Followers

Friday, April 15, 2011

Jom cuci gigi

Broommm..Broommm by LittleGurl
"Esok semua bawak berus gigi ok."

"Nape cekgu?"

"Doktor gigi nak datang esok, ajar kita cara berus gigi dengan betul"


Korang ingat tak saat korang berhingus dulu? Nurse kat klinik gigi suka sangat datang sekolah dan takutkan budak budak sekolah. Padahal bukan buat ape pon. Budak budak level tahap bawah katakan. Pengecut gile. LG ingat lagi, semua ikut je kata nurse. Nurse suruh duduk, semua duduk. Nurse suruh gosok semua gosok. Mencangkung kat tepi longkang. Pastu dah siap gosok, semua ludah kat longkang tuh. Pastu kongsi kongsi dengan kawan kumur pakai cawan plastik. haha. Memang bila pikir balik macam pengotor tahap ape tatau. Biasa la kan. Zaman tak matang. Tapi serius, LG rindu sangat zaman sekolah rendah T_T 

Sekarang masing masing dah besar panjang. Bila tengok muka kat cermin, wah, maken cun gile aku berbeza ngan dulu, selekeh kot. haha. Bajet la kau cun. Tapi bagi LG semua antara kita cun & macho ape kalau berbanding zaman sekolah. Bila tengok gambar masa sekolah tu, eh, asal macam laen je muka aku. Orang laen kot. haha. Melampau sudah. Sampai muka sendiri pun tak cam. Means that korang lagi anggun and hensem gile sekarang ne tau!

So, untuk melengkapkan lagi kecantikan korang, ape kata kita sama sama buat treatment gigi. Haritu kawan LG pergi kat pusat kesihatan UiTM ne dapat free je untuk bersih gigi. Teringin jugak nak pergi, maybe sebelum habes final exam nanti. 

Biarlah gigi tak tersusun mana pun, bukan cantik mana pun, janji gigi kita suci bersih takde kotoran. Barulah nak gelak ketawa pun kita confident dengan diri sendiri. 

Ape bestnya buat rawatan gigi ne? 

-Untuk membuang karang-karang gigi, plak-plak yang melekat pada permukaan gigi 

-Membuang STAIN (tanda kotor) pada gigi disebabkan rokok, teh, kopi, milo dan sebagainya ( bagi yang merokok la kan?)

-Biasa kalau gigi dah sedia kuning, rawatan ne tak menjadikan gigi tu jadi putih.

-Rawatan pencucian gigi ini bergantung pada individu :
   a) setiap bulan (biasanya orang yang kuat rokok sehingga banyak STAIN pada gigi)
   b) 3 bulan sekali (mereka yang memiliki masalah tulang dan gusi)
   c) 6 bulan sekali (normal)
   d) setahun sekali (mereka yang pandai menjaga gigi dan gigi bebas dari masalah).

Info dari SINI


Biasanya, mereka yang jarang gosok gigi, atau mempunyai plat plat di celah gigi akan merasa saket bila terkena hujung mata pencuci tu. Kalau memang selalu cuci gigi, kebarangkalian untuk rasa saket tu akan berkurang sebab plat plat tu mudah untuk dibersihkan. Biasanya ade sesetengah klinik yang sediakan bius lau customer rasa memang saket gile. Of course la kan, kang terjerit jerit tak pasal pasal. Ayoo tak tau!

Kan bagus bila jaga gigi. Gigi yang bersih menunjukkan peribadi yang bersih jugak. Ayuh kita buat rawatan pergigian sekarang. Biar senyuman menawan dengan kilatan gigi kita. Hakhakhakhak!


P/S :  Tak sabar nak buat appointment dengan dokter gigi.

Nak pilih yang ensem je boley? XD
www.tips-fb.com

2 comments:

Kuasai Minda on April 15, 2011 at 6:14 PM said...

Gigi yang bersih membuatkan senyuman lebih menawan...

LittleGurl on April 16, 2011 at 12:23 AM said...

kuasai minda@ iye tepat sekali! XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting