Followers

Tuesday, January 31, 2012

and now i love you

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t

Have a nice day everyone :)

I taktau start bila i addicted with this thing. Bukan addicted sangat actually but terasa macam nak memiliki dan kehendak itu kadang macam terover-over pula. Hihihi. Tapi rasanya tak salah sebab benda ini adalah sangat cool dan bersopan compared others. 

Yeh, now i am talking about DRESS :)

Nowadays, ramai yang pakai dress. And i bukan terikut-ikut dengan fesyen sekarang tapi bila dilihat secara sudut positif, ianya sangat bersopan sekali compared kalau pakai seluar yang terbentuk dua ketul kaki itu T___T. Dress banyak bentuk. Ada yang short, ada yang long dress. Jadi terpulang pada kita nak sesuaikan yang mana. Nak yang lebih bagus, pilih yang long dress, boleh digayakan dengan pelbagai cara :)

Eh eh ini nak mempromot atau nak luahkan perasaan yang aku dah suka dengan long dress ni? T___T

HAHAHA!

ok skip skip!

Mari bersama sama mencuci mata sekejap. Cuci mata sajalah yang boleh, sebab keje pom belom -_-'

Haritu tiba-tiba terasa nak pakai dress. Actually dah ada satu tapi dah senteng. Dulu je pakai lepastu tak pakai sebab taktau nak pakai macam mana haha! That dress is belongs to my elder sister actually, tapi sebab tak muat then dia kasi i pakai :) Tapi aku ni budak lasak, mana gemar pakai dressing bagai. Tak cool. Sampailah dah senteng sampai buku lali, lagi la tak cool. T___T Then i bought 1 long dress kat Pangkor. 

Sekarang dah rasa macam cool pulak. Maybe sebab penambahan umur dan fikiran dah semakin positif. Nak biar pakai pakaian yang menampakkan kelembutan dan lemah gemalai. Selain berbaju kurung, apa salahnya tak pakai jeans + t-shirt tapi beralih kepada long dress pula :) Lagi nampak sopan kan?

*Fabric cotton*
 Btw, rasa lebih selesa sebab rasa macam pakai baju kurung je. Sejuk + longgar + labuh :)





>.<









www.tips-fb.com

Hari ini dlm sejarah lagi eh eh

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t.

Hello saya sudah pulang dari bercuti! Penat terasa sangat sebab dok atas KTM train hampir 14jam masa balik Kelantan hari sabtu dua hari lepas. Bertolak jam 8.30 malam hari jumaat sampai jam 10.30 pagi hari sabtu. Lama tu T____T. Nasib baik ambek seat katil, kalau tak mau kejang otot urat saraf.

Hati pula terlalu bergumbira macam menang Juara Lagu juga semalam. Eh eh berbunga-bunga lagi sebab semalam jumpa Fahrin Ahmad setelah lama tak bertemu. hihihi

Dan paling gumbira lagi......................................
Selamat tinggal akademi memandu. Terima kasih kerana menjadikan saya insan yang berguna dan berhemah dijalan raya. Selamat maju jaya dan hingga bertemu lagi di jalan raya sambil memandu dengan cermat dan bersopan *tiba tiba*

Ini adalah test kedua saya (baca sini untuk tahu lebih lanjut). Sangat memalukan sebab terpaksa ambil test sebanyak dua kali. Malu tahu? >.<

Tapi sekarang dah tak malu lagi. *kembang kencup kembang kencup*

Mungkin sebab terlalu gembira semalam dan tiba tiba mempunyai semangat yang kental tinggi menjulang ke angkasa. Padahal masa Fahrin Ahmad hantar semalam amatlah terkinja-kinja terpaksa berlarian ke kawasan bukit tempat nak diuji tu sebab saya dah terlambat T___T. Ingatkan tepat jam 2 petang baru bermula untuk pelajar ulangan macam saya tapi rupanya masa dipercepatkan. Nasib baik sempat.

Bayangkan larian terlalu laju 180km/j dan termengah-mengah. Sampai kat kawasan untuk di uji terus kena naik kereta dan start. Terus bergerak naik ke bukit dan menunjukkan kehandalan. Dalam hati hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Sebab jantung berdegup amat kencang, lebih dari first test yang saya ambil seminggu sebelum pergi holiday itu hari. Dalam hati tak habis-habis beristighfar sebab masa berlalu amat pantas. Rasa baru je keluar makan tengahari dengan Fahrin Ahmad tiba-tiba dah ada atas kereta untuk ujian jpj T__T.

Tapi Alhamdulillah, dalam masa 10 minit tanpa henti dungdangdungdangdungdang, siap ujian bukit, parking dan tiga penjuru dengan selamat :) 

Lepastu siap naik kereta bersama-sama abang JPJ yang hensem tu. HAHA! Yelah sebab saya orang terakhir kot, tak kan nak buat dajjal kau naik kereta aku jalan kaki pulak kan? Eh eh bukan balik ke rumah bersama-sama T___T tapi balik ke tempat menunggu depan pejabat tu je. Kata dia 'awak sangat istimewa sebab dapat naik kereta bersama' wahwahwah! *pang nak?*

Ok sekarang tengah menunggu lesen P siap. 

Err, tapi kan, boleh bawak kereta ke agak-agak lepasni



-_-'




www.tips-fb.com

Miss Lasagna Meletops

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Ok this time aku taknak berceloteh panjang nak cerita pasal holiday itu hari, sebab gambar still dalam proses editing (utk mark). Tapi nak share resepi for Lasagna! Masa aku kat perak haritu rumah auntie, aku yang menggatal tanya resepi lasagna sebab tak pernah buat tapi teringin nak rasa and nak buat sendiri. Luckily semua bahan-bahan dah ada so apelagi kan terus pungpangpungpang kat dapur and buat lasagna! Rupanya lasagna rasa macam spagetti je serius i taktau >.< hahahahaha! *pang sikit nak?*

Ini adalah resepi yang sangat simple. Korang boleh google resepi lasagna yang lain, sebab lain orang lain caranya. Ini cara yang paling simple. Sebab tak guna banyak bahan pon :)

Miss Lasagna Meletops

Bahan-bahan:
Mi lasagna (lasagna sheets) -Kuantiti terpulang berapa layer yang nak letak.
1 sudu besar minyak zaitun
1 paket ayam kisar (daging pon boleh. sekarang dah ada yang siap dikisar dijual)
1 ulas bawang besar (potong dadu)
1 botol besar traditional prego (or any tomato sauce pon boleh)
Grated cheese (beli yang dah parut senang eeheee)
2 biji telur (dikepuk beserta sedikit garam)- tau tak kepuk tu cane? T___T
Garam (secukup rasa)

Cara-cara:

Mi lasagna
1. Rebus mi lasagna bersama 1 sudu besar minyak zaitun sehingga mengembang (sama macam rebus spagetti). Selepas itu toskan dan asingkan sekejap.

Sos 
2. Panaskan minyak ke dalam periuk, tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dikisar dan biarkan sehingga empuk.
4. Selepas empuk, masukkan sos traditional prego dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan sedikit garam secukup rasa.

*boleh tambah apa-apa bahan lagi seperti cendawan, vegetables, oregano etc 
*cara pembuatannya sama macam sos spagetti :)

Layer (final)
6. Ambil acuan yang sesuai dan letakkan kepingan lasagna yang telah direbus tadi ke dalam acuan sampai meliputi bahagian bawah. 
7. Selepas itu, tuangkan sos yang telah dimasak ke atas kepingan lasagna sehingga menutup ruang kepingan lasagna. 
8. Tuangkan telur yang telah dikepuk ke atas lapisan sos tadi. Taburkan grated cheese memenuhi lapisan terakhir. Lagi banyak cheese lagi sedap.
9. Ulang cara 6-8 sehingga memenuhi acuan. (kite buat 3 layer je).
10. Dah siap boleh masukkan ke dalam oven pada suhu 180c, 30 minit. Depands pada oven masing-masing juga.





Dah siap boleh hidang untuk keluarga dan kawan-kawan tercinta. Selamat mencuba! :)











www.tips-fb.com

Wednesday, January 18, 2012

3# Wordless Wednesday : Pangkor Island

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello Pangkor Island.
I can't wait to see you in a few days more.
Please make my days awesome.
I hate sadness and bad mood.
I just want to be happy like before.



Love
Littlegurl


^^






www.tips-fb.com

Tuesday, January 17, 2012

Hari ini dalam sejarah

Broommm..Broommm by LittleGurl 10 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hari semalam adalah sangat seronok. Semangat bukan main. Huha sana huha sini. Sampai tido pun boleh awal sedikit jam 12.00 a.m. Sedangkan sebelum ni hingga mencecah angka 2. Selagi tak habes cerita best selagi tu dok tercongok depan tivi tanpa rasa bersalah. Tak pon berborak mengilai dengan adik beradik dan umi yang comel. Setiap malam tak pernah kering gusi dok ketawa terbahak-bahak. Sebab itu angka 2 setiap pagi aku rasa macam singkat sangat untuk tido hahahaha ok tak lawak -_-'

Tapi semalam demi kepentingan untuk hari ini, aku berjaya menidurkan mata lebih awal. Wahwahwah bangga nih. Tapi bangun lepas solat subuh sempat lagi buat taik mata sekejap 15minit. Hmmmm itukah akibatnya dan kesan musibab yang terjadi pada hari ini? Tido selepas solat subuh, ohhhh mungkin ini kesilapan utama T_T

Hari ini dalam sejarah, detik ini, waktu ini, aku failed dalam ujian memandu (test jpj). Hoiiiii malu tau tak? The first candidate dalam ratusan orang tadi, sampai-sampai kat atas bukit punya semangat nak terus pemanduan ke arah parking dan 3 penjuru rupanya hanya impian anganku musnah belaka. Tiba-tiba pulak kereta terundur belakang, bukan 1 inci je derrrrr tapi dah sedepa dah. Eh boleh pulak aku tak perasan dah jauh ke belakang aku undur. Ingat masih dalam garisan kuning. 

'Ok awak jauh sangat ke belakang tu, boleh turun'

Aku? tersengih macam kerang bushuk meh. hahahaha! Macam takde perasaan je. Weh weh kau failed tahu?

T____T

Tetiba baru sedar yang failed terus kol cikgu memandu.

'Ok tape, awak buat jalan raya pulak jap lagi'

'Ok' (nada gembira)

Nasib baik jalan raya orait. Nampak gayanya aku cuma mahir dok atas jalan, kalau aku nak naik bukit nampaknya memang takkan ke depan kot asyik ke belakang muahahaha! Hoiiii kutuk diri sendiri nampak? 

Aku rasa banyak faktor terjadi derita pada aku hari ini :

1. First candidate, padahal nombor aku 32. Tuptup panggil random, aku baru bersenang lenang nak tengok candidate nombor 1-31 buat dulu tiba-tiba aku dipanggil untuk menunjukkan kehebatan yang tak patut aku tonjol awal-awal. 
2. 3jam,8jam,2jam belajar aku rasa tak cukup. Jadi aku belum cukup confident.
3. Seram sejuk tengok orang lain relaks. Aku? Nak terkencing weh.
4. Lapar. Aku minum air milo panas plus roti dua keping. But still lapar.

Hahaha kemain nak list satu-satu. Rasanya kalau lulus takdenya nak beralasan begitu -_-'
Ok tutup hidung malu sebab failed
 >.<

Biasalah budak baru belajar ;)) Next test please, try my best cayok cayok!!!!!
Pray for me ye semua si comels si kacaks! ^^









Pssttt pssttt korang dulu mesti sekali test je kan? 
Malunyaaaa i -_-'




www.tips-fb.com

Saturday, January 14, 2012

Ceriakan hatimu bersama chipsmore kurang chips! T__T

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t

Perasan tak aku post entry lewat malam cemgini. Oh bukan lewat malam namanya ni dah masuk pagi hari, tak lama lagi azan subuh nak berkumandang. Jarang sekali mood aku muncul tiba-tiba nak taip entry pagi buta. 

Oh well, aku baru saja siap baking cookies! hahaha gila kau pagi buta dok baking baking pulak apehal. Tak reti-reti nak tido kah?

Actually mata aku dah macam beruang panda tahu? -_-"

Tapi semata-mata untuk ceriakan hati ehm ehm (dalam sungguh maksudnya) TERpaksa berjaga sekejap (ke?). Kang kalau tido awal mau tergolek sana sini tak lena tido lepastu TERfikir pula kenangan-kenangan yang lalu T___T

Mula-mula rupa paras dia macamni. 


Lepastu jadi macam ini!!!! Ngapngapngap sedap! ;))

Perahsan tak chips dah mula kurang. Ini adalah last baking sebelum aku bukak belog ini. Chips beli satu kotak kecit tu je mane cukup. Mau dekat 10th round baru siap last baking. Penat T___T

Tapi tapelah sebab kata nak ceriakan hati kan hewhewhew. Ceriakan hatilah kunun padahal sedang mencari nahas sendiri. Esok pagi kang terkongkang tido mati ish ish ish *pang nak?*

Oh sebenarnya banyak gila cookies yang aku buat malam ni untuk anak sedara aku, Athirah. Dia kan dah dok asrama kat sekolah Naim. So minggu ni dia balik weekend, esok nak pi sana aku kasi bekal chocolate cookies ini ;)) Baik tak ucu? baik tak? muahahahaha! *gelak keji

Ok good night peoples! Mata dah layu, nampak laptop gua kecik besar kecik besar dah ni grrrrr






Selamat mentido!
>.<







www.tips-fb.com

Friday, January 13, 2012

Resepi Nasi Ayam Comel Macam Tuannya eh eh boleh tak?

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t

Straight forward. Hari ni nak share resepi nasi ayam nyumnyumnyum. Ok rasanya macam semua orang dah tau, tapi tak salah rasanya kalau nak share jugak. Ini mungkin ikut cara sendiri kot, but believe me ape-ape cara pon semua best. Alhamdulillah my family's member semua suka nasi ayam i tadi siap tambah-tambah eeheeee. 

Ok mari kita tengok apa yang kita perlu ada dan cara memasak ;))

Nasi Ayam Comel Macam Tuannya


Ayam
Ayam dibasuh bersih (dipotong)
Air
Jintan putih (tumbuk)
Jintan manis (tumbuk)
Kicap pekat
Sos tiram

Cara-cara:
1. Rebus ayam dan simpan airnya untuk buat sup (refer cara-cara nak buat sup). 
2. Toskan ayam sekejap selepas itu perapkan ayam bersama jintan manis dan jintan putih yang telah ditumbuk (biasanya sekarang dah ada serbuk jintan putih jintan manis, lagi senang takyah nak tumbuk-tumbuk)
3. Perapkan juga bersama kicap pekat dan sos tiram (secukupnya). Biarkan sekejap.
4. Goreng ayam yang telah diperap. Biasanya goreng sekejap je sebab ayam dah rebus kan.
5. Kalau nak kurangkan kolestrol, boleh bakar saja ayam dalam ketuhar eeheeee.

Sup
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Garam
Lada hitam
Daun sup (dihiris halus)
Sup bunjut
Air rebusan ayam

Cara-cara :
1. Masa rebus ayam tadi, masukkan terus bawang putih, halia yang telah direbus beserta garam secukup rasa.
2. Bila ayam kita dah asingkan, masukkan lada hitam dan sup bunjut ke dalam air rebusan tadi. 
3. Dah siap boleh hidangkan dan masukkan daun sup ;)

*asingkan sedikit sup rebusan ayam sebelum letak lada hitam dan sup bunjut itu untuk masak nasi pula.

Sos cili/ sambal
1 ulas cili merah 
2 ulas bawang putih 
Sos cili
Garam
Gula
Sup
Daun sup (dihiris halus)

Cara-cara :
1. Tumbuk cili merah bersama bawang putih. Masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
2. Masukkan sedikit sos cili, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan sedikit sup dan daun sup. Siap untuk dihidang.

Sos kicap
Kicap pekat
Sos tiram
Sup
Daun sup (dihiris halus)

Cara-cara : 
1. Campurkan kicap beserta sos tiram dan masukkan sedikit sup.
2. Letakkan sedikit daun sup dan siap untuk dihidangkan.

Nasi 
Beras (ikut sukatan yang logik dek akal mengikut bilangan manusia terlibat)
Air rebusan ayam (tanpa lada hitam dan sup bunjut itu)
4 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
Bunga cengkih
Bunga lawang 
Daun pandan
Kulit kayu manis

Cara-cara:
1. Basuh beras macam biasa. Asingkan. 
2. Tumis bawang putih, bawang merah, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan semua bahan yang ditumis ke dalam periuk beras tadi dan letak di atas dapur (jangan lupa bukak api hewhewhew eh perlu ke nak cakap?)
4. Masukkan air rebusan ayam secukup yang mungkin.
4. Agak-agak nasi dah nak masak ketul-ketul itu, masukkan pula daun pandan. Daun pandan tu ikat sikit kasi pendek (macam ikat reben pon boleh -_-')
5. Biarkan nasi sehingga masak ;)

*kalau nak senang guna rice cooker. cara sama je ;)





Sila baca satu persatu bahan-bahan dan cara membuatnya. Kemudian dah boleh pungpangpungpang di dapur bersama insan-insan tersayang! Selamat mencuba semua ;))













www.tips-fb.com

Wednesday, January 11, 2012

Belajar bersyukur

Broommm..Broommm by LittleGurl 7 comments
Assalamualaikum w.b.t 

Bangun-bangun pagi pandang roomate sebelah pergghhhh nyenyak tidur dah macam seminggu padahal semalam tido jam 9 malam lepas isyak terus terbongkang tak sedar diri. Ok fine budak tu tade class so aku kena pegi class menimba ilmu yaadaa yaadaaa *terus senyum menganggap diri adalah orang terpilih untuk belajar di campus itu. Lepastu cuba membayangi wajah-wajah tersayang, konon kalau aku malas nanti kena rotan empatpuluhlimakali sebatan -_-'

Tengah jalan nak pegi bilik kuliah kesukaan ramai tiba-tiba nampak kawan tengah tunggu pakwe bawah pokok rambutan konon campus dah macam kebun atok kau. Tetiba rasa badan semakin mengecil, hati pon ikot sama mengecil. Jeles weh jeles orang pegi dating tapi haku? Bukan cakap pakwe je tade, tapi kawan laki pon tade nih. Sebab bila aku buka mulut, semua lelaki lari. motif? Ok fine anggaplah diri terlalu cantik dan hot seperti angelina jolie nanti dapat pakwe lagi ohsem macam imam muda. Jangan risau kot selepas belajar mak ayah terus kasi greenlite kahwin terus hewhewhew ehm ehm *mama aku mau kawin!

Duduk dalam bilik kuliah terasa macam ilmu tak pernah cukup di dada. Tiba-tiba rasa rendah diri. Apehal semua lecturer ajar kepala otak selalu susah nak terima ilmu? Tenang tenang. Anggap diri terlupa kot nak baca doa belajar. Doa cepat-cepat lepastu focus mengadap lecturer hensem kacak itu. Lepastu tiba-tiba pulak member bersuara perlahan 'hoiii ko paham tak? pening tajuk ni dohhhhhhhh' see? Member pon tak paham means kita tak keseorangan. Tadelah langsung tak menerima ilmu pun, sebab sebenarnya diri sendiri yang hilang focus ;D

Balik class terkinja kinja nak pegi dewan makan lapar gila. Tetiba member jerit 'Mc'd jom!' Meremang bulu roma dengar Mc'd. Nak nak nak ikuttttttttttttttt lepastu baru teringat! Bukak dompet nampak duit RM5.50. Ok tak jadi ikutlah sebab poket kering tak jadilah pegi mak aku nak datang! ok cuba tipu helah sikit-sikit cover la weh duit kering kan hewhewhew. Lepastu lari laju-laju masuk dewan makan sebab risau kot member dok skodeng kau kata mak datang padahal pegi tapau dewan makan jer. Balik bilik makan puas-puas erkkkkkkkkkkkkkkk Alhamdulillah. Kenyangnya makan nasi putih + ayam goreng + sayur kangkung yang berharga cuma RM4.50 yang penuh berkhasiat. Eh kalau makan Mc'd burger seketul fun fries dengan air pepsi dah menjangkau harga RM10, mungkin lebih lagi. Dah la berlemak, bergas pula. Langsung tak cool minum air gas. Mengundang penyakit kencing manis. Ok selamat satu penyakit disitu.

Tetiba roomate sorang lagi balik dari shopping. Kemain tunjuk spender baru, bra baru, blouse baru, dress baju segala bagai baru. Bukan niat nak riak pon tapi dah memang sejak azali pergi shopping memang nak tunjuk benda baru. Normal kan. Kau pulak dah berhingus rasa, teringin nak beli baju baru segala baru jugak tapi poket kering cane? Potpetpotpetpotpet borak lepastu pegi mandi blablablablablabla bukak loker nak ambek baju makkkk aaaaii baju haku ke baju sape banyak gila dalam ni? Baru tersedar dari mimpi yang pakaian kau dah macam dalam bilik sendiri kat rumah. Kalau tambah lagi baju dress lain dalam tu rasanya dah terjojol keluar spender belang-belang tu. Nasib baikkkkkkkk hmmm baru nak nasib baik kan.


--------------------------------------------------------------

Get what i mean through short (kee?????) story above?

Just simple. Jadi diri sendiri jangan dok pikir panjang nak jadi macam orang lain pulak. Bersyukur ape yang anda ada. Ingat satu je, kita kena tengok orang yang bawah dari kita, baru kita bangun untuk berjuang dan menjadi yang terbaik. Kalau kita asyik dok tengok orang yang atas, nanti automatically kita akan terus lemah. Sebab risau takut takleh jadi macam orang atas dari kita. Memang ada orang yang lebih kuat kalau tengok orang yang lebih dari dia, tapi tak semua. Kita yang so-so ni cuba lalui hidup dengan sederhana. Janganlah orang ada itu kau pon nak. Orang ade ini kau pon kecoh nak ini. Jangan kejar sangat sesuatu benda diluar kemampuan kita. Just buat apa yang kita mampu dan cuba fikir positif sepanjang hidup kita. Jangan selalu mengeluh dengan apa yang kita hadapi terutama dalam menjalankan tanggungjawab. Tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang employee, seorang ibu/ayah dll.  Alah tak susah pon. Just be yourself. Hipokrit langsung tak cool tahu?





p/s : contoh aku kasi tu tak bermakna aku seorang mahasiswi sekarang. aku dah graduan *ehmm ehmmm lempang nak?









www.tips-fb.com

Tuesday, January 10, 2012

Sister's wedding (PICTURES)

Broommm..Broommm by LittleGurl 15 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello comel!!!! 

Fuuhhhhhhhhhhhhh kesat peluh sekejap.

Ok dari semalam dok pilih gambar satu-satu sebab nak upload dalam blog dan facebook (sure!). Sebenarnya pictures macam dah basi sebab pengantin dah menjangkau usia sebulan dah hahaha. Tapi all the pictures adalah FRESH dari ladang weh. Jangan ingat gambar dah ade sebelum ni cuma aku je malas nak update kan. All the pictures adalah dari photographer terhebak di dunia (Nasrul Hisham Nasir) *sambil kenyit-kenyit mata konon time wedding aku nanti dapat 50% discount* haha hammboi! 

Encik Esham ini baru je pos segala story book yang besar gedabak beserta frame gambar includes photo besar gedabak juga plus lagi dengan cd untuk tontonan umum. Means that hampir sebulan juga menantikan mimik muka family aku masing-masing untuk menonton seketul-seketul gambar yang telah diambil. Berpuas hati atau enggak ya pak, ya buk?

And guess what?

Anda sungguh ohsem wahai Encik Esham!!Oh Encik Hisham gambar-gambar yang anda ambek sungguh cool sekali macam anda juga (sambil laga-laga pipi)!

Weh, over apehal?

*nyorok bawah katil sobsob

Tanpa membuang lemak dan masa, ayuh kita saksikan. 
Sang Cinta bertemu Sang Kasih. Eh boleh? -_-'





Ini aku gatal edit combined sebab tu gambar kecik. Tak reti nak kasi jadi besar bila masuk blog. 
Kalau buat mesti jadi pecah-pecah. Ada solution tak?  












Nak tengok lagi banyak gambar? Click SINI (eh ini bukan advertisement tau, ini folder kawen dalam facebook i je jangan risau teeeheeee)

Enjoy stalking pictures wakakaka! ;P







www.tips-fb.com

Monday, January 9, 2012

back to school ;))

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Orang kata hidup di asrama boleh jadi lebih berdikari. Yes memang betul. Aku masa kat asrama dulu memang berdikari 100% sebab dah tak duduk dibawah ketiak umi dah. Semua keje buat sendiri bangun dari tido sampai malam tido balik. Bagi aku tu semua takde hal (hamboi kau cakap besar haha) sebab kat rumah memang rendam baju sendiri, makan cedok sendiri, memang takde hal. Tapi yang jadi hal berat bagi aku nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru. I guess semua orang macamtu kot. Sebab masuk sekolah baru then akan jumpa kawan baru, roomate baru dan classmate baru. Risau takut orang taknak kawan dengan aku yang comot ini. Serius, takde kawan memang tak cool langsung. 

But i am so glad sebab mempunyai tahap percakapan yang amat tinggi. Err, maksud disini aku bukan dilahirkan sebagai budak pendiam pun. Tapi dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai nafsu untuk bercakap yang berganda-ganda sejak dari kecil. Yeaahh bercakap memang taksah potpetpotpet tak henti sampai sekarang. Oleh sebab itu, Alhamdulillah sejak aku sekolah memang ada ramai kawan yang semua sporting and baik hati ;)) Bila masuk universiti (Uitm), lagilah ramai member yang aku jumpa/kenal sebab dah involved macam-macam program dan aktiviti. Memang best! ;))

Itu sebab orang kata waktu sekolah dan belajar adalah nikmat hidup yang paling besar bukan? 

Ok nangis sekejap *rindu nih

T.T




However, luckily anak sedara aku dapat masuk SMKA Naim Lilbanat dekat kelantan.
Dekat sini hoiiii mana aku tak gembira kan eeeheee. Yelah, parent dia pon beria sangat nak hantar dekat kelantan sebab dekat dengan atok nenek dia. 
Tambah pulak ade auntie comel dia kat sini aaucchhhhhhhh comel? *pang sepoloh kali nak?*
Means that tiap-tiap minggu aku boleh lepaskan rindu aku tengok asrama budak ni hahaha. Hamboi kau over betul. Mentang-mentang dah 6 tahun tinggal sekolah nak lepas rindu tengok asrama orang pulak kan. ;D Seriously, asrama zaman sekolah tak sama dengan hostel budak U (bila masuk U terus panggil hostel tak panggil asrama kahkahkahkah). Tapi dulu aku punya asrama kat MARA Jeli adalah seketul bilik bukan dorm. Bilik empat orang je bukan dorm nak dekat duapuluhorang boleh? T.T

Tapi okla jugak asrama kat sekolah Naim ni. Cuma bagi aku yang tak best langsung takde meja tulis eh eh pelik kan? Aku kalau masuk asrama meja tulis yang paling best. Sebab boleh nak design segala bagai, nak balut meja la nak hias board la eeheee. Kalau tak silap aku semua asrama perabot yang dapat adalah katil, loker dan juga meja tulis. Tapi kat sini takde apehal eh?
Hmmmm, masa aku dengar taklimat untuk budak-budak tingkatan satu haritu, memang dia da bagitau yang waktu prep hanya boleh berada di sekolah untuk belajar. Ooooo kiranya tak boleh nak belajar dalam bilik lettew kan. Tu sebab takde meja tulis -_-' 
Since anak sedara aku, Athirah ni dapat duduk asrama, pulak tu jauh dari umi abah dia kat KL, memang bertalu-talu soalan aku dapat. 

'Ucu, ucu dulu basuh baju pakai tangan eh?'
'Ucu, prep tu ape?'
'Ucu, ituuu, ucu, iniiiiiii'
mari berjimba-jimba ke tesco sebelum menghantar ini budak pergi berjuang oyeeaahhhh  ^^ 
(padahal dalam hati sedih kau!)

Hmmmm, nasib baik aku dah pernah mengalami situasi dok asrama, jadi tak kekok nak berhujah memberikan jawapan yang terbaik. Fuhhhhh. Nasib baik kan. Kalau tak mau ternganga jugak aku nak jawab. Harini dah masuk hari ke 6 dia kat asrama. Tapi semalam kot baru pegi balik asrama semula sebab warden kasi balik kerap sikit tiap-tiap minggu (hari khamis boleh balik yeaaaa). Budak-budak baru kan, takut homesick gila-gila punya sampai meraung tak ke susah warden nak pujuk sorang-sorang. 
Alhamdulillah setakat ni kakak (Athirah) dok ceghita benda-benda baik belaka, bermakna dia seghonok la dapat sekolah kat sana. Kawan pon dah ramai dah. Budak-budak dorm pon aku tengok semua baik la, suci bersih je muka kan sebab sekolah agama ;) Lepastu kakak banyak dok tanya macam-macam la sebab semua kena buat sendiri. Cuma masih dalam minggu orientasi lagi sampai minggu depan. Aku pun tumpang gembira jugak, setiap ceghita dia membuatkan aku bertambah rindu zaman cenenot aku kat asrama. Ish ish 
Good luck untuk kakak. Tahniah juga untuk kejayaan memperoleh 5A UPSR yang lepas. Ini adalah impian kakak sendiri untuk bersekolah di sekolah agama dekat sini. Buktikan kepada Umi  & Abah yang kakak mampu memperoleh kejayaan yang lebih besar. Take care my dear. I love you ;)






Tiap-tiap minggu kakak balik ucu buat spagetti, makan sampai muak ahahahaha! ;D
eh spagetti je kau reti buat? $#%$#^*&*@#$





www.tips-fb.com

Thursday, January 5, 2012

Isu Amalina lagi?

Broommm..Broommm by LittleGurl 14 comments
Assalamualaikum w.b.t

Sejak beberapa hari yang lepas dah sakit mata baca segala tohmahan buruk dan negatif terhadap amalina, bekas pelajar terbaik SPM 2005. Bukan setakat SPM saja menjadi terbaik tapi dia masih lagi menjadi pelajar cemerlang di University Edinburgh, dan digempar gempurkan dia juga menulis buku perubatan. Wah ini dah memang terhebak you. Even kita dah berumur 60 tahun pon belum tentu boleh cipta sebuah buku untuk paparan umum kan. FYI, dia sekarang sedang menjalani latihan amali di pusat perubatan terkemuka di United Kingdom. Bagus Amalina, teruskan usaha!

Pada pendapat aku, sudah-sudah la mengumpat mengata mencemuh dengan kata-kata kesat. Ada cara untuk kita menegur sesama kita. Jangan kerana isu gambar dia tu dah tersebar luas, kita pulak menambah dosa sendiri mengumpat mengata. Sekurang-kurangnya kita kena bersyukur sebab Amalina masih lagi dalam keadaan baik, masih lagi menyambung pelajaran tanpa masalah, masih lagi menjadi pelajar cemerlang, masih lagi berada disisi keluarga, berbanding dengan pelajar-pelajar lain yang pernah menimbulkan isu besar satu masa dulu (eh?). Aku pon terkejut jugak tengok gambar beliau yang berbeza sangat dengan zaman little kiddo dulu. But as long as she still on her right way (except her social life), we should grateful and just pray for her best.

Aku pon bukan bagus. But i'm trying to learn something more better for my life. Kita menegur kena ada cara. Karang yang mengata orang lebih, sebenarnya dia yang lebih-lebih lagi haaaaaaaaa. Kang dah jadi terlebih sudah. Tak nak la macamtu. Tau tak kalau orang buat salah, bila ditegur, dia akan buat berdouble triple lemon lagi kesalahan? Tak tahu? Ok sekarang dah tau kan. Jadi kita takyah tambahkan dosa kita mengata orang di khalayak ramai. Bagi aku lagi teruk la orang yang mengumpat mengata tu daripada orang yang buat silap tu heeeeeeeee. Kita cuba ubah sikap kita pulak ye. Ok? angguk-angguk kepala. Good good!

Bukan aku nak sokong sape-sape, yang salah tetap salah. Cuma cara kita menegur itu perlukan penambahbaikan sikit supaya apa yang disampaikan terus masuk ke dalam minda, jangan sampai masuk telinga kanan keluar ikut hidung. LOL

Buang yang keruh, ambil yang jernih

Errrr, nak peribahasa lagi?

Nak seribu daya, taknak seribu dalih.

Lagi?

Yang mana baik kita ambil, yang mana tak baik kita tolak ketepi.

Hoiii mana kau dapat peribahasa ni?

-_-'







"Mari kita sama-sama doakan diri kita, keluarga dan sahabat handai kita sentiasa berada dalam keadaan baik, dilindungi dan sentiasa mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. Amin."







Peace no war hihihihi




www.tips-fb.com

Sunday, January 1, 2012

Mari main masak-masak pungpangpungpang siap!

Broommm..Broommm by LittleGurl 12 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hari ini mood saya amat baik. Iye sangat baik sebab hari ini adalah tahun baru. Mari tepuk tangan sama sama. Eh jangan tepuk kuat-kuat nanti tapak tangan lebam T.T

Baiklah tanpa membuang masa saya ingin mengajar (macam cikgu sekolah rendah saja) anda bagaimana ingin memasak LALA MASAK SERAI. Iye ini benar. Lala masak serai!

Errrrr taktau sebenarnya nama lala tu apa hahaha

Tapi saya panggil ianya lala saja.

Eh bukan 'lala saja'.

Tapi 'lala'.

Lala masak serai


Bahan-bahan : 
Lala (ikut suka kuantiti berapa)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Serai (hujung diketuk-ketuk sopan)
Halia (dihiris)
Garam

Cara-cara : 
1) Basuh lala bersih-bersih sehingga lenyap segala kekotoran oleh pencemaran laut. Asingkan.
2) Masukkan bawang putih, bawang merah, serai dan halia ke dalam periuk yang berisi air. Letak di atas dapur dan panaskan. Biarkan mereka (sesuka hati panggil mereka haha) seketika sehingga mendidih.
3) Selepas ramuan mendidih, masukkan lala yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk itu. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
4) Biarkan lala masak dengan enaknya di dalam periuk.
5) Cuba try test kot-kot termasin hahahaha ok tak lawak langsung. Dah cukup masak boleh hidang dan berjamu selera dengan keluarga tersayang.


'Eeee senangnyaaaaaaaaaaaaaa' kata salina gomjez kepada ibunya.



Senang kan? Selamat mencuba ;)





Terima kasih sudi baca!

www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting