Assalamualaikum w.b.t
Let's talk about people's attitude.
Dalam dunia ni tipulah kalau kata everyone not make any mistakes. Oh sangatlah tipu sebab kita manusia biasa sentiasa buat kesilapan kecil/besar, betol? Bezanya antara kita samada kita nak argue other people yang tegur kesalahan kita atau kita terima teguran tu dengan lapang hati samada teguran tu menyakitkan atau biasa-biasa saja.. That's the thing.
Kita selalu dengar orang cakap macamni
'alah diri sendiri tak sempurna, xpayah lak sebok nak menegur orang pulak'
'bajet kau bagoss???'
'eh mak bapak aku tak pernah tegur aku ko apehal?'
Actually kita jumpa banyak orang yang selalu takleh nak terima teguran orang. Dalam erti kata lain, dia akan membalas balik teguran kita. Sebagai contoh.
'ko tegur aku tinggal semayang, ko tu tak pakai tudung tapelah????'
'pakai tudung kemain, pergi ceramah situ sini, tapi berkepit dengan pakwe tak malu pulak?'
'eh eh sedap kata orang yang kau tu blablablabla......'
See? Bukan mudah nak buat orang puas hati dengan kita. Memang takkan ade rasanya. Sebab lain orang lain caranya bukan? Setiap orang ade kelemahan & kelebihan masing-masing. Setiap orang juga ade hak untuk bersuara, memberi teguran, memberi pendapat.
Tapi sebagai orang yang berpelajaran, orang yang berilmu, ape salahnya kita terima setiap teguran dengan hati yang lapang. Yang baik kita terima, yang tak baik kita abaikan. Bukan sahaja teguran/nasihat sebenarnya, tapi juga melibatkan persoalan. Errrrr paham tak? Ok aku bagi contoh.
'Abu (bukan nama sebenar), ko tau tak macam mane nak design benda ni. susah la. tolong aku leh tak'
'eh mane aku tau! yang ko tanye aku ne apesal, macam lah aku ni belajar IT ke hape! pegi tanyelah orang lain!'
Hmmm sakitkan hati? Kita tanye elok-elok tapi jawapan dia adalah negatif. Apa sahaja orang tanya kita, bercakap dengan kita, tak salah kan kalau cuba rendahkan suara dan jawab dengan jawapan yang positif.
'Aku tak tau la Kasim (bukan nama sebenar). Eh tapi si Rahmat (bukan nama sebenar) tau kot, dia kan belajar IT.'
Nampak tak ape yang aku cuba sampaikan? Even kau taktau ke tau ke bagilah jawapan yang bernas kat kawan-kawan yang memerlukan pertolongan. Do you know what? Orang yang meminta pertolongan dari kita sebenarnya orang yang murni dalam hidup. Means that dorang sangat mempercayai dengan kebolehan kita. Itu sebab ayat kena jaga, jangan orang tanya tapi kita sibuk nak menengking tak tentu pasal kan. No good not good. Tak pasal-pasal kawan yang ade sejuta, tinggal setengah juta. Tak pon, hilang kawan terus. Awek/pakwe pon boleh lari lintang pukang kalau attitude macamtu.
Itu sebab dalam hidup kita kena selalu
positive thinking dalam hal macam mana pon. Aku ade review pasal benda ni kat
SINI. Even tengah sakit hati, bad mood, atau gembira sekalipun, trying to think positive. Setiap yang berlaku sebenarnya ada hikmah. Jangan lajulaju nak marah tengking orang padahal masalahnya ape je, stoking hilang. Pffttttt.
Cuba jadikan diri seorang yang matang, barulah hidup aman sentosa. \^-^/
And one more thing kita janganlah selalu nak sebut benda negatif. Mencarut lagilah benda yang tak patut nak sebut. Sebagai contoh 'vavi kau,lak** kau,bong*k blablablabla' eeeee tak kuasa nak sebut kan. Tak kisah la siapa pon kita, lelaki perempuan, elak lah ayat-ayat sebegitu. Sebab aku tengok dekat facebook haiiii merata-rata orang suka guna ayat kasar semacam. Rileks rileks cool. Jangan gelabah, jangan cepat melatah nak maki hamun. Sume tu hasutan setan korang tak sedar pon. Aku pon sebelom ni ade jugak mulut laju je nak maki hamun hahaha. Tu masa sekolah dulu la. Geram kan sape tak marah. Tapi bila pikir-pikir, kalau aku asyik geram sakit hati hari-hari, ayoyoyoyo hidup langsung tak bermakna. Then aku cuba behave myself cubalah jadi gadis-gadis ayu sikit padahal tak ayu mana pon. Maksud aku, cuba kontrol diri tak pikir bukan-bukan. Bukan susah sebenarnya, tapi bila hati dan otak kita kata negative, tu sebab kita jadi negative. Kena set kat otak/minda dulu sume benda adalah positif barulah kita pon akan act in positive way. ;)
Sama jugak kalau nak happykan pasangan korang. Cuba cakap benda-benda positif je. Sebagai contoh.
'Baby, you nampak cantik kalau pakai shawl ni'
'Darling, jeans ni hebak la. Mesti kacak kalau u pakai!'
'Sayang, kalau kita makan sayur lagi bagus tau dari makan ayam ni sebab sayur ade banyak khasiat blablablabla...'
See? Sume positif kan? Mari kita tengok yang negatif pula.
'Baby, tak cantik la pakai macamni'
'Darling, teruknya you pakai seluar pendek ni, nampak bulu betis euwwwwww'
'Sayang, dah dah la makan. Asyik makan ayam je tau. Nanti badan u berlemak gemuk macam badak'
Sebenarnya dalam hidup ni kita akan tempuh macam-macam dugaan. Masalah yang lain dah lepas, tapi masalah yang akan datang, kita taktau kan? Itu sebab pentingnya kalau fikir positif ni. Takkan hari-hari nak sakit hati je, ade je benda tak kena. Hidup pon mesti tak keruan. Apekata kita pakat-pakat pikir positif. Hormat orang lain sebagaimana orang lain juga hormat kita. ;)
Dalam dunia blog, facebook sekarang ni pon, banyak orang suka mengutuk mengata orang lain. Tak salahlah nak menegur apa, tapi biarlah cara yang baik. Ini tak, lelaki mengutuk perempuan. Perempuan mengutuk lelaki dan sesama sendiri. Lelaki perempuan ditakdirkan untuk bersama. We should respect each others. Jangan menegur kasar secara public sampai mengaibkan mane-mane pihak, nanti timbul hal lain pula seperti gaduh dalam wall/blog. Nasihatlah secara peribadi. Private message is better kan.
Lelaki diciptakan untuk melindungi wanita dan wanita diciptakan untuk menghormati lelaki. Wujudkan rasa kasih sayang dalam diri sendiri, barulah kita boleh menerima kelemahan orang lain.
Tiada siapa yang sempurna, tapi tak salah kita cuba perbaiki diri ke arah kesempurnaan. Sentiasa memperbaiki lebih baik dari tidak berusaha apepon. ;)
*lots of hug*
Nota kaki : Syuuhhh syuuuhhh negative things please go away...plis plis!