Followers

Thursday, October 6, 2011

Let's get ready for a marriage!

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Lately, ramai orang buat kenduri kawen termasuk sepupu aku sendiri yang sebaya. Pegi situ kawen, pegi sini kawen. Even pegi beli barang-barang dapur tetiba nampak orang baru nak kawen shopping barang-barang hantaran. Bukan setakat orang lain kot, tapi akak aku sendiri pon sibuk nak kawen jugak this oktober. Ok jeles di situ bhahahaha.

Bila umur dah meningkat tungtangtungtang, habes belajar orang mesti sibuk tanya. 

'eh bile nak kawen?'
'bukan dah lama ngan budak tu, dah boleh kawen la ni'
'dah abes belajar ke? abes nak keje ke kawen?'
'hmmmm tak lama kawen la ni'
'eh cepat-cepat la kawen, calon dah ade'
'jangan lama-lama, orang tu umur dah meningkat'
'kena kawen cepat nanti lambat dapat anak'

Ok. Fine. Sume akan tanya benda sama bertalu-talu. Tambah pula kalau member dah ramai habes degree terus kawen. So, orang akan focus yang belom kawen ni pula. 

Perkahwinan ni bukan benda mudah actually. Yes i know kalau bagi orang-orang tua dorang akan nampak satu je. Tak baik lama-lama, nanti banyak buat dosa sobsob. Memang betol sume tu. Tapi bagi aku, kalau dah tak sedia, belom cukup kewangan, haiii takleh jugak kan. Means that perkahwinan ni kena ade 100% ade persediaan kedua belah pihak, barulah aman rumahtangga. Cuba bayangkanlah kalau kena kawen paksa dengan orang yang kita tak suka. Lebih kurang samalah tu. Tak ke haru namanya?

----------------------------------------------------------------

Persediaan perkahwinan bagi aku tak mudah. Errr ini cuma pendapat jelah. Mungkin bagi orang lain berbeza pendapat kan. Ok aku nak kategorikan pasal perkahwinan ni.

Sebelum

Orang yang kenal bertahun-tahun pon still takleh nak ketchup sikap pasangan sendiri apatah lagi kalau yang kenal cuma 2,3 bulan contohnya. Yelah, kalau jodoh tak kemana. Betol betol. Tapi terpulang pada kita juga, kalau kita rasa 2,3 bulan dah cukup untuk kenal hati budi masing-masing, just go on. Tapi bagi aku, kalau kita lihat nowdays, banyak kes yang berlaku, dah kenal 2,3 hari pon tup-tup lajulaju je nak kawen. Sebagai alasan, dah serasi bersama. Tapi bila dah berpisah pula, alasan tepat yang diberi tak serasi bersama juga. Pulak. 

Sebenarnya untuk memilih pasangan bukanlah semudah ABC. Nampak bersopan santun, cantik/kacak terus rembat nak buat calon isteri/suami. Yang penting soal hati. Sebelum kawenlah kita boleh nampak sikap sebenar pasangan walaupon bukan duduk sebumbung pon, at least kita tau dia ni macam mana. Bagi sedikit ujian (eg: ask for help) biar kita dapat nilai pasangan kita.



Bagi si gadis pula, paling cuak kalau bab-bab memasak hahaha. Even kau tau masak pon comfirm lah rasa berdebar toksah cerita kalau nak masak untuk suami/bakal mak mentua. Mestilah kita dinilai kemain lagi kan. Aku pon sekarang neh tengah slow-slow belajar mana patut. Biasalah manusia tak sempurna muahaha! And for those man, jangan nampak perempuan je perlu persediaan dari segi jaga makan pakai, lelaki pon sama. Tanggungjawab seorang suami besar sangat. Jaga makan minum, bagi perlindungan, bagi kasih sayang, nafkah untuk isteri & anak-anak. Toksahlah nak berangan nak jadi suami mithali kalau sikap panas baran dalam diri tak terhapus. Tak kan dah kawen baru nak berubah sume tu ye dak? Tak pasal-pasal melayang pinggan mangkuk kat dapur, bukan sebab isteri tapi sebab suami yang suka hot tak pasal-pasal. Eeee mitak jauhla.

Semasa



Waktu akad nikah yang paling dinanti-nanti. Yelah waktu ni waktu yang penting sekali untuk pasangan diijabkabulkan. Alhamdulillah. Aku heran bila banyak kes yang pengantin lelaki takde masa nak akad. Adoiiiii kalau rasa ada masalah antara pasangan, settle baik-baik. Ini namanya huru hara memalukan pihak pengantin belah perempuan. Persiapan dah buat tapi buat hal pulak kan. Jiran aku pon ade jugak jadi benda macamni. Tapi dululah sekarang dah ade anak. Ini bukan kes pengantin lelaki taknak, ni kes pengantin perempuan yang lari. Mak bapak pon heran sebab tetibe anak buat hal. Rupanya terkena buatan orang. Aku taktau la sebab jeles ke hape, tapi tulah, risau kot benda-benda khurafat ni. Nasib baik seminggu lepas majlis kawen (tanpa pengantin), pasangan tetap selamat diijabkabulkan. Nauzubillah mintak jauh benda-benda tak elok masa majlis berlangsung.

Selepas



Nak kawen bukan setakat duet untuk majlis kawen je kena kumpul. Ape kau ingat lepas kawen takyah makan minum? Kewangan selepas kawen yang paling penting sebab bila dah kawen, bermulalah kehidupan baru untuk pasangan pengantin. Bab rumah, barang dapur, bayar bil letrik/air, rumah sewa, kereta, streamyx, astro, anak (kalau dah ade anak) haiiiiiiii semualah kena pikir. Baik isteri/suami, kena ade persefahaman untuk settle kan sume hal rumahtangga. Aku sebelum kawen pon pikir macam-macam. Ini pulak kalau dah kawen kan. 

----------------------------------------------------------------

Mulut orang kita memang takleh nak halang. Orang akan bercakap macam-macam. Kawen awal orang kata menggatal. Kawen lambat orang kata tak laku pula. Majlis biasa-biasa orang kata takde class miskin papa kedana. Majlis meriah gilang gemilang pon orang kata nak menunjuk-nunjuk kita kaya. Sume kita buat orang potpetpotpet mengata padahal mereka cemburu buta bhahahaha!

Yang penting kalau bab kawen ni, kena ade persediaan mental fizikal rohani jasmani. Jangan pikir kawen tu best, tapi kawen tu merangkumi semua. Banyak persediaan kena buat. Bagi aku, perempuan sekarang perlu berkerja. Ramai orang tanya, kenapa nak tunggu keje, pompuan takyah pikir duet nak simpan buat kawen pon. Sape kata tak perlu? Perempuan pon ade hak juga nak merasai kenikmatan untuk meraikan perkahwinan. Kalau aku, rasa puas hati waktu majlis tu lagi dirasai kalau pakai hasil rezeki sendiri. Yelah, kau sama-sama nak kawen, apa salahnya kalau 30-70 dengan bakal suami ye dak? (ecehhh lelaki lebih tu bhaha). Ala tolong menolong kan amalan mulia. Bukan nak kawen sorang-sorang kan? ;D


Just an opinion!  


"Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khodijah, tidaklah setaqwa Aisyah pun tidaklah setabah Fatimah. Isterimu hanyalah seorang wanita akhir zaman yang ingin menjadi solehah. Suami yang menikahimu tidaklah sesempurna Rasulullah tidaklah setabah Ayyub tidak segagah Musa bahkan juga bukan setampan Yusuf. Suamimu hanya seorang lelaki akhir zaman yang bercita-cita mendidik diri dan keluarganya menjadi ahli syurga. Jadi bersyukurlah dengan pasanganmu kerana dia adalah anugerah Allah s.w.t yang hanya pinjaman untukmu. "






Nota kaki : Betol ke kursus kawen nanti nak buat 3 hari 3 malam?













www.tips-fb.com

5 comments:

dhiera zainudin on October 6, 2011 at 12:06 PM said...

sedia kah kamu nk pegang tanggungjawab yg lebih besar?

topan on October 6, 2011 at 2:22 PM said...

yup.. betul tu LG... memang plan nak buat 3 hari 2 malam kursus kawen nanti. Topan dah amek siap2 dulu.. huhuhu... Topan sokong dengan pendapat LG. Semuanya kena sedia.. Topan sedang ke arah itu. Maybe next year insya Allah. La ni tgh dok pikiq stabilkan kewangan nak kawen. bukan mudah nak kawen nie LG. Nak3 side laki. sangat terbeban dengan hantaran yg melambung2 tinggi dan belanja kawen. Parah Topan rasa!!! Tapi nak tak nak, kena juge le... sebab nak kawen dgn anak dia.. huhuhuhu

LittleGurl on October 9, 2011 at 12:34 AM said...

diera : yewp, everyone should think of that. sedia ke x pegang tanggungjawab tu. sebab tu pentingkn berfikir dulu sblm buat keputusan tepat ;)

LittleGurl on October 9, 2011 at 12:36 AM said...

topan : alah topan. kite belom join lagi kursus kawen. kite ngat nak dekat2 nanti baru nak ambek skali ngn si dia. hoho. hmmm, tu la kan. bukan senang kawen ne, banyak benda kena pikir sebab kawen cuma sekali seumur hidup, kita nakkan yg terbaik ;)

thaqibzaki on November 1, 2011 at 10:01 AM said...

The word married is easy to read. Easy to say. Easy to write. But it need a lot of thing to do and done. :D

I like this. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting