Followers

Tuesday, November 27, 2012

Korea

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments

Assalamualaikum w.b.t

Hai kengkawan! Wah peramah gitu iollss hiks. Akhir-akhir ni hujan turun tak menentu. Bangun pagi cuaca cerah panas sangat wah gembiranya kite sebab semalam jemur baju harini dah boleh kering. Sekarang hari-hari rajin basuh baju sebab kat rumah sewa tade washing machine.  Sadis tau. Tapi takpa, basuh baju pun kira exercise jugak, mentang-mentang dalam mood nak diet kannnnn.

Tapi rupanya panas hingga ke petang, hujan pulak di tengahari. Dah tak kering dah baju dahku selama 2 hari.  Sekarang dekat ofis tak bukak aircond pun dah mengigil. Bajet bekerja di Korea Selatan kau. Nak je bawak selimut tebal dengan bantal busuk sekali bawak masuk ofis T__________T

Oleh sebab sekarang cuaca sejuk macam kat Korea (ecececeh), aku haruslah membajet korea juga diwaktu malam. Kenapa diwaktu malam? Bukan siang hari kawan-kawan?
Sebab aku pakai stoking comel ni! Cuma RM5.00 di DAISO Publika. Publika ni bangunan ofis aku (ofis aku kat B4 6th floor). Boleh bayang tak aku hari-hari pergi cuci mata? Kadang tak cuci mata pun, cuci purse sekali haha. Sume barang adalah RM5. Teruja tak? Girl-girl macam aku mestilah teruja tahap maksimum kan! Hehehe
Comel kan? Ni aku guna khas untuk letak telekung. 
Senang nak bawak pi mana-mana pastu letak dalam beg eheeee

Along aku plan nak bawak anak-anak dia pergi Korea tak lama lagi (Adik pun nak pegi!! Bentak hati kecilku). Lalu aku pun cuba merealisasikan impian along aku dengan membelikan mereka gloves dari DAISO. Tak payah nak baziaq beli mahal-mahal. Kat DAISO kau boleh beli dengan tutup mata. Sebab kalu TERambil pun semua barang comel-comel  :)
Arrghhh along aku tengok ni mesti gigit jari dulu sebelum gigit gloves ni :P

Sekarang dah pakai stoking tebal waktu nak tido, feeling-feeling pulak macam tinggal kat Istanbul bersama betto haha (mentang-mentang baru lepas tengok #Istanbul Aku Datang kaaann). Weh soft sangat stoking ni. Hamaigad suke!









Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Wednesday, November 7, 2012

Kawan & Lawan

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Kadang-kadang hidup ni lebih elok buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali atau dua kali, banyak kali lagilah jangan. Lagi-lagi kalau melibatkan kawan sendiri sebab kita tak nak nanti dilabelkan sebagai kawan tikam kawan. Eh tikam bukan bermaksud bunuh (takutnyaaaa). Tapi tikam ni bermaksud depan tunjuk baik tapi belakang tettttttttttttttt main-mainkan perasaan dan hati orang. Lagi-lagi sahabat yang dalam erti kata lain kawan baik yang pernah tido sebantal, makan bersama, bergembira bersama tapi last-last menuduh kawan bukan-bukan tanpa was-was. Kejamnya awak buat kite. Hmmm.
Prinsip hidup aku adalah berbuat baik kat semua orang biarlah orang buat jahat kat kite pon sobsob. Tapi berbuat baik bukan bererti mengalah. Dalam berbuat baik kita juga membuat penilaian samada ‘dia’ juga mempunyai hati yang sama dengan kita atau tidak. Dari situ kita baru tau yang dia betul-betul layak untuk hidup dalam dunia kita ataupun tak layak. Wahhh macam sesi interview gitu heh. Sebab aku percaya setiap balasan yang baik akan dibalas dengan baik, yang penting kejujuran, bukan pengkhianatan. Dan aku percaya Allah s.w.t telah rancangkan perjalanan hidup kita yang hebat! :)
Kehidupan kita bukan sahaja melibatkan diri sendiri, tetapi seluruh kehidupan yang lain. Keluarga, suami/isteri, anak-anak, guru-guru, sahabat, kawan pun termasuk dalam kehidupan kita sehari-hari. Kalau kita sentiasa berniat tidak baik untuk menipu, menyakiti, mencari salah orang lain & nak cari gaduh pula, terlupakah kita yang kawan/orang yang kita sakiti tu juga kenal kawan-kawan & keluarga kita yang lain, dalam masa yang singkat semua orang tahu sikap kita yang tak elok tu. Sedihkan?
Kite takut, kite tak nak hilang kawan. Kawan yang selama ni tolong kita, nasihat kita waktu kita sedih, tapi satu masa kita khianati dia, buat hati dia terluka dan dia makin jauh dengan kita disebabkan salah kita sendiri. Benar-benar sahabatkah kita? Pada aku memang tak.
Bila dah semakin dewasa (mungkin lama-lama makin tua lepastu bagitau kat cucu ‘nenek dah banyak makan garam terlebih’ ish ish ish pengalaman punye pasal kan teehee), corak kehidupan kita semakin matang. Buanglah sikap pentingkan diri sendiri dalam apa-apa aspek sekalipun. Sebab nanti bila bekeluarga, tak kan nak teruskan sikap kita macamtu, tipu suami dalam hal kewangan, hal sosial, tipu anak lagi, mentua lagi. Sedihkan? Dah boleh bagi award ‘Anugerah Penipuan Terhebat’. Pulak dah >.<
Bagi aku dalam hidup ni cuba berfikir dengan mudah. Berfikir dan menyelesaikan dengan cara yang baik. Bukan cari pasal pula dengan orang sampai orang bercakap tentang kita ‘aku tak halalkan dia dunia & akhirat’. Benda ni aku pernah dengar sendiri orang bercakap-cakap tentang itu. Hmmm nauzubillah takutnya kita kalau berdosa sesama manusia. Apa salahnya kita mengaku silap & memohon kemaafan. Jangan pulak lari dari masalah. 20 tahun akan datang pun orang tak kan berhenti bercakap pasal kita. Bercakap benda baik tape, tapi ni sebaliknya. Hmmm.
Jaga hubungan dengan Allah s.w.t & tak lupa juga jaga hubungan dengan sesama manusia. Kita mungkin tak sempurna, tapi kita masih berpeluang berubah dan menjadi yang lebih baik. :) Semoga Allah s.w.t merahmati hidup kita semua. Amin.
www.tips-fb.com

Tuesday, November 6, 2012

Give & Take

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t 
Orang kata zaman kecik dulu lagi sensitif, ye eh? Bagi aku kalau bab kahwin, ada keluarga baru adalah perkara yang menyeronokkan haha! Cuba bayangkan harini adik beradik kau ada 2 orang, esok tiba-tiba kakak nak kahwin, seterusnya bertambah lagi jadi 3 orang. 2 tahun selepas itu bertambah lagi jadi 7 orang wahhhh bajet kakak dapat anak kembar setahun sekali kihkihkih. Lihat, betapa besarnya keluarga kan bila bertambah ahli baru? Suka suka :)
Aku dulu darjah 4 start dapat abang ipar, dua orang sekaligus :) Paling gembira dapat jadi pengapit comel gila pakai cekak bunga-bunga dengan kakak aku lagi sorang. Bajet gurlgurl uolls. Tapi bila second sister nak kahwin beberapa bulan lepastu aku taknak dah jadi pengapit haha. Rimas weh kena bajet comel atas pelamin sambil mengibas-ngibas pengantin.  Dengan aku sekali rasa muka berminyak & berpeluh atas pelamin tapi zaman tu tak kisah langsung berpeluh bagai. Budak kecik mana ada kesah. Tapi dalam kepala dok teringat sepupu-sepupu kat luar yang tengah rancak bermain. Mane boleh tahan beb. Hahaha. So, second sister kahwin terus bergelak ketawa bersama sepupu comel bermain-main diluar tanpa aku kesah langsung nak tolong bagi cenderahati kat tetamu ke ape waktu tu.  Hikhikhik.
Alhamdulillah, abang-abang & kakak-kakak sume dah kahwin. Tinggal kite je belum (InsyaAllah). Alhamdulillah juga sejak ada kakak-kakak ipar & abang-abang ipar beserta anak-anak saudara, keluarga makin bahagia! Dulu ada jugak rasa eh risaunya kakak kite yang atas dari kite tu nak kahwin dah. Dah tak dapat nak bermanja dah. Dah tak dapat gelak ketawa bersama dah. Mesti asyik nak tenung abang ipar lama-lama lepastu buat assumption, dia ni boleh jadi abang yang baik ke tak haha! Pyscho gila. Sekarang, semua dah jadi satu kepala! :)
Sebenarnya semua tu terletak pada diri kita. Samada kita menerima dengan hati terbuka atau tidak dengan setiap perubahan. Perubahan menerima ahli keluarga yang baru, mesti ada dalam keluarga :)
Umi pernah cakap, bila ada orang baru masuk dalam keluarga kita yakni abang ipar/kakak ipar, kita perlu cuba buat dia selesa & gembira dengan keluarga kita :) Yela, mula-mula mesti segan, kita lah yang kena cuba buat dia sesuaikan diri, cerita itu ini bagi dia lebih kenal keluarga besar kita. Dalam masa yang sama dia pun turut belajar sesuatu yang baru, macam mana untuk sesuaikan diri dengan keluarga belah suami/isteri. Kita jangan buat dia kekok atau rasa macam terpinggir. Biar dia rasa hari-hari nak balik rumah mentua eheeee :)
Sekarang kita ada abang ipar + kakak ipar yang sporting sangat & dah macam abang + kakak kandung sendiri :) Alhamdulillah syukur sangat.  Sekarang dalam proses nak belajar jadi menantu yang baik & insan yang baik juga ehm ehm. Risau jugak, tiba-tiba terfikir apa yang kakak ipar dan abang ipar lalui sebelum ni pun bakal dilalui juga oleh saya :)
Memang setiap orang ada kelemahan/kelebihan masing-masing, tapi bezanya adalah penerimaan orang lain terhadap kita. Yang penting jangan nampak orang lain salah, sebab kita juga ada kekurangan kan? Tiada sape pun yang sempurna, tapi kita masih berpeluang melakukan perubahan dan menjadi lebih baik. Tak sabar rasanya nak punya keluarga yang lebih besar, kerana itulah faktor kebahagiaan, InsyaAllah :)
www.tips-fb.com

Monday, November 5, 2012

Review: Movie Apa Celop Toqq

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello semua! Setelah beberapa bulan berlalu, baru mempunyai semangat kental nak berbelog kembali. Eh bukan hari-hari berjiwa kental cuma malas nak menaip je? Heeeee *tutup muka malu*. Agaknya sejak umur bertambah hari ke hari (tahun depan umur kite dah 52! *pengsan*), idea pun dah mula luntur. Dah taktau nak tulis membebel ape. Padahal masa zaman campus muda mudi dulu pasal keluar berjimba-jimba pun mesti nak post entry baru teeeheeeee :) Cepatnya masa berlalu kan, pejam celik pejam celik dah nak kahwin. Eh :P

Semalam pergi times square meluangkan masa. Plan nak tengok hot movie musim sekarang. PE3? Dah banyak kali nak tengok tapi kecewa sebab JJ Kepong takde movie menarik pong. Tapi keluar jauh-jauh semalam boleh pulak teragak-agak nak tengok PE3 ke nak tengok cite lain. Aku tengok PE3 macam tak best je wahaha. So last-last beli tiket movie Apa Celop Toqq ajelah sebab PE3 start 12.30p.m, sedangkan kitorang baru sampai semalam dah 12.20p.m. Paling heran bin ajaib sebab timing movie cuma sekali? Oh sangat menyedihkan. Layan ajelah Apa Celop Toqq dengan harapan dapat bergelak ketawa dengan riangnya dalam wayang :)

Masuk wayang esaited jugak dalam hati sebab seat penuh 90% :) Oh mungkin kedengaran amat baik rata-rata orang nak tengok cite ni mungkin hasilnya mengembirakan.

Sejujurnya cite ni sangat best! Mungkin bergelak ketawa dalam wayang adalah kegembiraan bersama. Tak lawak pon kau automatic nak gelak sama eheeeee. Tapi serius memang cite ni tak kering gusi. Tambahan pula (nahh kau ayattttt), ade pelakon baru a.k.a penyanyi hits berlakon dalam cite ni. Sape weh? Sape?
Tabik spring kat Hazama sebab bukan semua orang boleh berlakon at the first time dalam movie, tapi pembawakannya sangat bagus. Ok boleh bagi 4/5 kat Hazama. Setiap kali babak Hazama muncul, aku berlagak seperti seorang pengarah nak menilai cara lakonan si Hazama tu lagi-lagi kalu part focus muka dia terang-terang ehehe. Comel *tiba-tiba. Memang sempoi habis mamat ni. Combine pulak dengan pelakon hebat & berpengalaman Taiyuddin Bakar, Azad Jazmin, Intan Ladyana dan Elly Feliziana, memang best!
Bagi aku cite macamni lagi best berbanding cite hantu komedi yang entah apa-apa. Even cite ni macam cite rempit biasa-biasa je, tapi tetap terselit jugak pengajaran dalam movie tu yang melibatkan cinta, persahabatan dan impian :). Bukan nak cakap aku ni memilih bab-bab cite melayu, bukan bukan. Aku tetap sokong tapi certain cite jugak kan. Jalan cite menarik sape yang tak suka, betul? Cite hantu komedi yang paling aku suke sampai sekarang cuma Zombi Kampung Pisang. Hahaha. Cite macam tak logik, tapi yang best sebab satu kampung berganding bahu menghapuskan zombi, haaa jalan cite macamtu la yang kita nak!

Korang yang belum tengok ape celop ni, boleh tengok sekarang! Apa FREE? Eh bayar sendiri ek, aku promote je bhahahaha.







Aku nangis time ending cite tu (boleh pulak camtu?) Sebab ianya melibatkan persahabatan. Aku sensitif sket bab persahabatan/hubungan ni. *sobsob lap hingus*





Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Monday, September 3, 2012

Resepi Kek Coklat Kukus Raya

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Assalamualaikum w.b.t

Beberapa minggu sebelum hari raya, terus text kakak sayang yang tengah pregnant tu untuk beli bahan-bahan nak buat kek. Dah teringin sangat nak buat kek coklat plus duduk rumah sewa takde oven sobsobsob 

Eh eh orang tu tengah sarat mengandung boleh pulak dipaksa membeli bahan-bahan buat kek.

Hmmm, adik siapa la kan. 

Sampai-sampai je pagi Jumaat sebelum raya, terus start tolong umi jahit baju. Seriously tempahan customer umi banyak sangat tahun ni. Sebelum raya pun umi dah gitau balik kena tolong jahit. Kesian umi. Takpe ini rezeki umi kan :) Tinggal lagi dua hari nak raya acane? Itu belum siap ini belum siap. Muka masing-masing macam tak mandi sebulan hahaha. Tapi seronok Allah s.w.t saja yang tahu masa tu. Tengah-tengah jahit dok bersembang, dengar lagu raya, gelak ketawa dan sahur bersama, berdua je! :)) Rindunye saat tu.

Masuk hari terakhir puasa, kek masih belum menjadi. Inilah saat paling tak suka. Beli bahan kemain mencecah ratusan ringgit (ecececeh) tapi oven belum berasap lagi. Takpe takpe malam ni masih ada. Eh lupe pulak malam ni ada majlis berbuka bersama sanak saudara kat rumah arwah atok. Habes kek macamana? Macamana? Macamana???

Ok kecewa lagi.

Kecewa sampai raya ke 7. Raya ke 8 nak balik KL, malam tu baru terhegeh nak buat kek. Haha. Nak jugak kan. Sampai pukul 3 pagi tak tido tunggu kek masak. Amekaw!!!!!!!

KEK COKLAT KUKUS RAYA   
Bahan-bahan : 
- 1 cawan serbuk koko
- 1 paket butter
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan susu pekat
- 1 cawan gula halus
- 3 biji telur
-  1 1/4 tepung bluekey
- 1 sudu teh bikarbonat
- 1 sudu esen vanilla
Cara-cara : 
1) Masukkan butter, susu cair, gula halus dan serbuk koko ke dalam bekas. Panaskan sehingga sebati. 
2) Kemudian, sejukkan adunan yang dipanaskan tadi. Tapi kite tak tunggu sejuk betul-betul pun, letak je bekas tu dalam bekas lain yang berisi air. Lagi cepat sejuk :)
3) Di dalam bekas lain pula masukkan 3 biji telur dan susu pekat. Gaulkan bersama sehingga sebati.
4) Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain bersama termasuk tepung bluekey, bikarbonat dan esen vanilla. (Ok tade gambar)
5) Kacau kacau lagi sehingga betul-betul sebati. Dah sebati elok, boleh letak dalam bekas untuk mengukus. Tak perlu set masa. Just tunggu sehingga betul-betul masak. Kite ambek masa berapa lama ye? Lupe sebab buat kek pun kelopak mata nak sampai ke pipi dah hahaha. Tapi mungkin dalam sejam macamtu kot. Just set your own time okeh! :)
Perasan tak gambar last-last tade pun kan? Sebab masa tu mengantuk tahap dewa haha. Camera pun entah campak kat mana. Tahu-tahu kek dah siap terus letak bawah saji. Esok nak balik KL baru lajulaju potong letak dalam tupperware. Cepatnye masa berlalu T____T




Selamat mencuba semua :)) dan belum terlambat saya ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN.










Psstttt ini adalah warm up setelah hampir 2 bulan tak update blog. Wuuuuuu. Takpe, sekarang adalah musim semangat berkobar-kobar. Taktau la ape yang berkobarnye. Lalalalalala. Harap semangat berkobar juga sampai tempias kat blog ini! Yeaahhhh, semangat semangat. InsyaAllah :))






Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Saturday, June 16, 2012

Bunga-bunga cinta :)

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hari ni misi seterusnya berhasil. Dah lama simpan benda-benda pelekat ni konon nak kasi bilik cun sikit. Bajettttt girlishhhh you. Okay shadap LG please shadap jangan excited sangat.

Taaaraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!



Ok bye!!






www.tips-fb.com

Friday, June 15, 2012

No title hahaha!

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hye peoples :)

Since started working a few months ago, i'm started to get sleep earlier too. Seriously penattttt kot :) Dah kau kenapa tiba-tiba tido awal pulak kan padahal masa study dulu class pagi buta pun still boleh tido jam 4 pagi masa ayam berkokok. Well, you will feel it by yourself when you start to work. Study pakai otak pun rasa tak penat macamni, even banyak kerja sekolah, seriously masih boleh nak berkekek ketawa huha sana sini pergi karoeke. Sekarang sejak jadi wanita (sebab dah kerja terus rasa macam wanita haha) mood nak berkaroeke terus luntur. Balik rumah masak laju laju ( tu pun kalau dah rajinnnnnnnnn) tengok tivi kejap baca novel/magazine/paper kejap terus terbongkang. Ohhhhh mana diriku yang dulu? Semua macam dah berubah. Seriously, i just miss my old me T____T. There's no more entertainment. Seriously. ---------> can you spot how many word 'seriously' in this paragraph? Ish ish ish nampak sangat kan hidup belajar dulu lagi best.

Bytheway, life as an employee pun sangat hebat. Sebab at the end of the month gaji masuk hahaha. Bukankah ini hebat? Ini kan yang kita cari-cari sejak dari kecil dahulu? Berangan nak masuk universiti dan mencapai cita-cita yang menggunung? Dan akhirnya memperoleh segulung ijazah bagi kat mak ayah 'mak inilah hasil usaha saya dan juga semangat dari mak! sambil cium laga laga pipi dengan mak hihi. Lepastu dapat pulak offer dekat company yang tersohor didunia, gaji mewah, hidup dah senang lenang. Itu kan harapan semua? :)) Eh harapan kite sama la :)

Tapi tak semua yang kita inginkan kita akan dapat kecuali usaha. Tapi biarkan usaha kita tinggi hingga ke langit pun, kalau bukan rezeki kita, tak kan tercapai juga :) Rezeki ni berbeza-beza terhadap semua orang. Yang penting jangan pernah mengeluh, jangan pernah salahkan takdir walau apapun berlaku. Kita usaha, berdoa dan bertawakal. InsyaAllah akan ada rezeki kita :)) Eh rezeki tu bukan duit yang bos kasi je tau ataupun duit PTPTN yang korang guna beli tiket wayang tu (ehm ehm), tapi rezeki ni sangat kompleks. Kebahagiaan, zuriat (anak) pun juga rezeki :)

Jangan lupa setiap kali dapat sesuatu, mulut jangan henti-henti sebut Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Semoga rezeki kita semakin bertambah. Rezeki melimpah-limpah seiring dengan kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki. Amin.
Jessica Aleba said ' let's having fun at home and watching favourite drama 
'seindah sakura' ohhhhh my Fahrin Ahmad!' *pengsan









Mari berhibur. Lupakan kerja sekejap ok. Selamat berhujung minggu :) 






www.tips-fb.com

Thursday, May 31, 2012

Selamat Hari Ibu Umi

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Dulu zaman sekolah kalau nak dekat hari ibu mesti jadi kalut semacam. Nak beli ape ni? Tudung, mahal tak? Buku, buku ape? Ggrrrrrr. Pen? Agak-agak la kan ingat umur mak sama dengan umur kita 10 tahun. Eh eh tapi umi kitewww muda remaja auwwww.

Last-last sebab tak reti dan tak tahu nak beli ape (masa tu pikir kalau beli yang murah nanti mesti umi tak nak guna sobsob), pergi beli kertas warna then buat kad sendiri. Kaler toksah cerita memang warna warni hari raya. Tampal situ, tampal sini. Hihihihi. Isinya pulak mengalahkan A.Samad Said, ayat berbunga-bunga hahaha. Serius weh, aku depan-depan memang tak la nak cakap sayang love love ni. Konon jiwa kental, ape barang nak jiwang dengan mak. Wakakaka. Tapi itu dulu.
Sejak besar memanjang ni, benda-benda rumit macamtu, especially nak buat kad sendiri, memang paling malas sekali nak buat. Dulu kan budak sekolah hikhikhik *gelak tutup mulut*, konon jimat la kan, padahal simpan duet nak beli walkman kecik yang jual kat pasar malam tu, ade kaler kuning, pink hahaha. Sekarang dah ade duet poket sendiri so nak senang semua benda beli je. Yang penting isi mau padat, kemas. Sebab nanti dah bagi kad kat umi, nak usha terharu ke tak. Wahahaha. Baik punya perangai kan. Tapi kek haruslah buat sendiri ehm ehm.
Dan satu lagi benda yang berubah, mulut ni dah ringan sangat nak sebut sayang sayang kat mak sendiri. Kira sekarang hati dah kurang kental, dah jadi sentimental pulak wakakakaka. *pang nak?* Tapi bagi aku kat mak sendiri memang haruslah tunjukkan kasih sayang lebih-lebih, apatah lagi nak sebut sayang-sayang kan. Sebut sayang seratusjutakali nanti, mak pun makin sayang :)) 
Selamat Hari Lahir (11 Mei) dan Selamat Hari Ibu untuk umi tersayang.
 Muaahhhhhhh cup cup sayang umi sayang umi! I LOVE YOU!

Orang yang paling gembira celebrate birthday tokmi tahun ni wajiblah YIEM! Sebab kali ni celebrate dua orang. Yiem punya birthday pun bulan 5 jugak. Tokmi 11/5, Yiem pulak 14/5. Hehehe. Semangat gila Yiem haritu. Bayangkan lepas siap buat kek segala bagai pagi tu, dia asyik dok pegang pisau kek sampai ke petang hahahaha.
Yiem comel : Mana ayah su ni. Lambatnya.

Beberapa saat kemudian.

Yiem comel : Ucu dah boleh potong kek?

Beberapa minit kemudian.

Yiem comel : Ucu jom la potong kek....

Ololololo keciannye tunggu ayahsu datang lambat kan. Kitorang siap baring-baring petang tu sambil tunggu abang datang. Tapi Yiem tak. Dia siap cakap tak nak tidur sebab nak potong kek. Hahaha. 

Yiem comel dengan kek angry bird hahaha. Aku dengan along bantai gelak kuat-kuat. Tengok muka angry bird ni nak pecah perut. Ada sape-sape nak tempah tak? Wakakakakaka.





Yiem comel : Ni angry bird ape??? 






T_______T









Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Tuesday, May 1, 2012

Cockroach Attack

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

I still felt so lucky lately. Rasa sangat bertuah because dapat kerja a week ago terus dapat rumah sewa yang agak jauh juga dari office T__T Mungkin rasa jauh sebab terpaksa guna cab nak pergi kerja. Ya memang terpaksa untuk sementara dapat my own transport (when?when?). Pulak tu cab perday payment is about RM20. Hello perday ok perday. Is that so expensive? Sangat kot.

RM20 x 30days = RM600/monthly ------------> mau botak kepala!



Eh kata feeling so lucky apehal dop merapu perkara sedih-sedih? Fine. fine.

Memang so lucky (again!) sebab terus dapat rent for a house dalam masa singkat hihihi. Senang takyah nak pikir dah pasal nak sewa menyewa. Thanks to my bff for helping me a lot muah muah ^^ And lagi lucky lucky pula sebab dapat housemates yang sangat baik :) Thanks to Allah s.w.t everything run so perfect. Rasa macam taknak pindah lain dah kot sebab semua goes very well. 

Cuma satu je yang aku paling tak suka. Sangat sangat juga. T____T Ini soal hidup mati tahu?

COCKROACH!

Harini kan off day sebab cuti pekerja so aku saja nak luang masa mengemas ape yang patut. Apa yang menakutkan dan menggelikan (i hate cockroach!) adalah haiwan serangga ini! Ikutkan memang tak la aku nak main dengan benda ni kan kan sebab memang sejak azali sangat geli kot. Tapi sebab tak tahan asal masuk dapur je mesti ada je puak-puak ni so aku memang decide harini kena buat aktiviti bersih kat rumah hwhwhwhwhwk. Si cockroachs memang dah bermaharaja lela dalam cabinet dapur almost all part. Dalam drawers penuh geng-geng cockroach tengah buat meeting ke family day aku pun taktau. My housemates cakap sebelum ni dah banyak kali kemas all the things pon still ade jugak duk gurau senda dalam cabinet. puiii

Dah geledah semua tempat but still ade lagi situ sini melompat lompat beraksi pula. Geliiiiiinyeeeeeeeee!!

Ada solution tak macam mana nak avoid from cockroach bermaharajalela tak kesudah? Sedih la macam ni. Rumah dah cantik, perfect, bersih suci tapi ada pula haiwan serangga nak menumpang hidup kat sini. Sekor dua tape lagi, tapi ni dah macam perhimpunan bersih pula T______T Bau pulak tak menahan. Tak suke hukhukhuk



*kita spray pakai ridsect. Memang mati jugak. Tapi macam tak berkesan pon sebab kena spray sekor-sekor then ambik masa pulak dia nak mati. Almost 4 hours dok berperang dengan cockroach and the geng. Fine. Sekarang dah rasa macam pahlawan. Tak takut dahhhhhhhh *tiba tiba HAHAHA




Terima kasih sudi baca!

www.tips-fb.com

Saturday, April 14, 2012

Sesaat nyawa kita mungkin hilang

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum w.b.t

Saya ada sesuatu untuk dikongsikan bersama. Iya, menggunakan kata ganti nama 'saya' untuk entry kali ini.  Semoga apa yang ingin saya kongsikan dapat kita sama-sama fahami diakhir cerita. Perjalanan cerita mungkin tidak menarik sebab ianya hanya mengambil masa dalam 30minit (pengalaman sebenar), tetapi membawa seribu makna.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi tadi saya bangun dan tersedar disebabkan sakit perut secara tiba-tiba. Terus capai tuala mandi dan bergegas ke bilik air tanpa was-was. Setelah lepaskan hajat, tiba-tiba kepala saya berdenyut dan seakan-akan ingin  muntah. Namun saya terus bersedia untuk bersiram (mandi), konon nak melawan perasaan itu. Bila difikirkan balik, aku demam ke? Food poisoning? Oh tidak! 

Beranggapan bahawa itu mungkin hanya perasaan sahaja, saya terus membuka paip shower untuk menyucikan diri. Tiba-tiba sekali lagi kepala saya berdenyut. Fikiran melayang layang seolah-olah ingin menyembah bumi. Ya-Allah, kenapa ni? Saya terus menutup pili paip dan bersedia keluar dari bilik air. Tapi saya tak mampu. Kepala saya berterusan berdenyut. Lama kelamaan saya sedar, pandangan saya semakin kabur. Saya tak nampak! Saya takut untuk memejam mata sebab saya risau, macam mana nanti kalau aku pejam dan celik nanti aku terus tak akan nampak? 

Mulut saya tak habis-habis beristigfar. Ya-Allah, Ya-Allah, Ya-Allah, Astagfirullah Al Azim, Ya Allah bantulah aku. Hanya itu yang saya mampu ucap dibibir. Sungguh berat ujian Mu walaupun hanya berlaku sesaat Ya-Allah. Mata saya terus celik namun masih tidak nampak apa-apa. Kosong dan kabur. Saya cuba gerakkan tangan didepan mata, berharap agar masih nampak bayangan. Namun tak berhasil! Ya-Allah, apa dah jadi kepadaku? Saya tak mampu melihat dan saya terpaksa duduk untuk menenangkan hati. Setelah beberapa minit mungkin, saya masih lagi tak mampu melihat. Saya terus bangun, terkapai-kapai tangan dan mencapai tombol bilik air, bersedia untuk keluar.

"Along! Along!" Saya menjerit sekuat hati dengan suara yang sebak. Namun tiada sahutan. Hati saya menangis lagi. "Along!Along!" Saya tetap berusaha sambil tergapai-gapai mencari jalan untuk sampai ke bilik. Saya hanya menggunakan deria hati untuk bergerak. Ya-Allah, beratnya dugaanMu! " Ye dik, along pergi pejabat maintenance." Alhamdulillah, abang ipar saya bersuara akhirnya. "Abang min, adik tak nampak! Adik takleh jalan, adik tak nampak!" Suara saya semakin sebak. "Ya-Allah, kenapa? Nanti abang min call along dulu"  Abang min terus meluru ke arah saya. Dia pimpin tangan saya dan membawa saya ke bilik. "Adik baring dulu". Kelam kabut abang min barangkali sambil menelefon along. Saya tak tahu macam mana situasi sebab  saya tak dapat lihat apa apa pun.

Saya cuba lagi memegang mata. Menggosok perlahan. Saya cuba cubit pipi. Iya! Aku tak bermimpi. Ini adalah realiti. Ya-Allah, adakah aku sudah mula tiada deria melihat, aku buta? Bermacam-macam perkara wujud difikiran. Air mata saya terus bercucuran, mulut saya tak henti-henti mengucap khalimah syahadah. Terus terngiang dibenak fikiran, umi, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, dan guru-guru. Ya-Allah, jika ini dugaanMu terhadapku, aku redha. Tapi berikanlah aku kekuatan Ya-Allah. Aku hambaMu yang lemah. Disaat saya berasa lemah longlai, pada masa itulah saya terlintas setiap apa yang terjadi adalah ketetapan Allah s.w.t. Setiap apa yang kita ada, bila-bila masa sahaja Dia akan tarik semula. Sungguh agung kuasa-Mu Ya-Allah!

Abang ipar saya datang lagi menjenguk "Adik dah ok?" "Belum nampak lagi" saya masih lagi menangis.

Jiwa saya seolah-olah mati. Tapi saya masih yakin Allah s.w.t hanya ingin menguji dan pada saat itulah juga saya menadah tangan "Ya-Allah, aku tak pasti apa yang aku alami ini Ya-Allah. Namun jika ini adalah dugaan-Mu, jika ini adalah ketetapan-Mu, aku redha Ya-Allah, aku redha." Saya tak mampu berbuat apa-apa, saya hanya berserah. Saya hanya mampu redha qada' dan qadar Yang Maha Esa.

Tetapi, Alhamdulillah beberapa minit berlalu, ketika saya duduk dibucu katil dan meratapi nasib diri, mata saya yang kabur tiba-tiba pulih semula. Saya nampak katil, saya nampak meja solek, saya nampak almari! Ya-Allah Engkau berikan penglihatan aku semula! Alhamdulillah! Alhamdulillah!Subhanallah! Terima kasih Ya-Allah! 

Hanya Allah s.w.t yang tahu betapa gembiranya hati. Walaupun hanya beberapa minit perkara ini berlaku, sungguh agung kuasa Allah s.w.t.  Saya tak pasti apa yang sebenarnya berlaku, namun saya tahu ini adalah ujian daripada Allah s.w.t. Untuk kita lebih menghargai apa yang kita ada, untuk kita lebih mengerti apa sebenarnya tugas kita di bumi Allah.s.w.t Subhanallah, Maha Suci Allah yang mencipta sekalian alam.

-----------------------------------------------------------------------

Saya call umi, menangis tak henti-henti sambil menceritakan apa yang terjadi. "Adik ingat adik dah buta umi" Ya-Allah lemahnya hamba-Mu walaupun diuji hanya sekejap sahaja. Umi kata saya pitam sebenarnya. Tapi sebab saya bertahan, dan tak berani nak pejam mata, jadi pandangan saya kosong dan gelap. Jujur saya katakan, pengalaman ini memang menakutkan. Bukan takut dengan kuasa Allah s.w.t, sebab saya takut jika andainya saya betul-betul hilang deria penglihatan secara tiba-tiba begini, adakah saya mampu menerima setiap dugaan? Adakah saya mampu menjadi muslimah yang kuat, sedangkan ketika mempunyai pancaindera yang sempurna pun saya tidak kuat? 

Saya bersyukur kerana Allah s.w.t sentiasa menyayangi saya, sentiasa memakbulkan doa saya walaupun saya begitu kerdil disisi-Nya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dan saya memanjatkan kesyukuran apabila celiknya saya semula melihat dunia, saya mendapat panggilan dari sebuah syarikat. Alhamdulillah, saya diterima bekerja dan akan memulakannya minggu hadapan. Ya-Allah, ujian-Mu ini hanya untuk menguji kekuatanku. Percayalah setiap yang terjadi ada hikmahnya. Semua itu untuk menjadikan kita manusia yang lebih kuat rasa bersyukur.




Kadang kadang ALLAH S.W.T berikan kita gelap, mendung dan hujan. Kita tanya mana matahari? Rupanya ALLAH S.W.T nak bagi kita pelangi yang indah. Alhamdulillah 







Terima kasih sudi baca!

www.tips-fb.com

Thursday, April 12, 2012

Spontaneous Word

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t



Apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin satu kelemahan kita mungkin akan menjauhinya. Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukannya kita akan membencinya. Terimalah juga setiap kelemahannya kerana kita juga tidak sempurna. 
Pilih dirinya kerana Allah s.w.t. 







Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Friday, April 6, 2012

Review Teater Gerimis Mengundang

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Nak dijadikan cerita, aku dapat offered for an interview kat kepong last week. Means that aku sekarang berada kat KL bukan kat Kelantan seperti yang diwawarkan sebelum ni. Aktiviti memasak aku automatically dah berhenti sejenak. Tau tak bila aktiviti memasak aku berhenti otak aku terus jadi slow 75%. Otak tak dapat berfungsi dan generate dengan baik sebab idea memasak dah hilang haha. Maka aku punya semangat untuk interview juga mula hilang *tiba tiba. Lepastu soalan yang ditanya juga membuatkan aku rasa seperti soalan berapa jumlah tulang seekor unta, siapakah presiden amerika sebelum Bill Clinton, lagu sepanyol "Macarena" dinyanyikan oleh siapa blablabla well only a millionaire can answer. Ingat senang ke nak cari jawapan. Eh padahal soalan semua berkaitan dengan course aku taking off, estimations, costing etc. Tapi nak generate the idea punyalah lambat hahaha. This week pun i got an interview juga. But it's turn to be more confident. Sebab the person who incharged for the interview sangatlah baik and sporting :) Semoga rezeki murah tahun ini. Amin. Doakan kiteww yewwwwww =")

Actually bukan nak cerita pasal interview tersebut ehm ehm padahal dah abes satu paragraph pun :) Itu hari aku kan macam tension sikit sebab first interview tu aku tak berapa nak satisfied. So i planned something for make me feel better. Mungkin keluar makan angin or go to window shopping, perhaps.

But it was lucky me when my brother in law cakap ade tiket free for watching teater Gerimis MengundangOmjaayyyyyy! Lamanya tak tengok teater so i was so exciting :)
Ok first snap tiba-tiba nampak awan mendung kat muka kamal dengan mikha. Terus aku rasa down bergambar dengan awan pula T__T
Yayyyyy awan dah hilang LOL

The last time aku tengok teater adalah Impak Maksima. Mungkin dalam tahun 2008 macamtu. Memang dah lama. Pulak tu Gerimis Mengundang pun merupakan arahan Ahmad Idham juga, sama dengan Impak Maksima. So the way they handle and control all the things just look the same. Paling aku suka sebab both cerita sangat best and langsung tak boring! Give a big clap to Ahmad Idham!!! Papppppaapppappaapppp!
Ok simple sinopsis by me:
Teater Gerimis Mengundang
Mengisahkan seorang jejaka playboy yang dikenali sebagai Kapten Zamani (hewhewhew dalam teater ni banyak background music semua lagu Zamani), lakonan Kamal Adli. Si jejaka playboy ni sangatlah femes dengan kehenseman beliau dan perwatakan beliau yang konon konon macam gentlemen gitewwwww. Si Kapten Zamani mempunyai ramai sahabat dan yang paling rapat adalah si babyboyyy (pelakon ape celop tu) auuwww. Si babyboy juga mempunya seorang kekasih hati iaitu si Girlgirl. Si babyboy dan si girlgirl adalah pelajar di sebuah akademi. Nama akademi tu lupa pulak ape. Nak dibuatkan cerita, wujudlah seorang pelajar baru di sebuah akademi iaitu pelajar jakarta, lakonan Mikha Tambayong. Cantik menarik tertarik kau memang ngebom menyebabkan seluruh pelajar meminati si cantik molek ini. Termasuklah si Kapten Zamani yang playboy itu begitu bersemangat ingin menjadikan Cinta sebagai buah hati. Pungpangpungpang bermulalah kisah cinta mereka yang penuh kasih sayang itu. Nak dibuatkan cerita lagi, pada suatu hari bermulalah al-kisah dimana abang angkat si Cinta menggemparkan cerita bahawa si Kapten Zamani adalah seorang playboy! Pulak tu mengandungkan anak si polan si pulun ni. Apalagi maka patah seribu kekesalan si tuan badan Cinta membawa diri pulang ke Jakarta. Apa yang bakal terjadi kepada Kapten Zamani? Betul ke Kapten Zamani membuntingkan anak dara orang? Adakah beliau benar-benar menyintai Cinta dengan sepenuh hati?


Haaaaaaa itu kena pi tengok sendiri la naaaaa. Tak seprais lah kalau nak cerita semua babak hehehe. Pada aku teater lebih best dari drama. Sebab teater setiap saat setiap detik kau boleh menghayati setiap scene tau? Ketawa sepanjang teater berlangsung adalah sesuatu perkara biasa. Memang tak kering gusi sebab mesti ada selingan musical. Ohhhhhhhhhhh aku suka teater wehhhh! Kerat jari tahu? Eh eh overrryaaaaaa kitewwww. =)
Tapi aku tak sure pulak bila last teater ni. Rasanya mungkin dalam minggu ni kot. Weh korang boleh ambik gambar live dengan Kamal Adli dan Mikha tu. Mikha sungguh cantik malam tu. Bak kata my Fahrin Ahmad, cantik make up je, jangan pandang muka cantik. Grrrrrrrrrrr lebih-lebih pulak kan dia. Tapi honestly, Mikha was so pretty! Geram tau. Eh eh.
Sorry malam tu quality camera tak begitu mengancam. Snap pon asyik nampak kilauan awan emas tak kesudah. Tak sempat nak setting setting sebab peoples was so crowded. Lagi lagi nak bergambar with two young ladies there. Eh eh Kamal bukan lady ye tuan tuan puan puan. He was gentlemen and so sweet ololololo. Paling suka ayat dia dalam teater tu 'eh tak suka la kamal adli tu. dah la gigi jarang kat depan' hahahahaha aku bantai gelak kuat-kuat tang tu jugak. Kamal Adli is the coolest person :)


Apapun thanks to lovely brother in law sebab bagi tiket for free hehehe. And thanks also to my dearest sister sebab selalu ada bersama for gossip gossip wakakaka. Kalut tau nak pilih baju masuk teater sebab kena pakai kasual. Itu pun aku main hentam saja. Konon kasual padahal macam nak pegi pasar beli sayur. Hukhukhukhuk.




Terima kasih sudi baca!
www.tips-fb.com

Saturday, March 24, 2012

Holiday again?

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

A few weeks dah tak menconteng arang kat blog sendiri kan? Alasan sebab pergi vacation selama seminggu. Terima tak alasan tu? Hikhikhik. Bukan vacation actually tapi stay at my sister's house during school holiday. Pssttt it's not me yang 13 years old student yang cuti sekolah tu. But athirah (niece) for sure :)

So during school holiday a few weeks ago, i spent the whole day enjoying times with lovely eldest sister and her family. Seghonok sebab dapat jumpa si cutey yiem (little nephew). Dulu budak kecik tu nak bercakap guna ayat sepatah je, tapi sekarang dah berpatah patah. Kemain nak berborak macam orang tua. His favourite games is football and angry bird hahaha. Masa aku kat kampung, tiap kali call my sister or skype mesti sibuk nak gitau yang dia tengah main angry bird. ' Yiem main angry bird!' olololo comel betul.

Ish rindu pula T___T
Ok back to the story. Sebelum pergi KL for school holiday, along dah booking chalet dekat Bagan Lalang. Seriously i thought nama Bagan tu famous dekat Indonesia so i was like 'hey, kite nak pergi indon ke?' hahahaha ok overnyaaaaa haku. Rupanya Bagan Lalang dekat Sepang je kot. Ingatkan boleh melancong jauh sikit kan hewhewhew. Gigit jari jela nak pergi bandung lagi sobs.
Honestly, resort kat sini bagi aku antara the best chalet yang pernah aku menginap selama ni. The house was so beautiful, view sangat cantik, and the facilities was completed! 
Chalet ni ada dua bilik lengkap dengan almari, meja solek, 2 single bed, iron, iron board, penyidai tuala/telekung and sejadah. Two rooms with cold air-cond. Dengan selimut tebal tido tak hingat dunia hahaha. Juga ada bilik air dan tandas macam biasa. Bersih suci :) Ada tv for watching upin ipin muahahahaa! Ada peti ais and sofa blablabla. For me, chalet ne best sebab bersih. Yeah, it is the main thing :) Sebab sebelum ni pernah dapat chalet yang kebersihan sangat low. Nak duduk pun tak selesa. Apatah lagi nak dok terlentang kan. 
Bagi aku kalau nak bermalam, tempat yang paling selesa adalah mengikut kebersihan. Biar kecik tape asalkan bersih :) Itu bagi aku la hihihi. So i give 5 star for this resort! Boleh tak? :))
We also celebrating my nephew's birthday which is on 24th February last month :) Dah celebrate tapi nak celebrate lagi muahaha sebab athirah pun ada sekali :) Biasalah duduk perantauan (eceh) jauh dari family dia kan. So i yang jadi pemandu pelancong pula memandangkan sekarang still menanam anggur tak berbuah hewhewhew.
The whole package for the resort is around RM170/4 person. So for the breakfirst hour we added for 1 person which is around RM8 kalau tak silap aku. Sebab kitorang datang seramai 5 orang. Murah la kan? For breakfirst kira dah include with the package. 
Mane nak dapat RM170 dengan complete facilities macamni? Ececeh macam resort aku pulak nak buat promotion wakakakakaka
 After enjoying kat area resort pantai segala bagai. Before heading to KL, terus berniat nak main go-kart ehehehe. Sebenarnya dah nampak malam sebelum balik tu after having dinner. Nampak go-kart terus terkinja-kinja semangat nak main. So after breakfirst next day terus datang kat extreme game ni.  
This is my first try! Hahaha thanks to lovely sister and brother in law sebab sponsor wakakaka. Nasib baik dah ada lesen, mau kena saman. Eh eh driving dalam go-kart kena saman ke? Pfftttttt. Btw pricing for me mungkin standard. Cuma aku jela mau ternganga bila tau price for each person is RM20 for 5 minutes! 5 minutes je harga dah macam ape kan. Biasala first time datang main so aku memang taktau harga betul macam mana. But for me it was soo expensive. Huhuhu. Kalau anak sepuluh camne? RM20 x 10 = RM200. Ok terus makan nasi kosong je selama sebulan hahaha.
Shakir (nephew) bawak single and aku bawak yang double punya seat dengan along. Rugi pulak sepuluh ringgit sebab rupanya bawak single lagi murah RM20/each person. Sebab bawak yang double seat ni cecah RM25/each person. Saja je kan dia ni grrrrrr. Konon kitorang nak jimat la, ingat lagi murah. Rupanya tak. Ish ish.

However, really had fun!!!!!!!!!!  Thanks again along and abang mie! Kite seghonokkkkkkk :D




Hopefully next time boleh datang lagi. Datang dengan husband pula. Ishhh siap bold.*pang nak?*
kikikikikikiki *gelak tutup hidung*





For any info about the resort, please view Camar Laut Resort for the details. 
Ecececeh promote lagik! bhahaha









www.tips-fb.com

Friday, March 9, 2012

Resepi Ketupat Sotong Malaysia hahaha

Broommm..Broommm by LittleGurl 10 comments
Assalamualaikum w.b.t

Ok nak update lajulaju. Sebab nak pergi packing baju segala bagai pulak ni. Esok nak berangkat ke KL selama seminggu. Grrrr malasnya nak packing T____T.

Kali ni nak share resepi lain pulak. Rasanya macam semua orang dah tau kot. Tapi untuk sape-sape yang tercari-cari resepi ini, meh sini i nak kongsikan bersama. Ilmu tu kena kongsi-kongsi kan? :))

Sori kalau cara-cara pembuatan ni macam berterabur sikit sebab i baru je taip bagi kat my bestie's sister tadi eheeeeee. So main hentam sajalah ayat tunggang langgang hantar ikot message kat facebook. Papepon harap cara penyampaian i itu mudah la ye. Ke ayat i berbelit-belit? Hah sudahhhhhh -.-

Resepi Ketupat Sotong Malaysia
Bahan-bahan : 
Sotong (suka hati berapa kuantiti pon)
Pati santan (kalau pakai yang kotak, boleh guna satu kotak saja)
Gula melaka (kalau yang keping-keping tu, dua pun cukup)
Gula (kalau perlu)
Garam
Daun pandan

Cara-cara : 
1. basuh sotong bersih2 beserta kepala sotong 
2. basuh beras pulut pula bersih2. masukkan beras pulut ke dalam badan sotong. tapi jgn smpai penuh. 3/4 pon ok 
3. bila da masukkan beras pulut, tutup badan sotong dgn kepala sotong tu. cucukkan dgn lidi kecit yg tlh disediakan. make sure lidi tu cucuk kepala beserta badan sekali. sbb takut kang bila masak bersembur pulak isi pulut.
4. sediakan periuk yg bersih. letakkan daun pandan secara melintang ke dalam periuk. ini utk elakkan ketupat sotong hangus terbakau hukhukhuk. dan juga utk kasi wangi. letak pulut sotong yg dah siap itu ke dalam periuk. susun cantik-cantik hehehe. 
5. masukkan pula pati santan sbyk 2 cawan. masukkan 3 cawan air pula sebagai tambahan. masukkan gula melaka secukup rasa. biasanya ila letak dua paket bulat tu. huhu. tambah juga gula kalau perlu. rasa manis tu depend pada kita. masukkan pula garam satu sudu teh.
6. buka api di atas dapur, kemudian masak ketupat sotong smpai betul2 masak. nanti sotong jd kembang padat dan air sedikit kering. tapi xkering sgt jugak. nanti ade kuah pekat. siap! boleh mkn :)) 


Hehehehe dapat tak baca dengan jelas? Ini betul-betul copy punya dari message yang hantar kat my bestie's sister tadi tau. Taip lajulaju terus share dalam blog supaya orang lain pun boleh rasa sama ketupat sotong ni :)) 

I saje tau letak nama resepi tu plus dengan malaysia haha. Ngada betul. Sebab ketupat sotong ni memang buatan malaysia pon kan? :)) Btw, sape tak pernah makan, memang rugi. Wajib buat sendiri dan cuba. Memang puas hati hingga menjilat jari ^^





Ok nak pergi packing baju! Selamat mencuba dan selamat malam semua :))





www.tips-fb.com

Sunday, March 4, 2012

Resepi Chicken Pop Lazat

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum w.b.t

Sejak dua menjak ni perasaan dah macam ibu mengandung pulak (amboiii macam dah ade pengalaman pulak. tidak. tidak). Mengidam itu mengidam ini kihkihkih. Ngada betul kan. Pulak tu siap mengidam nak makan western. Chicken Cop, Prosperity Burger, Double Cheese Burger, Fun Fries etc fuhhhhhhhhhhhh memang dah terawang awang depan mata tokkkkkk. Mana nak tahan. Dua hari lepas pom jam 1 a.m siap menternak lemak dengan umi, kakak and abang ipar. Aku yang order pagi-pagi buta KFC Dinner Plate 2, Nugget blablabla kebetulan akak ngan abang ipar kuar. Bajet badan macam kurus kering, terus menelan lemak tepu pagi-pagi adoiiiiii -.- Macam mana nak slim kalu cemgini? Tapi tak kesahla hahahahaha, boleh?

Disebabkan minggu ini adalah minggu western bagi aku (ceh), petang semalam nak mencipta chicken pop. Eh bukan penyakit chicken pop yang bintik-bintik menggelikan itu ye tuan puan (cukuplah sekali tragedi itu T___T). Ini adalah sejenis makanan femes kat KFC. Tapi ini bukan KFC punya version, ini aku punya version. Resepi sendiri ikut suka hati hahaha. Nasib baik jadi fuhhhhhhhhh *hembussssss nafas kuat-kuat*

Biasa petang-petang aku bantai buat cekodok sampai muntah. Yelah asal petang cekodok, asal petang cekodok. Tak cekodok pisang, cekodok bawang + ikan bilis, tak cekodok pegi  beli goreng pisang tepi jalan. Mana nak rock. Kang nanti muka jadi kodok hewhewhewhewhew *ok tak lawak langsung*

Biasa kita beli chicken pop kat KFC mesti tak cukup. Sekali ngap dah habes. Kalau anak 12 orang, makan memang sorang satu jela jawabnya. Mana cukup! Ini tidak adil, ini tidak adil. Jadi untuk mengangkat keadilan itu, marilah belajar untuk membuat chicken pop buatan sendiri, anak anda pasti nak lagi! *tetibe

Home Made Chicken Pop Spicy Nyummy
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum (biasa)
1 biji telur
Garam
Serbuk kari 

Cara-cara :
1. Potong ayam bersaiz kecil molek. Seeloknya potong isi ayam sahaja. Basuh ayam sebersihnya ya, selepas itu toskan.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk kecil dan kepok-kepok kan ia (kepok?). Letakkan garam secubit. Celopkan ayam yang telah dipotong tadi ke dalam telur. Sekejap je.
3. Didalam bekas lain, masukkan pula tepung gandum. Biasanya i letak dalam pinggan je, senang nak buat. Masukkan serbuk kari secukup rasa (nak pakai serbuk kari maggi pon boleh ;D ). Ini untuk menambahkan rasa spicy la kononnya. In case kalau tade serbuk kari, just nak buat original chicken pop, masukkan sedikit garam dalam tepung gandum tadi. 
4. Dah siap sediakan tepung itu, apalagi terus celop pula ayam yang telah dicelop telur tadi. Pastikan keseluruhan badan isi ayam itu dicelop sepenuhnya oleh telur dan gandum.
5. Panaskan minyak dan goreng dalam api sederhana besar :))
6. Dah siap boleh ajak jiran-jiran makan petang sama yay!!!!!




Selamat mencuba :))







www.tips-fb.com

Sunday, February 26, 2012

Today is cool

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello peoples :) 
Today is the day that i feel so lazy to do anything haha. The weather is still really good and bright lately. It already took about 2 weeks i drove by myself using sister's car since i got my own license. It was so exciting! ^^ Berlagak teror di atas jalan padahal lesen P kot. The first day i drove last 2 weeks, kereta mati tengah jalan pon i rasa seronok hahaha. That's sound weird right? Padahal kereta laju-laju, jalan besau boleh pulak aku nak rileks. Over betol -.-

However, dah masuk 2 weeks rasanya lagi confident nak bawak :) Even kadang-kala ade buat a little bit (eh?) mistakes on the road pon eg ; bawak laju time selekoh, bawak terlalu perlahan macam kura-kura time selekoh, nak cium bontot kereta orang and so on so forth. Ok memang buat orang sebelah kecut perut time tu hahaha. Esp my mom la kan, sebab sekarang ni i dah jadi driver pulak :)) But Alhamdulillah setakat ni driving tadelah sehingga boleh membahayakan. My mom, sister and niece kata i bawak dengan berhemah dan penumpang pon dalam keadaan tenang wakakaka. But still need improvement, itu harus :)

Btw, i got nothing much to say for today actually. 

Cuma satu saja benda yang i selalu sedar, selalu fikir sorang-sorang. Dah lama :) Maybe tak berkesempatan nak kongsikan saja. Dalam hidup ni kan kadang-kadang i selalu fikir, kenapa ye orang jahat yang buat jahat selalu saja hidup tenang, sedangkan kita yang baik-baik bila buat silap mesti dapat balasan terus. Err got what i mean? Maksudnya macamni la, its random ok, sebagai contoh bila orang yang jahat (perogol, perompak, pembunuh) buat apa-apa kesalahan, susah betul kan dorang nak kena tangkap or whatsoever. Yelah, 20 tahun buat benda jahat saja, tapi tak pernah tertangkap langsung. Lepastu hidup pulak tenang lenang kaya raya. Berbeza pula dengan kita yang baik-baik, biasa-biasa ini (ehm ehm baik maksudnya tade melakukan sebarang jenayah @ kelakuan yang tidak baik), sekali buat jahat atau kesalahan dalam masa beberapa saat, mesti akan dapat balasan. Yes, i selalu sedar perkara macam ni berlaku.

Masa sekolah/campus dulu, banyak kali jugak dapat bencana T__T. Bencana apa, bencana hilang kasut, hilang baju seluar sebab kena curi. Lepastu bila buat apa-apa event, macam-macam hal terjadi. Itu tak kena, ini tak kena. Padahal kita dah cuba buat yang terbaik. Tapi ada saja halangan yang terjadi. Korang penah alami?

For me, sebenarnya itulah orang kata setiap ujian/dugaan dari Yang Maha Esa sebenarnya untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau. Kita mungkin tak sedar kita buat silap walaupun kesilapan kecil, apatah lagi kesilapan besar yang kita sedar tapi buat-buat tak tahu. Kita kena bersyukur sekurang-kurangnya Allah s.w.t bagi kesedaran cepat kepada kita yang sentiasa lemah dengan godaan syaitan ni. Kadang kita ni buat jahat sikit, mesti dah rasa, eh tak boleh ni nanti Allah marah. Eh salah buat macam ni nanti Allah nampak. Eh tak boleh mengumpat ni, nanti Allah bagi ujian macam-macam. See? 

Ya kita manusia yang serba kekurangan. Itu sebab kita kena sentiasa jaga solat, baca Al-Quran, supaya iman kita lagi kukuh dan kuat :) Nak buat apa-apa pun sekurang-kurangnya kita sedar dan tahu mana yang salah dan mana yang betul. Kalau ada apa-apa ujian atau dugaan yang kita kena hadapi, kita kena kuat dan tabah. Sebab mungkin dugaan itu datang disebabkan kelalaian atau kesilapan kita yang dulu, mungkin? Kita cuba istiqamah diri, cuba bersikap tenang dan fikirkan penyelesaian. Kenapa ini terjadi, kenapa itu terjadi, ada hikmahnya. Mungkin kadang kadang kesedaran datang lambat, tapi bila tiba masanya kita akan terbuka hati untuk cuba jadi yang lebih baik. 

Yang penting, jangan salahkan Allah s.w.t sebab Dia pencipta kita. Dia yang memberi rezeki kepada kita, kebahagiaan kepada kita, keamanan kepada kita. Dugaan itu sebenarnya Allah s.w.t beri untuk orang-orang yang bersabar :)) Dugaan itu mematangkan kita, supaya kita lebih tangkas berfikir dan boleh menyelesaikan setiap masalah dengan rasional. Dan sedar tak? Kadang-kadang bila kita dapat sesuatu ujian, Allah s.w.t berikan pula kebahagiaan yang tak henti-henti kepada kita. Sebagai contoh, mula-mula kerja tempat baru rasa tertekan, itu tak tahu, ini tak tahu. Tapi lepas dah berbulan kat tempat kerja baru, semua benda jadi mudah, rezeki melimpah ruah, boleh kawen, dapat isteri/suami yang baik pula, dapat anak-anak yang comel soleh/solehah. Nampak tak? Itulah kebahagiaan yang saya maksudkan :)

Yang penting, kita kena sentiasa berdoa supaya kita sentiasa mendapat jalan yang benar. Supaya kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat dan berbahagia selalu :) Saya sebenarnya bersyukur sangat-sangat sekarang ini, saya rasa bahagia sangat, sebab orang yang saya sayang sudah mula berubah dan saya juga turut ingin melakukan perubahan dari semasa ke semasa, menjadi insan yang lebih baik. Yang dah baik, kita cuba baik kan lagi. Baik itu banyak cabangnya, dari segi akhlak, moral, sikap dan sebagainya.Yang penting niat kita betul, InsyaAllah kebenaran itu akan ada :)





Jangan lupa, buang berprasangka buruk dan berfikir yang baik-baik saja. Dalam banyak-banyak keburukan, kita kena pandang satu kebaikan (Tuan Haji Rosli). Itu yang lebih baik :))












err, bukan ke awal tadi kata nothing to say. tapi ini panjang menjela? dah dapat taip terus nak taip panjang hahaha eh entry kali ni bukan ceramah kan? sekadar berkongsi pendapat, apa yang ada dalam hati sekarang ni, sementara ada mood ekekekekeke ^^ chills!



www.tips-fb.com

Saturday, February 25, 2012

EqbalZack Contest | hello today is the last day|

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t

'Hello today is the last day' itu bukanlah tajuk contest abang eq kali ini. Tapi itu adalah ayat nak sedapkan hati aku sendiri. Konon boleh terus join haritu, tapi rupanya dah last day baru nak join kan. Nak kena betol ni -.-

Ok malas nak membebel panjang. Kawan-kawan! Ayuh join contest abang eq harini jugak! Sebab deadline contest ini adalah 11.59pm, 25 February 2012. Ehhhh 25 harini kan? So apelagi, takyah nak ternganga nganga pulak, terus join!

Oh hampir terlupa, ini bukan contest memperaga pakaian atau shawl yang korang selalu join itu. Tetapi contest ini adalah untuk menonjolkan bakat menulis essei pendek/short essay korang. Mudah saja, just create a short essay in 300 word or fewer by using this picture below!
simple bukan? ok terus click ABANG EQBALZACK untuk tengok syarat-syarat penyertaan (btw, syarat-syarat biasa je, so korang jangan risau boleh terus join hihihi) dan juga contact form untuk send essay tersebut.

Hadiah sangat lumayan. Kalau dapat sangat bertuah, kalau tak dapat boleh cuba lagi. I tengah sengkek sekarang tak keje, so i cuba mempertaruhkan my essay yang comot itu hahaha. 

Saya dah join, anda bila lagi? Good luck korang! :))









www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting