Assalamualaikum w.b.t
Hari ini mood saya amat baik. Iye sangat baik sebab hari ini adalah tahun baru. Mari tepuk tangan sama sama. Eh jangan tepuk kuat-kuat nanti tapak tangan lebam T.T
Baiklah tanpa membuang masa saya ingin mengajar (macam cikgu sekolah rendah saja) anda bagaimana ingin memasak LALA MASAK SERAI. Iye ini benar. Lala masak serai!
Errrrr taktau sebenarnya nama lala tu apa hahaha
Tapi saya panggil ianya lala saja.
Eh bukan 'lala saja'.
Tapi 'lala'.
Lala masak serai
Bahan-bahan :
Lala (ikut suka kuantiti berapa)
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
Serai (hujung diketuk-ketuk sopan)
Halia (dihiris)
Garam
Cara-cara :
1) Basuh lala bersih-bersih sehingga lenyap segala kekotoran oleh pencemaran laut. Asingkan.
2) Masukkan bawang putih, bawang merah, serai dan halia ke dalam periuk yang berisi air. Letak di atas dapur dan panaskan. Biarkan mereka (sesuka hati panggil mereka haha) seketika sehingga mendidih.
3) Selepas ramuan mendidih, masukkan lala yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk itu. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
4) Biarkan lala masak dengan enaknya di dalam periuk.
5) Cuba try test kot-kot termasin hahahaha ok tak lawak langsung. Dah cukup masak boleh hidang dan berjamu selera dengan keluarga tersayang.
'Eeee senangnyaaaaaaaaaaaaaa' kata salina gomjez kepada ibunya.
Senang kan? Selamat mencuba ;)
Terima kasih sudi baca!
12 comments:
tajuk post ni kelakar,
nmpak macam sedap jerk
lala ni sedap..ade lg 1 kalo panggang lagi sedap. .sy suke cari lala kt kg..besttt
mana nk cari lala kat sini... sob3
hmmm...
garam x letak ek..??
rs manis la jdnya..??
zulhilmi tempoyak :hahahahahahaa!!! nak gelak dulu boleh tak? -_-'
hoi mane ade letak gula semata kot! adoiiiii macam mana boleh tersilap taip. gula = garam sebenarnya. heeeheeeeeeee
ok bertukar!! ;)) thanks tegur, kalau tak mau manis gila i punye lala kalu org ikot resepi ne aahahah!
yang kecik2 cinnonet tu lala jugak ke ek dipanggil? ca suka masak sambal tumis je..sedap2..
Mishter Izwan : eh eh kelakar ek? ;P ok cepat pakcik pegi masak skng eehee
Widea Azira : kan? best sgt! waah kite tak penah lg pegi kutip lala sdiri hehe. slalu beli kedai je haha
Shcajar Mcflurry : ala babe, ciannye! nanti balek cni suruh mama masak sedap2 ;))
ca : heheh entah la, kite panggil lala jugak ;)) aahhh masak sambal tumis pon best jugak! perghhhh
aaa teringat abah.dulu dia selalu masak kerang style gini.hu3
abah biasa masak mcm ni..nak lagi sedap dan wangi letak daun kunyit..tak caya next time buh daun kunyit
Post a Comment