Followers

Saturday, June 25, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t


Hello saya kat Kolumpo! Hoyeah. Ok macam first time jejak kaki kat Kolumpo. *pang*


Semalam badan lemah gila. Penyakit macam ni timbul bila kaki terkejar ke sana ke sini setel segala hal. Semalam tarikh last batch aku kena ambek thesis kat UiTM s.alam dihati. Aku dah mention kat SINI yang result dah kua then aku dah boleh grad yay! Cuma bezanya aku punya course masa buat thesis aritu kitorang tak teros siapkan hard cover. Tapi just binding macam biasa sebab tak tau lagi perlu ade correction/comment pape dari panel. So, hari khamis aku naek bas pegi shah alam dari kelantan. Terus lepak-lepak ngan kawan kejap kat bustop shah alam, solat, brekpes kat seksyen 2 makan nasi lemak dengan tea beng (tea ais okeh) padahal jam baru menunjukkan tepat 7.30 pagi dah teguk ais. Gggrrrrrr. 


Sampai kat uitm terus lepak kat surau plak dengan beg camping aku besar gedabak. Lap-lap badan terus pegi jumpa lecturer. Eh, lap-lap tu kira mandi la kan? wakakakaka. At least aku gosok gigi. Erk


Alhamdulillah dah setel ambek thesis dengan supervisor then dah boleh buat correction. And you know what aku macam 'heh?' asal tetibe supervisor tak banyak cek je. Padahal aku dah tanya dah Puan Hashiah then dia kata aku punya thesis tak banyak correction. Eh ini thesis kan bukan assignment? Tetibe aku rasa macam teruja. Ok maybe aku focus terlampau kot masa buat thesis tu sebab tade salah. hahaha. *pang*. Pulak tu yang maken buat keje aku senang alkisahnya panel (2nd reeader) merangkap lecturer uitm perak tak return balik aku punya thesis. So, tatau ape comment lecturer sana. Tapela kan sebab result dah kua (nasib baik). Means that aku just focus kat thesis yang panel s.alam (1st reader) check merangkap supervisor aku sendiri. 6 minggu lagi kena hantar thesis hard cover and 2 cd. Ok mitak-mitak sume berjalan lancar. Amin.


------------------------------------------------------------------------------------
Korang pernah tak rasa sentap tiba-tiba pastu mula la nak maki hamun orang tak tentu pasal? Tak pun ade orang tumpahkan air kat baju korang terus terkeluar ba** kau! Padahal orang tu tak sengaja. Tak pun orang sakit kan hati korang terus dalam hati #%$#%^$%^$%# macam-macam korang maki hamun kan. 

Korang rasa bila keluar kata-kata macamtu rasa puas hati ke tak? Yes aku pun pernah jugak rasa panas hati bila ada benda tak kena. Tapi aku tak rasa dengan cara maki hamun orang, segala masalah boleh selesai dengan jayanya. Sebagai contoh jalan tengah jam, korang dop sumpah seranah dalam kereta tak pasal-pasal. Konon nak lepas tekanan. Padahal membazir air liur je pun. Jam tetap jam kan.

Bagi aku 'budi bahasa budaya kita' memang patut diserap baik dalam jiwa setiap orang. Memang kita manusia takde yang sempurna. Tapi kalau nak berbahasa apatah lagi dengan orang yang lebih dewasa,malah dengan orang yang lebih muda juga ada caranya. Jangan pulak dengan status orang lain yang lebih tua, nak panggil 'kau' 'aku'. Hamboi. Tak baik tau....

Bila nak marahkan sape-sape pun janganlah terkeluar habis kata-kata 'panas' sampai nanti orang boleh bercakap bukan-bukan tentang kita. Tak elok la mcmtu. Nak marah pun ade caranya. Aku pun dulu ade jugak time nak marah rasa nak bako!nak bako! ahaha. Sekarang pun aku tengah belajar cara-cara nak lembutkan hati bila rasa marah.

"You,nape you curik kereta aii. Sampai hati u curik kereta aii. I beli dengan hasil titik peluh aii tau,bukan titik peluh you. Tape,tape, Dia Maha Kuasa, you akan dapat pembalasan yang setimpal. sobsob"

So sweettttttttttt kan?

Aku suka sangat baca post status facebook/blog orang lain yang tengah marah tapi ayat-ayat memang sweet meletop. hehehe. Sebab orang yang hati sweet-sweet ne hati lembut. waaaweeeeeee. Lagi-lagi ade orang dalam facebook tiap-tiap hari asyik dop maki hamun kan memang aku terus block user. Hidup aku pun jadi tak tenang sebab asyik nampak ayat panas dia je kat news feed aku. hahaha

Jangan sampai orang kata 'eh budak ni umur berapa ne?ayat kurang ajarnyaaaaaaaaaaaaaaaaa dop maki hamun org!' 

Aku pun pernah barang kena curik. Memang sakit hati. Tapi bila pikirkan balik, tade guna kita nak maki orang, xguna kita nak doakan orang dapat balasan yang teruk, hidup tak sempurna atau ape-ape jela. Sebab setiap doa kita yang tak baik, akan berbalik pada kita semula. Setiap yang terjadi ade hikmah disebaliknya. Anggap je kalau barang hilang 'ala,esok boleh beli lagi' wuuuu wuuuuu padahal dalam hati 'WAAAAAARRGGHHHH'. Sabo ajela.

Selain kata-kata gaya lenggok badan pun mainkan peranan yang baik. Err maksud aku bukanlah korang perlu menayang badan. Maksud aku cara layanan korang kat orang lebih tua, orang lebih muda dan juga kanak-kanak. Jumpa orang lebih dewasa terus salam, mulut jangan tak senyum, korang tunjuk gigi besi korang pom tape asalkan senyum ikhlas. Aku pun sedang belajar selok belok nak ambek hati bakal mentua orang tua. Bukan nak tunjuk baik, tapi benda macam ne sebenarnya amat perlu. Orang mungkin akan kata 'eh benda macam ne pun nak kena belajar ke'. Benda simple macam ne la orang kena banyak tau. Sebab memang ade segelintir yang tak tau nak hormat orang tua/dewasa. Mak sedara/pak sedara datang rumah terus masuk bilik tutup pintu kuat-kuat, jenguk tunjuk muka pon tidak. Depan orang lebih tua pun tak salam langsung, konon jawapannya 'ala selalu jumpa kalau balik kampung'. Kau balik kampung hari-hari ke setahun sekali? 

Dengan kanak-kanak pun jangan ingat korang main cakap ikut nafsu je. Budak-budak zaman sekarang dah cepat matang berbanding kita zaman sebelum ne. Yang dewasa kena la bercakap elok dengan orang yang lebih muda. Barulah jadi idola bagi kanak-kanak sedunia, ye dak? Kalau guna ayat tak bertapis, silap haribulan budak kecik pun dah jadi macam kakak/abg korang. 

Aku nak kongsi ngan korang artikel yang aku google. Aceli bukan artikel kot. Aku google then aku nampak page ne. Maaf entry kali ne panjang sangat so korang baca dengan sabar & sopan ye.
------------------------------------------------------------------------------------
Budi diberi erti oleh Kamus Dewan sebagai: 
1. Akal, kebijaksanaan
2. Perangai akhlak, watak, sifat baik, perbuatan baik
3. Kebajikan – merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang – tidak lupa akan kebaikan orang
4. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. 

Berbudi bermakna:
1. Berakal, bijaksana
2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan
3.baik hati, pemurah.
Berdasarkan kepada makna yang diberikan oleh Kamus Dewan itu wajarlah apa-apa yang sedang terjadi dan dilaksanakan oleh pemerintah masa kini dengan Kempen Budi Bahasa yang begitu meluas. Pelbagai poster dan iklan, dalam pelbagai media elektronik mahupun cetak yang memaparkan slogan kempen Budi Bahasa Budaya Kita.
Sekali imbas kempen itu seolah-olah tidak memberi makna yang besar kepada individu, kumpulan mahupun masyarakat kita umumnya masih banyak perlakuan zalim, pencerobohan dan tindakan yang tidak berbudi bahasa terjadi dalam masyarakat kita sama ada pada peringkat individu biasa mahupun yang mempunyai kedudukan. Apapun kempen itu pada hakikatnya amat penting sekali agar penduduk, rakyat iaitu individu, kumpulan mahupun masyarakat kita pada keseluruhannya hidup dalam keadaan berbudi. 

Memang hal yang seperti itu tidak mudah mencapai matlamatnya, namun dengan kempen yang seperti itu dan dilaksanakan secara terus menerus setidak-tidaknya menunjukkan masih ada manusia mahupun kumpulan dalam masyarakat kita yang melihat bahawa gejala buruk, dalam apapun bentuknya yang terjadi dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada ketiadaan budi, berpunca daripada ketiadaan akal, ketiadaan kebijaksanaan, menularnya perangai-perangai dan tabiat yang buruk.

Begitu penting dan besarnya makna dan hakikat budi dalam hidup individu, kumpulan dan masyarakat Melayu. Dilihat dalam aspek lain ia selari pula dengan pegangan pentingnya akhlak dalam kehidupan kita sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah sifat-sifat tak berbudi atau sifat-safat tercela mereka yang hidup tidak berbudi itu? Antara lain dapat senaraikan di sini ialah amarah, dendam, iri hati, kikir, sombong, angkuh, congkak, suka berkhayal atau panjang angan-angan, suka mempamerkan diri (dalam semua aspek kehidupan), cinta pangkat dan kekuasaan, besar mulut, sombong, merosak hubungan nmasyarakat, suka mencampuri urusan orang lain, tamak.
Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang hidup dikawal oleh budi. Antara lain adalah cintakan ilmu pengetahuan, sabar, suci batinnya, murah hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur, waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk, bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah s.w.t.
Begitulah pentingnya budi dalam kehidupan sesebuah masyarakat, apatah lagi dalam sebuah masyarakat pelbagai bangsa, etnik dan agama sebagaimana Malaysia ini. Apabila semua individu, kumpulan dalam masyarakat menghayati hidup berbudi dengan sebenarnya-benarnya maka dengan sendirinya lenyaplah segala mala petaka yang dilakukan oleh tangan manusia. Tidak adalah lagi bunuh, rogol, samun, rompak, segala macam bentuk penyalahgunaan dadah, rasuah, penipuan peringkat kecil/rendah mahupun peringkat tinggi kecurian dan kehilangan harta benda pun tidak akan ada lagi. Yang miskin ditolongi, yang kaya dihormati, yang berkedudukan dimuliakan kerana kedudukannya. Yang alim diminta barakahnya. Yang berpengetahuan diminta ilmunya.
Rupa orang yang dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi. Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin menuntut balas. Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu tersebut ia mudah ditakluki oleh akal.
Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang daripada orang yang mendapatnya. Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam (hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan peribadi orang lain.
Tidak kurang hebatnya ialah sifat kikir (bukhl). Allah Swt berfirman (Maksudnya): “ Dan sesiapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-Hasyr[59]:9). Berlawanan dengan sifat kikir yang bermastautin dalam rumah orang-orang yang tak berbudi ialah kedermawanan, iaitu memberikan kepada orang lain apa-apa yang melebihi daripada keperluan sendiri, sifat yang mementingkan orang lain (itsar)adalah lebih baik kerana itu adalah darjat tertinggi dermawan.

Congkak (‘ujd) juga bahagian daripada rumah orang yang tak berbudi. Congkak adalah sejenis sifat tinggi hati yang muncul dalam diri seseorang apabila dia membayangkan dirinyalah yang sempurna, baik pengetahuan mahupun perilakunya. Hidup bersama sifat congkak ialah sifat terpedaya (ghurur) iaitu suatu sikap yang meyakini sesuatu yang bertentangan dengan kenyatan dan jiwanya menerima terhadap apapun yang bersifat khayal dan samar-samar serta menurut hawa nafsunya sendiri. Ada banyak orang yang ditawan nafsu ini seperti misalnya berpakaian seperti orang salih atau alim dan seumpamanya.

Tidak kurang buruknya ialah sifat yang dinamakan Ingin di Puji (Riak). Dalam apa keadaan pun mereka yang bersifat begini senantiasa ingin dipuji. Kalau tidak mendapat pujian, biasanya ia menjadi sangat marah. Di sinilah duduknya para pengampu dalam masyarakat kita, sebab ia membuat sesuatu tidak ikhlas.

Sifat Ingin di Puji ialah Cinta Pangkat (hub al-jah wa al-riyasah) juga satu penyakit orang tak berbudi yang juga sukar diubati. Orang yang mendokong sifat ini jauh sekali daripada ikhlas. Sifat ini tercela kerana ia mendorong pada hal-hal yang diharamkan dan kepada hal-hal yang tidak dianjurkan. Seperti misalnya menyebut dosa mereka yang telah mati, cerita fasak perempuan, berdebat bersaing-saing, berbicara dengan gaya yang angkuh pura-pura, menghina cabul, mengutuk, mengejek, ceroboh, mencemoh, membocorkan rahsia, berdusta, memfitnah, mengumpat dan yang seumpamanya. Sesungguhnya tidak banyak yang menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa bahaya lidah amatlah besarnya.

Sifat buruk lainnya ialah Berhias Kerana Makhluk (al-tazayyun lil-khalq). Para pencari kebenaran al-Khalik mengelakkan daripada melakukan perbuatan ini kerana ia menjadi penghalang, mengganggu perhatiannya daripada hanya mengingati Allah Swt. 
Hakikatnya yang terpuji itu, budi luhur itu adalah sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat-sifat tercela yang disebutkan itu.
Ingatlah, Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “Dan telah Kami (Allah) jadikan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami rendahkan ia sehina-hinanya, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih.” (Surah Al-Thin: 95: 4-6).
Lebih lanjut : CLICK SINI


------------------------------------------------------------------------------------

Kesian kat hati asyik sakit. Mari kita tenangkan hati biar hati gembira setiap hari. ^.^

Kita manusia yang tidak sempurna. Dan kita juga tidak layak untuk menghukum orang lain dan memperkecil-kecilkan setiap kelebihan atau kelemahannya. Mari kita sama-sama renungkan kelemahan diri dan cuba perbaiki diri demi kebaikan bersama. 


Nota kaki : Kerana mulut badan binasa.
www.tips-fb.com

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting