Assalamualaikum w.b.t
Sejak dua menjak ni perasaan dah macam ibu mengandung pulak (amboiii macam dah ade pengalaman pulak. tidak. tidak). Mengidam itu mengidam ini kihkihkih. Ngada betul kan. Pulak tu siap mengidam nak makan western. Chicken Cop, Prosperity Burger, Double Cheese Burger, Fun Fries etc fuhhhhhhhhhhhh memang dah terawang awang depan mata tokkkkkk. Mana nak tahan. Dua hari lepas pom jam 1 a.m siap menternak lemak dengan umi, kakak and abang ipar. Aku yang order pagi-pagi buta KFC Dinner Plate 2, Nugget blablabla kebetulan akak ngan abang ipar kuar. Bajet badan macam kurus kering, terus menelan lemak tepu pagi-pagi adoiiiiii -.- Macam mana nak slim kalu cemgini? Tapi tak kesahla hahahahaha, boleh?
Disebabkan minggu ini adalah minggu western bagi aku (ceh), petang semalam nak mencipta chicken pop. Eh bukan penyakit chicken pop yang bintik-bintik menggelikan itu ye tuan puan (cukuplah sekali tragedi itu T___T). Ini adalah sejenis makanan femes kat KFC. Tapi ini bukan KFC punya version, ini aku punya version. Resepi sendiri ikut suka hati hahaha. Nasib baik jadi fuhhhhhhhhh *hembussssss nafas kuat-kuat*
Biasa petang-petang aku bantai buat cekodok sampai muntah. Yelah asal petang cekodok, asal petang cekodok. Tak cekodok pisang, cekodok bawang + ikan bilis, tak cekodok pegi beli goreng pisang tepi jalan. Mana nak rock. Kang nanti muka jadi kodok hewhewhewhewhew *ok tak lawak langsung*
Biasa kita beli chicken pop kat KFC mesti tak cukup. Sekali ngap dah habes. Kalau anak 12 orang, makan memang sorang satu jela jawabnya. Mana cukup! Ini tidak adil, ini tidak adil. Jadi untuk mengangkat keadilan itu, marilah belajar untuk membuat chicken pop buatan sendiri, anak anda pasti nak lagi! *tetibe
Home Made Chicken Pop Spicy Nyummy
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum (biasa)
1 biji telur
Garam
Serbuk kari
Cara-cara :
1. Potong ayam bersaiz kecil molek. Seeloknya potong isi ayam sahaja. Basuh ayam sebersihnya ya, selepas itu toskan.
2. Masukkan telur ke dalam mangkuk kecil dan kepok-kepok kan ia (kepok?). Letakkan garam secubit. Celopkan ayam yang telah dipotong tadi ke dalam telur. Sekejap je.
3. Didalam bekas lain, masukkan pula tepung gandum. Biasanya i letak dalam pinggan je, senang nak buat. Masukkan serbuk kari secukup rasa (nak pakai serbuk kari maggi pon boleh ;D ). Ini untuk menambahkan rasa spicy la kononnya. In case kalau tade serbuk kari, just nak buat original chicken pop, masukkan sedikit garam dalam tepung gandum tadi.
4. Dah siap sediakan tepung itu, apalagi terus celop pula ayam yang telah dicelop telur tadi. Pastikan keseluruhan badan isi ayam itu dicelop sepenuhnya oleh telur dan gandum.
5. Panaskan minyak dan goreng dalam api sederhana besar :))
6. Dah siap boleh ajak jiran-jiran makan petang sama yay!!!!!
Selamat mencuba :))
3 comments:
ingatkan demam campak~ hakhak. ohh lupa yang tu chicken pox!! hahah..
nyum3 sedap. penah kot beli mcm ni kat kfc tapi tu la sikit sgt, dah la mahal..uwaaa.. baik buat sendiri kan! :)
wahh , nak cuba la nanti . hee :)
yessssssss nak buat!!!
Post a Comment