Followers

Friday, August 12, 2011

18days more to go!

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Pagi pagi lagi aku dah meracau nak bukak lagu raya. Padahal baru nak masuk 2 minggu puasa dah nak raya dah. hahaha esaited lebih nampak. Alah bukan aku sorang pun, kau bukak la radio rata-rata lagu raya dah mula pasang, sape kesah? Jangan nak salahkan aku plak. kuikuikui ;D


Kalau zaman baby(lah sangat) dulu, mak bapak kita mesti selalu cakap kan 'haaaa nak raya kena puasa, tak puasa takleh raya'. Itu ayat da lapuk kalau nak kasi kat budak-budak zaman sekarang. Mane nak kesah dah pun ayat tu. Janji raya nanti kompem boleh pakai baju baru, lepastu boleh melantak banyak mna pong. Lepastu lagi beria pergi raya rumah jiran sebab nak duet raya kan. Tak lupa jugak kalau mak ayah nak pergi raya rumah sedara wajiblah nak ikut sebab nak kumpul duet raya. Ish ish itulah zaman kanak-kanak dulu.

Sekarang ni dah besau panjang tadela terhegeh-hegeh mintak duet raya lagik melainkan dengan adik beradik dan mak ayah je la. hua hua hua! Nak jugak tu. ;D 

Aku tak sabar ni nak balik makan pulut doyan (lagi). Seyes aku tak jemulah makan even semalam aku dah buat pulut doyan. Tapi bulan-bulan puasa ni takleh makan banyak takut tercirit karang susah. Aku plan balik seminggu awal atau maybe awal lagi kot. Sebab nak setelkan semua hal termasuk pegi block aku punya kad bank cimb (agen insurans punye pasal lah ni sebok mengacau!grrrrrr) dan tunggu approval keje then kena buat medical checkup pulak. Lepastu aku dah boleh balek dengan girangnya yay!

Aku nak balik raya kali ni dengan KTM lagik macam sebelum ni (baca SINI). Tapi kena pegi cop awal-awal takut habes pulak kempunan aku. 




Ok la nak pegi angkat kain sebab hujan rahmat tibe-tibe turun! Bai!


Selamat Berbuka >.<
Makan baca doa, jangan gelojoh. ;D



Nota kaki : korang dah pegi shopping raya? Aku nak pegi minggu depan yay! Ade sape-sape nk belanja tak? (sambil kenyit-kenyit mata)





www.tips-fb.com

2 comments:

hamzah ian on August 12, 2011 at 5:58 PM said...

pulut doyan sedap owh

LittleGurl on August 12, 2011 at 6:35 PM said...

taw tape. sodap gila! arghhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting