Followers

Friday, January 13, 2012

Resepi Nasi Ayam Comel Macam Tuannya eh eh boleh tak?

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Straight forward. Hari ni nak share resepi nasi ayam nyumnyumnyum. Ok rasanya macam semua orang dah tau, tapi tak salah rasanya kalau nak share jugak. Ini mungkin ikut cara sendiri kot, but believe me ape-ape cara pon semua best. Alhamdulillah my family's member semua suka nasi ayam i tadi siap tambah-tambah eeheeee. 

Ok mari kita tengok apa yang kita perlu ada dan cara memasak ;))

Nasi Ayam Comel Macam Tuannya


Ayam
Ayam dibasuh bersih (dipotong)
Air
Jintan putih (tumbuk)
Jintan manis (tumbuk)
Kicap pekat
Sos tiram

Cara-cara:
1. Rebus ayam dan simpan airnya untuk buat sup (refer cara-cara nak buat sup). 
2. Toskan ayam sekejap selepas itu perapkan ayam bersama jintan manis dan jintan putih yang telah ditumbuk (biasanya sekarang dah ada serbuk jintan putih jintan manis, lagi senang takyah nak tumbuk-tumbuk)
3. Perapkan juga bersama kicap pekat dan sos tiram (secukupnya). Biarkan sekejap.
4. Goreng ayam yang telah diperap. Biasanya goreng sekejap je sebab ayam dah rebus kan.
5. Kalau nak kurangkan kolestrol, boleh bakar saja ayam dalam ketuhar eeheeee.

Sup
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Garam
Lada hitam
Daun sup (dihiris halus)
Sup bunjut
Air rebusan ayam

Cara-cara :
1. Masa rebus ayam tadi, masukkan terus bawang putih, halia yang telah direbus beserta garam secukup rasa.
2. Bila ayam kita dah asingkan, masukkan lada hitam dan sup bunjut ke dalam air rebusan tadi. 
3. Dah siap boleh hidangkan dan masukkan daun sup ;)

*asingkan sedikit sup rebusan ayam sebelum letak lada hitam dan sup bunjut itu untuk masak nasi pula.

Sos cili/ sambal
1 ulas cili merah 
2 ulas bawang putih 
Sos cili
Garam
Gula
Sup
Daun sup (dihiris halus)

Cara-cara :
1. Tumbuk cili merah bersama bawang putih. Masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidang.
2. Masukkan sedikit sos cili, garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan sedikit sup dan daun sup. Siap untuk dihidang.

Sos kicap
Kicap pekat
Sos tiram
Sup
Daun sup (dihiris halus)

Cara-cara : 
1. Campurkan kicap beserta sos tiram dan masukkan sedikit sup.
2. Letakkan sedikit daun sup dan siap untuk dihidangkan.

Nasi 
Beras (ikut sukatan yang logik dek akal mengikut bilangan manusia terlibat)
Air rebusan ayam (tanpa lada hitam dan sup bunjut itu)
4 ulas bawang putih (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
Bunga cengkih
Bunga lawang 
Daun pandan
Kulit kayu manis

Cara-cara:
1. Basuh beras macam biasa. Asingkan. 
2. Tumis bawang putih, bawang merah, bunga cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan semua bahan yang ditumis ke dalam periuk beras tadi dan letak di atas dapur (jangan lupa bukak api hewhewhew eh perlu ke nak cakap?)
4. Masukkan air rebusan ayam secukup yang mungkin.
4. Agak-agak nasi dah nak masak ketul-ketul itu, masukkan pula daun pandan. Daun pandan tu ikat sikit kasi pendek (macam ikat reben pon boleh -_-')
5. Biarkan nasi sehingga masak ;)

*kalau nak senang guna rice cooker. cara sama je ;)





Sila baca satu persatu bahan-bahan dan cara membuatnya. Kemudian dah boleh pungpangpungpang di dapur bersama insan-insan tersayang! Selamat mencuba semua ;))













www.tips-fb.com

7 comments:

Anonymous said...

Alaa..!! Tak makan lagi. Lapar tengok. :(

Nak simpan resipi ni boleh kan? Book mark siap2. :D

KAMIHIDUP on January 13, 2012 at 4:35 PM said...

tajuk tak menahan, hee. :)

Sr. Maryam Fatanah on January 13, 2012 at 5:56 PM said...

sodap ni Kak Ila..meleleh air liur M baco..ni tggu kak Ila masak utk M ngn seri..mst lg best!

LittleGurl on January 13, 2012 at 6:27 PM said...

Mohammad Thaqib : olololo ciannye dia tak makan lagik! wuuu

iye boleh Thaqib, nanti boleh cb resepi ni ngan kawan2 ;))

LittleGurl on January 13, 2012 at 6:29 PM said...

KAMIHIDUP : haha itu namanya tuan perahsan comel wakaka! opsst termengata diri sendiri tape kan? hikhikhik *gelak tutup mulut*

LittleGurl on January 13, 2012 at 6:31 PM said...

Sr. Maryam : haha! M, make sure bilik masakan tu tade org kacau dah akak boleh pungpangpungpang masak utk korang kat sana ekekekeke! ;D

widiea azira on January 13, 2012 at 6:42 PM said...

eh next resepi..mee kari erk..haha my peberet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting