Assalamualaikum w.b.t
Aku baru je lepas mengemop air mata yang meleleh keluar dari baldi yang ketujuh bijik (ok tipu). Aku dah lama tak nangis haru biru pilu dan sebagainya macam pagi-pagi buta camni (tipu lagi). Orang lain tengah syok dibuai mimpi tapi aku nanges tersedu sedan secara perlahan-lahan supaya warga dalam rumah aku tak tersedar. Kau ado?
Dah banyak hari aku takleh nak tido. Dah banyak hari aku taklalu nak makan. Sampai aku rasa macam dah slimworld malah lebih dari itu. Ini bukan (ye ke?) kes rindu si dia yang jauh di mata, tapi perasaan gundah gulana itu adalah disebabkan oleh penentuan masa depan.
Disebabkan kesilapan aku petang tadi (baca SINI), jiwa aku semakin tak tenteram sampai ke malam kau tahu? Jiwa aku kosong (eceh). Sampai malam ne aku dah macam sensitif gila dengan si dia tak semena-mena. Hahaha. Tetiba je aku macam nak carik pasal. Lepastu lapar tak hingat. Dah makan nasik penuh 1 pinggan tapi kau pergi buat beger telor tu apasal? Dua bijik pulak tu. -_- Oh hidup aku macam terumbang-ambing.
Aku bukak facebook tadi sume post status 'syukur,syukur'. Aku macam 'heh?'. Result dah keluar?! *pang* Rasa panas bahang je badan aku. Ini yang buat perut aku tetiba nak memulas kan. Pastu bila one of my friend said check jela sebab result tetap sama jugak, so aku decided nak cek jugak pagi ne. Tapi sebelum tu aku pergi ambek wuduk lepastu buat solat hajat dengan harapan aku tak frust menonggeng (cerita benar). Hahaha.
Untuk memudahkan student check result, sistem UiTM telah membuat 1 pembaharuan iaitu dengan mengemailkan result students kat email dorang. So takperlu nak tunggu loading lama dan tetiba kau dah tunggu dua jam kuar 'error' pulak kan.
Bila aku bukak je email, then click kat email UiTM send, treeeeetttttttttttt
Sume LULUS termasuk THESIS aku!
Memang aku rasa nak buat sujud syukur kat depan laptop terus.
Lepastu aku terus jenguk yang paling bawah.
COMPLETE. Masa ne aku tatau nak cakap ape. SPECHLESS. Tetiba air mata aku kuar lajulaju dan apelagi memang teresak-esak aku sorang-sorang. Nak malu ape kan? Kejayaan ne kejayaan.
Biarpun result aku takde la best mana pun. Tapi aku tau keupayaan aku setakat mana. Usaha aku setakat mana selama ne. Aku bersyukur sangat-sangat. Setelah 3 tahun berusaha sehabis baek semasa diploma dulu (Diploma of Quantity Surveying) dan 2 tahun untuk Bachelor in Quantity Surveying (Hons), akhirnya aku berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Yang paling buat jantung peparu aku dupdapdupdap adalah THESIS! Cuba tanya sape boleh siapkan thesis sambil goyang kaki? Oh kompem mereka-mereka menggunakan konsep copy & paste. Aku berani kerat jari. hahaha. Thesis yang paling buat aku cuak sebab bukan mudah nak setelkan 6 jam mata kredit tu. Syukur sangat-sangat sebab thesis pun lepas dengan jayanya. Alhamdulillah. Ini semua berkat pertolongan dari Yang Maha Esa, doa keluarga, guru-guru/lecturers, si dia dan yang paling penting sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa mendoakan kejayaan yang cemerlang.
Betapa risau gila aku nak tengok result, last skali barulah aku terhegeh tengok sape punya nama kan kat slip tu. Hahahaha. Mane tau kot tetiba terhantar plak orang laen punya slip examination memang rugi gila la air mata yang dah aku curahkan tadi. Nasib baek maklumat betol. Haish. Buat den cuak untuk kali ke berapa dah. (maaf terpaksa menconteng dakwat merah di slip sendiri. bajet retissss kan. PRIVATE!) wakakaka
Untuk member-member seperjuangan, tahniah diucapkan kepada semua. Aku yakin korang juga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah setiap yang kita hadapi selama ini, perit jerih dan suka duka bersama dapat kita harungi dengan sebaiknya. Kita jumpa di pentas konvokesyen nanti!!!! Love you guys a lot.
Sources : Google
Hari Jumaat adalah ibu segala hari, hari yang mewarnai kehidupan seluruh makhluk.
GRATEFUL IS EVERYTHING, RIGHT?
Ok dah boleh tido dengan nyenyak ^.^
9 comments:
syg...congrats :)
jumpa mase convocation k
taniah dear!;p
congrats dear....
jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com
:)
Wohhooooooo.......congratssssss!!!! all your hardwork, all the sleepless nights, totally paid off!
tahniah, tanpa usaha tak lulus dengan jayanya. :)
tahniah awak. atas usaha dan doa awak jugak ;D
tahniah..=)
Alhamdulillah.. syukur la eh..
tahniah! =)
tahniah tahniah.. hehehe
Post a Comment