Followers

Monday, October 17, 2011

Orang buat jahat perlu ke kita pun nak balas jahat?

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Dalam hidup ni tak semua orang suka hidup dalam keadaan positif selalu. Dan tak semua orang suka kan perkara negatif. Masing-masing punya pendapat berbeza. Tapi perlu ke orang buat jahat, kite pon sibok nak ikot orang buat jahat jugak? Bayangkan orang tu bunuh kucing tak bersalah, kau pon bersorak sorak tumpang gembira eh eh ai pon nak bunuh cincang kucing tu jugak! - _-' Konon macam nak cuba rasa feel membunuh tu. Ceh.

Ataupon keadaan macamni. Orang selalu buat baik dengan kau, selalu bagi coki-coki masa zaman sekolah, kongsi bekpes yang mak bagi bekal tiap-tiap pagi wow suwit gila. Tapi by the times you're growing up, semua tu kau dah lupa bila dia pernah rampas pakwe kau dari kau. So, sekarang kau memang anti gila, tengok muka pon dah tak lalu walaupon kejadian rampas merampas tu dah berlalu 15years ago. Lil kiddo lah masa tu.

Ataupon keadaan macamni pulak. Bapak sedara/mak sedara kau memang selalu pergi taveling. Dah kaya raya memang suka jalan-jalan pegi oversea overriver segala bagai. Tak lupa juga pergi umrah/haji dah berkali-kali, donate sana sini tak henti-henti. Boleh dikatakan memang orang kaya tapi hati baik. Tiap kali balek dari traveling, dia mesti tak lupa bawak ole-ole untuk kaum kerabat, walaupon tak banyak, tapi at least sorang sikit dapat merasa apa yang dia rasa masa traveling tu. Even ubat sebotol pon bagi dia puas sebab sume orang boleh dapat. Yang penting ikhlas. Tapi kau pulak eleh dah kaya kasi ubat sebotol je langsung tak appreciated. Bahkan bila kau pegi traveling jugak even pulau pangkor atau negeri sebelah Thailand atau Singapore, kau balik goyang kaki tayang gambar kat anak beranak. Padahal bawak duet beriban-riban tapi cuma beli alat-alat makeup kau dengan baju seluar skirt yang kau suka je. Even mak bapak pon kau tak beli ape-ape. Kau sibok dok cerita itu ini kat sume orang weehhh aku beli banyak barang, murah gila! Dorang hanya mampu cakap Oh bestnya kan dapat pegi sana. -_-'

Got it?

The conclusion is just appreciated everyones around you si cantiks & si kacaks. Orang memberi kita menerima kan. Apa salahnya kali ni kita pula memberi dan orang menerima. Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Aku bukan focus MEMBERI tu adalah hadiah, survenior, barang or whatsoever je. Tapi melibatkan semua hal. Memberi tu juga termasuk MENGHARGAI. Kata-kata manis tak penting pon, tapi layanan kita memberi seribu makna. Sebab layanan baik kita kepada orang akan membuatkan orang lain tersangatttttt bahagia.

Siapa pon kita even kaya/miskin/cantik/kurang cantik sekalipun, Allah s.w.t tak pernah menilai setiap fizikal dan kekayaan kita. Yang penting adalah hati. Tak rugi kalau kita berbuat baik kepada semua. ;)

Umi selalu cakap 'tapelah orang tak pernah ingat kita, berbuat baik kepada kita pun, janji kita sentiasa berbuat baik kepada orang sebab setiap kebaikan kita orang akan kenang bila tiba masanya.'



"Without Allah s.w.t, family, relatives, teachers, soulmates, friends, we just nothing at all."
(littlegurl,2011)













www.tips-fb.com

4 comments:

Fuadah Ammar on October 17, 2011 at 8:49 PM said...

As salam!

Lain mcm jer setiap contoh kejadian yg mentioned kat sini..mcm pernah jadi kat personal life jer, ek LG ek? hehehehheeh...

But hey, nice entry though! Next time when ppl treats u badly, consider that person as an individual who has lots of self conflict.

mas saari on October 18, 2011 at 3:59 PM said...

salam perkenalan!
tahniah terpilih sebagai blog pilihan ben ashaari..

noraauliyya on October 18, 2011 at 4:47 PM said...

org buat jahat kita tak payah balas , biar Allah yang balas .
tapi org buat baik ngan kita , kita kenalah balas baik kan .. Allah balas kat org tu, dan kita jugak dapat ganjaranny!

noraauliyya on October 18, 2011 at 4:47 PM said...

singgah dri blog Abg Ben .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting