Followers

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri, Maaf zahir & batin

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello semua!

Mari kita memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa (Alhamdulillah) kerana kita diberi peluang untuk menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan sekarang dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di hari yang mulia (dah macam bagi ucapan atas stage -_-)

Hey saya kat kampung sekarang, sronok gila! ;D

Nasib baek balek Kelantan langsung tak jem. Aku taktau la kot hari lain jem teruk, tapi masa bertolak hari sabtu malam kul 9 jalan memang clear. Ade lah kereta atas jalan tu macam biasa tapi takde jem pon. Tapi lambat jugak sampai kul 8 pagi tepat sebab berenti kat shell, abang tido sebab ngantuk sangat. Ade dalam 3 jam jugaklah berenti tido kan. Dengan aku sekali tido, tapi forsure tak lena pon. Abang jela tido kemain sampai berdengkur.

Today is RAYA

Hari ne masak nasi dagang, hasil tangan dari umi tersayang. hihihi ;D Sedap hingga menjilat jari.

Pungpangpungpang makan siap-siap semua terus pergi rumah tok sedara. Tak masuk kampung halaman pon hari ni, maybe esok je sebab kat kampung arwah atok ade kenduri rumah pak sedara pulak. Haiya time raya ne la kan sebok nak buat kenduri kendara segala bagai. Saje lah tu nak kasi perot aku penuh lemak lagi. Huahuahuahuahua! Wakakakaka. Ok ok nanti lepas raya WAJIB pegi jogging untuk kempiskan perot boroi ;D

Semalam aku tak sempat buat cheese cake. Dah semangat letak bahan-bahan sume, lepastu mak sedara,pak sedara,sepupu pulak datang, so batalkan hasrat nak menganyam kek. Maybe malam ne kot aku baru nak berusaha buat cheese cake. Perghhhh cheese cake tu, aku tak pernah buat ne. Bese buat choc cake je. Rasa macam cuak je ne. Hamboi nak buat cheese cake pon nak cuak. Ekekekekeke ;D


Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan buat semua, termasuk ahli keluarga tercinta, guru-guru tersayang, sahabat handai yang sentiasa disisi & semua kenalan tak kira blogger/facebooker sekalipun, maaf zahir & batin. Mohon ampun maaf diatas sume salah silap ok. Besela manusia normal mesti buat silap kan. Hihihi ;D

Love uols!





Nota kaki : yay! kite dah ade broadband. boleh on9 24hours! ;D




www.tips-fb.com

Thursday, August 25, 2011

Sadness

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t


Burrppp kenyangnya. ;D (eh kenyang makan sahur ne) 

Pagi-pagi lagi dah rasa sedih kot. Itu hari aku ade gitau kan yang aku dapat kol dari Hq RHB (baca SINI) yang nama aku dah short listed and hanya perlu tunggu letter offer saja. ;) Memang esaited gila aku nak keje.

Unfortunately aku started frust gila bila along kol pagi tadi from her office and said 'adik, along kol budak tu dia kata tade kuar approval'. Dem. Hati aku panas jugak rasa sikit sikit, tak banyak pon. Cuma rasa macam 'hey kenapa?kenapa?' Yelah haritu bukan main cakap short listed, then kena tunggu buat medical checkup and terima letter offer, tiba-tiba camni pulak jadinya kan. Ni dah macam menabur janji yang tak pasti kat budak fresh graduate macam aku. wuuu wuuu. Tapi aku tade la nak maki hamun ape. Aku cool je hahaha. Nanti aku nak try kol sendiri budak yang kol aku haritu. Mane tau kot budak tu fenim fenim ke hape nak jawab question along aku. Tu sebab dia cakap macamtu kan. *sedapkan hati. -_-

Neway, kawan along ade gitau yang budak-budak baru sume tade masuk lagi. So, maybe approval belom kuar and aku ade chance lagi. ;D tapi kena siap sedialah kot-kot tade rezeki aku kat situ T_T uwaaaaaaaa


Common babeh.
Rilek rilek sudah. Kite focus raya minggu depan ajelah. No moody moody. Just chills! ;D (tetibe)


Korang ade keje kosong x? Jadi babysitter ke, jadi pembantu rumah ke, tukang basuh pinggan ke, jadi ISTERI ke aku nak masuk line hahahaha ok tak lawak.


Doakan aku dapat keje cepat-cepat ;D nanti leh belanja korang aiskrim pop sorang satu hihihi





Nota kaki : Pssttt psssttt kalau ade keje QS @ bank tolong inform aku. Area KL je tau ;D



www.tips-fb.com

Tuesday, August 23, 2011

Randoms

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello pretty! ;) Anggaplah semua readers adalah wanita sahaja. Boleh? ;P

Games

Omg hari-hari aku main game Cafeworld, Empire & Allies and Farmville through facebook sampai muntah. Taktau ape hasutan tibe-tibe muncul aku dah mula addicted dengan those games sekarang. Euwwwww bile pikir-pikir eh bukan memang feberet aku ke games ni kan. hahaha. Ya ya masa aku kat campus semua game aku hentam main. Waktu break aku semasa study adalah games. Only games! And now, aku baru realize, im getting older now. Bila aku main games, baru aku sedar eh aku dah tua la. -_- But it's ok. Games penyeri hidup kan? Huahuahua ;D

Hari Raya Aidilfitri is coming soon!

Woaaaahhhhh next week dah start hari raya! Aku memang tak sabar gila nak balik peluk cium umi. ;D rindu toksah nak cite la. Sebab awal puasa haritu aku balik tetap tak jemu-jemu nak tido bawah ketiak umi. hakhakhak! InsyaAllah kalu takde aral melintang, this friday or saturday im going home yipi! Mari tepuk tangan sama-sama ;) Tapi haip!haip! Jangan esaited sangat nak raya, puasa pom main tunggang langgang kan. Amal kebaikan semasa bulan Ramadhan perlu kita ingat. Yang tu lebih utama ok! ;)

Last Wednesday, aku pergi shopping baju raya dengan Fahrin Ahmad! wuwuuu wuuuu mau pengsan pergi shopping kat Plaza Alam Sentral dengan PKNS orang ramai gila! Nasib baik la kan Fahrin Ahmad aku tu tade membebel sangat. huahuahua. But honest jalan jem teruk and manusia dah macam sekelompok semut tengah mengunyah gula. You guess what aku dengan Encik Fafau dah bukan main rimas dah dengan panas-panas lagi. Tapi sabau ajela kan, biasa la tu bulan puasa. Tambah pulak orang lain pon nak pegi shopping, bukan kite je. Hohohoho. Pi mai pi mai last-last macam pak pandir & mak mandir pulak rasa sebab tekun dok cari baju raya kuning aku tu. cet. Nasib baik la lastly jumpe jugak. Bila fitting Encik Fafau kata dah ok cantik, terus je rembat. Tu pun mula-mula try pegi survey tempat lain dulu. Tapi dah berkenan dengan yang tu, so, apelagi kan terus beli dengan jayanya. thanks ye sayang. ;D

Last Saturday pulak it's time to go out with my beloved along. Pergi shopping sakan lagi tak habes-habes hahaha. Tapi barang banyak, barang along la sebab dia tak habes shopping lagi. Beli baju anak-anak, baju umi & mak mentua along juga. Memang tak menahan tu tangan penuh, ikotkan mau je sangkut kat kaki kan. Dengan carpet lagi along kebas fuuhhh memang sakit habes urat urat sume dah tegang. Bayangkan lah pegi area Jalan Tar tu. Memang crowded sampai dah tak nampak baju tergantung kat kedai. Dah la ketinggian aku tahap minimum, sabo jela. Bytheway, crowded crowded pon aku sempat beli 1 lagi baju! huahuahua. Ini sume ikot tema kahwin akak aku tu la kan. This time warna pink pulak ;) Memang dua pasang tu puas hati beli,pakai pon puas hati, harga pon puas hati T_T

And im also got a pair of shoes given by my sister in law! thank a lot kak mawar. muah!muah! Hihihihi aku yang pilih and my bro cakap macam retissss wooo. Ya ya retis kecik comel kan  ;P 

Byebye SPEK

Itu hari aku ade cakap yang aku nak pakai lense (click HERE). Yes, masa keluar dengan along pegi shopping sakan tu, i bought a pair of contact lense! Yipi! Tapi aku beli yang plain je pun. Sebab first try. Nanti kalu dah agak seswai and selesa pakai, i will choose the other one! Maybe green colour, comel kan? ;D


Hamboi, kecoh satu dunia bile dah dapat pakai lense. Orang lain dah berkurun lama pakai, kau baru nak kecoh kan kan? Hahahaha. Hey first try la babe. Mesti lah nak kecoh ;D Ape orang kata, berkongsi kegembiraan, ye dak? Kuikuikui.

Mula-mula pakai kat kedai aritu, gila mata aku asyik berkelip apehal. Aku ingat pakai benda alah ne takde la susah. Tapi mula-mula pakai, mak aiiiii bukan main susah nak masuk dalam mata. Ade dekat 10 kali kot aku try tapi xdapat. Hahahaha yelah aku asyik nak kelip mata. Pedih woooo air lense tu masuk dalam mata. Tambah pulak aku sensitif sket bab-bab mata, kena pegang bijik mata tu lagi la. Rasa pedih! T_T



Tapi usaha tangga kejayaan. Sekarang dah berjaya pakai buang! Yay yay! Hahahaha esaited lebih. -_- Sekarang dah takperlu nak pakai spek 24hours! ;) Kesian kat spek sayang kan dah tersisih. Tape tape spek tetap dihati. ;D



Pray for my sister

Tadi dapat message from my sister, dia dah pegi buat ultrasound (baca SINI) kat hospital. Doktor dah sahkan ada batu karang dalam hempedu. Terkedu aku baca message dia. My auntie sebelum ni ade gitau, ade satu daun tu, orang panggil daun 'geli'. Aku tak pasti nama betul ape. Tapi daun tu boleh hilang kan batu karang. Kira macam daun akar kayu/herba la jugak. Akak ade try makan ubat tu selepas keluar dari wad haritu, then since makan ubat tu sakit dah hilang. Tadi pun masa buat ultrasound, dia kata nampak batu karang tu macam dah pecah-pecah kecil. I'm not sure rupa batu karang tu macam mana, tapi akak kata dia tengok. huuuhuuu. Risaula. Hopefully akak akan sembuh seperti sediakala. Setiap penyakit ade ubatnya. Amin.


Semoga bulan Ramadhan ini dan bulan Syawal yang akan tiba nanti memberi sinar hidup yang baru kepada kita semua ;)






Nota kaki : nak tengok baju raya kuning & pink aku tu? tunggu nanti raya aku buat entry baru! ;D











www.tips-fb.com

Monday, August 15, 2011

Dilema musim raya

Broommm..Broommm by LittleGurl 8 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hi korang! Puasa tak? Hihihihi aku baru lepas tengok cite Flat 3A and main game empire & allies tak habes-habes. -_-

Semalam aku tido pukul bape entah tak hingat. Mau sampai kui 3 pagi kot baru nak lena. Ini serius gara-gara shopping raya sakan semalam hai sampai kui 1 pagi baru sampai rumah. Padahal kui 3 petang lagi keluar. Biasalah area KL kan jem serta merta bila time nak raya. Tak raya pun jalan dah macam ape kan. Nak raya lagi la. Orang ramai dalam sogo aku tengok dah macam ulat beluncas tengah buat kenduri kawin. Ramai gila kau tau tak? Sape yang pegi shopping semalam mesti tau yang KL jem sangat. Fuhhhh

Malam ni maybe pegi shopping lagi, esok pon sama, lusa pon sama kot then tulat pon iye jugak rasanya. hahahahahaha. Shopping la sangat kan padahal cuci mata je. ;D

Tak sabar nak pegi shopping baju raya nanti dengan Fahrin Ahmad. auuwwww aauuuwwwww Fahrin Ahmad tuuuuuuuuuuu...

Kalau sebelum ni aku perasan tiap kali raya baju aku mesti ade bunga-bunga. Kalau tak banyak pun, mesti ade lah jugak sikit. Almaklum la kan aku kan gadis ayu jadi memang perlulah berbunga-bunga. wakakakakaka ayu lah sangat! *pitam*

Tapi tahun ni aku tanak dah bunga-bunga aku nak berkaler tapi kosong! Ini untuk buktikan yang aku dah matang! Orait? (ape kaitan?) Bagi aku kaler kosong ne nampak macam moden style lepastu tade over over sangat berbanding yang ada bunga-bunga. Lagipun aku rasa kalau aku pakai baju kosong ni nampak macam aku slim + TINGGI! hahaahahahaha plisss pliss korang kena percaya yang aku akan jadi TINGGI -_-

Kakak aku kawin bulan November. Tema kaler adalah pink + putih. Jadi aku plan nak teros beli untuk raya. Sebab malas dah nanti nak cari dekat-dekat wedding's day nanti. Eh ne nak berjimat ke kedekut woii? hahahaha

Picture by Google

Ini jenis design yang aku nak. Aku suka sebab simple and gorgeous! ;D 
Ini untuk tema kawin akak (reception's day)

Untuk majlis bertandang pulak warna yang jadi pilihan bakal pengantin adalah kuning. Nak dijadikan cerita, kazen aku (sama umur ngan aku....jeles jeles T_T hahaha) kawin raya ke tiga. Tema beliau pula adalah gold. Jadi aku berhajat nak pilih kaler yang macam ni.

Picture by Google

 Ok yang ni cantik, tapi kaler macam oren la pulak. Tapi suka sangat design macam ni.

Picture by Google

Ni kuning tapi warna dia sangat soft and cun sangat! Wah sume cun-cun ni mane nak pilih?

Picture by Google

Yang ni kaler dia lagi soft tapi design macam ni cantik jugak! *pang*

Picture by Google

OMG! Aku rasa yang ni kaler gold. Eh ke oren? Argghhh aku dah tak cam kaler banyak-banyak ni. Rabun warna dah tetibe kan. Tapi yang ni cantik! Simple! Tapi kain tu aku tak suka dot dot macam rimau bintang. Aku nak yang kosong je.

Picture by Google

Raya kedua plan warna grey. Memang pebret kaler aku ni. So sweet kan? Mesti aku nampak tinggi bila pakai. Wakakakakaka



Arrghhh aku taktau dah nak beli kaler ape T_T




Aku nak pilih 3 pasang baju ni. Tapi kan.....sape nak bayarkan? Plis plissss korang yang berbaik hati di bulan Ramadhan ni silalah buat amal ye. Kan dapat BONUS bulan ni. hakhakhak ;D



Sila dermakan BONUS anda di nombor akaun ini : 1425435678653212323423213 (Bank Sdn Bhd)

Terima kasih! ;D




Nota kaki : Korang tahun ni pakai baju kaler ape? Ke dah beli awal-awal dari aku? Sampai hati.......




www.tips-fb.com

Sunday, August 14, 2011

Sakit mental atau mental sakit?

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Ada baca paper tak harini? OMG terkejut sangat dengan kes bunuh tak sudah-sudah -_- Al-fatihah buat yang sudah tiada.

Tak paham akhir-akhir ni ramai yang suka membunuh orang, bunuh diri sendiri, pertelingkahan sehingga perpisahan antara tunang/pasangan yang dah kawin. Sume ni sebab sakit mental ke atau diri sendiri tu dah sakit? Benda ni macam dah jadi fenomena biasa akhir-akhir ni. Aku dah risau nak keluar rumah. Lagi-lagi bulan puasa dah nak dekat raya for sure nak pegi shopping raya. Tu pun dah gelabah rasa tanak keluar rumah. Takut kot. Korang tak takut? Dengan kes curah asid segala bagai tu korang tak risau ke macam aku?

Manusia sekarang aku rasa macam jiwa dah tak stabil. Ini serius. 

#Sebab budak-budak buat bising pun sanggup bunuh ayah sendiri 
#Sebab tension pasal exam/boyfriend/girlfriend, sanggup bunuh diri
#Sebab pentingkan diri sendiri, sanggup tinggalkan/ketepikan keluarga
#Sebab tak sefahaman, sanggup gaduh adik beradik padahal isu remeh
#Sebab nafsu membuak-buak, sanggup merogol lepastu bunuh tanpa belas kasihan
#Sebab tak reti nak hargai hidup, sanggup ketepikan isteri dan anak-anak lepastu menggatal dengan perempuan lain dengan alasan nakkan kebahagiaan (what the.......)
#Sebab perempuan seksi/ lelaki kaya raya, sanggup tinggalkan tunang/pasangan demi kebahagiaan sendiri yang tak pasti
#Sebab nak balas dendam, sanggup nak tengok orang lain hidup sengsara dengan curah asid

Sebenarnya isu yang terlibat bukan disebabkan sakit mental keseluruhannya. Tapi sebab mentality diri sendiri yang tak stabil dan kekuatan iman yang tak kuat. Aku pun heran kenapa isu benda macam ni seolah-olah dah berjangkit. Kalau harini ade orang curah asid, esok lusa akan ada kejadian sama akan berlaku. Ini orang yang sama buat atau ade orang lain yang sewel cuba buat aksi yang serupa? 

Sepatutnya di bulan Ramadhan ni kita perlu istiqamahkan diri masing-masing. Cuba belajar bersabar dalam segala hal. Bukan bulan Ramadhan je pun, tapi juga bulan-bulan yang lain. Tade kesan positif langsung kalau buat benda-benda macamtu. Apa yang bagi kesan adalah hidup akan jadi tak keruan seumur hidup sebab menyakiti dan membuat orang lain sengsara.

Please aku seru pada semua (walaupun tak ramai yang baca kan), jauhilah perkara-perkara negatif macamtu seolah-olah kita tidak menghargai hidup. Sebab ianya melibatkan kaum keluarga, sahabat handai kita, orang-orang yang terdekat dengan kita. Tak sayang ke kita kat dorang yang sentiasa dengan kita? Kita inginkan hidup yang aman damai kan? Hidup yang bahagia selama-lamanya. Ada keluarga, ada pasangan dan kehidupan yang menjaminkan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat, InsyaAllah, itulah harapan kita semua. Tak usahlah nak mencari gaduh atau salah orang lain. Bukan benda bagus pun. Jadilah insan yang berguna kepada semua, nescaya hidup akan diberkati dan diredhai oleh-Nya. Amin.

Kita sama-sama doakan semoga kita, kaum keluarga dan sahabat handai jauh dari segala musibah dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.




"Jauhilah dadah musuh kita"





www.tips-fb.com

Saturday, August 13, 2011

Mata pelesu

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

Masa kecik-kecik dulu aku pernah dikejutkan dengan satu berita yang dasyat. Along aku tukar mata! Masa tu kan aku dalam darjah 1 kot entah aku dah lupa. Gila semangat aku nak tengok mata along kan. Yelah balik je rumah dia terus cakap 'along ade mata baru' ceh aku yang taktau ape-ape teros ternganga macam budak bodoh. cett.

Aku nampak mata along elok je tade cacat pun. Kata tukar mata. Tipu lettew. Gggrrr

Aku dalam kepala otak mestilah pikir mata kena cungkil ke lepastu baru letak bijik mata baru. Auucchhh pedih gila kot! Nape along nak tukar mata pulak? Tak sakit ke? hahahahaha memang kampung kan aku masa zaman kanak-kanak ribena.

Aku duduk ngadap along yang tengah ngadap cermin. Dia perlahan-lahan bukan mata dia luas-luas lepastu masuk benda macam kaca dalam mata. eeeeee aku dah start kerut-kerut muka.



'tak sakit?'
'tak pun, kalau dah biasa tak sakit la'
'ohhhhh, untuk ape tu?'
'kalau pakai benda ni, xyah dah nak pakai spek. ni contact lens'

Baru la aku tau name benda itu adalah contact lens bukan kaca-_- aku pun actually tak ingat conversation aku dengan along camano masa tu kan. kalu kata ingat memang hebak la aku. hahahaha. darjah 1 kot surelah memory aku dah tinggal secipot untuk ingat saat tu. Tapi lebih kurang macamtu la yang aku tanye along.

Sejak along dan kak cik aku pakai lens, aku pun bercita-cita la jugak nak pakai. Bila darjah 5 aku dah start pakai spek, aku pernah la tanya along boleh tak nak pakai lens jugak. ceh ngengade kan aku ni. kuikuikui. yela nampak lens macam selesa je pakai, kalu pakai spek nanti macam harry potter pulak. -_-

Tapi hajat aku tak kesampaian, mane la dorang kasi kan budak kecik pakai lens. Spek pun dah bape kali patah sebab suka letak rata-rata. muahahahaha. ade hati nak pakai lens la konon.

Tapi itu cerita lama punya hal. Sekarang aku dah besar panjang yay! Im 23 years old lah! Dah boley pegi carik lens. Aku memang dah lama nak pakai lens ni. Sebab seyes aku rasa dah jemu gila pakai spek dah 13 tahun spek hidup kat hidung aku. Ape salahnya aku nak beralih arah pulak kan. Tapi aku memang dah mind set kalau dah keje baru la nak pakai sebab dah ade duet sendiri kan baru syok. Kalau harapkan time jadik student, berbekalkan duet PTPTN tu aku rasa macam tak best lah tiap-tiap bulan nak kuar duet beli lens. hohohoho

Tapi aku taktau ni nak pilih kaler ape?


Mata aku ade cokelat lah sikit-sikit tak manyak pon. So aku macam prefer pakai putih je. Tapi macam plain gila warna putih. Agak-agak dah nak dekat raya ni, nak jugak pakai biru ke, grey ke, hijau ke ape ke kan. hahahahahaa ;D Along kata kaler biru cantik. ceh tak menahan tuuuu kaler biru. Aku tak putih, so kalau pakai biru, bukan macam pelik ke? Hmmmm. Aku rasa macam hazel pun ok kot! Nampak kemelayuan lah(sangat) sikit kan? hihihihihi


Tak sabar nak pegi shopping baju dan contact lens juga! ;D



Ok bai selamat malam & selamat bersahur ;D

www.tips-fb.com

Friday, August 12, 2011

18days more to go!

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Pagi pagi lagi aku dah meracau nak bukak lagu raya. Padahal baru nak masuk 2 minggu puasa dah nak raya dah. hahaha esaited lebih nampak. Alah bukan aku sorang pun, kau bukak la radio rata-rata lagu raya dah mula pasang, sape kesah? Jangan nak salahkan aku plak. kuikuikui ;D


Kalau zaman baby(lah sangat) dulu, mak bapak kita mesti selalu cakap kan 'haaaa nak raya kena puasa, tak puasa takleh raya'. Itu ayat da lapuk kalau nak kasi kat budak-budak zaman sekarang. Mane nak kesah dah pun ayat tu. Janji raya nanti kompem boleh pakai baju baru, lepastu boleh melantak banyak mna pong. Lepastu lagi beria pergi raya rumah jiran sebab nak duet raya kan. Tak lupa jugak kalau mak ayah nak pergi raya rumah sedara wajiblah nak ikut sebab nak kumpul duet raya. Ish ish itulah zaman kanak-kanak dulu.

Sekarang ni dah besau panjang tadela terhegeh-hegeh mintak duet raya lagik melainkan dengan adik beradik dan mak ayah je la. hua hua hua! Nak jugak tu. ;D 

Aku tak sabar ni nak balik makan pulut doyan (lagi). Seyes aku tak jemulah makan even semalam aku dah buat pulut doyan. Tapi bulan-bulan puasa ni takleh makan banyak takut tercirit karang susah. Aku plan balik seminggu awal atau maybe awal lagi kot. Sebab nak setelkan semua hal termasuk pegi block aku punya kad bank cimb (agen insurans punye pasal lah ni sebok mengacau!grrrrrr) dan tunggu approval keje then kena buat medical checkup pulak. Lepastu aku dah boleh balek dengan girangnya yay!

Aku nak balik raya kali ni dengan KTM lagik macam sebelum ni (baca SINI). Tapi kena pegi cop awal-awal takut habes pulak kempunan aku. 




Ok la nak pegi angkat kain sebab hujan rahmat tibe-tibe turun! Bai!


Selamat Berbuka >.<
Makan baca doa, jangan gelojoh. ;D



Nota kaki : korang dah pegi shopping raya? Aku nak pegi minggu depan yay! Ade sape-sape nk belanja tak? (sambil kenyit-kenyit mata)





www.tips-fb.com

Wednesday, August 10, 2011

People and mentality

Broommm..Broommm by LittleGurl 10 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello! Saya kat Jalan Tar ni. Ade sape-sape nak teman tak? -_- Fine fine sume malas nak terbang datang sini dengan alasan berpuasa. Hua hua hua entah-entah korang ni tak puasa. Haaaaaaa ;D. Eh sesuka hati aku je kan nak kata korang bukan-bukan. haha. Haip! dah la bulan puasa ne, ok insaf cepat-cepat. Eh tempat korang hujan tak? Aku terpaksa buat larian 100meter lajulaju masuk masjid kat Masjid Jamek ni gara-gara hujan lebat tiba-tiba turun. Adush. Baru je nak usha-usha baju raya + telekung. TERbatal niat.

Bulan puasa ni kan banyak benda positif yang kita ambil, ye dak? Yelah, masing-masing cuba jaga tingkahlaku, tuturkata, dan body language tidak kurang juga pentingnya. Paling jelas kalau nampak post dekat facebook, twitter ayat sume maen hentam koromo saje, sapa peduli? Sume peduli maa. Jangan ingat kau yang post tapi tade sape yang baca. Kawan-kawan sedara mara bukan setakat baca tapi siap komen lagi berpuluh-puluh kali tahu. 

Apesaja yang korang post even dalam facebook atau blog sekalipun sebenarnya menggambarkan peribadi korang sendiri. Aku pun sama jugak. Hua hua hua! Yang suka mencekik darah ke, suka membebel ke, suke gedik-gedik ke, low profile ke, baik hati ke, jujur ikhlas ke, beuty and the beast ke, suka suki di aidilfitri ke atau ape-ape jela, readers korang yang boleh menilai sume tu. Readers bukan sahaja kawan-kawan tapi juga orang terdekat termasuk saudara mara. Sebab tu ramai yang pesan, watch your mouth. Bukan mouth bercakap pakai mulut, tapi juga mouth bercakap pakai jari. Ramai yang taktau sebenarnya benda ni penting.

Blog bagi aku adalah diari, luahan hati atau perkara-perkara yang aku nak share dengan orang lain termasuk tips-tips (pernah ke aku kasi tips? wakaakaka), resepi dan my life that i go through. Memang langsung la tade kaitan dengan orang lain melainkan orang-orang penting dalam hidup aku. And facebook pulak tempat untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan samada masa tadika, sekolah rendah, menengah, campus, cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah, sedara mara,  dan sume kenalan yang aku kenal. Then best jugak facebook ne sebab kite boleh kenal orang baru. hihihi. Tapi asal takde menggatal lebih-lebih sudah la kan. Jangan pulak sampai putus tunang okeh! Setakat kawan orait la. Nak lebih-lebih padahal kau dah berpunya tu, hai memang silap la kan. Nampak sangat kau tu baru celik IT. Orang dah kenal MiRC dulu tempat chatting-chatting, tapi kau baru kenal facebook. Baru je kenal facebook, friendster, mula nak buat hal apehal? Ngeh ngeh ngeh ;D Padahal orang lain yang dah lama berkecampung dalam dunia cyber, boleh je jaga nafsu. Wakakaka nafsu? *pitam* Dan paling aku gemar sebab facebook ade games! hahahaha. Sekarang ni aku dah terjebak dengan game Empires & Allies. Ini encik fafau punya pasal la cuba memaksa aku join game ni kan. Eh tiba-tiba encik fafau pulak disalahkan. wakakakakakakaka ;D

Eh ape yang aku melalut ni? Macam lari topik je. Adeh. -_-

Sebenarnya apa yang terlintas dalam fikiran kita, samada melalui hati atau kata-kata sebenarnya akan termakbul samada melalui kesan positif atau negatif. Mari aku bagi contoh : 

Contoh 1 Korang tengah jawab exam, then rasa macam grrrrrrrrrrrrrrr soalan susah gila! Kompem aku failed! Then bile dapat result, korang dah takyah nak agak-agak dah sebab subject yang korang kata failed tu memang dah failed pon. 

Contoh 2 Makan malam. 'Cuba la rasa sedap ni' 'Tanak la mak, kite tak suka sayur ni' 'Cuba la dulu'. Kau pon ambekla sikit suap kat mulut. 'Eh,ok jugak hehehehe'. 

Contoh 3 'Gila punya jem ni apehal? Dah la lewat ni. Gggrrrrrrr bodoh punya pakcik traffic!'

Ini bermaksud kalau negatif yang kite selalu pikir, maka negatif la yang akan kita dapat. Dan kalau positif yang kita pilih, maka positif juga kesan yang kita akan terima. Kadang kala, Allah s.w.t akan memberikan ujian kepada kita. Perkara negatif yang kita buat, tapi positif yang kita dapat. Sebagai contoh : Sorang awek telah berjaya dalam menyiapkan tugasan di kolej walhal dia selalu ponteng class dan meminta jasa baik kawan untuk menyiapkan tugasan beliau. Dia mendapat pujian diatas 'kejayaan' nya dalam menyiapkan tugasan tersebut. See? Kenapa orang macam tu dapat ganjaran? Sebab Allah s.w.t beri kebaikan kepadanya sebelum memberi ujian yang besar. ;)

Sebab itu setiap apa yang kita buat sebenarnya kita kena pikir positif. Positif ni bukan bermaksud pikir benda baik je, tapi melibatkan sume benda samada kata-kata, pemikiran atau tingkahlaku. Aku bercakap ni bukan bermakna aku pun sentiasa positif. Tak tak. Aku pun manusia normal jugak yang selalu buat kesilapan. Kadang kala ade saje benda yang tak kena. Ada saje perkara yang tak puas hati, ye dak? Tapi bila kita renung balik kesilapan kita, sebenarnya tak guna pun dok membebel benda yang tak penting, dok mengata orang bukan-bukan, dok prasangka buruk kat orang tanpa usul periksa, asyik mengeluh dengan masalah sendiri, asyik emosional tak pasal-pasal, asyik iri hati kat orang padahal diri sendiri tak nak jadi yang lebih baik, and blablabla. Itu sume benda-benda negatif yang kita perlu buang. Kenapa? Sebab benda-benda macamtu la yang buat kita hidup tak keruan. Setiap hari ada saje yang tak kena, betol tak? So, ape salahnya kita selalu pikir benda-benda positif.

Ape? Masalah? Kalau ade masalah dah mula pikir negatif? Aku pernah dengar satu ceramah oleh seorang ustaz. Video tu aku tengok kat facebook je pun. Maybe korang dah penah tengok. Aku tertarik dengan satu ayat ustaz tu yang membuatkan aku rasa kehidupan yang Allah s.w.t kurniakan sememangnya adil. Lebih kurang macam ni la ayat dia.

"Setiap orang ada masalah. Bezanya cara kita tangani. Dan kita tak perlulah mengeluh setiap kali masalah itu datang sebab ianya adalah satu ujian. Pernah tak kita terfikir macam mana sebelum ini kita selesaikan masalah? Bila kita sedar, eh, dah selesai pun masalah tu. Masalah yang muncul tak kan habes. Sebab itu semua adalah ujian Allah s.w.t untuk menguji kesabaran, keteguhan hati dan keimanan kita. Bila kita ada masalah, kita perlu cuba untuk menanganinya dengan sebaik mungkin. Bukan dengan mengeluh dengan dugaan, tapi bersyukur sebab dugaan itu yang membuatkan otak kita matang untuk berfikir."

Eh eh eh aku rasa macam tu ayat aku je.....muahahahaha! Tak kesah la kan tapi isi-isi tu lebih kurang la dengan ustaz tu cakap. Kita pernah terfikir ke macam mana masalah dulu boleh selesai tiba-tiba, ye dak? Aku pun dah lupa macam mana aku settle masalah aku sebelum ni, padahal bukan main nangis esak-esak masa tu kan sebab tertekan. hua hua hua! Tapi sekarang masalah tu dah settle! See? Anda tidak percaya? Kita mampu mengubahnya. *tetibe*

Oleh itu mari kita pikir-pikir benda positif jela. Happy happy go lucky no moody okeh! Korang moody nanti muka cepat tua tau! Muka asyik berkerut nanti cepat berkedut. Muka asyik masam nanti jadi busuk. hihihihi


Happy, happy jugak, dekatkan diri pada Yang Maha Esa, itu jangan lupa. Sebab sebenarnya itulah kekuatan yang utama berbanding faktor-faktor di atas ;)





Kita manusia biasa yang tidak sempurna. Tapi tak salah kalau kita cuba menjadi yang lebih baik kan? >.<




Nota kaki : korang dah beli baju raya? grrrrr taktau la nak pilih kaler ape, sume tertarik! T_T

www.tips-fb.com

Tuesday, August 9, 2011

Salam Ramadhan

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello guys! Aku rasa macam tak lambat lagi kan nak wish korang sume Salam Ramadhan Al-Mubarak. Pssttt psssstttt korang puasa tak? Aku? Mestilah puasa kan. Bulan Ramadhan adalah bulan paling yang dinanti-nantikan setiap tahun. Dan paling cuak kalau puasa tak ganti habis. Paling gerun kot -_-

Bukan main seronok aku asyik review cerita lapuk tak habes-habes sebelum ne kan. hahaha. Ok fine fine. Sume cerita berepisod aku 'Traveling' sudah habes dengan jayanya yay! Penat nak review satu-satu tapi honestly seronok gila even aku bukanlah pergi traveling kat Disneyland pun. Together with family sangat bermakna, ye dak? ;D

Masa first ramadhan aritu aku balik kampung. Esaited kau sambut ramadhan kat rumah. Dapat rasa masakan umi perggghhh sampai menjilat ibu kaki. Dapat pulak kan makan pulut durian memang feberet aku. Tapi tak puas hati jugak sebab takleh makan banyak-banyak wooo waktu bulan puasa. Sebab takut perut memulas di siang hari karang beralasan pulak kan nak ponteng. hihihi. Bile balik, kompemlah umi teruja nak suruh aku bawak bekal balik KL. Memandangkan pokok rambutan sudah berbuah, jadi satu kotak aku bawak pegi KL dengan jayanya. Nasib baik balek KL dengan Encik Fafau, tade la penuh bonet bas kan. Tambah pulak akak & abang aku kirim telur masin, serunding daging, beras nasi dagang, rempah kari, keropok lekor, keropok keping, asam jeruk and blablabla. Memang penuh kerete Encik Fafau dengan barang aku je. Dia siap kata 'ok nanti kena tukar Estima pulak' bhahahahahaha! ;D

Bila balik KL, suasana berpuasa dah jadi lain. Maybe sebab berjauhan dengan umi tersayang sobsobsob. Tapi bertuahlah aku punya badan sebab masih berada disisi adik beradik time kat KL ne. Berbanding dengan orang lain duduk rumah sewa kan. Tapi maybe oneday aku akan berhijrah ke rumah sewa jugak kot. Ok itu lain punya cerita.

Aku sekarang menumpang duduk rumah along kat Kampung Batu. Sape tau kat mane sila angkat tangan! Majoriti kawan aku taktau kat mane tempat ni. Adoi. Ianya berada di kawasan KL jugaklah tapi aku xpasti ape yang paling dekat dengan kawasan ni. Hurm yang aku tau Kampung Batu dekat dengan Titiwangsa, Gombak dan Greenwood ;) Abang aku pulak duk kat Puchong. Dia dengan wife dia tersangatlah suka berjalan-jalan lepak situ sini kan. Memang selalu jugak dia datang lepak rumah along. Biasalah adik beradik hihihihi

Ahad lepas dapat berbuka bersama-sama. Walaupun tak berkumpul semua termasuk umi dan adik-beradik yang laen, tapi kemeriahan tu tetap ada sebab suara sume memang tak kalah. Potpetpotpet itu dah memang menjadi kebiasaan. hahahaha


1# Incik murtabak kacak


2# Miss Roti Johnson


3# Makcik ayam percik


4# Incik ikan masak asam


5# Puan ikan masak sweet sour


6# Sayur goreng 


7# Tutti Fruitti (hua hua hua!) ;D


8# Jus tembikai, jus asam boi + lemon, air kelapa


9# Oh nikmat dunia ;D


Ni majlis berbuka ke bufday party? -_-







Kalau bukan bulan puasa menu banyak camni, memang lemak terkumpul melebihi 100 paun setiap hari. Oh tidak!!!!!!!!!! 


Alhamdulillah kita dikurniakan rezeki oleh Allah s.w.t seperti di atas ini setiap kali puasa kan? Lagi ramai berkumpul, lagi meriah suasana. Tapi pernahkah kita terfikir orang-orang yang kurang berkemampuan menjalani kehidupan mereka? Mari kita bantu mereka yang memerlukan setakat mana yang kita mampu. Dan jangan dilupa kita sedekahkan Al-Fatihah kepada insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dan semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti dalam kehidupan kita seisi keluarga.




Nota kaki : bersangka baik adalah lebih baik dari bersangka buruk, betol? >.<




www.tips-fb.com

Aku vs Job

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t

Sekarang dah masuk bulan 8. Fuh. Sedar tak sedar dah hampir masuk 3 bulan aku goyang kaki kan. Hamboi, study dah habes, keje takde, ape kau ingat ade datuk nak sponsor kau wahai LG? Oh alangkah seronoknya jika itu yang terjadi. Yes yes i know after graduate for sure everyone searching for a job. Same goes to me. Kawan-kawan aku kebanyakan apply time final exam. 

How about me? Oh please aku jenis susah nak campur adukkan belajar dengan benda-benda lain. Bagi aku nanti jadi serabut then hidup aku nanti jadi tak keruan. Aku lebih suka focus untuk final exam memandangkan ini adalah tahun terakhir kan. And aku respect spring kat member-member aku yang berjiwa kental menghadapi ujian semasa final exam haritu. Mane tak kental esok kau ade paper, tapi petang tu kena pegi interview. -_- Satu ape pun tak sempat nak prepare. But luckily dorang sume dapat keje tu! Wah that's great! Haku? -_-

Alhamdulillah result final exam haritu cukup mengujakan walaupun tadela bagos sangat pon. hua hua hua! Tapi at least aku berjaya jugak habes dan tak tersangkut kat mana-mana paper kan. Memang risau takyah nak cerita la bab thesis tu aku paling takut. Bukan senang nak setelkan hal thesis tu pegi situ sini. Dah la aku tade lesen kereta sobsobsob transport aku masa buat thesis haritu cuma berbekalkan bas rapidKL dan menumpang kasih member je. Syukur sangat-sangat sebab sume da setel yay! This 23rd October nanti tarikh aku convo. Korang datang eh nanti kat UiTM Shah Alam? Jangan datang je tau tapi bawak la bunga-bunga ke teddy bear ke, takpun lolipop harga RM 0.20 tu pun orait! ;D

Itu hari aku hantar resume dekat RHB Bank. Alhamdulillah aku dapat offer interview dekat cawagan kat area Masjid Jamek tu. Berbekalkan sijil dengan resume yang aku main hentam koromo je isi, aku pun pergilah interview. Dada takyah cerita memang dupdapdup. First time ne interview! Sape tak cuak beb?


Malam sebelum tu kau tau tak along aku siap suruh aku dressing awal-awal sekali dengan handbag dengan kasut sume-sume lah. Sebab dia nak tengok aku jalan macam mane. Ceh dah macam nak pergi inteview pramugari pulak. Ggrrrrrr. Anak sedara aku dah tibai gelak kan sekali yang kecik-kecik tu sekali nyebok jugak main handbag. Yelah aku jarang la pakai seluar slack dengan kemeja ni. Nak pulak pakai kasut tinggi tu memang bukan aku lettew. Along kata interview bank kena nampak confident, then dressing pon kena korporat juga. Ok fine, fine. -_- (padahal aku pegi interview nampak selebeh jerk)

Sebelum aku masuk interview, dah ade sorang yang masuk, then ade sorang perempuan yang tunggu kat luar. Aku pun borak-borak la jugak. Ingat fresh graduate tapi sebenarnya tak. Dia dah keje dah almost 2 years. Aku lagi la bertambah berdebar kan, rasa macam nak tarik diri lah ape la macam-macam. Mestilah company tu nak ambek yang dah ade experience, ye dak? Freshie macam aku ne sape la nak pandang? Hua hua hua! Konon rendah diri la masa ne. Hihi

Bila nama aku dipanggil, maka berlakulah conversation antara aku dan interviewers ;)

Blablablablabla....

Interviewer : I think QS is a professional job. Why you prefer to join banking industries?


Yes, itulah soalan utama yang dia tanya. FYI, aku bukanlah budak akaun yang biasa akan join banking bukan baking. Tapi aku adalah graduate course Quantity Surveyor yang sepatutnya involved dalam construction industries dan bukan banking industries. Ramai yang pelik kenapa bank weh? Kenapa tak mintak QS?

Bagi aku rezeki tu ada dimana-mana. Even aku taktau lagi macam mana environment banking, bagi aku kerja kat mana-mana pon kita kena cuba serasikan diri dengan tempat tu. Yes contoh senang kalau tiba-tiba korang kena join mane-mane group kan time buat assignment dan bukan dengan geng sendiri. Korang takbleh la nak ikot kepala sendiri dalam buat keputusan btol tak? Mesti kena cuba kenal dulu ahli kumpulan, lama-lama korang akan rasa 'eh best jugak budak-budak ne. satu kepala'. Alaa macam orang selalu cakap, tak kenal maka tak cinta.

Bagi aku bila aku dapat this opportunity, aku cuba grab. Memang aku dah cuba mintak kat company yang sepatutnya mengikut aku punya course sebenar, tapi tade feedback pulak kan. Mungkin tade rezeki lagi. So why not even lain bidang pon, cuba la mane-mane yang patut. hohohoho. Ini aku punya opinion la kan. Tak salah kot kalau kita cuba jalan lain jugak. Eh ke korang tak rasa macam tu? -_- Lain orang, lain pendapat.

Alhamdulillah lepas dah abes interview itu hari, aku dapat pulak masuk 2nd stage dimana 2nd stage ne melibatkan assessment. Assesment ne aku mula-mula ingat macam duduk dalam 1 class then ade quiz ke ape kan? Hihihihi. Tapi rupanya tak.

Part A : 28 questions (25 minutes)
Part B : 44 questions (20 minutes)
Part C : 90 questions (15 minutes)

Nah ambek kau jawapan tu mane nak tiru weh? Dah la masa singkat. Ggrrrrr. Soalan tu tade la susah sebenarnya bagi aku tapi kalau dah rushing gila nak jawab, hai aku taktau la kan markah dapat berapa. HAHAHA. Dah la Part A kena jawab maths. Maths pulak siap ade graph segala bagai kan. Dah macam back to school je rasa. Tapi sume soalan ne general la. Maybe dia saje nak menguji otak minda kite je. ;) Tawakal.


Masa 2nd stage ne interview cuma 5 minutes. Sangat singkat sebab interviewer tu hanya tanya bila aku available kalau dah diterima keje. Hah? Diterima ke? Hahaha dah teruja kan aku masa tu. Pungpangpungpang habes interview dah boleh balik. Fuh lega yang teramat sebab sume dah setel. Sebab dah tade dah 3rd,4th,5th stage ke. Means that aku cuma tunggu result saja.

Sementara aku tunggu result, aku apelagi terus cabut balik kampung sekojap sambut first ramadhan yay!



Semalam, sedang aku goyang-goyang kaki tengah blogwalking tetibe aku dapat call. RHB BANK?

Staff : Assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan Cik Nora Danish?
Aku : Iye saya (dengan penuh sopan santun)
Staff : Saya dari RHB Bank ye cik Nora. Buat pengetahuan cik Nora, cik Nora dah short listed untuk post collection executive. Bila ye cik Nora available untuk start keje?
Aku : (dalam hati dah berbunga ros neh!!) Eh eh? Yeke? Errrrr start keje?
Staff : Iye cik. Minggu depan akan keluar approval, then kena buat medical checkup lepastu nanti akan terima Letter Offer. Jadi, saya nak tau cik masih berminat atau tak sebab dah lama kan nak tunggu result. Kot-kot dah terima job lain.
Aku : Owh tak tak. Saya nak! saya nak! (hahahahahahaha)
Staff : Ok cik bila nak start keje ye?
Aku : Kalau masuk sebelum raya boleh apply cuti raya tak?
Staff : Saya tak pasti. Tapi biasanya sebulan masuk baru boleh apply cuti. Cik nak start lepas raya?
Aku : Yes! yes! Nak start lepas rayalah. Sebab raya tu kite ade kenduri wooooo.... ngehngehngeh!
Staff : Ok terima kasih cik yang comel.

(Dialog diubah mengikut citarasa. Tapi pasal raya tu betol tahu. >.<)

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi selepas berusaha dan tawakal, dapat jugak keje untuk pertama kalinya dalam hidup aku. Sebelum ne setakat keje jadi waiter kat hotel boleh la kan. Tu pun beberapa hari je pun. Wakakakaka.

Syukur Alhamdulillah, mungkin ini adalah rezeki dan nikmat yang diberi sempena bulan yang mulia ini.






Eh ke rezeki nak kawen ne? Oppsstttt hahahahaha





Nota kaki : don't be too choosy. grateful is everything.


www.tips-fb.com

Thursday, August 4, 2011

6# Traveling : My dusun

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Aku dilahirkan dekat Kelantan. Ye aku memang gadis pior Kelantan. Korang jangan menangis bila dengar aku cakap Kelantan sebab Kelantan aku sangat pekat. Walaupun ade juga dialet (macam silap je aku eja T_T) yang aku belum mahir lagi, tapi aku memang terer dengan bahasa aku. LOL. Takkan la asal Kelantan tiba-tiba reti bahasa Sarawak tapi taktau bahasa Kelantan, ye dak? ;D

Dulu masa kat kampung arwah atuk aku, sawah padi luas, hijau dedaun membuatkan pemandangan menjadi indah. Dulu suka main upih pokok kelapa, main tarik-tarik tali, main guli, main masak-masak. Oh sangat indah nya dunia kanak-kanak. Sekarang, sawah padi depan rumah arwah atuk, dah tak hijau macam dulu. Kalau hujan atau banjir, lumpur bertempek dekat kaki. Lintah pacat pula tanpa segan silu mengorat darah manis. T_T

Tapi aku tetap sayang kat kampung aku. Sebab sejak kecil aku belajar erti kehidupan yang sebenar. Kat bandar? Kau nampak bangunan tinggi-tinggi, pergi cyber café main internet sampai mata kau rabun, tapi kau tak nampak erti kehidupan sebenar. Kau cuma nampak pembangunan yang semakin pesat membangun sahaja.  Kesusahan, keperitan, ketenangan di kampung yang membuatkan kita lebih menghargai hidup, kita lebih kuat menghadapi setiap dugaan yang menimpa. Kesusahan itu membuatkan kita kental menghadapi cabaran. Eh, apahal pulak aku tiba-tiba nak bersastera? T_T

Mari kita pergi ke dusun. *tetiba*

Akak aku siap pakai track suit, kasut bot. Aku? Akak siap cakap ape lagi tahu ‘eh,bukan nak pegi KBMall.’ Ggrr!

Aku rasa macam ok je masuk dusun pakai shawl belit-belit. Eh ke korang rasa pelik? -_-

Kan aku dah cakap umi jarang nak pandang camera. Retis kan. Grrrrrrrrrrr

Jarak umur dorang hanyalah setahun. Ce teka sape yang paling muda? ;D

Hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii cik kak mau lawan nampak?

Perghhhhh kalau buat cempedak goreng ne sedap jugak! Hak hak hak eh nangka ke cempedak tu?

Oh my lovely auntie. Dah macam nak joget zapin tu. Eeeehhhh aaahhhh ehhhh ahhhhh

Nasib malang rupanya haritu sebab tak dapat ape-ape habuan pun. Pokok durian takde buah, yang laen pun sama jugak masih pra matang. Yang ade cuma sikit je buah langsat. Tape tape at least dapat masuk dusun kan ;D I like I like

Sehari sebelum tu, kak leen cakap si rabbit comel dah beranak. Aku dah over esaited nak tengok baby comel. Eeeeeeeeeeee sekali tengok aku macam nak pengsan! Hahahaha hey muka dia macam p*g je. Cu korang tengok tu…..


Sama ke tak? Hehehe. ke sebab dorang still baby tu yang nampak sama kan macam p*g. tapi aku tengok comel je! Ho ho ho. Lepastu badan dorang tak sakit ke pijak-pijak adik beradik sendiri? Dah la kulit lembut,nipis, mau terkoyak kalau dah dok gesel-gesel. Eeeeee sakitlah. Kak leen cakap lagi 3,4 hari lagi dia akan tumbuh bulu! Wahhhhhhhh ni dah masuk berapa minggu dah ni. Aku x sabar nak balik tengok! ;D




Ok ni kakak dorang. Comel gila! Macam twin kan? Hahahahahaha






Nota kaki : haiwan ada kembar ke tak? Aku tengok rupa dorang adik beradik sama je -_-

pssttt psssttt akak aku cakap baby rabbit comel tu da arwah. T_T sobsob




www.tips-fb.com

5# Traveling : Off to Kelantan by KTM

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Last aku naik keretapi adalah semasa umur aku 6 tahun (kot). Ini adalah keretapi betul bukan train LRT Putra,Komuter,Star atau Monorail. Destinasi aku masa umur aku sedemikian aku pun tak ingat. Yang aku ingat aku duduk sebelah arwah nenek aku menikmati perjalanan yang jauh. Dan itu hari aku berkesempatan naik KTM semasa pulang ke Kelantan. Abang & kakak ipar aku kan pegi ipoh lawat akak aku, so mereka pon beria sambil meronta-ronta (tipu) memujuk rayu kitorang ikot dorang balik KL. Dalam hati aku > eh dah macam pak pandir aku ni dari Kelantan-KL-Ipoh-KL-Kelantan. Macam pak pandir bukan? Hahaha. Tapi aku tak kesah sebab kali ne aku tak naek bas, tapi naik kereta dengan abang aku. So, umi and akak pon mengiakan saja. Tapi untuk satu hari jela sebab akak dah kena stat keje. LOL

Naseb perjalanan dari Ipoh ke KL hanya memakan masa 3 jam je kan. So malam tu sempat tidur rumah abang lepastu esokan pegi umah along sekejap then malam tu teros bergegas ke KTM. LOL. Sekejapnye? T_T

Ini pintu masuk ke train. Yes, kena tunggu beramai-ramai kat luar, lepastu baru dia akan bukak untuk turun ke train melalui escalator.

Haruslah berpuas hati bila dapat seat bukan kerusi tetapi katil. Hey, aku balik Kelantan tapi masih boleh tido atas katil. Wah memang teruja. ;D Tapi yang tak best sebab katil bawah dah full so terpaksa ambek katil belah atas saja. Aku ok la sebab kecik ceneot memang senang nak panjat memanjat tingkat atas, tapi kesian umi and akak jela. Eh, korang kalu nak naek train plis make sure parent korang duduk seat bawah tau. Mujur umi sangat kental orangnya dan kitorang jadik bodyguard tiap kali umi nak turun pegi tandas. Hahaha. Yelah, kalu jatuh camno?

*Prices
First class seat = RM48/person (katil)
Second class seat = RM 45/person (seat biasa)


Actually aku tak sure seat biasa tu harga berapa. Tapi murah sikit dari harga yang katil. FYI, katil untuk privacy pun ada. RM140 kalau tak silap aku untuk empat katil. So, korang tadela bercampur dengan orang lain kan. Sebab seat yang aku ambek ni, bercampur aduk dengan orang lain. Tapi  kira ok la. Puas hati jgk sebab boleh baring atas katil ;D

Aku taktau la nape aku nyenyak gila tido masa atas train. Hahaha. Dalam jam 11 camtu aku dah tido. Akak cakap aku siap berdengkur. Eh, melampau kot? Aku rasa akak tipu je sebab aku kan gadis sejati mane pernah berdengkur. Hua hua hua! Aku sedar-sedar dah masuk subuh sebab ade announcement gtau kat gerebak mana surau. Aku apelagi kan teros tarik mafla selubung  satu badan. Wakakaka. Pssttt psssttt aku bersebab tau tak bangun subuh.  ;P


Bila bangun jam dah 8.30 pagi. Bukak mata selak langsir terus tersengih macam kerang busuk sebab nampak umi tengah makan roti bakar. Hehehe. perasaan malu sedikit mesti la ade sebab baru bangun. Hua hua hua. Turun dari katil terus pegi tandas. Weh! First time kot aku gosok gigi bila bangun pagi. Errrr i mean semasa perjalanan jauh mcm ni. Yela biasa naik bas sampai-sampai terus kat rumah. Tapi kali ni tak, boleh menikmati keindahan di pagi hari dalam train dulu baru sampai rumah. Best best. Tetiba macam rindu pulak nak makan roti bakar time kat train. Teh tarik dia pun rasa ok, kawwwww!


Tengok umi comel gua tengah buat peace! Wow retis! Hak hak hak ;D

Ini katil umi. Belah bawah tu ade sorang kakak. Tapi macam tak banyak cakap je. Awal-awal lagi dah masuk tidur, lepastu langsir x bukak-bukak sampai ke sudah.

Sebelah umi adalah akak aku. Tengok pemandangan cun(lah sangat) kan? Tapi tak berapa jelas sebab duduk atas. Kalau bawah, maybe nampak details kot.

Aku dah macam uukkk aakkk uukk aakk (korang tau x ape? Yang dekat zoo tu…ceh) dah panjat pegi situ sini. Belakang aku tu adalah katil tempat aku tido. Memandangkan aku sorang jauh terpesong kedudukan, jadi pagi tu aku lepak kat katil akak ;D biasalah gossip. Dengan umi sekali bergosip. Wakakakakaka

Ni la katil aku yang empuk lagi selesa. Sampai tido berdengkur  kan.

Korang nampak tak tangga tu? Tangga katil ni takde la besar macam katil double yang biasa tu. Dia adalah lebih kecil. Honest tak best duduk atas sebab tangga tu la. Baik duduk bawah takde bersusah payah nak tunjuk gaya macam supermak.


Sebelah katil aku ade sorang kakak dengan sorang anak perempuan dia. Sebelah kakak tu pulak husband dia. Ini bermakna kakak tersebut berada di tingkat bawah sebelah katil aku dan husband dia di tingkat bawah katil aku. Paham? Anak perempuan kakak tu comel gila ok! Aku geram betol sebab dia sebok nak mengorat aku kan. Hahaha. Budak kecik ne mulut potpetpotpet tak sudah. Pulak tu rambut dia perang beralun. Aku ni kalau nampak budak kecik aku pun sebok la kan nak bersembang gaya budak-budak jugak. Almaklum, aii kan anak bongsu. So, bila nampak budak kecik aku memang jakun. -_-


Budak ni memang suka buat muka comel. Bajet kau retis ye budak. Grrrrrrrrrrrrr

Ok fine memang comel pun. ;D


Umur dia 5 tahun kalau tak silap aku. Ade video yang aku ambek tapi nanti la next entry aku post. Memang comel budak ni. Lepastu suka bercakap depan camera, ambek gambar. Aku tak pasti hobi atau cita-cita dia ape, tapi aku rasa dia mesti ada impian nak jadi model atau retis. Boleh lawan Selena Gomez pon jadilah, ye dak? Wakakakaka


Aku menyampah kot asyik ambek gambar dia padahal dia tak ambek gambar aku pun.T_T


Memang hantu camera betol. Dia buat muka macam-macam.

Aku pun taktau kenape aku gatal snap-snap gambar dia masa ni. Hahahahaha.
  

 Lepastu aku yang gila mengambil gambar pun dah gatal nak bergambar dengan dia.

  
Dan paling takleh blah…..


Wajah Angelina jolie versi kanak-kanak. ;D







Nota kaki : Aku nak baby! Aku nak baby!*pang*








www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting