Followers

Tuesday, January 31, 2012

Hari ini dlm sejarah lagi eh eh

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t.

Hello saya sudah pulang dari bercuti! Penat terasa sangat sebab dok atas KTM train hampir 14jam masa balik Kelantan hari sabtu dua hari lepas. Bertolak jam 8.30 malam hari jumaat sampai jam 10.30 pagi hari sabtu. Lama tu T____T. Nasib baik ambek seat katil, kalau tak mau kejang otot urat saraf.

Hati pula terlalu bergumbira macam menang Juara Lagu juga semalam. Eh eh berbunga-bunga lagi sebab semalam jumpa Fahrin Ahmad setelah lama tak bertemu. hihihi

Dan paling gumbira lagi......................................
Selamat tinggal akademi memandu. Terima kasih kerana menjadikan saya insan yang berguna dan berhemah dijalan raya. Selamat maju jaya dan hingga bertemu lagi di jalan raya sambil memandu dengan cermat dan bersopan *tiba tiba*

Ini adalah test kedua saya (baca sini untuk tahu lebih lanjut). Sangat memalukan sebab terpaksa ambil test sebanyak dua kali. Malu tahu? >.<

Tapi sekarang dah tak malu lagi. *kembang kencup kembang kencup*

Mungkin sebab terlalu gembira semalam dan tiba tiba mempunyai semangat yang kental tinggi menjulang ke angkasa. Padahal masa Fahrin Ahmad hantar semalam amatlah terkinja-kinja terpaksa berlarian ke kawasan bukit tempat nak diuji tu sebab saya dah terlambat T___T. Ingatkan tepat jam 2 petang baru bermula untuk pelajar ulangan macam saya tapi rupanya masa dipercepatkan. Nasib baik sempat.

Bayangkan larian terlalu laju 180km/j dan termengah-mengah. Sampai kat kawasan untuk di uji terus kena naik kereta dan start. Terus bergerak naik ke bukit dan menunjukkan kehandalan. Dalam hati hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu. Sebab jantung berdegup amat kencang, lebih dari first test yang saya ambil seminggu sebelum pergi holiday itu hari. Dalam hati tak habis-habis beristighfar sebab masa berlalu amat pantas. Rasa baru je keluar makan tengahari dengan Fahrin Ahmad tiba-tiba dah ada atas kereta untuk ujian jpj T__T.

Tapi Alhamdulillah, dalam masa 10 minit tanpa henti dungdangdungdangdungdang, siap ujian bukit, parking dan tiga penjuru dengan selamat :) 

Lepastu siap naik kereta bersama-sama abang JPJ yang hensem tu. HAHA! Yelah sebab saya orang terakhir kot, tak kan nak buat dajjal kau naik kereta aku jalan kaki pulak kan? Eh eh bukan balik ke rumah bersama-sama T___T tapi balik ke tempat menunggu depan pejabat tu je. Kata dia 'awak sangat istimewa sebab dapat naik kereta bersama' wahwahwah! *pang nak?*

Ok sekarang tengah menunggu lesen P siap. 

Err, tapi kan, boleh bawak kereta ke agak-agak lepasni



-_-'




www.tips-fb.com

4 comments:

hafizah alias on January 31, 2012 at 7:32 AM said...

waaa...syoknya dah dapek lesen. tahniah2! lepas ni vroom vroom la ape lg..hee :)

KAMIHIDUP on January 31, 2012 at 8:40 AM said...

tahniah.

LittleGurl on January 31, 2012 at 11:46 AM said...

hafizah alias : thanks babe! wahwah nak vroom vroom? ade kekuatan tak ni wuuuuuuuu risau -_-'

LittleGurl on January 31, 2012 at 11:47 AM said...

KAMIHIDUP : thanks awak! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting