Aku yakin semua orang tengah tido tapi aku takbleh nak tido. Korang jangan sebok nak tanya kenapa nanti buat hati aku panas-panas macam goreng pisang panas haaaaaaaaaaa. Kite bakor! Kite bakor! Eceh tetibe macam nak emosional kan. hahaha. Padahal aku tengah happy goyang-goyang kaki sambil tulis belog. Eh bukan goyang kaki masa baring takleh eh? Ok fine aku taip sambil berdiri! >.<
Aku takleh nak tido neh sebab teringat Daudsu yang hot hot spicy tadi. Kau tengok? Aku tak pergi stadium jadi aku membulatkan mata tengok astro arena sambil makan ayam Edlee bersama fries. Sangat hot Daudsu malam ne sampai aku menjerit wah!daudsu daudsu daudsu sampai empatpulohempatkali (tipu). Sebenarnya aku tak kenal pun sape Daudsu yang aku kenal cuma tunang kak elia, si apek khairul fahmi tu. Alah si keeper gorgeous yang sepantas kilat menolak bola-bola yang ditendang keras oleh pihak lawan (teruja!). Kenal? Taktau la kalau tak kenal. Grrrr. Suka tengok apek jaga gol tadi hebat! tetiba.
Tapi tadi kan tibe-tibe aku dah kenal Daudsu wah! Kalau lah dari dulu aku kenal kan best sebab hensem (ke??.....).
Tapi kenapa Daudsu kenapa?????????
Tapi kenapa Daudsu oh kenapa pegi sumbat goal sendiri tu tadi dengan tuan-tuan sekali dah masok goal tu haaaa......Sobsob. Aku dah bangun sorak-sorak kegembiraan di saat RW menyumbat goal pertama tadi tibe-tibe terduduk atas sofa sambil mulut ternganga dan berkata 'ape you dah buat ne Daud?' uwaaaaaaaaa!!!
Ya memang aku warga Kelantan. Tanah tumpah airku yang ku sayang yang ku puja. Kalau tak sayang negeri sendiri nak sayang negeri sape kan? Takkan Denmark kot. Eh Denmark tu negeri ke? Bhahaha. Ya aku memang sokong Red Warrior takkan tetiba aku nak sokong Sang Penyu padahal aku lahir kat Kelantan kan nononono cannot lah. Aku memang penyokong setia Red Warrior walaupun aku tak pegi konvoi semalam naek kereta menghala ke stadium bukit jalil. Aku kan penyokong sejati yang bersopan santun padahal bila jerit masuk goal suara aku macam speaker, satu kampung boleh dengar. TT__TT.
Sedih sangat bila si Daudsu tersumbat ke dalam goal sendiri bermakna Sang Penyu mendapat mata yang sama dengan pasukan Kijang (Red Warrior). Rasa nak nanges tapi aku masih cool. Tape tape cuba lagi masih ade masa. Tapi bila Sang Penyu dah mula bangkit semula, apelagi kan teros gasak lagi sumbat goal yang kedua. Haaa time tu aku dah macam mayat hidup tak bangun-bangun kat sofa sambil memegang kepala seolah-olah diserang saket kepala yang amat dasyat dan menjerit 'OH TIDAK!!!'
Rasa dunia dah berputar-putar (eceh hiperbola lebih). Lepastu tetiba umi cakap 'Biaso lah tu adat pertandinge ado kaloh ado mene'. Tak semena-mena aku dah tak rasa berputar-putar dah. Terima kasih umi sebab mengelakkan adik dari terhisteria kat depan tv. eeuwwww adik? (pitam)
Ok tu status aku tadi bila dah confirm Sang Penyu dah jadi Juara Piala FA. Biasalah adat pertandingan. Takkan dua-dua boleh menang, ye dak? Laen lah kalau macam aku sparring taekwondo zaman sekolah dulu, emas tak dapat, perak tak dapat, so gangsa dapatlah tapi kongsi ade dua orang. Ado bola pun cemgini? Tade tade. So kita kenalah terima dengan hati terbuka. Papepun sayang sangat kat Red Warrior! Korang dah buat sehabis baek. Penat atas padang bola hanye korang je yang tau tambah pulak 30minit masa tambahan fuhh. Aku tade pon salahkan abg Daudsu (wah abang?) tu sebab setiap orang ade buat kesilapan kan. Dia mungkin nak tanduk keluar dari gol sebab nampak macam dah dekat je. No one's know. Belajar dari kesilapan lebih baek kan? Korang tetap dalam hati! GOMO KELATE GOMO, GOMO KELATE SOKMO eceh ne slogan aku. hahaha
Pssstt pssssttt tadi sebelom jenguk Red Warrior & Sang Penyu berentap kat padang bola, aku keluar jalan-jalan dengan umi dan kakak. Perghhhh tibe-tibe hari ini dalam sejarah jalan lengang semacam. Mana taknya cuba kira berapa ribu orang kat stadium tu warga kelantan yang sanggup berjalan jauh dari kelantan ke stadium bukit jalil?
Oh warga kelantan yang masih belum pulang tu sila lihat ne depan wakaf che yeh you tau tak jalan lengang semacam? See?
Lepastu tiba tiba wujud kereta berduyun-duyun macam ne. Dah macam parking lot kat hospital pun ade. Dorang bukan lepak kedai makan main daun terup ke maen haji ke hisap shisha ke tak tak tak.
Dorang tengok Piala FA. TT__TT
Sanggup berhenti kereta sebab takut terlepas aksi hebat pemain RW kan. Tapi asyik peluang goal RW terlepas je. Haish. Terus pecut kereta lajulaju nak sambung tengok kat rumah. hahaha.
Aku rakyat Kelantan pun rasa terharu gila dengan sokongan rakyat sendiri. Jiran kat sebelah rumah aku ne pun suami isteri sanggup tinggal anak-anak kat rumah dengan atok dorang semata-mata nak bagi sokongan kat RW. Ne yang buat aku sayang lebih ne ecececece!
Ok lah nak tido mimpi Daudsu!
hahahahaha eh tak tak nak mimpi orang tu.
lalalala >.<
5 comments:
btw,bole tanye x ni lgu ape..huhu sowi la,sy jakun cket bab2 lgu neh,heheh
ne lagu tajuk 'rapuh' by opick ;) boleh download kat 4shared.com lau nak ;)
1st masuk blog u, boleh tahan..keep up
tengkiu jon ;)
daudsu tu jenuh kena taji kat bilik persalinan
tapi nor idlan talaha mamat teranganu tu sudah ucap terima kasih kat daudsu kerana kalau talaha yang jaringkan nampak tak best
Post a Comment