Assalamualaikum w.b.t
Korang sehat tak? Aku kat hospital ipoh. Korang datang cepat2 lawat aku meh '_' Dah masuk 3 hari akak kat wad Hospital Raja Permaisuri Bainun,ipoh,perak. Semalam aku yang jaga and maybe harini pun aku jugak yang teman akak kat wad sambil bergosip hangit.
Alkisahnya minggu lepas anak sedara aku patah bahu kat sekolah sebab tjatuh masa tersangkut wayar speker ape pom tah aku pom xpasti. Memang ngek betol pihak sekolah tak ade safety langsung padahal masa tu hari sukan. Pulak tu bile anak sedara aku yang cun tu jatuh, bleh plak cikgu suh dia duduk kat kusi pastu terus xdatang2. Hamboi ko ingat anak sdara aku tu kebas kaki je ke? Ggrrrrr. Korang bayangkan budak darjah 6 jln terhenjut2 kat public fon sebab nak kol mama dye yang ade kat padang. Yela xlarat kot dye nak pegi cari kakak aku sebab sakit. Lepastu akak aku terus antar spital. And you know what, bukan terseliuh ke ape je, tapi doc kata tulang bahu patah. Ggrrrr rasa nak cekik pihak skolah sebab abaikan safety and bleh wat duno je tanpa ambek tindakan kat student yang ada masalah,tambah plak masalah timbul kat sekolah kan. Suppose cikgu la yang hantar hospital. Cuba la ambek berat. Naseb la kitorang ne baek je tade nak saman ape kan. Hohoho. Kak long, cepat sehat tau nanti dah boleh bukak anduh and boleh ikat rambut sendiri. ^.^
Kononnya akak aku nak pegi lawat anak sdara aku dgn umi sekali. Aku memang kat kl plan pegi ngan along n family kat epoh. Nak dibuatkan cerita, pagi masa smpai kat epoh,akak aku yang ne pulak masuk spital, asalnya sebab gastrik. Tapi sebab dah teruk sangat, doc siap xray ,wat urine test,bla bla bla then doc kata ade jangkitan kuman kat hati. Haiii kakak sayang nape la jadi mcm ne pulak. Hati banyak sangat terguris tu sebab sakit. '_' *pang*
Hari minggu lab tutup, so terpkasa tunggu isnin baru leh dapat keputusan xray. Semalam hati aku sayu gila bila sorang patient meninggal dunia lebih kurang kul 12 semalam. Padahal sejam sebelum tu aku sempat bertegur sapa wlaupun arwah tpksa mggunakan gas oksigen. Suami arwah sabar menunggu smbil lap-lap badan arwah tanpa jemu. Betapa tingginya nilai kasih syg yg diberi. Arwah mengidap penyakit buah pinggang dan da masok sbulan kat hospital. Umur masih muda,25 tahun. Alfatihah buat arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa.
Ok nak sambung gosip. Hahaha. Bai!
0 comments:
Post a Comment