Pagi tadi aku malas gila nak bangun. Umi dah kejut banyak kali sampai berbuih mulut dia bebel tapi aku tetap jugak liat bangun sambil peluk erat bantal ikan comey aku tu. Ggrrrr anak dara ape malas bangun. Memang perangai melampau dah aku rasa. Siku kang. Wakakaka.
Sekarang hambek kau dah kena tinggal dengan umi and akak. Pagi tadi bukan main umi kata kalau ikut nanti boleh la pergi jalan-jalan. Sebab biasa pagi-pagi umi pergi kedai jahit. So,timing keje umi and akak adalah sama. Means that kalau akak aku pergi keje kul 8.30 pagi, umi pon sama la jugak. Balek pon sama jugak ikut timing office hour. Sebab akak aku yang hantar umi pergi kedai, bukan umi pergi sendiri pon. Umi dah de lessen kete uols, jangan main-main. Anak bongsu dia ne je yang hampeh tatau bila nak ambek lesen. Hey apehal cite dah melalut ke situ? Dah dah stop cite pasal lesen ne nanti buat emosi terusik.
Umi and akak memang tau aku ne memang pantang nak keluar sikit, mesti nak ikut. Padahal pergi tesco je pun. Haha. Tapi apesal la pagi tadi bukan maen liat aku nak bangun. Dari pagi tadi bila aku bangun, aku bosan(lah sangat) tahap cacing kepanasan -----> bukan kalau cacing kepanasan tu maksud dia panas-panas? Sampai sekarang umi and akak tak balek lagi. Dah banyak kali aku jenguk luar tapi hampa yang aku rasa. Last-last aku message akak tanya bila nak balek. Hahaha. Gila desperate aku.
Kring!kring! (psst psst bunyi asal bukan camni tau)
Akak : Nape message tanya bila nak balek? (hahahahaha gelak macam ponti *ceh*)
LG : Rindu…wargghhh!! (kahkahkah berbulu telinga dengar ayat ne)
Akak : Tu la orang ajak pagi tadi tanak ikut. Kitorang pergi shopping!!!
LG : sobsobsob.
Akak : Tanak tanya ke tu umi tengah makan ape?
LG : Mesti ayam goreng Edlee tu….
Ayam Edlee tu lebih kurang macam ayam mcd la. Kat Kelantan boleh tahan femes la jugak. Aku tatau la tempat laen korang ade tak tempat jual western food macam tu. Ade kot. Aku ne hantu ayam goreng. Memang suke gila! Hah korang jangan cakap aku macam upin & ipin. Haip!
LG : Errr..malam ne nak makan ape?
Akak : hahahahahahaha
Ceh kurang asam betol. Dia gelakkan aku. Ok fine fine. Aku ne memang jenis hari-hari akan tanya pasal makan. Hahaha. Perut aku ne macam pelik sikit. Dia cepat sensitif. Kalau aku tak makan, mulalah nak meragam rasa panas-panas macam lava nak meletop. Lepastu isi perot aku ne mudah sangat nak keluar. Kira kalau kau makan, kau terus nak buang. Paham? Fuhh, sangat aktif. Paling aku tak suka, tiap kali aku makan walaupon melantap 10 pinggan, dalam masa 4 jam lepastu aku mesti rasa lapar balik. Haha. Gila punya perut. Eh, korang rasa aku simpan toyol ke ape? Grrrr
Itu hari aku tengah belek-belek majalah lama, aku terbaca la 1 isu mengenai penukaran jantina. Dengar tajuk pun aku rasa dah geli gelimat. Terbayang-bayang disiat-siat macam kulit ayam. Yucks!
Aku tak paham la nape orang sanggup nak tukar jantina. Bukan setakat tukar jantina, tapi tukar pulak organ fizikal dorang semata-mata nak kasi ade bentuk macam jantina yang dia nak. Omaigod! Tak saket ke?
Dalam majalah Jelita edisi 1994 (fuuh!), siap tunjuk lagi step macam mana pembedahan dilakukan untuk kemaluan lelaki kepada pompuan. Aku ade ambek gambar untuk berkongsi dengan korang. Yes, korang mesti rasa macam geli semacam tengok gambar ne terutama bagi lelaki. Aku bukan sengaja nak tunjuk (padahal memang saje je pon!), aku cuma nak korang pikir baik buruk sekiranya buat sebarang pembedahan untuk tukar jantina. Selain melibatkan kos yang mahal, pembedahan ne kasi kesan yang mendalam kepada korang! Bukan setakat ngilu kena POTONG, tapi korang akan mengalami kesakitan sepanjang hidup! Eeuuwwww
Untuk memastikan kesihatan yang baik dan tidak memberi kesan negatif kepada kesihatan, jauhkanlah benda-benda macam ni sebab tade apa-apa kebaikan pun. Even melalui pembedahan sekalipun, lelaki yang nak jadi perempuan tetap xkan dapat mengandung sebab dorang tade rahim seperti kaum hawa.
Dan memang jelas perbuatan transeksual ini dicegah dalam Islam.
“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain daripada Allah, maka sesungguhnya rugilah dia dengan kerugian yang terang nyata…” [Surah al-Nisa' ayat 119].
Memang betul kadang kita tak paham erti hidup seseorang yang hidup dalam konflik jantina sendiri. Lelaki tapi ade sikap perempuan. Wanita tapi nak jadi lelaki. Dan banyak kes berlakunya khunsa dimana mereka keliru dengan jantina mereka sendiri kerana mempunyai dua organ kemaluan yang berbeza. Bukan mudah untuk mereka hadapi perkara sebegini. Yang penting kita orang yang terdekat kasi sokongan kat dorang. Jangan bagi dorang lemah semangat dan nak buat benda-benda x senonoh macam atas ne. Bukan dapat apa-apa kebaikan pun, itu hanya untuk kepuasan sahaja. Ada banyak kesan-kesan yang tak baik hasil dari pembedahan jantina. Boleh jenguk SINI
p/s: asal aku rasa macam dalam hati ada taman je 2 3 hari ne? buang tabiat ke ape.
7 comments:
oucchhh...geli meh..
ni la tugas kite sbg saudara sesame islam... nasihat-mnasihati ke arah yg lbh baik
cuba tngk video pembedahan tu pulak...ngeeeeeeeeeeeee...~~
cuba tngk video pembedahan tu pulak....
errr...lagi seram tgk kt youtube...
wau...eee...
serammmmm...x de pedoman jew buat mcm nie..
Post a Comment