Followers

Thursday, June 9, 2011

Review : Cuti sekolah yay!

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Hai kawan-kawan! Cuti sekolah best tak? Saya pergi jalan-jalan dengan keluarga saya. Awak pergi bercuti kat mana? Saya gembira sangat dapat keluar dengan keluarga saya. Kami pergi kenduri, pergi pantai. Gembiranya saya! (ayat nak kena lempang!) hahaha

Eh itu ayat budak-budak sekolah dulu kan kan? Korang pun macam tu jugak ek? Ke aku je macam tu.. wwuuu wwuuu TT__TT

Skema gila waktu sekolah kan kadang rasa malu dengan diri sendiri. Biasa la dulu lemah lembut,  suci murni. Sekarang ni pun dah rasa macam skema semula. Tapi kurang lembut-lembut macam dulu. hahaha

Pastu mula nak nyorok bawah meja, konon ayat skema macam tu dah lapuk.

Eh, tak lapuk pun.

Ayat skema adalah cool. Bahasa budaya kita!

Nape akhir-akhir ne macam nak jadi kanak-kanak je. Buang tabiat ke ape.

>.<

Ok dah cerita pasal ayat skema. Entry kali ne pasal cuti hujung minggu haritu sebenarnya. Hey! Saya bukan budak sekolah la. Saya dah besar, dah tak layan cuti sekolah. Saya cuma layan spongebob squarepants yang pakai spender putih tu dan wonderpet wonderpet kami dating!yayyy!!wonderpet!yaayy!!!!!  LOL

Abang tersayang & his wife balek hujung minggu haritu. So, kami sume berpakat untuk pergi kenduri kat Kuala Nal, Kuala Krai pada Jumaat lepas! Lama gila tak pergi rumah mak sedara ai sebab ai kan sebelum ne dok Amerika (eceh) hahaha. And one more thing ai takleh nak drive kalau dah boleh drive ai pergi tiap-tiap minggu sana tau. Auuuwwww so sweet!


My sis memang suka mulot muncung macam ne TT__TT

Kenduri ne bukan bermakna my cousin kawen pun, tapi anak kepada abang kepada bapa saudara (sabit) yang kawen. Paham tak? Rumah dia kat depan rumah my auntie je pun.

Bila sume dah ade ne so kitorang konvoi ramai-ramai. Konvoi 2 kereta je beb! Hahahaha. Bajet macam ramai sangat. TT__TT


Al-kisahnya pulak kat rumah pengantin xdapat nak snap snap gambar pengantin sebab pengantin tutup pintu bilik rapat woi tengah buat ape tu dalam bilik berdua??? Wakakaka. Haip! Pengantin lelaki belom sampai la. Si pengantin tengah make-up tu. Haish geram ai. Ggrrrrrrr.  Baru nak tengok muka berseri-seri si pengantin tu nak sorok pulak. TT__TT. Tambah pula dorang takde pun buat pelamin kat luar, dorang hias dalam bilik je. Padan muka sebab pergi awal sangat. So,tunggu ape lagi terus turun then makan puas-puas pastu lepak-lepak rumah mak sedara.




With our cousin, Kak Leen







Tengah pikir bape orang nak jemput datang kenduri nanti haha


Kelakar umi masa ne tiba-tiba angkut kerusi duduk luar rumah jauh dari orang laen. Haish. Dah macam atas pelamin pulak tang tangan tu ecehh.


Si panglipur lara (betol ke eja macam ni?)

Lepas balek dari kenduri, terus solat kat rumah, siap-siap then pergi pesta pantai yahoooo!! Hahaha esaited gila nak pergi pantai. Padahal bukan esaited nak join pesta tu pun, saje nak cuci-cuci mata eeuwwww eeuwwww. My previous entry ade tulis kan 2hb Jun 2011-12hb Jun 2011 merupakan pesta pantai di pantai bachok. Masa aku pergi ne tak sempat nak jenguk ape program untuk haritu sebab dah lewat. Yang aku sempat cuma tengok list aktiviti sepanjang pesta pantai berlangsung. Ini adalah aktiviti yang akan berlangsung sepanjang program tersebut :

-  Pertandingan monyet pintar
- Pertandingan membina istana pasir
- Berkayak (dan permainan air yang lain. Lupe lak ape)
 Persembahan wayang kulit
- Aku dah lupa ape aktiviti dia, tapi yang pasti banyak sangat sampai aku dah lupe and sume menarik!!!!!!!

FYI, kat pantai bachok memang femes dengan barang-barang bundle kat sini. Aku dah penah cerita sal barang bundle kat SINI. Orang kata kat Pasar Baru, Bandung adalah syurga membeli-belah kan. Kat sini pulak kira macam syurga bundle. Perghhhh banyak sangat barang bundle sampai dah saket idung den menghidu bau bundle kat sini. Tapi apela naseb waktu tu aku tengah sengket (poket kecut) so meleleh jela tengok barang murah kat situ. Wuuu wuuu. Kata nak pergi jalan-jalan cuci mata tengok jejaka hensem, ye dak? Haip! Jejaka plak. Bukan bukan. Cuci mata tengok barang bundle tu la. Haish~ Babap kang! Haha

 Jom terjah!








See orang berpusu-pusu kat area sini. Kalau nak dekat malam, hai makin ramai la manusia.
Macam-macam ade jual. Kira macam pasar malam. Eh lupa nak bagitau. Sebelah gerai-gerai bundle ne ade pasar malam besar-besaran. So,korang boleh shopping sambil makan keropok lekor plus coconut shake dengan enaknya!


Budak(lah sangat!) ini memang dah plan nak shopping bundle. 
Macam perempuan dah pilih lama sangat. TT___TT


Umi tengok ape tu?


Ouh patutla ade jins shamsudin kat sini. Eh bukan-bukan. Ade orang jual jeans rupenye. Heeeeeee. My bro beli jugak 1 only RM30! Levis you. Kaen cantek lagi mane mau dapat ini macam harga?

Ok smart! Ambek duapulohribupasang.



I love nature.


Umi dah penat tunggu anak teruna (eh tak teruna dah la!hahahaha) dia shopping boxer plak.



Untuk tidak mengkonpiuskan orang ramai, baeklah saya berterus terang. Kami bukanlah datang sini konvoi beramai-ramai naik vespa. Ini vespa curik HAHA. Entah sape punya tibe-tibe budak atas ni gatal nak bergambar. Nasib la vespa cun. Ekekeke. And nasib baek jugak lepas ambek teros bangun sebab tiba-tiba tuan vespa dah datang. Larrriiiikkkk!!!



Eceh! Gaya sakan! Gggrrrr

Lepas jalan-jalan menghirup udara nyaman kat pantai, kita pergi makan pulak kat Juara Ikan Bakar, kat Kubang Kerian. Sodap!!!






Banyak pilihan kat sini. Boleh pilih ape saja yang kite nak. Nanti dia akan tolong masakkan samada nak masak goreng-goreng, masak pedas, bakar atau ape-ape jelah. Kat sini memang femes dengan ikan bakar yang perrghhhh best sangat! Isi ikan memang tiptop! Dah nama Juara Ikan Bakar, for sure ikan bakar yang paling femes.




Kat sini pun ade jugak masakan panas yang laen. Macam-macam ade. Malam tu kitorang just order sup tulang dan kailan ikan masin sebagai menu tambahan.


Sup tulang (dah nak abes ni)


Kailan ikan masin (untuk sorang je)


Sotong celup tepung nyum nyum my pebret!




Yay! Berakhir sudah episod cuti hujung minggu! Ok dah boleh rehat maen game Hell’s Kitchen sampai muntah.



www.tips-fb.com

2 comments:

KAMIHIDUP on June 9, 2011 at 3:32 PM said...

fuh, vespa. :)

Siti Hajar on June 9, 2011 at 6:19 PM said...

terase rindu msia tengok entry nie... huhuhuhu... :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting