Followers

Monday, April 18, 2011

Umi Ratu hatiku

Broommm..Broommm by LittleGurl
Umi, ingat tak masa kecik dulu, umi pernah pukul adik dengan hanger gara gara adik malas mandi. Beria umi suruh adik mandi, tapi tetap terhegeh hegeh nak masuk bilik air kan. Mentang mentang umi tak pernah pukul anak anak. Adik sengih je, sebab adik tau umi tak kan pukul. Tapi rupanya adik silap. Kali ne umi sempat pukul adik dengan hanger tapi kena sipi je. Lintang pukang adik lari masuk bilik air sambil terkekek ketawa. Tapi umi tak marah, tak tengking pun. Umi cuma gertak je kalau anak anak tak ikut kata umi. Tak payah marah marah, tak payah pukul pun, anak anak umi dah paham jelingan umi. Padan muka adik kena hanger tu sebab degil sangat.

Umi, ingat tak masa sekolah rendah dulu, adik selalu merajuk tak tentu pasal. Sikit sikit nak merajuk padahal saje nak mitak perhatian. Bila ade je hasrat tak dipenuhi, mula la kan adik nak masam mencuka. Dan adik rasa banyak kali kalau mula merajuk mesti nak tutup pintu bilik kuat kuat. Tanda protes. Umi tau tak tiap kali adik buat macam tu, dalam bilik adik nanges kuat kuat sampai teresak esak. Rasa bersalah tiba tiba sebab tade sebab sebenarnya adik nak merajuk dengan umi. Tapi umi tetap tenang walaupun adik buat macam tu. Umi tetap masuk bilik ajak adik makan. Lembut je suara umi ajak adik keluar makan. Umi tau tak lepas umi keluar dari bilik tu, adik lagi sebak. Jahatnya adik sebab sakitkan hati umi.

Umi, umi tau tak masa sekolah dulu, adik selalu jeles sebab umi banyak belikan uya seluar,kasut,baju. Adik heran nape umi macam lebih lebihkan uya padahal adik bongsu. Terukkan adik sebab buat kesimpulan sendiri. Dan tiap kali adik nak apa apa, mesti adik simpan dalam hati. Sebab takut umi marah mintak macam macam. Kalau adik tak tahan sangat, adik akan cakap jugak kat umi. " Umi,nanti kalau umi ade duet,boley tak umi belikan adik.......". Umi senyum je pastu umi mesti cakap "boleh..". Adik rasa nak nanges lagi sebab rasa bersalah pulak mitak dengan umi macam macam. Bila adik mula meningkat remaja, baru adik sedar, layanan umi dengan anak anak sebenarnya sama rata. Adik pun dapat macam macam benda dari umi bila meningkat dewasa. Baju,seluar,kasut,tudung semua umi yang beli. Bantal peluk ikan yang umi kasi masa adik masuk hostel kat MARA dulu pun adik simpan lagi. Mahal harga bantal ikan umi beli tu. Tapi umi kata tape, boleh buat peluk nanti nak tido. Adik terharu lagi. Adik sayang sangat. Adik nak simpan sampai bila bila. 

Umi, adik ingat lagi bila adik demam, umi lah yang tak duduk deam. Malam malam umi lap air suam kat kepala adik. Umi campur dengan air daun ubat untuk cepat sembuh. Umi marah adik kalau adik malas makan ubat. Pastu adik buat buat muka. Padahal umi nak adik sehat cepat.

Umi, bila adik balik dari hostel MARA, umi kerap teman adik buat homework malam malam. Adik suruh umi tidur, tapi umi bertegas jugak nak teman adik. Umi pergi dapur, buat air. Adik ingat umi buat untuk umi sekali. Tapi tak, umi buat 1 cawan je untuk adik. Adik terharu tak terkata. Umi tunggu adik study sampai umi ngantuk sangat. Last last, umi tertidur jugak. Umi tau tak, bila adik nak tidur sebelah umi, adik tenung umi lama lama. Adik nanges lagi.

Umi, umi tau tak, pernah satu ketika masa tu adik kat hostel. Hujan lebat guruh berdentum dengan kuat. Masa tu adik tengah solat jemaah kat surau dengan kawan kawan. Memang begitu rutin adik di MARA. Adik ingat lagi, masa adik tengah solat, bunyi guruh betul betul buat adik tak focus semasa solat. Teruknya adik kan umi. Adik menanges semasa adik rukuk, semasa adik sujud. Teresak esak. Adik teringatkan umi. Adik risaukan umi sorang sorang kat rumah waktu hujan dan guruh yang teramat kuat tu. Adik memang tak kusyuk waktu tu. Selepas sudah solat, adik bergegas pergi kat public fon. Adik cuba dial nombor rumah kita, tapi line tak betul. Tapi nanges lagi. Adik cuba dial lagi, dan akhirnya adik dapat dengar suara umi. Hati lega teramat Tuhan saja yang tau. Suara adik sebak. Umi tanya nape, tapi adik tak jawab. Adik cuma cakap kat sini hujan lebat dan adik nak tau keadaan umi je. Umi kata umi ok. Adik rasa hati tenang. Tapi umi tau tak rasa sebak adik tak hilang pun. Adik tak terdaya nak cakap dengan umi sebab suara adik sebak sangat. Adik tak cakap banyak, adik terus letak fon. Bukan sengaja, tapi adik tanak umi tau adik sedih. Adik bukan sedih, tapi adik risau dengan keselamatan umi.

Umi, sekarang adik dah dewasa walaupun umi nampak adik kecik lagi. Adik dah boleh nilai mana baik buruk. Adik dah tak merajuk dengan umi. Adik dah matang. Adik dah pandai berdikari. Adik pandai basuh baju sendiri. Adik dah pandai kemas bilik dan barang barang adik sendiri. Adik dah reti masak walaupun bukan pandai sangat pun. Adik boleh buat semua tu sebab umi. Umi yang ajar adik untuk berdiri atas kaki sendiri. Umi selalu pesan adik jaga diri dan selalu ingat umi. Umi selalu cakap umi tak kan call anak anak kalau anak anak jauh dari umi. Adik tau nape, sebab umi nak anak anak yang ingat umi. Anak anak selalu call dan tanya khabar umi. Anak anak yang selalu pulang untuk jumpa dan luang masa dengan umi. Umi, adik janji, dimana pun adik berada, umi tetap kekal dalam hati adik. Adik akan ada disisi umi. Adik akan ingat semua tu.

Umi, adik terlalu sayangkan umi. Umi terlalu istimewa dalam hidup adik dan anak anak umi yang lain. Ketabahan umi dalam hidup kita buat adik lagi kuat menghadapi cabaran hidup. Kekuatan dalam diri umi buat adik lagi kental untuk terus berjuang dalam hidup. Umi sentiasa membanting tulang untuk menyara adik, along, kak cik, abg man, abg min, dan kak ura. Umi tidak pernah mengeluh malah umi sabar walaupun penat. 

Kadang kala adik rasa adik terlalu lemah. Ya, memang lemah sebab terlalu mudah mengalirkan air mata. Sebab adik anak bongsu ke? Tapi adik kembali jadi kuat bila melihat mata redup umi yang tidak pernah mengalah dalam menghadapi apa apa rintangan dan dugaan. Umi, tiada siapa yang dapat menandingi ketabahanmu.

Umi, adik akan pulang tak lama lagi. Adik nak peluk umi erat erat. Adik nak cium umi banyak banyak. Ulang tahun umi dah dekat. Adik nak luangkan masa dengan umi nanti. Mungkin tiada hadiah yang mahal untuk umi dari adik, yang ada cuma kasih sayang yang tak terkira untuk umi. Umi segala galanya dalam dunia kami.

Adik sentiasa doakan keluarga kita sentiasa bahagia dan dirahmati-Nya selalu. Terima kasih umi kerana membesarkan kami. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas segalanya.


My only one. ZAINAB MOHAMED







www.tips-fb.com

5 comments:

Ichsan Afriadi on April 18, 2011 at 6:31 PM said...

so sweeeeeeeeeeeeeeeettt ^_^

suzie rahman on April 19, 2011 at 12:31 AM said...

sy rindu umi juga.hurm...sweet n3 ni.

pakcu may said...

terbaik...syurga dibawah tapak kaki ibu..

zulka9 on April 19, 2011 at 9:22 PM said...

first time bace azila punya blog... muka ganas kuar air mate beb!! pehh!!

LittleGurl on April 19, 2011 at 10:16 PM said...

ichsan@ tq awak
suzie@ cepat balek jupe umi suzie ;)
pakcu@ tq pakcu. sume kata2 dr luahan hati sbb xtahan sgt rindu mbuak buak. huhu. betul, syurga dibawah tapak kaki ibu..
abeka@ hehehe. jangan nanges byk2.. ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting