Followers

Monday, October 3, 2011

ganu kitewwwww

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t


Lama gila tak pergi terengganu. Masa kecik dulu adela pegi jugak, tu pon yang selalu pegi asyik besut setiu tak sudah-sudah. Kawasan paling dekat dengan kelantan kan, sejam pon dah sampai luar negeri. -_-" Tapi Kuala Terengganu (KT) kemain susah nak sampai sana. Padahal just ambek masa 2 jam setengah, tu pon kalau tak makan buah langsat macam kitorang semalam. pffffttttt

Pagi-pagi lagi dah gagah bangun fuyyooooooo rasa macam pestime mandi pagi hahaha. Lepas siap-siap bekpes segala bagai, my auntie and kazen dah sampai and by 7.00 a.m (lebih kurang) teros bergerak yipiiiiiiiiiiiii!!

Aceli pergi sana ade urusan sikit tettttttttt. Takleh cerita kat sinilah sebab RAHSIA. bhahahaha sibuk nak rahsia pulak pang kang! Tape-tape yang tu tak penting pon. Sebab urusan kat sana sekejap je tak lama. Yang penting boleh la pegi cuci mata sikit kan dari dok terperap kat rumah goyang kaki. Pergi luar negeri sape taknak bukan? Ecehhhhh bajet macamlah pegi luar negara hahaha.

Nak dibuatkan cerita, masa mula-mula bertolak dari kelantan, dah jem teruk. Patut masuk ikot Jelawat, tapi tetibe jem gila sampai terpaksa patah balik ikot jalan lain. Terpaksa jugak ikot jalan Pasir Puteh lepastu barulah terus direct menghala ke Kuala Terengganu. Fuhhhhhhh lagak macam omputih yang taktau jalan bhahahahaha padahal rakyat kelantan je pong. -_-'

Masa parking kat area bandar KT, aku memang terkesima sekejap.


Nampak tak? Tak jelas? Ok meh aku close up sket lagi. 


Okeh. Dah nampak kan? 

See? Gila hebak parking. Seyes kat oversea aku taktau ade ke tak spesis parking macam ni. Pestime aku tengok. Dem. Rasa macam rusa masuk bandar. Korang jangan kata aku budak kampung sangat. Kompem korang pon tak pernah tengok parking macam ni, ye dak? Oh lain lah kalau asal usul korang memang dari terengganu, mestilah benda alah ni korang pon dah jemu tengok.

Aku respect gila designer parking ni. Please sape tau designer parking ni sape, gitau aku cepat-cepat. Nak buat jugaklah kat sebelah rumah. Senang sikit kan majlis kawen aku nanti takyah susah-susah nak sediakan parking luas-luas haha. Sistem parking ni kalau tak silap aku pakai sistem takal. Kalau korang belajar fizik, korang tau sistem takal tu sistem ape. Tapi rasa macam sume orang tau kot pasal sistem tu.

Sistem takal ni mengandungi tali (alur) yang mengelilingi roda tersebut. Hujung tali tu akan disambungkan dengan beban dan daya dikenakan pada kerja [eg:kereta(pictures)/kotak] dihujung satu lagi. Daya yang dikenakan tu membuatkan ape-ape benda yang kite letak kat hujung akan bergerak dan terangkat. Err, paham tak? 

Boleh refer SINI kalau nak tau lebih lanjut tentang sistem takal. Alah tambah pengetahuan sikit. Aku pon benci jugak fizik zaman sekolah dulu kahkahkah!

Tiba-tiba jeles sebab kelantan tade parking macamni. -_-"


Ceh belagak dok kat opis. Opis orang je pong. Puii


Masa ni berenti solat kat Masjid Kristal. Yes aku pestime jejak kaki kat sini. 
Orang lain? Dah berjuta lemon kali dah.


Umi selalu camni. Asal nak ambek gambar je mesti nak tengok bawah.


Nak tunjuk kubah masjid tapi tetibe nampak gedabak besar muka budak tu. hahaha


Ok nak balik dah bai!


Cousin & me
Tu bukan beg shopping ok!

Terengganu kan femes bab-bab baju batik. Memang dah port kain batik pon. Kitorang pegi Pasar Payang untuk membeli belah yay! Hahaha membeli belah sangat la kan. Padahal nak pegi beli baju batik untuk anak-anak sedara. Sebab nanti dorang jadik hulubalang time wedding akak this october. Mesti kacak bergaya anak-anak sedara ucu auuwwww auuuwwwwwww!

Seyes sepanjang pegi sana kemain fenim asyik pusing area sama je tak jumpa-jumpa tempat. Yelah, tak biasa. Lagipon sume jalan one-way so susah nak buat u-turn kalau dah terlepas selekoh. 


Bakal pengantin baru ecececeh

Mulut kite ni kan kalau bercakap memang masin eh? Sebab sejak dari minggu lepas lagi asyik dok cakap nak 'pegi jalan-jalan kat KT'. Puiiiii sampai KT semalam memang jalan betol lah sampai makan buah langsat berbakul-bakul hahahaha. Tak plan nak pegi airport tetiba sampai airport pulak kan. Haiyaaaaaa


*PEACEFUL COUNTRY WITH A NICE VIEW OF BEACH*


I'm gonna miss u \^-^/





Nota kaki : Tetiba rasa SUKA fizik pulak. Kuikuikui



www.tips-fb.com

6 comments:

KAMIHIDUP on October 3, 2011 at 4:54 PM said...

ok, teruja tengok parking tu!

me suya on October 3, 2011 at 9:45 PM said...

oink3.. kita sebaya yaaa..hehehe anyway.. thnx sggh blog suya.. dah la kita oghe senegeri :)

dhiera on October 4, 2011 at 9:37 AM said...

suka juga pergi terenggan. rasa tenang je.. tempat makan pun best!

tp parking tu unik la..dorg masuk macam mana?

LittleGurl on October 13, 2011 at 9:48 AM said...

KAMIHIDUP :kite tengok pon sampai ternganga! ;D

LittleGurl on October 13, 2011 at 9:49 AM said...

me suya : yeke babe? wah, jumpe satu kampung ne sonoknye! hihihihi

LittleGurl on October 13, 2011 at 9:51 AM said...

dhiera : tulah aman je rasa bile kat sana sebab pantai dia best! hmmm, perasan tak kat bawah tu ade macam ruang kosong. dorang masukkan kereta bawah tu, then nanti controller dia akan naikkan perlahan2 sampai ke atas. sistem dia lebih kurang mcm roda (apatah org panggil lupe -_-')kt funfair tu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting