Assalamualaikum w.b.t
Orang kata zaman kecik dulu lagi sensitif, ye eh? Bagi aku kalau bab kahwin, ada keluarga baru adalah perkara yang menyeronokkan haha! Cuba bayangkan harini adik beradik kau ada 2 orang, esok tiba-tiba kakak nak kahwin, seterusnya bertambah lagi jadi 3 orang. 2 tahun selepas itu bertambah lagi jadi 7 orang wahhhh bajet kakak dapat anak kembar setahun sekali kihkihkih. Lihat, betapa besarnya keluarga kan bila bertambah ahli baru? Suka suka :)
Aku dulu darjah 4 start dapat abang ipar, dua orang sekaligus :) Paling gembira dapat jadi pengapit comel gila pakai cekak bunga-bunga dengan kakak aku lagi sorang. Bajet gurlgurl uolls. Tapi bila second sister nak kahwin beberapa bulan lepastu aku taknak dah jadi pengapit haha. Rimas weh kena bajet comel atas pelamin sambil mengibas-ngibas pengantin. Dengan aku sekali rasa muka berminyak & berpeluh atas pelamin tapi zaman tu tak kisah langsung berpeluh bagai. Budak kecik mana ada kesah. Tapi dalam kepala dok teringat sepupu-sepupu kat luar yang tengah rancak bermain. Mane boleh tahan beb. Hahaha. So, second sister kahwin terus bergelak ketawa bersama sepupu comel bermain-main diluar tanpa aku kesah langsung nak tolong bagi cenderahati kat tetamu ke ape waktu tu. Hikhikhik.
Alhamdulillah, abang-abang & kakak-kakak sume dah kahwin. Tinggal kite je belum (InsyaAllah). Alhamdulillah juga sejak ada kakak-kakak ipar & abang-abang ipar beserta anak-anak saudara, keluarga makin bahagia! Dulu ada jugak rasa eh risaunya kakak kite yang atas dari kite tu nak kahwin dah. Dah tak dapat nak bermanja dah. Dah tak dapat gelak ketawa bersama dah. Mesti asyik nak tenung abang ipar lama-lama lepastu buat assumption, dia ni boleh jadi abang yang baik ke tak haha! Pyscho gila. Sekarang, semua dah jadi satu kepala! :)
Sebenarnya semua tu terletak pada diri kita. Samada kita menerima dengan hati terbuka atau tidak dengan setiap perubahan. Perubahan menerima ahli keluarga yang baru, mesti ada dalam keluarga :)
Umi pernah cakap, bila ada orang baru masuk dalam keluarga kita yakni abang ipar/kakak ipar, kita perlu cuba buat dia selesa & gembira dengan keluarga kita :) Yela, mula-mula mesti segan, kita lah yang kena cuba buat dia sesuaikan diri, cerita itu ini bagi dia lebih kenal keluarga besar kita. Dalam masa yang sama dia pun turut belajar sesuatu yang baru, macam mana untuk sesuaikan diri dengan keluarga belah suami/isteri. Kita jangan buat dia kekok atau rasa macam terpinggir. Biar dia rasa hari-hari nak balik rumah mentua eheeee :)
Sekarang kita ada abang ipar + kakak ipar yang sporting sangat & dah macam abang + kakak kandung sendiri :) Alhamdulillah syukur sangat. Sekarang dalam proses nak belajar jadi menantu yang baik & insan yang baik juga ehm ehm. Risau jugak, tiba-tiba terfikir apa yang kakak ipar dan abang ipar lalui sebelum ni pun bakal dilalui juga oleh saya :)
Memang setiap orang ada kelemahan/kelebihan masing-masing, tapi bezanya adalah penerimaan orang lain terhadap kita. Yang penting jangan nampak orang lain salah, sebab kita juga ada kekurangan kan? Tiada sape pun yang sempurna, tapi kita masih berpeluang melakukan perubahan dan menjadi lebih baik. Tak sabar rasanya nak punya keluarga yang lebih besar, kerana itulah faktor kebahagiaan, InsyaAllah :)
1 comments:
hehehe..insya'allah, slalu pembawakan diri kte menggambarkan cara didikan ibu bapa kte sendri..klu baik, maka insya'allah baik juga perwatakan kte..begitu juga sebaliknya..tapi kte msti nk yg terbaik kan..insya'allah, akn dpt bakal keluarga yg baik2 jge.. :)
Post a Comment