Assalamualaikum w.b.t
Hello guys! Aku rasa macam tak lambat lagi kan nak wish korang sume Salam Ramadhan Al-Mubarak. Pssttt psssstttt korang puasa tak? Aku? Mestilah puasa kan. Bulan Ramadhan adalah bulan paling yang dinanti-nantikan setiap tahun. Dan paling cuak kalau puasa tak ganti habis. Paling gerun kot -_-
Bukan main seronok aku asyik review cerita lapuk tak habes-habes sebelum ne kan. hahaha. Ok fine fine. Sume cerita berepisod aku 'Traveling' sudah habes dengan jayanya yay! Penat nak review satu-satu tapi honestly seronok gila even aku bukanlah pergi traveling kat Disneyland pun. Together with family sangat bermakna, ye dak? ;D
Masa first ramadhan aritu aku balik kampung. Esaited kau sambut ramadhan kat rumah. Dapat rasa masakan umi perggghhh sampai menjilat ibu kaki. Dapat pulak kan makan pulut durian memang feberet aku. Tapi tak puas hati jugak sebab takleh makan banyak-banyak wooo waktu bulan puasa. Sebab takut perut memulas di siang hari karang beralasan pulak kan nak ponteng. hihihi. Bile balik, kompemlah umi teruja nak suruh aku bawak bekal balik KL. Memandangkan pokok rambutan sudah berbuah, jadi satu kotak aku bawak pegi KL dengan jayanya. Nasib baik balek KL dengan Encik Fafau, tade la penuh bonet bas kan. Tambah pulak akak & abang aku kirim telur masin, serunding daging, beras nasi dagang, rempah kari, keropok lekor, keropok keping, asam jeruk and blablabla. Memang penuh kerete Encik Fafau dengan barang aku je. Dia siap kata 'ok nanti kena tukar Estima pulak' bhahahahahaha! ;D
Bila balik KL, suasana berpuasa dah jadi lain. Maybe sebab berjauhan dengan umi tersayang sobsobsob. Tapi bertuahlah aku punya badan sebab masih berada disisi adik beradik time kat KL ne. Berbanding dengan orang lain duduk rumah sewa kan. Tapi maybe oneday aku akan berhijrah ke rumah sewa jugak kot. Ok itu lain punya cerita.
Aku sekarang menumpang duduk rumah along kat Kampung Batu. Sape tau kat mane sila angkat tangan! Majoriti kawan aku taktau kat mane tempat ni. Adoi. Ianya berada di kawasan KL jugaklah tapi aku xpasti ape yang paling dekat dengan kawasan ni. Hurm yang aku tau Kampung Batu dekat dengan Titiwangsa, Gombak dan Greenwood ;) Abang aku pulak duk kat Puchong. Dia dengan wife dia tersangatlah suka berjalan-jalan lepak situ sini kan. Memang selalu jugak dia datang lepak rumah along. Biasalah adik beradik hihihihi
Ahad lepas dapat berbuka bersama-sama. Walaupun tak berkumpul semua termasuk umi dan adik-beradik yang laen, tapi kemeriahan tu tetap ada sebab suara sume memang tak kalah. Potpetpotpet itu dah memang menjadi kebiasaan. hahahaha
1# Incik murtabak kacak
2# Miss Roti Johnson
3# Makcik ayam percik
4# Incik ikan masak asam
5# Puan ikan masak sweet sour
6# Sayur goreng
7# Tutti Fruitti (hua hua hua!) ;D
8# Jus tembikai, jus asam boi + lemon, air kelapa
9# Oh nikmat dunia ;D
Ni majlis berbuka ke bufday party? -_-
Kalau bukan bulan puasa menu banyak camni, memang lemak terkumpul melebihi 100 paun setiap hari. Oh tidak!!!!!!!!!!
Alhamdulillah kita dikurniakan rezeki oleh Allah s.w.t seperti di atas ini setiap kali puasa kan? Lagi ramai berkumpul, lagi meriah suasana. Tapi pernahkah kita terfikir orang-orang yang kurang berkemampuan menjalani kehidupan mereka? Mari kita bantu mereka yang memerlukan setakat mana yang kita mampu. Dan jangan dilupa kita sedekahkan Al-Fatihah kepada insan-insan yang telah pergi meninggalkan kita. Semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Dan semoga Ramadhan kali ini memberi seribu erti dalam kehidupan kita seisi keluarga.
Nota kaki : bersangka baik adalah lebih baik dari bersangka buruk, betol? >.<
1 comments:
amboiii..mkn besar nampakkk..ehheh
Post a Comment