Followers

Monday, January 9, 2012

back to school ;))

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Orang kata hidup di asrama boleh jadi lebih berdikari. Yes memang betul. Aku masa kat asrama dulu memang berdikari 100% sebab dah tak duduk dibawah ketiak umi dah. Semua keje buat sendiri bangun dari tido sampai malam tido balik. Bagi aku tu semua takde hal (hamboi kau cakap besar haha) sebab kat rumah memang rendam baju sendiri, makan cedok sendiri, memang takde hal. Tapi yang jadi hal berat bagi aku nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan baru. I guess semua orang macamtu kot. Sebab masuk sekolah baru then akan jumpa kawan baru, roomate baru dan classmate baru. Risau takut orang taknak kawan dengan aku yang comot ini. Serius, takde kawan memang tak cool langsung. 

But i am so glad sebab mempunyai tahap percakapan yang amat tinggi. Err, maksud disini aku bukan dilahirkan sebagai budak pendiam pun. Tapi dilahirkan sebagai seorang yang mempunyai nafsu untuk bercakap yang berganda-ganda sejak dari kecil. Yeaahh bercakap memang taksah potpetpotpet tak henti sampai sekarang. Oleh sebab itu, Alhamdulillah sejak aku sekolah memang ada ramai kawan yang semua sporting and baik hati ;)) Bila masuk universiti (Uitm), lagilah ramai member yang aku jumpa/kenal sebab dah involved macam-macam program dan aktiviti. Memang best! ;))

Itu sebab orang kata waktu sekolah dan belajar adalah nikmat hidup yang paling besar bukan? 

Ok nangis sekejap *rindu nih

T.T




However, luckily anak sedara aku dapat masuk SMKA Naim Lilbanat dekat kelantan.
Dekat sini hoiiii mana aku tak gembira kan eeeheee. Yelah, parent dia pon beria sangat nak hantar dekat kelantan sebab dekat dengan atok nenek dia. 
Tambah pulak ade auntie comel dia kat sini aaucchhhhhhhh comel? *pang sepoloh kali nak?*
Means that tiap-tiap minggu aku boleh lepaskan rindu aku tengok asrama budak ni hahaha. Hamboi kau over betul. Mentang-mentang dah 6 tahun tinggal sekolah nak lepas rindu tengok asrama orang pulak kan. ;D Seriously, asrama zaman sekolah tak sama dengan hostel budak U (bila masuk U terus panggil hostel tak panggil asrama kahkahkahkah). Tapi dulu aku punya asrama kat MARA Jeli adalah seketul bilik bukan dorm. Bilik empat orang je bukan dorm nak dekat duapuluhorang boleh? T.T

Tapi okla jugak asrama kat sekolah Naim ni. Cuma bagi aku yang tak best langsung takde meja tulis eh eh pelik kan? Aku kalau masuk asrama meja tulis yang paling best. Sebab boleh nak design segala bagai, nak balut meja la nak hias board la eeheee. Kalau tak silap aku semua asrama perabot yang dapat adalah katil, loker dan juga meja tulis. Tapi kat sini takde apehal eh?
Hmmmm, masa aku dengar taklimat untuk budak-budak tingkatan satu haritu, memang dia da bagitau yang waktu prep hanya boleh berada di sekolah untuk belajar. Ooooo kiranya tak boleh nak belajar dalam bilik lettew kan. Tu sebab takde meja tulis -_-' 
Since anak sedara aku, Athirah ni dapat duduk asrama, pulak tu jauh dari umi abah dia kat KL, memang bertalu-talu soalan aku dapat. 

'Ucu, ucu dulu basuh baju pakai tangan eh?'
'Ucu, prep tu ape?'
'Ucu, ituuu, ucu, iniiiiiii'
mari berjimba-jimba ke tesco sebelum menghantar ini budak pergi berjuang oyeeaahhhh  ^^ 
(padahal dalam hati sedih kau!)

Hmmmm, nasib baik aku dah pernah mengalami situasi dok asrama, jadi tak kekok nak berhujah memberikan jawapan yang terbaik. Fuhhhhh. Nasib baik kan. Kalau tak mau ternganga jugak aku nak jawab. Harini dah masuk hari ke 6 dia kat asrama. Tapi semalam kot baru pegi balik asrama semula sebab warden kasi balik kerap sikit tiap-tiap minggu (hari khamis boleh balik yeaaaa). Budak-budak baru kan, takut homesick gila-gila punya sampai meraung tak ke susah warden nak pujuk sorang-sorang. 
Alhamdulillah setakat ni kakak (Athirah) dok ceghita benda-benda baik belaka, bermakna dia seghonok la dapat sekolah kat sana. Kawan pon dah ramai dah. Budak-budak dorm pon aku tengok semua baik la, suci bersih je muka kan sebab sekolah agama ;) Lepastu kakak banyak dok tanya macam-macam la sebab semua kena buat sendiri. Cuma masih dalam minggu orientasi lagi sampai minggu depan. Aku pun tumpang gembira jugak, setiap ceghita dia membuatkan aku bertambah rindu zaman cenenot aku kat asrama. Ish ish 
Good luck untuk kakak. Tahniah juga untuk kejayaan memperoleh 5A UPSR yang lepas. Ini adalah impian kakak sendiri untuk bersekolah di sekolah agama dekat sini. Buktikan kepada Umi  & Abah yang kakak mampu memperoleh kejayaan yang lebih besar. Take care my dear. I love you ;)






Tiap-tiap minggu kakak balik ucu buat spagetti, makan sampai muak ahahahaha! ;D
eh spagetti je kau reti buat? $#%$#^*&*@#$





www.tips-fb.com

4 comments:

Siti Hajar on January 9, 2012 at 1:02 AM said...

zaman skola. rindu nyer! :')

Unknown on January 9, 2012 at 1:12 AM said...

back to school!

LittleGurl on January 10, 2012 at 10:45 PM said...

Schajar Mcflurry : me too babe! rindu sangat kan..

LittleGurl on January 10, 2012 at 10:45 PM said...

Mr Clive : yeahhhhh! tapi orang lain la kan sobsob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting