni settle pulak. Manyak betol masalah aku ni apehal? Gggggrrrrrrrrrrr

Ok dah dah membebel pasal masalah tak sudah. Aku dah mula tenang sebab banyak sabar dah ni letsssss rock ajelah tenang-tenang dulu lepak kat pulau barulah aman sikit takde masalah (eh?)

Eh aku dah hampir setengah tahun ni hidup takde keje boleh? Hhmmm memang takleh pakai betol aku ni hidup takde keje. Tapi aku bersyukur jugak, sebab sepanjang aku takde keje ni lah masalah berganti-ganti muncul. Sekurang-kurangnya aku ade family, aku dekat dengan family boleh berkongsi masalah bersama. Memang betol, Allah s.w.t itu Maha Adil & Saksama. Dia telah aturkan yang terbaik dalam kehidupan kita. Aku akan tetap tunggu setiap keamanan, kebahagiaan & keadilan dalam hidup aku, selagi aku tetap berusaha. Amin.

Patutlah susah sangat aku nak dapat keje, rupanya ade masalah besar yang patut aku tanggung. Hmmmmm. Sabo ajela.

Ade masalah pon chill chill jela kan? Malas nak pikir banyak-banyak kahkahkah! 

Baik layan budak kecit comel anak cina ni kan? 

olohhhhh rindu gila ucu kat yiem! sobsobsob


Ok nak sambung main game bai!







Nota kaki : entry aku ni berbaur luahan perasaan sikit (eceh). Korang tak kesah kan? aku pon ^^

www.tips-fb.com

Monday, November 14, 2011

Hanya secebis doa

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Allah yang Maha Pemurah... 


Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya. 



Terima kasih untuk saat-saat indah yang dapat kami nikmati bersama. 



Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama. 



Aku datang bersujud dihadapanMu. Sucikan hatiku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencanaMu dalam hidupku. 



Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya, janganlah biarkan aku melabuhkan hatiku dihatinya, kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan jauhkan dia dari relung hatiku. Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemadi didada ini dengan kasih daripadaMu yang tulus, murni dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai seorang sahabat. 



Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk ku, Ya Allah tolong satukan hati kami, bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya, berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.



Redhai dirinya, agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan setiap kelebihan dan kekurangan sebagaimana telah Engkau ciptakan. Yakinkanlah dia bahwa aku bersungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan duka bersama.



Ya Allah Yang Maha Pengasih, 
lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendakMu... 



Ya Allah Yang Maha Adil, 
aku mengerti bahawa Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untuk ku. 
Luka dan keraguan yang aku alami, pasti ada hikmahnya. 



Setiap pengalaman ini mengajarkan aku untuk hidup makin dekat kepadaMu untuk lebih peka terhadap suaraMu yang membimbing aku menuju ke jalanMu yang benar. Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan. Jadikanlah kehendakMu dan bukan kehendak aku yang menjadi dalam setiap bagian hidup ku.



Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi setiap dugaan dan ujian daripadaMu Ya Allah.


Amin.









www.tips-fb.com

Wednesday, November 9, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Dah masuk hari ketiga raya kan? Rasanya semua dah back to normal. Semua dah berpusu-pusu balik ke tempat asal. Ade balik KL, Johor, Perak, Pahang, Terengganu and anywhere ;) Yeah, keje pon dah start and raya pon dah abes sakan selama 2 hari ;) Even sekejap je musim raya korban tapi raya kali ni memberi seribu makna, ye dak? ;)

Raya korban tahun ni cuma abg & kakak ipar aku je yang balik. Yang lain sume set a time balik kenduri akak nanti. Then my auntie dari Perak pon balek jugak and stay at my home. Seghonok (eh?) gila sebab ade baby baru yeahhhhhhhh. Boleh pelok cium baby comel manyak kali whooaaaaaaa. Aku kan dah gila nak ade baby skang ne *pitaammmmm*

Honestly raya korban tahun ne aku makan at least 5 times/per day. Hello 5 times tu kau tau tak? Bukan makan kueh pon, tapi makan nasi. Hmmmm memang menambahkan tumbesaran lemak melampau. Tak heran lah kan in 2 days boleh naik 3/4kg hahaha!

Oh, i kena stop makan and start diet now hahaha ecehhhhhhhhh

Alhamdulillah selamat menunaikan solat sunat hari raya aidiladha dengan sempurna ;) 
Psstttt telekung senget bukan tak gheti nak pakai tapi sebab lari-lari pegi ambek fon nak 
tangkap gambo muahahahaha *pang*



Oyeeaahhhh raya korban tak perlu nak menu over-over bukan? 
1#Kuah kacang  2#Nasi himpit  3#Rendang ayam


Aku malas sebenarnya nak hupdate pasal raya korban kali ni. Alah raya korban je pon, tade ape istimewa pong. Haip! Mulut sape lancang bersuara itu meh sini nak cili cili sikit haaaaaaa. Ada pulak kan yang cakap raya korban ni waktu nak qada tido hamboiiiiiiiiiiiii. Aku semangat aceli nak hupdate pasal raya korban sebab tiap tiap kali raya korban aku mesti sibok nak pegi mengorban jugak eh eh bukan bukan nak pegi tengok lembu korban. Dulu time kecik perasaan gundah gulana mesti wujud time tu, tapi sekarang tidak lagi. Dengan kekuatan dan kematangan yang tahap maksimum (eceh) aku mampu duduk ternganga tengok lembu kena korban dengan tidak mengerlipkan mata. kau hado? muahahahahaha *gelak jahat*



18SG hanya layak dilihat oleh mereka-mereka yang tidak geli dengan darah
tettttttttttttttttttttttttttttttttt.....

Inilah mangsa keadaan

Tu dia. Aku saje tanak letak gambar lagi dasyat + focus dekat. 
Kang ade yang termuntah depan laptop kang ihikhikhikhik. 
Well, aku kan prihatin dengan orang-orang yang takut darah ni muahahaha *gelak jahat lagi*

Itu hero gua. Baju kaler hijau.

Best lembu kat sini. Boleh dikatakan hanya ade 10% je lemak tepu kegemaran ramai. 
Isi semua padat-padat. Mengancam.

Comel tak comel tak?

Ini hero gua dengan bini dia. 

Bila aku letak profile picture ni kat facebook, sume pakat tanya eh dah ade anak ke 
whoaaaaaaaaaaaaaaa muka aku macam mak budak sangat ke weh? majuk ah camni

Chinese girl with chinese woman hahaha! Chineselah sangat kan
Anak sedara aku sorang ni memang potpet tak reti dop deam. Ada je idea bernas dia nak cakap.
Haiiiii mana tak tumpahnya kalau tak ke nasi kan ehhmmm ehhmmmm ;D

My lovely auntie, adik umi aku paling bongsu. 
Sporting gila and umur lebih kurang macam along & kak cik aku. She just like my own sister! ;)

Pegi tahlil umah mak sedara aku jumpe pulak budak comel ne eeeee geram sangat ok. Dah la tembam, tembun semua adalah. Aimy omey omey asal lembut sangat nak pegang you ni? Auntie takotttt tau tau nak pegang aimy. Auntie suka cium cium je sebab wangiiiiiiii teeeheeeee^^ auuuuuwwww auntie? erk

Raya is done! Mari berjogging pula.

Buruk gila. Lepas solat kat rumah mak sedara teros sarung ikot suka hati jantung 
sebab nak direct balik rumah. Yeah i know macam jessica alba kan? 
Yeah i know that *kahkahkahkah



Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang disayangi ;) 
Semoga hari-hari kita sentiasa mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. 
Berbuat baiklah kepada sesama insan sesungguhnya amalan mulia itu memberikan kebahagiaan & kesejahteraan yang hakiki kepada kita. 


*lots of hug*









www.tips-fb.com

Monday, November 7, 2011

Little kiddo

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Little kiddo A : Eeeee tak sakit ke lembu tu?
Me : Eh mestilah sakit. Setiap makhluk akan merasai kesakitan bila dicabutkan nyawa (eceh aku konon nak kasi tazkirah sempena raya korban)
Little kiddo A : Aaahhhh yaya pon penah.
Me : Eh penah?
Little kiddo A : Aahhhh rasa sakit luka kat jari. Sakit sangat!!
Me : Yelahhhhhhhhh (tangan ke dada, mata ke atas)



Me : Syasya, meh tengok gambar lembu tadi.
Little kiddo B : Eeeeee tanak la. Kesian kat lembu tadi. 
Me : Habis takleh makan la daging lembu?
Little kiddo B : Tanak tengok yang kena sembelih je, tapi balik nanti makan jugak hihihihi
Me : Okkkkkkkkkkkkkkkkkkk.....






Paling takleh blah.

Little kiddo A : Kejamnye manusia bunuh lembu!



-_-"



Yeah, little kiddo kalau di layan memang mengah nak jawab satu-satu. Tapi semua tu adalah tanggungjawab kita nak explain the whole questions. Kadang geram kot soal benda pelik-pelik. Yang tak logik dek akal. Tapi hello aku rasa sume little kiddo memang macamtu. Tanya terlebih-lebih zaman kecik kan haha. Then kita lah yang kena jawab satu-satu, and please jangan nak kelentong. Tolong jawab sume soalan dengan tepat dan berfakta. Kalau tak nanti korang pulak kena auta  ;D

Little kiddo A 7years old, Little kiddo B 12years old, Little kiddo C (kiddo eh?) 23years old 




www.tips-fb.com

Friday, November 4, 2011

1# Spontaneous Friday

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments

If you're too busy with your things i'll understand 
if you don't have a time for me i'll understand 
if you're not honest with me i'll understand 
but if one day i'll leaving you and you won't 
be happy without me, now its your turn to understand.



www.tips-fb.com

Thursday, November 3, 2011

Graduan terhebak

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello peoples? How are you doing? ;)

A few days ago, along and family balik rumah emergency sebab my brother in law punya kakak terpaksa dimasukkan ke wad ICU. Aku pon pegi jugak lawat dia kat hospital and what i can say, it was speechless. Kak Te' (nama panggilan) langsung tak boleh gerak and paling tragis tengok wayar berselirat kat area badan dia. Hmmmm doctor kata ade infection kuman sampai ke otak. Yang aku tau dia ade kencing manis dan batu karang dalam pundi kencing (i guess). Her condition still the same until now. Tapi abah (my brother in law punya abah) cakap Kak Te' ade jugaklah nampak macam bergerak sikit berbanding the first day masuk spital haritu. Tapi masih tak sedar lagi. Alhamdulillah. Hopefully her condition is become more better. Let's pray to her may get well soon.

Ok berbalik kepada tajuk asal. Seperti yang dijanjikan aku nak hupdate tentang my convocation's day! Well on 23rd October last week, aku telah pun berjaya bergelar (eh eh bergelar?) sebagai graduan yay! Let's have a big clap for me teeeheeee. Helo sape yang tak esaited macam aku kan sebab dah bergelar graduan. Everyone should be happy just like me. ;)

 look at him budak comel kat atas tu. esaited kemain nak pergi kombo ucu kan kan kan teeeheee

Nak dibuatkan cerita aku and the geng dah berpakat nak pakat the same colours on that day. Konon nak ikot themes sebab nak bergambar sama-sama hihi. But unfortunately night before convocation's day tu, aku tengah sibok nak matchingkan tudung and baju (ceh malam tu baru sibuk nak matching bagai). Then boleh pulak akak, akak ipar and abang aku kata baju aku buruk. Sebab dorang kata konvo degree sekali seumur hidup je so kena makesure colour kena striking and tak tenggelam masa pakai jubah. I was like eh kaler grey kan memang lah nampak suram la berbanding oren sobsob. Sentap hati mak nak whoaaaaaaaa. Aku memang dah bad mood gila. Aku siap explain lagi ini dah ikut themes dengan geng bas sekolah. Then my bro cakap 'ikutlah kalu nak nampak buruk time konvo'. Huh?

Sampai hati -_-'

Abang aku beria suruh pakai baju lain. Yes, ade baju lain tapi bukan aku punya pon kakak ipar aku punya actually. Dengan bad moodnya aku try, yeah, meman padan and suit very well. Disebabkan nak jaga hati sume orang, so aku terpaksa buat decision tukar themes. Eh aku sorang je ni dah tersalah themes camno?

Anyway, aku bersyukur sangat-sangat sebab masa konvo luckily dapat berkumpul sume dengan my bestie hoyeeaahhhhhh. It doesnt matter even themes tak sama dah, tapi paling penting the moment that we shared together. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai camtu sebab dalam dewan dah berpecah. Yelah, kan ikut list nama and paling sedih nama aku selalu terbelakang sobsob. But i don't mind sebab masa dalam dewan kitorang dah keep messaging nak jumpa kat mana lepas settle majlis. 

The precious moment is to be with our bestie on our special day! Yes, i am so happy with that ;)

Here is my convocation's day!


honestly for the second time konvo baru boleh nampak details atas stage. sebelom ne layak duduk belakang je sobsobsob ;"( 

 Yeah it was me! ;)

 My bestie ever! Teman suka duka through my diploma and degree in Quantity Surveying, mereka inilah. Sporting gila. Nak korek hidung atau sendawa sekuat mungkin pon tak kesah teeeeheeeee ^^
Psstttttt bukan aku sorang je tak ikot themes muahahaha

Mira, one of my lovely friend. Actually nak ambek gambar dengan setiap orang tapi time ni sume dok kalut nak balek, nak pergi dekat family pulak, nak pegi snap pic kat studio, nak pergi hantar jubah sobsobsob. The times flow so fast whoaaaaa. So just ade gambar the whole geng only. Tapelah, janji dapat kumpul and celebrating together yeah!!!! ^^

 Thanks a lot to my gojes sista in the world! Automatically jadi photographer on that day haha. Thanks along sebab spend the whole weekend with me and umi. Labiu muas muas! ;)

Me and my couple. hahaha couple la kan? Same colour hikshikshiks. 
This is my only one. Time kecit sampai i dah besar panjang (ke??) hanya pernah cubit i sekali je time kecit sebab malas mandi muahahahaha. So sweet kan sebab umi tak pernah garang-garang pon hihi. Yelah, it is because anak dia pon bersopan santun auuuwwww auuuwwwww *pang*

 hai saya adalah graduan ^^

 hey budak comel yang suka posing peace tapi tak jadi. geram gila grrrrrrrrrrrrr

 the one who always give me strength and support yes!

look at him buat muka grrrrrr! dah la siap bawak sekali dengan spongebob tu. 
You know what spongebob tu beli bukan masa konvo tu, tapi bawak dari rumah -_-'


"Try not to be a woman of success, but rather to become a woman of value" 
Alhamdulillah finally ;)

Thanks to my sister, sister in law and brother sebab kutuk baju aku buruk kan hahaha. Yeah you're right. Nasib baik tak pakai grey/black, mesti nampak suram gambar aku sobsob.

Family is everything ;) 

Yeah esokkan lepas convocation's day terus pegi ambek pictures dari studio (sebagaimana di atas). Nasib baik konvo bukan hari masa ambek gambar tu. Sebab hujan lebat gila waktu petang. Kesian kat parent and student yang celebrating convocation on that day. Tapi nak buat macam mana hujan rahmat tu huu huu.

After took lunch masa convocation tu, balik rumah along terus nak snap snap lagi haha. Yelah tak sempat nak bergambar sangat pon sebab masa aku konvo cuaca gila panas. Memang hot hot spicy kalau berjemur tu mau terbakar macam ayam panggang cet.

Budak kecit (nama dia yiem) kat atas ni memang suka buat lawak. Kiranya lawak dia hanya dia yang tau. Tapi dia tak gelak pon. Kitorang yang terbahak-bahak. Ok fine, boleh masuk maharaja kecit lawak. Pulak.

 Yeah sepatutnya jambangan (eh?) bunga ni ade 3 actually tapi gamaknya macam tak cukup satu sebab budak kacak (lah sangat) tak dapat datang oleh kerana tekun mencari nafkah untuk i auuuwwww auuuwwwww (stop please).

 Dah la comel pakai baju bandung ucu beli kan, lepastu sebok nak duduk sebelah bajet macam 
konvo jugak haha. Grrrrrr rindu gila kat budak kecit ni!

 membajet itu perlu teeeheeeeee

"Patience is the art of hoping"

Sorry quality camera taklah sehebat DSLR kegemaran ramai. Itupon dah pakai camera mahal along kemain lagi kan. Nak harapkan camera aku taklah kot sebab pakai camera henfon cap ayam je haha. Anyway, thanks a lot to my friends for coming and celebrating this convocation on that day. Really appreciated it! Lepastu ade pulak orang tolong snap pictures memang best gila. Aku pon taktau sape yang snap lajulaju sebab ramai kot. So tak perasan keluarga sape atau photographer terhebak mana yang tolong ambek gambar aku. Ehem bukan gambar aku je tapi gambar with all members ;)

Ini aku cuma cilok dari member-member yang tolong tagkan dalam facebook je. Just a few. Banyak-banyak nanti korang muntah darah pulak -_-"

credit to MIBN

Budak cantiks dua orang (elah,seha)kat atas ini merangkap bestie aku jugak yang bergeng kat atas tu. Dorang lewat satu semester masuk degree sebelom ne so next semester baru dorang konvo pulak. Seriously, aku hampir nangis terkedu sebab dorang sanggup datang nak celebrate kitorang punya konvo ok. And we also got flowers for each person. Terharu gila tau tak. T_T Hopefully nanti konvo korang pulak kitorang join sama ok! ;) Love both of you so muchi muchi!

credit to MIBN

Yeah this is my puteri. Aku suka panggil umi sebagai puteri. Entah, nampak umi comel macam puteri ^^

 credit to MIBN

Heart you guys a lot!

 credit to Niezam Carbella

credit to MIBN

I would like to thank to all those who have given their cooperation in completing my study in UiTM Shah Alam in last 3 years. And to my beloved parents, family members, lover, friends and lecturers, thanks for everything. I am so grateful for having such a wonderful peoples in my life. I am also proud to be ex-student of UiTM. Syukran. ;) 



All of you are my source of inspiration ^^





www.tips-fb.com

Wednesday, November 2, 2011

Kemalasan maksimum

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t




Yeah. It took a few days nak hupdate blog again. Omajay kenapa lately terasa malas membuak-buak nak hupdate belog? Sebelum ne kemain berniat baik kan nak blogwalking and post more entry memandangkan duduk rumah just goyang kaki tak habes-habes. Well i think the reason is because i got a very bad cough dah masuk a week dah. Whoaaaaaaaa saket tekak nak makan pon tak lalu. Oh yeah, tiap-tiap hari kena makan ubat, sape suka kan? Eeeeeee tak cuke la titewwwwwww (perlu ke eja ayat geli camni?) haha

Last week aku kan konvo. So macam penat sikit a sebab konvo haha penat konon. Yelah sebab nak rushing situ sini kan. Aku tengah editing sikit-sikit gambar konvo. Actually bukan editing apepom cuma just resize pictures. Gila lambat nak hupdate satu-satu so aku nak try cari solution dengan resize pictures kasi kecit. teeeheeeeee. Ok aku nak sambung main angry bird bai!





www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting