Aku dilahirkan dekat Kelantan. Ye aku memang gadis pior Kelantan. Korang jangan menangis bila dengar aku cakap Kelantan sebab Kelantan aku sangat pekat. Walaupun ade juga dialet (macam silap je aku eja T_T) yang aku belum mahir lagi, tapi aku memang terer dengan bahasa aku. LOL. Takkan la asal Kelantan tiba-tiba reti bahasa Sarawak tapi taktau bahasa Kelantan, ye dak? ;D
Dulu masa kat kampung arwah atuk aku, sawah padi luas, hijau dedaun membuatkan pemandangan menjadi indah. Dulu suka main upih pokok kelapa, main tarik-tarik tali, main guli, main masak-masak. Oh sangat indah nya dunia kanak-kanak. Sekarang, sawah padi depan rumah arwah atuk, dah tak hijau macam dulu. Kalau hujan atau banjir, lumpur bertempek dekat kaki. Lintah pacat pula tanpa segan silu mengorat darah manis. T_T
Tapi aku tetap sayang kat kampung aku. Sebab sejak kecil aku belajar erti kehidupan yang sebenar. Kat bandar? Kau nampak bangunan tinggi-tinggi, pergi cyber café main internet sampai mata kau rabun, tapi kau tak nampak erti kehidupan sebenar. Kau cuma nampak pembangunan yang semakin pesat membangun sahaja. Kesusahan, keperitan, ketenangan di kampung yang membuatkan kita lebih menghargai hidup, kita lebih kuat menghadapi setiap dugaan yang menimpa. Kesusahan itu membuatkan kita kental menghadapi cabaran. Eh, apahal pulak aku tiba-tiba nak bersastera? T_T
Mari kita pergi ke dusun. *tetiba*
Akak aku siap pakai track suit, kasut bot. Aku? Akak siap cakap ape lagi tahu ‘eh,bukan nak pegi KBMall.’ Ggrr!
Aku rasa macam ok je masuk dusun pakai shawl belit-belit. Eh ke korang rasa pelik? -_-
Kan aku dah cakap umi jarang nak pandang camera. Retis kan. Grrrrrrrrrrr
Jarak umur dorang hanyalah setahun. Ce teka sape yang paling muda? ;D
Hamboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii cik kak mau lawan nampak?
Perghhhhh kalau buat cempedak goreng ne sedap jugak! Hak hak hak eh nangka ke cempedak tu?
Oh my lovely auntie. Dah macam nak joget zapin tu. Eeeehhhh aaahhhh ehhhh ahhhhh
Nasib malang rupanya haritu sebab tak dapat ape-ape habuan pun. Pokok durian takde buah, yang laen pun sama jugak masih pra matang. Yang ade cuma sikit je buah langsat. Tape tape at least dapat masuk dusun kan ;D I like I like
Sehari sebelum tu, kak leen cakap si rabbit comel dah beranak. Aku dah over esaited nak tengok baby comel. Eeeeeeeeeeee sekali tengok aku macam nak pengsan! Hahahaha hey muka dia macam p*g je. Cu korang tengok tu…..
Sama ke tak? Hehehe. ke sebab dorang still baby tu yang nampak sama kan macam p*g. tapi aku tengok comel je! Ho ho ho. Lepastu badan dorang tak sakit ke pijak-pijak adik beradik sendiri? Dah la kulit lembut,nipis, mau terkoyak kalau dah dok gesel-gesel. Eeeeee sakitlah. Kak leen cakap lagi 3,4 hari lagi dia akan tumbuh bulu! Wahhhhhhhh ni dah masuk berapa minggu dah ni. Aku x sabar nak balik tengok! ;D
Ok ni kakak dorang. Comel gila! Macam twin kan? Hahahahahaha
Nota kaki : haiwan ada kembar ke tak? Aku tengok rupa dorang adik beradik sama je -_-
pssttt psssttt akak aku cakap baby rabbit comel tu da arwah. T_T sobsob
6 comments:
comelnya arnab.. hehe.. aku takde dusun pun.. sobss
Arnab itu... hahahaa... macam nak ambik buat keychain je...
kucing ada kembar
kang bile branak, keluar byk anak..hihi
hamzah : hihihi ang mai dusun aku la. dpt makan buah free ;D
khuzrin :hahaha tu la pasal. comel sgt kan. grrr
lea : a'ah la kan. lupe plak kucing bile branak kuar baby banyak-banyak. hua hua hua! grrr kite nak kembar jugak! ;D
Post a Comment