Kadang-kadang hidup ni lebih elok buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali atau dua kali, banyak kali lagilah jangan. Lagi-lagi kalau melibatkan kawan sendiri sebab kita tak nak nanti dilabelkan sebagai kawan tikam kawan. Eh tikam bukan bermaksud bunuh (takutnyaaaa). Tapi tikam ni bermaksud depan tunjuk baik tapi belakang tettttttttttttttt main-mainkan perasaan dan hati orang. Lagi-lagi sahabat yang dalam erti kata lain kawan baik yang pernah tido sebantal, makan bersama, bergembira bersama tapi last-last menuduh kawan bukan-bukan tanpa was-was. Kejamnya awak buat kite. Hmmm.
Prinsip hidup aku adalah berbuat baik kat semua orang biarlah orang buat jahat kat kite pon sobsob. Tapi berbuat baik bukan bererti mengalah. Dalam berbuat baik kita juga membuat penilaian samada ‘dia’ juga mempunyai hati yang sama dengan kita atau tidak. Dari situ kita baru tau yang dia betul-betul layak untuk hidup dalam dunia kita ataupun tak layak. Wahhh macam sesi interview gitu heh. Sebab aku percaya setiap balasan yang baik akan dibalas dengan baik, yang penting kejujuran, bukan pengkhianatan. Dan aku percaya Allah s.w.t telah rancangkan perjalanan hidup kita yang hebat! :)
Kehidupan kita bukan sahaja melibatkan diri sendiri, tetapi seluruh kehidupan yang lain. Keluarga, suami/isteri, anak-anak, guru-guru, sahabat, kawan pun termasuk dalam kehidupan kita sehari-hari. Kalau kita sentiasa berniat tidak baik untuk menipu, menyakiti, mencari salah orang lain & nak cari gaduh pula, terlupakah kita yang kawan/orang yang kita sakiti tu juga kenal kawan-kawan & keluarga kita yang lain, dalam masa yang singkat semua orang tahu sikap kita yang tak elok tu. Sedihkan?
Kite takut, kite tak nak hilang kawan. Kawan yang selama ni tolong kita, nasihat kita waktu kita sedih, tapi satu masa kita khianati dia, buat hati dia terluka dan dia makin jauh dengan kita disebabkan salah kita sendiri. Benar-benar sahabatkah kita? Pada aku memang tak.
Bila dah semakin dewasa (mungkin lama-lama makin tua lepastu bagitau kat cucu ‘nenek dah banyak makan garam terlebih’ ish ish ish pengalaman punye pasal kan teehee), corak kehidupan kita semakin matang. Buanglah sikap pentingkan diri sendiri dalam apa-apa aspek sekalipun. Sebab nanti bila bekeluarga, tak kan nak teruskan sikap kita macamtu, tipu suami dalam hal kewangan, hal sosial, tipu anak lagi, mentua lagi. Sedihkan? Dah boleh bagi award ‘Anugerah Penipuan Terhebat’. Pulak dah >.<
Bagi aku dalam hidup ni cuba berfikir dengan mudah. Berfikir dan menyelesaikan dengan cara yang baik. Bukan cari pasal pula dengan orang sampai orang bercakap tentang kita ‘aku tak halalkan dia dunia & akhirat’. Benda ni aku pernah dengar sendiri orang bercakap-cakap tentang itu. Hmmm nauzubillah takutnya kita kalau berdosa sesama manusia. Apa salahnya kita mengaku silap & memohon kemaafan. Jangan pulak lari dari masalah. 20 tahun akan datang pun orang tak kan berhenti bercakap pasal kita. Bercakap benda baik tape, tapi ni sebaliknya. Hmmm.
Jaga hubungan dengan Allah s.w.t & tak lupa juga jaga hubungan dengan sesama manusia. Kita mungkin tak sempurna, tapi kita masih berpeluang berubah dan menjadi yang lebih baik. :) Semoga Allah s.w.t merahmati hidup kita semua. Amin.
1 comments:
wahhhh!!! tahniah sis... cntik pelamin tu...warna biru...like2
Post a Comment