Followers

Sunday, July 31, 2011

3# Traveling : Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh

Broommm..Broommm by LittleGurl
Sangatlah lama aku nak update satu-satu cerita basi ni kan. Tajuk traveling tak habes-habes padahal cerita ne dah berlalu beberapa minggu yang lepas suda. Eh,aku rasa dah dekat sebulan kot cerita basi ni. -_- haha. Tapi aku tetap tak peduli, sebab aku sangatlah esaited nak cerita. Hihihi



Sape yang dah baca entry aku kat SINI, korang tau kan akak aku masuk hospital. Ye masa entry tu aku post, aku kat hospital Ipoh. Kejadian ini muncul tiba-tiba bila akak aku kena gastrik masa otw ke Ipoh, konon pegi melawat anak sedara aku yang patah tulang bahu, tup tup akak aku pulak yang masuk hospital. Dugaan betol. Lepastu doktor kata kena tahan sebab ada kuman dalam hati. Aku yang kat KL umah along memanglah dah plan nak pegi Ipoh,kira nak pegi melawat anak sedara pada hari yang sama. Tapi nasib tak menyebelahi, aku terpaksa bermalam selama 3 hari 2 malam dihospital. Hahaha. Aku sorang je pun yang teman akak. Alah bese la teman gossip harus ade disisi. Haha. Memang takleh blah la kan penginapan yang sungguh mengasyikkan  ;D


Pulak tu aku yang terover makan nasi hospital lepastu tidur pulak kat katil patient amboiiiiiii! Hahaha. Biasa lah aku ni memang macam rusa masuk kampung. Suka challenges(lah konon) katakan. Wakakakaka. Sampai ade sorang pakcik tu cakap ‘eh ne sape saket ne?’ Bhahahaha ambek kau! Jawab-jawab.


Ni masa aku mula-mula sampai. Lepas je sume datang, dorang tinggalkan aku plak. uwaaaaaa. Tapela, demi kakak tersayang. ececeh


Tengok, mana tak semua heran. Patient terkekek kekek ketawa tanpa segan silu. Haip!

                                                                     


Anak-anak sedara. Apesal aku tengok sume style sama je? wakakaka


Nasib la aku ade boleh teman akak. Kesian kat umi kalau nak umi temankan. Mane ade tempat nak menunggu. Tido pon kat kerusi. Kalau aku laen la, anytime aku boleh lompat naek katil tido sekali ngan akak. Hak hak hak!

Honest masa kat hospital, sume tanya akak kan ‘adik sakit ape? Muda lagi ni’ huhuhu. Yela, kebanyakan semua dah berumur dan majoriti sakit buah pinggang kat wad tu. That’s why makcik-makcik sume macam pelik sebab akak aku macam sihat semacam je tapi kena masuk wad. Lagi la pelik bila masuk hospital, sakit akak dah hilang automatik you!!! Hahahaha memang gedik penyakit akak aku tu. Haip!


Disebabkan hari minggu lab tak bukak, so terpaksa la tunggu nak x-ray hati hari isnin. Jumaat sampai isnin melepak kat hospital ape perasaan kau? Aku rasa macam pegi holiday ;D And ape perasaan kalu jaga patient yang sakit terlantar? Sangatlah mati kutu taktau nak buat ape tapi rasa tanggungjawab dalam diri terhadap orang yang kita jaga lebih-lebih lagi orang tua/isteri/suami/adik beradik haruslah ada. Masa aku kat hospital kitoranglah pasangan adik beradik yang tak penah nak monyok masam mencuka. Terkekek-kekek ketawa, bergosip-gosip hangit itulah kerja kami. Aku pagi-pagi bangun atas katil bukan main liat nak bangun, sebab nyenyak woooo dalam wad. ;D tu pun akak aku dah bebel bukan main susah nak kejut. Wakakakaka. ‘bangun bangun doktor datang nak ambek darah’ grrrrrrrr doktor pon satu hal by 6.30 a.m dah datang ambek darah lepastu cek jantung blablabla. -_-


Rutin aku masa jaga akak adalah pagi-pagi beli bekpes and lunch untuk aku. Sebab akak dah ade bekpes and lunch special dari hospital. Aku ingat bolehlah menumpang kasih bekpes hospital jugak, tapi dia kasi hanya beberapa keping roti then susu. Jadi alangkah baiknya aku turun bawah pegi café beli teh tarik dengan nasi lemak fuhhh lagi sedap hingga menjilat ibu kaki. Heh heh. Lagipun aku kesian la takkan aku nak rembat bekpes akak, aku kan adik yang baik. Sebab tu aku turun bawah beli makanan banyak-banyak then share dengan akak. Oh nikmatnya hubungan adik-beradik ;D

Kalau nak cakap bab mandi. Mandi haruslah paling sikit 3 kali sehari. Hahaha. Mandi memang over macam mandi kat bathtub, sangatlah nikmat dunia. Siap syampu blablabla. Hahaha. Akak pon sama jugak, sakit-sakit pun dia pakai perfume lagik. Amboi amboi nak ngorat doktor macho lettew……

Gembira-gembira jugak. Nasib baik akak tak terlantar macam patient lain. Keliling kitorang ramai makcik-makcik yang terlantar sakit. Malam-malam boleh dengar nafas kuat tapi bukan dengkur. Lepastu hari-hari ade yang tenat then ade yang meninggal. Innalillah. Akak aku takleh tengok benda-benda macamtu. Nanti darah gemuruh dia naik secara automatiknya. Jadi aku yang selalu gagahkan diri pegi tengok mane-mane patient yang sakit tenat. Jujur aku cakap, tiap kali aku pegi tengok, aku jadi sebak. Aku tahan air mata tak bagi keluar sebab aku takut bila keluarga patient tu tengok aku nangis, nanti dorang lagi risau. T_T

Banyak ilmu yang aku dapat masa aku kat hospital haritu.

1)  Walaupun orang tua kita sakit, atau orang yang lebih tua dari kita yang sakit, lalu mereka minta kita macam-macam, haruslah kita makbulkan setiap permintaan mereka. Sebab kita taktau ape kesakitan yang mereka alami. Dan tak mustahil, jika kesakitan mereka itu, kita juga akan rasainya kelak. Sentiasa guna konsep ‘memberi dan menerima’. Tak rugi kan?
2)  Berbuat baik kepada orang tua, beri kebahagiaan kepada mereka. Bukan melalui wang, tetapi kasih sayang yang berpanjangan.
3)  Jagalah suami/isteri kita semasa dia sihat/sakit. Kerana semasa dia sihat, dia mampu menjaga kita, berkongsi susah senang bersama. Dan mengapa ketika dia sakit, kita harus meninggalkannya? Sesungguhnya, ujian itu hanya dugaan yang kecil, yang Allah s.w.t beri untuk menguji kesabaran,keteguhan dan kejujuran hati manusia.
4)      Berbuat baiklah kepada semua, nescaya kita akan mendapat kesejahteraan dalam hidup.
5)    Sentiasa memohon kepada-Nya semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dan diberikan kesabaran hati yang kuat andaikata kita ditimpa sebarang bencana/dugaan.


Alhamdulillah, akak dah kembali sihat walaupun tetap kena follow up kat hospital kb plak ;) Hopefully everything is gonna be okay sis! Labiu muah muah! ;D









www.tips-fb.com

1 comments:

Farah on July 31, 2011 at 10:37 PM said...

hey.. sy practical kt c2.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting