Followers

Wednesday, June 29, 2011

30 rahsia wanita yang lelaki patut tau. Betol ke taktau atau buat-buat taktau ni

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t



Hello comel! Korang buat apa? Aku tengah godek-godek cari bluetooth kat laptop along ni still tak jumpa-jumpa. Gggrrrr. Harini tetiba aku (ter)bangun awal. Tak tau napa padahal semalam kul 3 kot aku tido. Hah jangan kata aku mengulangkaji pelajaran ke ape, aku dah abes sekolah, eh bukan setakat sekolah tapi aku dah abes degree (syukur). So dah takde istilah aku rajin tahap dewa nak stayback study sampai mata lebam.

Pagi-pagi dah rindu gila ngan blog! Padahal hari-hari mengadap tapi aku malas nak update. Tambah pulak si makcik bluetooth ni tarak! Gggrrr. Korang tau x setting bluetooth kat mana ek dalam laptop? Jenuh aku cari tak jumpa. Laptop aku pun sedara yang setting, tu sebab semua dah complete. Padahal kalau buat sendiri, terhegeh-hegeh terus tak jumpa ape-ape function. haha

Pagi-pagi ne aku nak share ngan korang TIPS MENCARI PEREMPUAN CANTIK. Eh, ade ke? Hahaha. Silap la silap. 30 RAHSIA WANITA. haaaa ini baru betol. Korang mr kacak sila baca dengan penuh sopan ye. Jangan buat bising kat blog aku. Nanti aku upah korang ais-krim vanilla.


30 RAHSIA WANITA


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sumber : SINI

Masih tak paham wahai lelaki budiman?

Tepuk dada tanya hati.

Satu lagi aku nak tambah kat sini, wahai lelaki korang jangan sesekali menggatal nak curang. Kenapa? Sebenarnya wanita mempunyai hati yang sangat kompleks. Jangan cuba menguji nanti memerangkap diri sendiri. Seorang wanita/ isteri dapat membaca fikiran lelaki dan boleh menghidu setiap pergerakan korang. Silap haribulan korang yang menggatal nak curang kena sepak lajulaju! LOL

Sebenarnya al-kisah yang curang takkan timbul jika pasangan betul-betul ikhlas menerima, ikhlas menyintai pasangan masing-masing. Jangan lah sampai 2 3 tahun bermadu asmara tiba-tiba rasa dah 'eh dah bosan la'. Kes macam tu memang selalu timbul. Janganlah disebut 'bosan' berulang kali bila bersama pasangan. Itu yang akan membuatkan hubungan kalian betul-betul menjemukan. Tak perlu mencari yang lebih baik sedangkan dah terang terangan pasangan kalian memang yang terbaik. Alasan bercinta jarak jauh bukanlah alasan yang tepat. Kalau diri sibuk menggatal, padahnya adalah curang. Berada dekat atau jauh tidak penting. Yang penting adalah jujur terhadap pasangan. Kalau dah jauh, cuba la cara yang senang, sentiasa berhubung dan kalau rindu haiiiii sekarang kan zaman moden kau bukak skype dah boleh tengok ape pasangan korang buat! Kes curang ni seringkali timbul bukan disebabkan oleh lelaki je, tapi juga perempuan! Gggrrrrrr nape la kaum aku pon nak buat onar? Sorang tak cukup, nak berlebih-lebih amboii. Biasa orang yang tamak nanti last-last dia takkan dapat pape. Haaaaaaaa korang buatlah kalau nak rasa saket jiwa sepanjang hayat. hakhakhak

Waktu zaman sekolah memangg ye, kan cinta monyet la cinta macam-macam. Tapi bila dah meningkat dewasa, korang harus tahu konsep kekeluargaan dan cinta sejati. Dah besar & umur meningkat, tak usah la nak menggatal banyak-banyak kali bajet muda kan. Malu wooo orang tau kita gatal. Tak malu ke? Pasangan korang yang korang nak cari itu adalah peneman sepanjang hayat dengan ikatan yang sah. Bila korang dah jumpa orang yang korang sayang, yang sentiasa bersama susah senang, yang menerima kita seadanya, yang setia dan jujur, tak perlu dah korang menoleh belakang mencari yang lebih baik. Sebenarnya yang korang ada itulah yang terbaik untuk korang. Kalau dia boleh terima kita seadanya, mengapa tidak kita kan? Cuba belajar untuk setia. Sayangilah pasangan sebagaimana dia menyayangi dan menerima kita. 

Percayalah, sekali kita menyakiti seseorang,berdouble-double lagi rasa sakit yang kita akan dapat. Itulah balasan Yang Maha Esa buat orang yang tak reti-reti menghargai. Sedangkan menghargai itu lebih baik dari menyakiti. Kan bahagia hidup kalau sentiasa ceria bersama orang tersayang. '_' ye dak?

Wanita Hawa diciptakan dari rusuk kiri Nabi Adam, bukan dari kepalanya utk dijunjung, bukan dari kakinya utk dijadikan pengalas, tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dgn hati utk dicintai.


Nota kaki : Tetiba aku rasa macam jadik ahli psikologi ne apehal? *pang*

www.tips-fb.com

12 comments:

Ronaldmohoni on June 29, 2011 at 10:13 AM said...

wowowo... point2 yang bermakna.... take note...

nurmohd619 on June 29, 2011 at 12:08 PM said...

hehee....bluetoth nye setting selalunye kat control panel..huhuu

MalizaMah on June 29, 2011 at 12:23 PM said...

walaupun saya pompuan.. saya suka baca.. sbb nk tahu juga pasal diri sendiri...
like..
drop by baca entry n klik2..
singgah2 di laman saya n klik2...
terus menyokong tabung nffng....

Ken Wooi on June 29, 2011 at 2:01 PM said...

read this article many times, in english.. pretty true :)

LittleGurl on June 29, 2011 at 3:22 PM said...

ronalmohoni : hehehe cepat take note! ;P

LittleGurl on June 29, 2011 at 3:23 PM said...

nurmohd : tak jumpe pom awak.kite da try wuuu wuuu TT__TT

LittleGurl on June 29, 2011 at 3:25 PM said...

nurmaliza :hehehe ywp kadang kite pompuan kena ambek tau jgk bnda2 camni. yg baek kite ikot,n agak2 mcm over sgt tu kite jauhkn. hakhakhak. orait nnti kite terjah ek! ;D

LittleGurl on June 29, 2011 at 3:27 PM said...

ken :tq for reading again ken ;D yewp,the truth.

Roti Telur on June 30, 2011 at 10:43 PM said...

baru tau rahsia2 ni..huhu..

amy azuha on June 30, 2011 at 10:53 PM said...

wahh! info menarik..nak share lah :)

LittleGurl on November 9, 2011 at 11:57 AM said...

roti telur : eheeeeee ;D

LittleGurl on November 9, 2011 at 11:58 AM said...

amy zuha : eheeeee my pleasure babe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting