Followers

Monday, June 27, 2011

#1 HAPPY BUFDAY buat kakak sulong

Broommm..Broommm by LittleGurl
Happy Bufday buat kakak tersayang on 23th Jun. Aku busy (eceh) so tak sempat nak post entry bufday gilang gemilang untuk kakak aii yang cun superduper cun ni. 


"Along, semoga sentiasa dirahmati Yang Maha Esa dan mendapat kebahagiaan di dunia & akhirat. Amin"

Along aku ne seorang yang sangat loving walaupun kadang kala macam garang. wuu wuu. Macam garang je tapi dun wori dalam hati ada taman bunga ros. ngeeee ^.^ Biasa la kakak sulong memang wajib kena buat garang kalau tak adik-adik naik tocang. Hahaha. Lain la kalau aku nak garang-garang memang kena siku dulu kot. Sebab nanti yang lain mesti akan cakap 'eh mana boleh cakap ngan kakak macam tu' 'jangan lawan cakap abg'

wuuu wuuu memang nasib jadi adik bongsu sebab takleh berlagak jadi kakak. Eh da nama pulak bongsu kan mana ade adik so takleh nak membuli. sobsob. 

Papepom sangat best sebab ade kakak & abang sebab rasa macam dihargai dan disayangi. Winkwinkwink~ Masa aku kecik dulu selalu dapat macam-macam hadiah. Rasa indahnya dunia. Bila dah besar bukan setakat dapat macam-macam, poket pun jadi terisi. Betapa sayang nya kakak & abang kat adik bongsu dorang ni. Korang tak rasa terharu ke bila dapat penghargaan yang macam tu?

Kalau aku bukan setakat terharu, haru pilu biru pun ada. Tak terucap dengan kata-kata betapa tinggi sanjungan aku kat kakak2 & abg2 tersayang. Biar pun kadang-kala terkecik hati (eceh), terguris perasaan masa bergurau senda atau ape saja salah faham antara adik-beradik, air dicincang takkan putus. Memang dah darah daging yang sama, ikatan itu akan tetap terjalin hingga ke nafas yang terakhir. Dalam hubungan adik-beradik tak lengkap kalau takde yang saling menegur. Biarpun teguran tu kadang menusuk di kalbu dan kadang sampai rasa malu nak sorok bawah meja pun, sebenarnya teguran itulah yang membuat kita lagi matang. Siapa lagi nak tegur setiap kesilapan kita kalau bukan adik-beradik yang lebih akrab dengan kita. Aku dulu pun sama, tegur sikit mulut nak muncung sedepa. haha. Biasala kan zaman budak-budak hingusan. Sekarang dah matang, bukan setakat boleh menerima teguran kot, tapi menyebok nak tegur orang jugak. hahaha. Korang pon sama jugak kan? Eh, ke aku je? -_-

Semalam sempena hot mama punya bufday kita menternak lemak dengan pizza (by Pizza Hut), mushroom soup (home made), spaghetti (home made), fried chicken neck atau leher ayam goreng tepung (home made). Psst psst aku tak tau orang panggil leher ayam ke tengkuk ayam. Kalau aku just simple panggil 'tekok aye'. Ini adalah versi kelantan. Tapi bab menternak lemak semalam tunggu next entry aku. Sebab tetiba aku tak jumpa mane bluetooth kat laptop along ni. Haish, potong stim betol nak tunjuk muka happy bufday mama. Hakhakhak.

"Along, segala jasa-jasamu tak terucap dengan kata-kata. Setiap pengorbananmu akan ku pahat dalam jiwa. Aku hanya insan biasa yang punya kekurangan dan kelemahan. Ampunkan segala silapku yang lalu. Semoga kehidupanmu sentiasa dilimpahi keberkatan Yang Maha Esa. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas setiap pengorbananmu terhadap kita satu keluarga."




Along, i love you



www.tips-fb.com

2 comments:

eqbalzack on June 27, 2011 at 2:23 PM said...

salam..
cuba design yg terbaik ok. sebab abg eq nak bagi badge free ni..hehe

KAMIHIDUP on June 27, 2011 at 3:24 PM said...

ramainya sambut ulang tahun. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting