Last aku naik keretapi adalah semasa umur aku 6 tahun (kot). Ini adalah keretapi betul bukan train LRT Putra,Komuter,Star atau Monorail. Destinasi aku masa umur aku sedemikian aku pun tak ingat. Yang aku ingat aku duduk sebelah arwah nenek aku menikmati perjalanan yang jauh. Dan itu hari aku berkesempatan naik KTM semasa pulang ke Kelantan. Abang & kakak ipar aku kan pegi ipoh lawat akak aku, so mereka pon beria sambil meronta-ronta (tipu) memujuk rayu kitorang ikot dorang balik KL. Dalam hati aku > eh dah macam pak pandir aku ni dari Kelantan-KL-Ipoh-KL-Kelantan. Macam pak pandir bukan? Hahaha. Tapi aku tak kesah sebab kali ne aku tak naek bas, tapi naik kereta dengan abang aku. So, umi and akak pon mengiakan saja. Tapi untuk satu hari jela sebab akak dah kena stat keje. LOL
Naseb perjalanan dari Ipoh ke KL hanya memakan masa 3 jam je kan. So malam tu sempat tidur rumah abang lepastu esokan pegi umah along sekejap then malam tu teros bergegas ke KTM. LOL. Sekejapnye? T_T
Ini pintu masuk ke train. Yes, kena tunggu beramai-ramai kat luar, lepastu baru dia akan bukak untuk turun ke train melalui escalator.
Haruslah berpuas hati bila dapat seat bukan kerusi tetapi katil. Hey, aku balik Kelantan tapi masih boleh tido atas katil. Wah memang teruja. ;D Tapi yang tak best sebab katil bawah dah full so terpaksa ambek katil belah atas saja. Aku ok la sebab kecik ceneot memang senang nak panjat memanjat tingkat atas, tapi kesian umi and akak jela. Eh, korang kalu nak naek train plis make sure parent korang duduk seat bawah tau. Mujur umi sangat kental orangnya dan kitorang jadik bodyguard tiap kali umi nak turun pegi tandas. Hahaha. Yelah, kalu jatuh camno?
*Prices
First class seat = RM48/person (katil)
Second class seat = RM 45/person (seat biasa)
Actually aku tak sure seat biasa tu harga berapa. Tapi murah sikit dari harga yang katil. FYI, katil untuk privacy pun ada. RM140 kalau tak silap aku untuk empat katil. So, korang tadela bercampur dengan orang lain kan. Sebab seat yang aku ambek ni, bercampur aduk dengan orang lain. Tapi kira ok la. Puas hati jgk sebab boleh baring atas katil ;D
Aku taktau la nape aku nyenyak gila tido masa atas train. Hahaha. Dalam jam 11 camtu aku dah tido. Akak cakap aku siap berdengkur. Eh, melampau kot? Aku rasa akak tipu je sebab aku kan gadis sejati mane pernah berdengkur. Hua hua hua! Aku sedar-sedar dah masuk subuh sebab ade announcement gtau kat gerebak mana surau. Aku apelagi kan teros tarik mafla selubung satu badan. Wakakaka. Pssttt psssttt aku bersebab tau tak bangun subuh. ;P
Bila bangun jam dah 8.30 pagi. Bukak mata selak langsir terus tersengih macam kerang busuk sebab nampak umi tengah makan roti bakar. Hehehe. perasaan malu sedikit mesti la ade sebab baru bangun. Hua hua hua. Turun dari katil terus pegi tandas. Weh! First time kot aku gosok gigi bila bangun pagi. Errrr i mean semasa perjalanan jauh mcm ni. Yela biasa naik bas sampai-sampai terus kat rumah. Tapi kali ni tak, boleh menikmati keindahan di pagi hari dalam train dulu baru sampai rumah. Best best. Tetiba macam rindu pulak nak makan roti bakar time kat train. Teh tarik dia pun rasa ok, kawwwww!
Tengok umi comel gua tengah buat peace! Wow retis! Hak hak hak ;D
Ini katil umi. Belah bawah tu ade sorang kakak. Tapi macam tak banyak cakap je. Awal-awal lagi dah masuk tidur, lepastu langsir x bukak-bukak sampai ke sudah.
Sebelah umi adalah akak aku. Tengok pemandangan cun(lah sangat) kan? Tapi tak berapa jelas sebab duduk atas. Kalau bawah, maybe nampak details kot.
Aku dah macam uukkk aakkk uukk aakk (korang tau x ape? Yang dekat zoo tu…ceh) dah panjat pegi situ sini. Belakang aku tu adalah katil tempat aku tido. Memandangkan aku sorang jauh terpesong kedudukan, jadi pagi tu aku lepak kat katil akak ;D biasalah gossip. Dengan umi sekali bergosip. Wakakakakaka
Ni la katil aku yang empuk lagi selesa. Sampai tido berdengkur kan.
Korang nampak tak tangga tu? Tangga katil ni takde la besar macam katil double yang biasa tu. Dia adalah lebih kecil. Honest tak best duduk atas sebab tangga tu la. Baik duduk bawah takde bersusah payah nak tunjuk gaya macam supermak.
Sebelah katil aku ade sorang kakak dengan sorang anak perempuan dia. Sebelah kakak tu pulak husband dia. Ini bermakna kakak tersebut berada di tingkat bawah sebelah katil aku dan husband dia di tingkat bawah katil aku. Paham? Anak perempuan kakak tu comel gila ok! Aku geram betol sebab dia sebok nak mengorat aku kan. Hahaha. Budak kecik ne mulut potpetpotpet tak sudah. Pulak tu rambut dia perang beralun. Aku ni kalau nampak budak kecik aku pun sebok la kan nak bersembang gaya budak-budak jugak. Almaklum, aii kan anak bongsu. So, bila nampak budak kecik aku memang jakun. -_-
Budak ni memang suka buat muka comel. Bajet kau retis ye budak. Grrrrrrrrrrrrr
Ok fine memang comel pun. ;D
Umur dia 5 tahun kalau tak silap aku. Ade video yang aku ambek tapi nanti la next entry aku post. Memang comel budak ni. Lepastu suka bercakap depan camera, ambek gambar. Aku tak pasti hobi atau cita-cita dia ape, tapi aku rasa dia mesti ada impian nak jadi model atau retis. Boleh lawan Selena Gomez pon jadilah, ye dak? Wakakakaka
Aku menyampah kot asyik ambek gambar dia padahal dia tak ambek gambar aku pun.T_T
Memang hantu camera betol. Dia buat muka macam-macam.
Aku pun taktau kenape aku gatal snap-snap gambar dia masa ni. Hahahahaha.
Dan paling takleh blah…..
Nota kaki : Aku nak baby! Aku nak baby!*pang*
1 comments:
omygoddddd..
ni ke ropa tmpat katil lam ktm tuhhh..
siyess kite tringin gler nk tahu ropa bntuk die..
segan nk mntak tmpt tdo kalo naek sorang huhu..
tenkiu for this entry dear:)))
Post a Comment