Followers

Saturday, August 13, 2011

Mata pelesu

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Masa kecik-kecik dulu aku pernah dikejutkan dengan satu berita yang dasyat. Along aku tukar mata! Masa tu kan aku dalam darjah 1 kot entah aku dah lupa. Gila semangat aku nak tengok mata along kan. Yelah balik je rumah dia terus cakap 'along ade mata baru' ceh aku yang taktau ape-ape teros ternganga macam budak bodoh. cett.

Aku nampak mata along elok je tade cacat pun. Kata tukar mata. Tipu lettew. Gggrrr

Aku dalam kepala otak mestilah pikir mata kena cungkil ke lepastu baru letak bijik mata baru. Auucchhh pedih gila kot! Nape along nak tukar mata pulak? Tak sakit ke? hahahahaha memang kampung kan aku masa zaman kanak-kanak ribena.

Aku duduk ngadap along yang tengah ngadap cermin. Dia perlahan-lahan bukan mata dia luas-luas lepastu masuk benda macam kaca dalam mata. eeeeee aku dah start kerut-kerut muka.



'tak sakit?'
'tak pun, kalau dah biasa tak sakit la'
'ohhhhh, untuk ape tu?'
'kalau pakai benda ni, xyah dah nak pakai spek. ni contact lens'

Baru la aku tau name benda itu adalah contact lens bukan kaca-_- aku pun actually tak ingat conversation aku dengan along camano masa tu kan. kalu kata ingat memang hebak la aku. hahahaha. darjah 1 kot surelah memory aku dah tinggal secipot untuk ingat saat tu. Tapi lebih kurang macamtu la yang aku tanye along.

Sejak along dan kak cik aku pakai lens, aku pun bercita-cita la jugak nak pakai. Bila darjah 5 aku dah start pakai spek, aku pernah la tanya along boleh tak nak pakai lens jugak. ceh ngengade kan aku ni. kuikuikui. yela nampak lens macam selesa je pakai, kalu pakai spek nanti macam harry potter pulak. -_-

Tapi hajat aku tak kesampaian, mane la dorang kasi kan budak kecik pakai lens. Spek pun dah bape kali patah sebab suka letak rata-rata. muahahahaha. ade hati nak pakai lens la konon.

Tapi itu cerita lama punya hal. Sekarang aku dah besar panjang yay! Im 23 years old lah! Dah boley pegi carik lens. Aku memang dah lama nak pakai lens ni. Sebab seyes aku rasa dah jemu gila pakai spek dah 13 tahun spek hidup kat hidung aku. Ape salahnya aku nak beralih arah pulak kan. Tapi aku memang dah mind set kalau dah keje baru la nak pakai sebab dah ade duet sendiri kan baru syok. Kalau harapkan time jadik student, berbekalkan duet PTPTN tu aku rasa macam tak best lah tiap-tiap bulan nak kuar duet beli lens. hohohoho

Tapi aku taktau ni nak pilih kaler ape?


Mata aku ade cokelat lah sikit-sikit tak manyak pon. So aku macam prefer pakai putih je. Tapi macam plain gila warna putih. Agak-agak dah nak dekat raya ni, nak jugak pakai biru ke, grey ke, hijau ke ape ke kan. hahahahahaa ;D Along kata kaler biru cantik. ceh tak menahan tuuuu kaler biru. Aku tak putih, so kalau pakai biru, bukan macam pelik ke? Hmmmm. Aku rasa macam hazel pun ok kot! Nampak kemelayuan lah(sangat) sikit kan? hihihihihi


Tak sabar nak pegi shopping baju dan contact lens juga! ;D



Ok bai selamat malam & selamat bersahur ;D

www.tips-fb.com

5 comments:

maya anis on August 13, 2011 at 1:30 AM said...

bez pakai cntcn lens...bru ader smngat..tp kne jg kbrsihan mata

Alya EsprĂ©zzo™ on August 13, 2011 at 1:43 AM said...

wahh..contect lens raya! hahaha..

eyh eyh jom baca apa yg BLOGGER BARU perlu tahu dalam dunia blog! ;)

http://www.alyaesprezzo.com/2011/08/kucing-pun-pandai-bagi-tips.html

gadiskampungitu on August 13, 2011 at 6:35 AM said...

gosh i go for perky brown!

Sekamar Rindu on August 13, 2011 at 10:02 AM said...

salam..

sky blue pun cantik..

amy azuha on August 14, 2011 at 1:46 AM said...

teringin nak pkai contact lens gak!.tpi takot sket hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting