Assalamualaikum w.b.t
'I come from Thailand'
Ingat tak ayat tu? Filem KONGSI. As a kelantanese aku respect jugak SAM yang awesome reti cakap loghat kelantan walaupun takde la pior mane pon. hahaha. Tapi at least he tried his best. Walaupun actually dia bukan cakap bahasa kelantan, tapi bahasa siam kelantan. Lebih kurang la. Tahniah Sam! Memandangkan you dah reti guna bahasa kelantan, would you be my boypren? hahahahaha *tetibe* (mau kena lekuk kepala kalau Fahrin Ahmad dengar)
Eh eh macam nak review cerita Kongsi ne apehal pulak?
-_-"
Fahrin Ahmad memang dah kenal aku ni kaki jalan. Apatah lagi kawan-kawan maupun family memang tau yang aku memang suka jalan-jalan. Tak kesah pegi mana pon, even pegi pasar pagi pon aku suka. Ini bukan sebab hobi aku saja. Tapi ini merupakan hobi keluarga aku sama. Kalau ade ongkos dan juga masa, memang ikotkan tiap-tiap hari nak keluar berhibur.
Semalam, aku, umi, akak & sepupu sepapat & mak sedara pak sedara pegi ke Thailand (eceh). Pergi ke luar negara adalah sesuatu yang mengujakan. hahahaha. Padahal pegi dengan kereta, lepastu naik bot, dalam masa tak sampai 5 minit dah pon sampai ke luar negara. Wow! Anda teruja? Saya lagilah! ;D
Kitorang sebenarnya pegi Munduk iaitu di penempatan negara Thailand, tapi berada di kawasan sempadan Thailand-Kelantan. Memang dah set awal-awal pagi lagi kena pegi sebab dah tau dah kalau hari jumaat pasar Munduk memang penuh dengan sekumpulan rakyat Malaysia berpusu-pusu masuk nak membeli-belah. Pasar Munduk tempat shopping tu lebih kurang sama macam Masjid Jamek/Pasar Borong Wakaf Che Yeh/Rantau Panjang. Lebih kurang lettew.
See? Betol kan aku cakap lebih kurang area Masjid Jamek/Rantau Panjanglah jugak kan. Sebab ade kedai and gerai-gerai camni. Datang sini korang jangan risaulah nak pegi tukar duet kat money changer ke ape. Tak payah pon. Pakai je duet mesia dorang terima jugak. ;)
Ini dah kira ok berbanding sebelum-sebelum ni jalan pon boleh terlanggar bahu ngan orang lain.
Kemain ramai orang pecah masuk negara Thailand. Hohoho
Kat kedai ni aku beli payung. Hahaha. Payung pon nak datang beli sini. Aahh suka hatila.
Janji aku nampak payung tu cantik, dah la besau harga cuma rm5.
Kat sini senang nak tawar menawar. Maybe harga barang lagi rendah kot aku rasa.
Kalu tak takkan senang gila nak letak harga murah, ye dak?
This is my baby!
Ape yang bestnya kat sini harga murah gila! Adelah dalam 20/30% kurang dari harga kita. Hebak bukan?
Tapi satu je nak pesan, kalau rasa nak terkucil ke nak terbuang air besar ke, better korang lepaskan hajat kat rumah, atau mane-mane Petronas, Shell, Caltex sebelom sampai ke destinasi. Bukan pe, aku takot korang tak jumpa nak cari tandas. Bhahaha tak pasal-pasal kang tercirit dalam seluar, puiiiii malunya. Sebab tandas awam kat sana cuma ade kat masjid. Tu pon masa aku pegi tandas jauh gila. -_-"
Kalau nak tanya tandas, janganlah rasa hebak nak sebut 'toilet' bajet kau tu jessica alba atau brad pitt. Dorang tak kan paham. Tapi kena sebut 'jambe'. Bhahahahahahahha opssss tergelak pula. >.<
Available day : Everyday HAHAHA ok tak lawak
Luckily day : Friday & Monday
Kat sana dorang panggil hari nad (Jumaat), so hari jumaat sume kedai bukak sampai dah rabun mata taktau nak beli ape ;D hari lain pon boleh je pegi, tapi tak sume kedai bukak.
Selamat datang ke Pasar Munduk, Thailand!!! (tetibe)
Ok happy shooping!
Nota kaki : tak mampu nak shopping tempat mahal wuuu wuuu T_T
2 comments:
Yunk, i pun org Kelantan k but siyesly i xpernh jejakkan kaki ke Pasar Munduk dan baru tau kewujudannya since baca blog u ni. Kesian x? T_T
Coz rumah Hana dekat je dgn Pengakalan Kubor so, xpernah lglh redah ke Rantau Panjang tu. Nak g jgaklah nanti.
psst, blik kg x raya haji? Bawaklah i ke Pasar Munduk. ^_^
Babe, i kat klate lah skng ne, dah abes degree in last 3 months ago hihihi ;D InsyaAllah nanti i bawak ok ;)
Kite dok kat kb. Pasar Munduk ni pon kawan opis akak yg promotkan sbb dorang selalu pegi sana. Ramai gila org kalau hari jumaat. Memang meriah and harga murah gila.U shud go! ;)
Post a Comment