Assalamualaikum w.b.t
Ok this time aku taknak berceloteh panjang nak cerita pasal holiday itu hari, sebab gambar still dalam proses editing (utk mark). Tapi nak share resepi for Lasagna! Masa aku kat perak haritu rumah auntie, aku yang menggatal tanya resepi lasagna sebab tak pernah buat tapi teringin nak rasa and nak buat sendiri. Luckily semua bahan-bahan dah ada so apelagi kan terus pungpangpungpang kat dapur and buat lasagna! Rupanya lasagna rasa macam spagetti je serius i taktau >.< hahahahaha! *pang sikit nak?*
Ini adalah resepi yang sangat simple. Korang boleh google resepi lasagna yang lain, sebab lain orang lain caranya. Ini cara yang paling simple. Sebab tak guna banyak bahan pon :)
Bahan-bahan:
Mi lasagna (lasagna sheets) -Kuantiti terpulang berapa layer yang nak letak.
1 sudu besar minyak zaitun
1 paket ayam kisar (daging pon boleh. sekarang dah ada yang siap dikisar dijual)
1 ulas bawang besar (potong dadu)
1 botol besar traditional prego (or any tomato sauce pon boleh)
Grated cheese (beli yang dah parut senang eeheee)
2 biji telur (dikepuk beserta sedikit garam)- tau tak kepuk tu cane? T___T
Garam (secukup rasa)
Cara-cara:
Mi lasagna
1. Rebus mi lasagna bersama 1 sudu besar minyak zaitun sehingga mengembang (sama macam rebus spagetti). Selepas itu toskan dan asingkan sekejap.
Sos
2. Panaskan minyak ke dalam periuk, tumiskan bawang besar sehingga naik bau.
3. Masukkan ayam dikisar dan biarkan sehingga empuk.
4. Selepas empuk, masukkan sos traditional prego dan kacau sehingga sebati.
5. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
*boleh tambah apa-apa bahan lagi seperti cendawan, vegetables, oregano etc
*cara pembuatannya sama macam sos spagetti :)
Layer (final)
6. Ambil acuan yang sesuai dan letakkan kepingan lasagna yang telah direbus tadi ke dalam acuan sampai meliputi bahagian bawah.
7. Selepas itu, tuangkan sos yang telah dimasak ke atas kepingan lasagna sehingga menutup ruang kepingan lasagna.
8. Tuangkan telur yang telah dikepuk ke atas lapisan sos tadi. Taburkan grated cheese memenuhi lapisan terakhir. Lagi banyak cheese lagi sedap.
9. Ulang cara 6-8 sehingga memenuhi acuan. (kite buat 3 layer je).
10. Dah siap boleh masukkan ke dalam oven pada suhu 180c, 30 minit. Depands pada oven masing-masing juga.
Dah siap boleh hidang untuk keluarga dan kawan-kawan tercinta. Selamat mencuba! :)
4 comments:
dap nya! dap dap! dah lme nak cri resipi lasagna..thanks :)
amy azuha : heheh! ini resepi paling senang, sbb kite x pakai byk bahan pon huahuahua! kalo resepi betol, lg byk gradients kena guna :) btw, same taste! sedap!
resipi yg menarik..boleh dicuba.. :)
kte copy kte copy.. copy je.. try kemudian.. hehehe^^
Post a Comment