Followers

Sunday, August 14, 2011

Sakit mental atau mental sakit?

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Ada baca paper tak harini? OMG terkejut sangat dengan kes bunuh tak sudah-sudah -_- Al-fatihah buat yang sudah tiada.

Tak paham akhir-akhir ni ramai yang suka membunuh orang, bunuh diri sendiri, pertelingkahan sehingga perpisahan antara tunang/pasangan yang dah kawin. Sume ni sebab sakit mental ke atau diri sendiri tu dah sakit? Benda ni macam dah jadi fenomena biasa akhir-akhir ni. Aku dah risau nak keluar rumah. Lagi-lagi bulan puasa dah nak dekat raya for sure nak pegi shopping raya. Tu pun dah gelabah rasa tanak keluar rumah. Takut kot. Korang tak takut? Dengan kes curah asid segala bagai tu korang tak risau ke macam aku?

Manusia sekarang aku rasa macam jiwa dah tak stabil. Ini serius. 

#Sebab budak-budak buat bising pun sanggup bunuh ayah sendiri 
#Sebab tension pasal exam/boyfriend/girlfriend, sanggup bunuh diri
#Sebab pentingkan diri sendiri, sanggup tinggalkan/ketepikan keluarga
#Sebab tak sefahaman, sanggup gaduh adik beradik padahal isu remeh
#Sebab nafsu membuak-buak, sanggup merogol lepastu bunuh tanpa belas kasihan
#Sebab tak reti nak hargai hidup, sanggup ketepikan isteri dan anak-anak lepastu menggatal dengan perempuan lain dengan alasan nakkan kebahagiaan (what the.......)
#Sebab perempuan seksi/ lelaki kaya raya, sanggup tinggalkan tunang/pasangan demi kebahagiaan sendiri yang tak pasti
#Sebab nak balas dendam, sanggup nak tengok orang lain hidup sengsara dengan curah asid

Sebenarnya isu yang terlibat bukan disebabkan sakit mental keseluruhannya. Tapi sebab mentality diri sendiri yang tak stabil dan kekuatan iman yang tak kuat. Aku pun heran kenapa isu benda macam ni seolah-olah dah berjangkit. Kalau harini ade orang curah asid, esok lusa akan ada kejadian sama akan berlaku. Ini orang yang sama buat atau ade orang lain yang sewel cuba buat aksi yang serupa? 

Sepatutnya di bulan Ramadhan ni kita perlu istiqamahkan diri masing-masing. Cuba belajar bersabar dalam segala hal. Bukan bulan Ramadhan je pun, tapi juga bulan-bulan yang lain. Tade kesan positif langsung kalau buat benda-benda macamtu. Apa yang bagi kesan adalah hidup akan jadi tak keruan seumur hidup sebab menyakiti dan membuat orang lain sengsara.

Please aku seru pada semua (walaupun tak ramai yang baca kan), jauhilah perkara-perkara negatif macamtu seolah-olah kita tidak menghargai hidup. Sebab ianya melibatkan kaum keluarga, sahabat handai kita, orang-orang yang terdekat dengan kita. Tak sayang ke kita kat dorang yang sentiasa dengan kita? Kita inginkan hidup yang aman damai kan? Hidup yang bahagia selama-lamanya. Ada keluarga, ada pasangan dan kehidupan yang menjaminkan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat, InsyaAllah, itulah harapan kita semua. Tak usahlah nak mencari gaduh atau salah orang lain. Bukan benda bagus pun. Jadilah insan yang berguna kepada semua, nescaya hidup akan diberkati dan diredhai oleh-Nya. Amin.

Kita sama-sama doakan semoga kita, kaum keluarga dan sahabat handai jauh dari segala musibah dan sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t. Amin.




"Jauhilah dadah musuh kita"





www.tips-fb.com

2 comments:

topan on August 14, 2011 at 12:24 AM said...

sangat setuju dgn pendapat LG! Dunia akhir zaman LG... apabila kemungkaran di mana2.... sama3 perbaiki diri, keluarga dan masyarakat

najihah sahami on August 14, 2011 at 2:51 PM said...

dunai dah nak kiamat la i..huhu.sedih je baca siratkahbar skang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting