Followers

Thursday, October 20, 2011

Syurga dibawah telapak kaki ibu

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

"Hadis sahih Bukhari dan Muslim meriwayatkan: Ada seorang lelaki datang bertemu Rasulullah saw, lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati? Baginda menjawab: Ibumu. Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab: Ibumu. Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa? Nabi menjawab lagi: Ibumu. Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi? Nabi menjawab pula: Kemudian bapamu."

Sudah terang lagi bersuluh ibubapa yang patut kita hormati, yang patut kita segani. Orang yang bersikap kurang ajar dengan ibu bapa sendiri tu pada aku tak normal. Apatah lagi dengan ibu yang mengandungkan & melahirkan. Orang macamtu tak pernah belajar sains atau biologi kot zaman sekolah haha. Sebab dia taktau mana asal usul dia, macam mana terhasilnya fetus dan kemudiannya menjadi bayi yang gebu halus mulus lepastu membesar pulak kanak-kanak sehinggalah mereka dewasa menjadi gadis rupawan dan jejaka kacak. Itulah susahnya kalau masuk sekolah ternganga saje tak dengar cikgu dok potpet class kan. Bile dah besar panjang, yang kau tau jawab 'eh suka hati la nak pergi mana pon mak sebok apehal?' Sakitnya hati.

Aku pon heran kenapa manusia ni tak hormat kat mak ayah. Aku pon zaman kecik degil jugak haha! Tapi tulah zaman kecik ego nak lebih, manja melampau sangat kan. Kan tengah nak membesar, kena tegur sikit pon nak melenting kahkahkah. Sikit-sikit nak merajuk muncung sedepa tu memang tak sah. Tapi bila dah besar panjang, boleh la kita nak pikir sendiri benda-benda macamni. Dah matang, dah cukup umur dah pon. 

Sekarang ni kalau yang nampak jelas, awek/pakwe kemain layan habes baik. Tapi kalau mak ayah saket demam, ade peduli? Kalau awek/pakwe demam 'sayang, nanti b hantarkan ubat ye.''Kenapa tak gitau sayang awal-awal, jom kita pi klinik'. Oh fine korang memang baik hati sangat. Prihatin dan bertanggungjawab. Dah boleh kawin dah sebab reti ambek berat kan. Eh tapi kalau mak ayah demam tak henti-henti, ade kau kesah tak?

--------------------------------------------------

Situasi A

Mak : kookkkk kooookkkkk koooohhhhh (batuk)
Kau : Hmmmm (pandang sebelah mata)
Mak : kooookkk kooookkkkk kooohhhh (batuk lagi)
Kau : asyik batuk je
Mak : koooookkkk koookkkk koooohhh (batuk menjadi-jadi)
Kau : makan ubat blom?
Mak : dah, dekat sebulan dah batuk. koookkkk koookkk kohhhhhhh
Kau : hmm,nanti makan la ubat.

Eh,camtu je tanya?

Situasi B

Cerita rekaan.

Mak pon ade facebook, apatah lagi sekarang ni zaman millenium. Mak nak jugak ade facebook, senang nak berhubung dengan kawan-kawan, sedara mara dan anak-anak cucu mak. Yelah, dah pencen keje tade duduk rumah je, ape salahnya mak pon nak luangkan masa mengetahui isu semasa. Sekarang pon mak selalu baca berita secara online. Canggih betul mak.

Tibe-tibe mak terpandang status gelpren anak mak.

'terima kasih sayang belanjakan i Mc'D tadi, semalam dah belanja Chicken Rice Shop, minggu lepas Pizza Hut, sebulan yang lepas Nasi Ayam terGolek, sayang awak ketat-ketat'.

Tersentap mak baca. Tiba-tiba air mata mak keluar. Mak tak sedih tapi air mata mak lajulaju keluar jugak. Anak mak tak pernah pon belanja mak makan. Anak mak tak pernah pon bawak mak jalan-jalan. Anak mak sekarang ni nak duduk makan dengan mak pon dah jarang. Bahkan tak pernah. Mak tak paksa, mak tak harapkan semua tu. Tapi mak nak juga rasa adanya anak-anak dekat dengan mak. Adanya anak-anak sentiasa dengan mak. Ambek berat tentang mak, jaga makan minum mak. Mak tak nak duet berguni-guni, mak tak nak semua tu. Tapi salah ke kalau mak nak juga merasa pakai baju baru yang anak-anak mak beli. Maksu Esah sebelah rumah kita selalu pakai baju baru. Maksu Esah pon tak keje macam mak. Tapi anak-anak yang belikan. Salah ke kalau mak nak merasa kasih sayang anak-anak mak? 

--------------------------------------------------

Buruk baik ibubapa kita, mereka tetap ibubapa kita. Yang berkerja keras mencari sesuap nasi. Yang membanting tulang mencari rezeki yang halal, taknak anak-anak kebuluran. Biar anak-anak yang makan, mak ayah tak makan pon tape. Itulah pengorbanan mereka yang perlu kita sedar. 

Ibu jaga anak sedozen boleh, anak nak jaga ibu sorang kemain susah.

Kita taknak kan dilabelkan sebegini rupa?

Kita mungkin bukan yang terbaik, tak mampu menghadiahkan ibubapa sebuah banglo mewah, tak mampu menghadiahkan ibubapa seguni emas, namun kita sebenarnya mampu menggembirakan mereka bukan kerana harta, tapi dengan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke akhir hayat.

Setiap yang muda, akan melalui proses penenuaan. Jangan cakap kita muda sepanjang hidup. Yang muda mungkin jiwa kita tapi hakikatnya umur kita akan semakin meningkat hari ke hari. Kita fikir cuma satu perkara, setiap layanan kita terhadap ibubapa, mungkin itulah layanan anak-anak terhadap kita kelak. Jika baik layanan kita, maka baiklah layanan anak-anak terhadap kita dan sebaliknya.






Aku sensitif kalau cakap pasal mak ayah. Serius air mata sibok nak keluar. 


Haaaa...... tengok keluar lagi. T_T






www.tips-fb.com

3 comments:

farah unly on October 20, 2011 at 9:00 PM said...

syurga terletak ditapak kaki ibu..semua orang tahu,,tp kekadanga as a human kita still suka buat ibu tue sakit hati<<<saya lah tue...heee

LittleGurl on November 1, 2011 at 2:05 PM said...

farah unly : yes memang farah. kite manusia biasa xsempurna, slalu buat silap kan. ;) tapi jgn smpai kite setiap hari menyakiti hati parent kita, buat dorang terluka. jgn sampai terkeluar doa2 mereka yg tak sepatutnya disebabkan ank2 selalu buat mereka kecewa. sesungguhnya doa seorang ibu akn termakbul. samada doa yg baik/tak baik. sbb tu kite pon kena cuba wat tbaik utk parent kita ;)

learn from the past ;)

Merpati Soul on January 17, 2012 at 10:56 AM said...

mmg sensitif sgt2. bygknlah ssh pyh mak dn ayh tu.. klau xda belas kasihan diorg, mmg diorg xbgi kita mkn minum, mmg kita xhidup skng ni.. T_T air mata sibuk juga nk mengalir.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting