Followers

Sunday, September 18, 2011

It's RAYA again! : Wedding's reception

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t


Cinta Aja& Edy

Hello guys! Happy Saturday! Korang dah makan belom? Mandi? Solat? Haaaaaaccuuuuuuummm! haish, sape tak mandi ni hingga malam-malam buta cemgini sampai ai dah bersin -_-"

Korang still dapat offer mane-mane open house tak? Aku taktau la kan kalu dekat area KL, Johor or other state maybe open house merata-rata. But compared to Kelantan, open house dah tadak, tapi yang ade majlis kahwin situ sini. Tapi aku tak join mane pon melainkan sedara mara, biasanya umi je yang pergi kenduri jiran-jiran atau sahabat handai beliau. Aku? Duduk rumah tunggu umi bawak balik paper bag. hahahahaha. Ape punya anak dara. -_-" Semalam pon umi pegi kenduri dengan mak sedara aku. Aku asyik duduk rumah jadi suri, alahaiiiii seronoknya. 

Well, now aku nak sambung cerita basi raya untuk raya ketiga pulak. ;D Dah janji kan? Tade sape baca pon xkesah la sebab aku jenis tak suke mungkir janji. ececececeh ;D hahahaha

Raya ketiga


TARAAAA!!!

Ini dia memangku pengantin perempuan, iaitu cousin tersayang (eceh) aku! Hihihi. Budak ni umur sama dengan aku pon. Masa kecik aku paling jeles gila ngan budak kat atas ni. Tiap kali aku balik kampung, sume benda dia mesti nak cepat je dari aku kan. Paling aku geram kalu bab-bab beskal,motor dan kereta ni. Aku balik kampung je dia dah reti naik beskal, aku baru nak terhegeh-hegeh nak belajar. Time aku balik kampung je, depan mata aku dia dah tau nak bawak motor lajulaju, aku? Dah berapa kali naik motor tapi asyik tak jadi sebab bawak macam robot, keras macam batu. Haritu pulak time dia datang rumah aku, puiiiiiiiiii menanah bijik mata den tengok dia dah bawak kereta bawak mak & adik-adik dia. Haku? Lesen pon tarak. HAHAHA.

Lek la derrr..Esok esok aku ambek lesen. Aku nak bawak budak kat atas ni jalan-jalan sampai muntah. Muahahahahaaha *gelak setan*

AJA : Satu-satunya cousin aku yang sama umur dengan aku. Dulu selalu main pondok pondok (miahahaha) kau jadi mak, kau jadi anak. Hamboi. Aku selalu jadi mak sebab aku kan cepat matang masa tu. Kahkahkah. Kadang aku nak jugak jadi anak sebab kadang perangai gedik aku muncul la nak kena suap segala bagai. Alahaiii rindunye zaman kanak-kanak.


Aku pon taktau la nape Aja nak kawen awal kan. Pssttt pssstttt rahsia monolog dalam takleh soal banyak-banyak. ekekekekekekeke~ Neway, aku happy gila sebab dapat tau dia dah nak kawen, eh memang dah kawen pon! ;D


Alhamdulillah akhirnya berjaya diijabkabulkan. Edy, hang dengaq betui-betui ka ape yang tok imam dok pesan kat hang? Haaaaaa, ingat betui-betui kalau hang buat hal, ceq kejaq hang sampai lubang cacing! Miahahahahahaha 


Gurau-gurau je Edy. Kan dah jadi sepupu kupu-kupu hehehehe mestilah kena bergurau senda sikit-sikit, alah tak banyak pon. Dont worry your baby takkan marah punye. Baby? Wowwwwww ;D


Bukan mudah nak cari seseorang dalam hidup, yang boleh menerima kita seadanya 
sebagaimana kita juga boleh menerima diri dia dan keluarga dia. ;)


Ila (bukan nama sebenar ;P) ucapkan selamat pengantin baru buat Aja & Edy. Semoga kalian dirahmati Yang Maha Esa dan bahagia buat selamanya. Bersabarlah dalam meniti bahtera rumah tangga bersama. Sesungguhnya setiap dugaan & cabaran dalam hidup kalian hanyalah ujian kecil untuk menguji kejujuran & kesetiaan kalian berdua. 


Kalau bab makan, memang tak pandang camera dah. Kalau tak pandang nasi pon, pandang mamat hensem kat depan tu jer. Hahahaha. Mamat mane entah. euwwwwwww



Umi memang comel. Kalau nak ambek gambar je, mesti selalu tanye 'ok?' 'haa ok dah ne?' 
tak pon ayat selalu umi guna 'ala takyah tengok camera, spontan je' olololo comel! retissssssssss kan. hikhikhik


I hate (lah sangat kan) make up. Ini first time pakai liquid eyeliner sampai comot gila. 
I nampak bukan berubah jadi lawa pon, tapi dah macam opera. Ggrrrrrr


Me & my sister, niece and cousins! ;)


From left : Yaya & Cik Ya

Nenek punya mama punya my niece adalah orang cina. That's why muka Yaya pon dah macam amoi.


Yaya and her dad (my big bro), Abg Min.


From left : Jessica Alba & Uya

I know her sejak kecil memang benci aku. Aku taktau la nape sejak kecil aku selalu jadi bahan kutuk dia lah. Yelah yelah dah name anak bongsu, mestilah dia jeles sebab sejak kecil aku kan comel berdouble double. HAHAHAHAHAHA *gelak setan lagi*

Tapi when we both getting older, ffuuuhhhhhh we suddenly become bestfriend, bestbuddyfriend, bestgossipfriend, bestgedikfriend, bestgaduhfriend, bestmajukfriend and best best ever lah! 

Paling kecik hati pasal dia sebab dia selalu gelak sakan and kata
'DIA NI MACAM BADUT LA'

ok fine fine -_-" (away merajuk)





Eh muka aku macam badut sarkas ke? Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



From left : Cousin, Kak Lin & Uya

Since Kak Lin dah balik keje kat tanah airku, dorang selalu pi mai pi mai bersama, gossip-gossip hangit haruslah ade. hihihi. Sorang lahir tahun 84, sorang 85. Mane lah tak rapat kan sebab umur pon dekat sama.


From left : Yaya & Cik Lin

Masa ni anak sedara aku yang lain dah balik rumah aku awal-awal. Abang ipar aku dah angkut dorang awal-awal lagi sebab budak-budak susah la bawak mai tempat kenduri, sebok nak ajak balik. Tapi Yaya tak. Dia dari awal lagi dok ikot kitorang pi mai pi mai. Nasib baik la bersopan santun elok je kan takde buat hal macam (eceh macam konon) mak-mak sedara dia. Lalalalalalalala~


Ini mak sedara, pak sedara & sepupu aku. Dorang dok Kuala Krai. Muda lagi ni beb tapi anak dah masuk 7 orang kalu x silap aku. hihihi. Ramai kan? Sedara aku memang kebanyakan sume ade anak ramai. Aku pon nak jugak anak ramai ni. Biar cukup 1 team futball pon ok gak. hakhak ;D


Dorang ni retissss jemputan dari mane aku pon tak pasti. Yang aku tau nama dorang KELAPA WANGI. Tolong jangan tanya aku apesal name kelapa wangi.  
Nanti lepas aku dah siasat baru aku announce kat korang. ;D


My only one.
Piwwiiittttttt ngorat boleh? ;P


Masa ne orang tak ramai lagi.


Kat area pompuan pon sama. Sebab masa ne awal lagi. 
So orang tak ramai lagi datang memeriahkan majlis.


From left : Tok Mi & Yaya

Amboiiiiiii seronok ye dengan tokmi.


Jeng jeng jeng! Sampai sudah....


Puteri : Kanda, ampunkan dinda.
Putera : Dinda, dinda buang tabiat ke tetibe nak ampun
 ampun pula masa ne?

hahahahaha ;D


Masa ni xsempat nak snap banyak pon. wuuu wuuuu T_T


Selamat pngantin baru aja & edy!


Mari kite baca doa dulu ;D


olololololo comelnyaaa


nah ambek nganga luas-luas! hahahaha ;P


Made by umi. Lawa kan? Ini paling simpe je umi buat sebab dah last minutes.


Ini menu kat meja pengantin. Made by umi also & her kids yang comey lotey! hahahahaha. 
Sape-sape nak order bolehlah ye terus PM jangan malu jangan segan. hahaha


Raya keempat

Biasanya majlis bertandang akan dibuat 2 hari selepas majlis bersanding belah perempuan kan? Tapi my kazen punya majlis terus direct keesokan harinya dengan tema black & white! Aceli black & white cuma sedara mara jelah. Tu pon tak sume pakai sebab last minutes baru dpt tau. Aku pulak nasib baek bawak baju banyak, yang tahun-tahun lepas punye pon aku main rembat je. Hihihi. Tema pengantin pulak kaler red and gold. ;)


Ini majlis bertandang pulak. 


Ready....1,2,3 SNAP! ;)



Tetibe aku nampak macam ibu mengandung anak ke-5! Grrrrrr


Congrate my dear kazen. Labiu ;)

Wanita Hawa dicipta dari rusuk Nabi Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dengan dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dihati untuk mencintai.





Nota kaki : When is my turn? ;P




www.tips-fb.com

2 comments:

Kuasai Minda on September 18, 2011 at 4:41 AM said...

Selamat pengantin baru kepada Aja dan Edy. Semoga berbahagia dan terus dirahmatiNya.

Bila pula 'littlegurl' nak buat majlis besar macam ni..?

LittleGurl on October 13, 2011 at 10:40 AM said...

kuasai minda : hahaha kite lambat lg kot ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting