Followers

Tuesday, January 17, 2012

Hari ini dalam sejarah

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Hari semalam adalah sangat seronok. Semangat bukan main. Huha sana huha sini. Sampai tido pun boleh awal sedikit jam 12.00 a.m. Sedangkan sebelum ni hingga mencecah angka 2. Selagi tak habes cerita best selagi tu dok tercongok depan tivi tanpa rasa bersalah. Tak pon berborak mengilai dengan adik beradik dan umi yang comel. Setiap malam tak pernah kering gusi dok ketawa terbahak-bahak. Sebab itu angka 2 setiap pagi aku rasa macam singkat sangat untuk tido hahahaha ok tak lawak -_-'

Tapi semalam demi kepentingan untuk hari ini, aku berjaya menidurkan mata lebih awal. Wahwahwah bangga nih. Tapi bangun lepas solat subuh sempat lagi buat taik mata sekejap 15minit. Hmmmm itukah akibatnya dan kesan musibab yang terjadi pada hari ini? Tido selepas solat subuh, ohhhh mungkin ini kesilapan utama T_T

Hari ini dalam sejarah, detik ini, waktu ini, aku failed dalam ujian memandu (test jpj). Hoiiiii malu tau tak? The first candidate dalam ratusan orang tadi, sampai-sampai kat atas bukit punya semangat nak terus pemanduan ke arah parking dan 3 penjuru rupanya hanya impian anganku musnah belaka. Tiba-tiba pulak kereta terundur belakang, bukan 1 inci je derrrrr tapi dah sedepa dah. Eh boleh pulak aku tak perasan dah jauh ke belakang aku undur. Ingat masih dalam garisan kuning. 

'Ok awak jauh sangat ke belakang tu, boleh turun'

Aku? tersengih macam kerang bushuk meh. hahahaha! Macam takde perasaan je. Weh weh kau failed tahu?

T____T

Tetiba baru sedar yang failed terus kol cikgu memandu.

'Ok tape, awak buat jalan raya pulak jap lagi'

'Ok' (nada gembira)

Nasib baik jalan raya orait. Nampak gayanya aku cuma mahir dok atas jalan, kalau aku nak naik bukit nampaknya memang takkan ke depan kot asyik ke belakang muahahaha! Hoiiii kutuk diri sendiri nampak? 

Aku rasa banyak faktor terjadi derita pada aku hari ini :

1. First candidate, padahal nombor aku 32. Tuptup panggil random, aku baru bersenang lenang nak tengok candidate nombor 1-31 buat dulu tiba-tiba aku dipanggil untuk menunjukkan kehebatan yang tak patut aku tonjol awal-awal. 
2. 3jam,8jam,2jam belajar aku rasa tak cukup. Jadi aku belum cukup confident.
3. Seram sejuk tengok orang lain relaks. Aku? Nak terkencing weh.
4. Lapar. Aku minum air milo panas plus roti dua keping. But still lapar.

Hahaha kemain nak list satu-satu. Rasanya kalau lulus takdenya nak beralasan begitu -_-'
Ok tutup hidung malu sebab failed
 >.<

Biasalah budak baru belajar ;)) Next test please, try my best cayok cayok!!!!!
Pray for me ye semua si comels si kacaks! ^^









Pssttt pssttt korang dulu mesti sekali test je kan? 
Malunyaaaa i -_-'




www.tips-fb.com

10 comments:

KAMIHIDUP on January 17, 2012 at 2:19 PM said...

biasalah tu, try again next time. good luck. :)

Anonymous said...

`uya`
bukan fail SPM pon kan..leh try ag..cuma mlyang fulus jer la...

FiQa on January 17, 2012 at 2:32 PM said...

takla!

saya pun failed sekali, second time dah lulus, hihi..

failed part parking, haha...

tapi sekrang parking da senang sikit kan, sebab yang baru punye...

btw, good luck untuk second test nanti!!

:)

fnd on January 17, 2012 at 7:17 PM said...

aku test jpj pun tak pnah amik

Lelaki on January 17, 2012 at 8:18 PM said...

cuba lagi...

widiea azira on January 17, 2012 at 10:47 PM said...

try lagi. .byk2 xpe..haha

Orkid Edyliyne on January 18, 2012 at 10:06 AM said...

try lagi. semoga berjaya...
tapi kan, kelaparan juga boleh menyebabkan hilang focus. hehe.
saje je memperkuatkan alasan kamu.
^^

ღKekupuLangitღ on January 18, 2012 at 3:55 PM said...

Pangkor cantik, rindu deruan ombak di sana. :)

eqbalzack on January 27, 2012 at 2:13 PM said...

Assalamualaikum little gurl...
Abg eq singgah sini, kebetulan ada kelapangan. penulisan blog little gurl makin menarik ni...
selamat berhujung minggu...

-abg eq-

zhazmi on April 22, 2012 at 10:16 PM said...

Xpe, bole try lgi nti.. good luck yer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting