Followers

Wednesday, June 29, 2011

30 rahsia wanita yang lelaki patut tau. Betol ke taktau atau buat-buat taktau ni

Broommm..Broommm by LittleGurl 12 comments
Assalamualaikum w.b.t



Hello comel! Korang buat apa? Aku tengah godek-godek cari bluetooth kat laptop along ni still tak jumpa-jumpa. Gggrrrr. Harini tetiba aku (ter)bangun awal. Tak tau napa padahal semalam kul 3 kot aku tido. Hah jangan kata aku mengulangkaji pelajaran ke ape, aku dah abes sekolah, eh bukan setakat sekolah tapi aku dah abes degree (syukur). So dah takde istilah aku rajin tahap dewa nak stayback study sampai mata lebam.

Pagi-pagi dah rindu gila ngan blog! Padahal hari-hari mengadap tapi aku malas nak update. Tambah pulak si makcik bluetooth ni tarak! Gggrrr. Korang tau x setting bluetooth kat mana ek dalam laptop? Jenuh aku cari tak jumpa. Laptop aku pun sedara yang setting, tu sebab semua dah complete. Padahal kalau buat sendiri, terhegeh-hegeh terus tak jumpa ape-ape function. haha

Pagi-pagi ne aku nak share ngan korang TIPS MENCARI PEREMPUAN CANTIK. Eh, ade ke? Hahaha. Silap la silap. 30 RAHSIA WANITA. haaaa ini baru betol. Korang mr kacak sila baca dengan penuh sopan ye. Jangan buat bising kat blog aku. Nanti aku upah korang ais-krim vanilla.


30 RAHSIA WANITA


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sumber : SINI

Masih tak paham wahai lelaki budiman?

Tepuk dada tanya hati.

Satu lagi aku nak tambah kat sini, wahai lelaki korang jangan sesekali menggatal nak curang. Kenapa? Sebenarnya wanita mempunyai hati yang sangat kompleks. Jangan cuba menguji nanti memerangkap diri sendiri. Seorang wanita/ isteri dapat membaca fikiran lelaki dan boleh menghidu setiap pergerakan korang. Silap haribulan korang yang menggatal nak curang kena sepak lajulaju! LOL

Sebenarnya al-kisah yang curang takkan timbul jika pasangan betul-betul ikhlas menerima, ikhlas menyintai pasangan masing-masing. Jangan lah sampai 2 3 tahun bermadu asmara tiba-tiba rasa dah 'eh dah bosan la'. Kes macam tu memang selalu timbul. Janganlah disebut 'bosan' berulang kali bila bersama pasangan. Itu yang akan membuatkan hubungan kalian betul-betul menjemukan. Tak perlu mencari yang lebih baik sedangkan dah terang terangan pasangan kalian memang yang terbaik. Alasan bercinta jarak jauh bukanlah alasan yang tepat. Kalau diri sibuk menggatal, padahnya adalah curang. Berada dekat atau jauh tidak penting. Yang penting adalah jujur terhadap pasangan. Kalau dah jauh, cuba la cara yang senang, sentiasa berhubung dan kalau rindu haiiiii sekarang kan zaman moden kau bukak skype dah boleh tengok ape pasangan korang buat! Kes curang ni seringkali timbul bukan disebabkan oleh lelaki je, tapi juga perempuan! Gggrrrrrr nape la kaum aku pon nak buat onar? Sorang tak cukup, nak berlebih-lebih amboii. Biasa orang yang tamak nanti last-last dia takkan dapat pape. Haaaaaaaa korang buatlah kalau nak rasa saket jiwa sepanjang hayat. hakhakhak

Waktu zaman sekolah memangg ye, kan cinta monyet la cinta macam-macam. Tapi bila dah meningkat dewasa, korang harus tahu konsep kekeluargaan dan cinta sejati. Dah besar & umur meningkat, tak usah la nak menggatal banyak-banyak kali bajet muda kan. Malu wooo orang tau kita gatal. Tak malu ke? Pasangan korang yang korang nak cari itu adalah peneman sepanjang hayat dengan ikatan yang sah. Bila korang dah jumpa orang yang korang sayang, yang sentiasa bersama susah senang, yang menerima kita seadanya, yang setia dan jujur, tak perlu dah korang menoleh belakang mencari yang lebih baik. Sebenarnya yang korang ada itulah yang terbaik untuk korang. Kalau dia boleh terima kita seadanya, mengapa tidak kita kan? Cuba belajar untuk setia. Sayangilah pasangan sebagaimana dia menyayangi dan menerima kita. 

Percayalah, sekali kita menyakiti seseorang,berdouble-double lagi rasa sakit yang kita akan dapat. Itulah balasan Yang Maha Esa buat orang yang tak reti-reti menghargai. Sedangkan menghargai itu lebih baik dari menyakiti. Kan bahagia hidup kalau sentiasa ceria bersama orang tersayang. '_' ye dak?

Wanita Hawa diciptakan dari rusuk kiri Nabi Adam, bukan dari kepalanya utk dijunjung, bukan dari kakinya utk dijadikan pengalas, tapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan dekat dgn hati utk dicintai.


Nota kaki : Tetiba aku rasa macam jadik ahli psikologi ne apehal? *pang*

www.tips-fb.com

Monday, June 27, 2011

#1 HAPPY BUFDAY buat kakak sulong

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Happy Bufday buat kakak tersayang on 23th Jun. Aku busy (eceh) so tak sempat nak post entry bufday gilang gemilang untuk kakak aii yang cun superduper cun ni. 


"Along, semoga sentiasa dirahmati Yang Maha Esa dan mendapat kebahagiaan di dunia & akhirat. Amin"

Along aku ne seorang yang sangat loving walaupun kadang kala macam garang. wuu wuu. Macam garang je tapi dun wori dalam hati ada taman bunga ros. ngeeee ^.^ Biasa la kakak sulong memang wajib kena buat garang kalau tak adik-adik naik tocang. Hahaha. Lain la kalau aku nak garang-garang memang kena siku dulu kot. Sebab nanti yang lain mesti akan cakap 'eh mana boleh cakap ngan kakak macam tu' 'jangan lawan cakap abg'

wuuu wuuu memang nasib jadi adik bongsu sebab takleh berlagak jadi kakak. Eh da nama pulak bongsu kan mana ade adik so takleh nak membuli. sobsob. 

Papepom sangat best sebab ade kakak & abang sebab rasa macam dihargai dan disayangi. Winkwinkwink~ Masa aku kecik dulu selalu dapat macam-macam hadiah. Rasa indahnya dunia. Bila dah besar bukan setakat dapat macam-macam, poket pun jadi terisi. Betapa sayang nya kakak & abang kat adik bongsu dorang ni. Korang tak rasa terharu ke bila dapat penghargaan yang macam tu?

Kalau aku bukan setakat terharu, haru pilu biru pun ada. Tak terucap dengan kata-kata betapa tinggi sanjungan aku kat kakak2 & abg2 tersayang. Biar pun kadang-kala terkecik hati (eceh), terguris perasaan masa bergurau senda atau ape saja salah faham antara adik-beradik, air dicincang takkan putus. Memang dah darah daging yang sama, ikatan itu akan tetap terjalin hingga ke nafas yang terakhir. Dalam hubungan adik-beradik tak lengkap kalau takde yang saling menegur. Biarpun teguran tu kadang menusuk di kalbu dan kadang sampai rasa malu nak sorok bawah meja pun, sebenarnya teguran itulah yang membuat kita lagi matang. Siapa lagi nak tegur setiap kesilapan kita kalau bukan adik-beradik yang lebih akrab dengan kita. Aku dulu pun sama, tegur sikit mulut nak muncung sedepa. haha. Biasala kan zaman budak-budak hingusan. Sekarang dah matang, bukan setakat boleh menerima teguran kot, tapi menyebok nak tegur orang jugak. hahaha. Korang pon sama jugak kan? Eh, ke aku je? -_-

Semalam sempena hot mama punya bufday kita menternak lemak dengan pizza (by Pizza Hut), mushroom soup (home made), spaghetti (home made), fried chicken neck atau leher ayam goreng tepung (home made). Psst psst aku tak tau orang panggil leher ayam ke tengkuk ayam. Kalau aku just simple panggil 'tekok aye'. Ini adalah versi kelantan. Tapi bab menternak lemak semalam tunggu next entry aku. Sebab tetiba aku tak jumpa mane bluetooth kat laptop along ni. Haish, potong stim betol nak tunjuk muka happy bufday mama. Hakhakhak.

"Along, segala jasa-jasamu tak terucap dengan kata-kata. Setiap pengorbananmu akan ku pahat dalam jiwa. Aku hanya insan biasa yang punya kekurangan dan kelemahan. Ampunkan segala silapku yang lalu. Semoga kehidupanmu sentiasa dilimpahi keberkatan Yang Maha Esa. Hanya Allah s.w.t yang mampu membalas setiap pengorbananmu terhadap kita satu keluarga."




Along, i love you



www.tips-fb.com

Saturday, June 25, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita

Broommm..Broommm by LittleGurl 0 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello saya kat Kolumpo! Hoyeah. Ok macam first time jejak kaki kat Kolumpo. *pang*


Semalam badan lemah gila. Penyakit macam ni timbul bila kaki terkejar ke sana ke sini setel segala hal. Semalam tarikh last batch aku kena ambek thesis kat UiTM s.alam dihati. Aku dah mention kat SINI yang result dah kua then aku dah boleh grad yay! Cuma bezanya aku punya course masa buat thesis aritu kitorang tak teros siapkan hard cover. Tapi just binding macam biasa sebab tak tau lagi perlu ade correction/comment pape dari panel. So, hari khamis aku naek bas pegi shah alam dari kelantan. Terus lepak-lepak ngan kawan kejap kat bustop shah alam, solat, brekpes kat seksyen 2 makan nasi lemak dengan tea beng (tea ais okeh) padahal jam baru menunjukkan tepat 7.30 pagi dah teguk ais. Gggrrrrrr. 


Sampai kat uitm terus lepak kat surau plak dengan beg camping aku besar gedabak. Lap-lap badan terus pegi jumpa lecturer. Eh, lap-lap tu kira mandi la kan? wakakakaka. At least aku gosok gigi. Erk


Alhamdulillah dah setel ambek thesis dengan supervisor then dah boleh buat correction. And you know what aku macam 'heh?' asal tetibe supervisor tak banyak cek je. Padahal aku dah tanya dah Puan Hashiah then dia kata aku punya thesis tak banyak correction. Eh ini thesis kan bukan assignment? Tetibe aku rasa macam teruja. Ok maybe aku focus terlampau kot masa buat thesis tu sebab tade salah. hahaha. *pang*. Pulak tu yang maken buat keje aku senang alkisahnya panel (2nd reeader) merangkap lecturer uitm perak tak return balik aku punya thesis. So, tatau ape comment lecturer sana. Tapela kan sebab result dah kua (nasib baik). Means that aku just focus kat thesis yang panel s.alam (1st reader) check merangkap supervisor aku sendiri. 6 minggu lagi kena hantar thesis hard cover and 2 cd. Ok mitak-mitak sume berjalan lancar. Amin.


------------------------------------------------------------------------------------
Korang pernah tak rasa sentap tiba-tiba pastu mula la nak maki hamun orang tak tentu pasal? Tak pun ade orang tumpahkan air kat baju korang terus terkeluar ba** kau! Padahal orang tu tak sengaja. Tak pun orang sakit kan hati korang terus dalam hati #%$#%^$%^$%# macam-macam korang maki hamun kan. 

Korang rasa bila keluar kata-kata macamtu rasa puas hati ke tak? Yes aku pun pernah jugak rasa panas hati bila ada benda tak kena. Tapi aku tak rasa dengan cara maki hamun orang, segala masalah boleh selesai dengan jayanya. Sebagai contoh jalan tengah jam, korang dop sumpah seranah dalam kereta tak pasal-pasal. Konon nak lepas tekanan. Padahal membazir air liur je pun. Jam tetap jam kan.

Bagi aku 'budi bahasa budaya kita' memang patut diserap baik dalam jiwa setiap orang. Memang kita manusia takde yang sempurna. Tapi kalau nak berbahasa apatah lagi dengan orang yang lebih dewasa,malah dengan orang yang lebih muda juga ada caranya. Jangan pulak dengan status orang lain yang lebih tua, nak panggil 'kau' 'aku'. Hamboi. Tak baik tau....

Bila nak marahkan sape-sape pun janganlah terkeluar habis kata-kata 'panas' sampai nanti orang boleh bercakap bukan-bukan tentang kita. Tak elok la mcmtu. Nak marah pun ade caranya. Aku pun dulu ade jugak time nak marah rasa nak bako!nak bako! ahaha. Sekarang pun aku tengah belajar cara-cara nak lembutkan hati bila rasa marah.

"You,nape you curik kereta aii. Sampai hati u curik kereta aii. I beli dengan hasil titik peluh aii tau,bukan titik peluh you. Tape,tape, Dia Maha Kuasa, you akan dapat pembalasan yang setimpal. sobsob"

So sweettttttttttt kan?

Aku suka sangat baca post status facebook/blog orang lain yang tengah marah tapi ayat-ayat memang sweet meletop. hehehe. Sebab orang yang hati sweet-sweet ne hati lembut. waaaweeeeeee. Lagi-lagi ade orang dalam facebook tiap-tiap hari asyik dop maki hamun kan memang aku terus block user. Hidup aku pun jadi tak tenang sebab asyik nampak ayat panas dia je kat news feed aku. hahaha

Jangan sampai orang kata 'eh budak ni umur berapa ne?ayat kurang ajarnyaaaaaaaaaaaaaaaaa dop maki hamun org!' 

Aku pun pernah barang kena curik. Memang sakit hati. Tapi bila pikirkan balik, tade guna kita nak maki orang, xguna kita nak doakan orang dapat balasan yang teruk, hidup tak sempurna atau ape-ape jela. Sebab setiap doa kita yang tak baik, akan berbalik pada kita semula. Setiap yang terjadi ade hikmah disebaliknya. Anggap je kalau barang hilang 'ala,esok boleh beli lagi' wuuuu wuuuuu padahal dalam hati 'WAAAAAARRGGHHHH'. Sabo ajela.

Selain kata-kata gaya lenggok badan pun mainkan peranan yang baik. Err maksud aku bukanlah korang perlu menayang badan. Maksud aku cara layanan korang kat orang lebih tua, orang lebih muda dan juga kanak-kanak. Jumpa orang lebih dewasa terus salam, mulut jangan tak senyum, korang tunjuk gigi besi korang pom tape asalkan senyum ikhlas. Aku pun sedang belajar selok belok nak ambek hati bakal mentua orang tua. Bukan nak tunjuk baik, tapi benda macam ne sebenarnya amat perlu. Orang mungkin akan kata 'eh benda macam ne pun nak kena belajar ke'. Benda simple macam ne la orang kena banyak tau. Sebab memang ade segelintir yang tak tau nak hormat orang tua/dewasa. Mak sedara/pak sedara datang rumah terus masuk bilik tutup pintu kuat-kuat, jenguk tunjuk muka pon tidak. Depan orang lebih tua pun tak salam langsung, konon jawapannya 'ala selalu jumpa kalau balik kampung'. Kau balik kampung hari-hari ke setahun sekali? 

Dengan kanak-kanak pun jangan ingat korang main cakap ikut nafsu je. Budak-budak zaman sekarang dah cepat matang berbanding kita zaman sebelum ne. Yang dewasa kena la bercakap elok dengan orang yang lebih muda. Barulah jadi idola bagi kanak-kanak sedunia, ye dak? Kalau guna ayat tak bertapis, silap haribulan budak kecik pun dah jadi macam kakak/abg korang. 

Aku nak kongsi ngan korang artikel yang aku google. Aceli bukan artikel kot. Aku google then aku nampak page ne. Maaf entry kali ne panjang sangat so korang baca dengan sabar & sopan ye.
------------------------------------------------------------------------------------
Budi diberi erti oleh Kamus Dewan sebagai: 
1. Akal, kebijaksanaan
2. Perangai akhlak, watak, sifat baik, perbuatan baik
3. Kebajikan – merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang – tidak lupa akan kebaikan orang
4. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. 

Berbudi bermakna:
1. Berakal, bijaksana
2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan
3.baik hati, pemurah.
Berdasarkan kepada makna yang diberikan oleh Kamus Dewan itu wajarlah apa-apa yang sedang terjadi dan dilaksanakan oleh pemerintah masa kini dengan Kempen Budi Bahasa yang begitu meluas. Pelbagai poster dan iklan, dalam pelbagai media elektronik mahupun cetak yang memaparkan slogan kempen Budi Bahasa Budaya Kita.
Sekali imbas kempen itu seolah-olah tidak memberi makna yang besar kepada individu, kumpulan mahupun masyarakat kita umumnya masih banyak perlakuan zalim, pencerobohan dan tindakan yang tidak berbudi bahasa terjadi dalam masyarakat kita sama ada pada peringkat individu biasa mahupun yang mempunyai kedudukan. Apapun kempen itu pada hakikatnya amat penting sekali agar penduduk, rakyat iaitu individu, kumpulan mahupun masyarakat kita pada keseluruhannya hidup dalam keadaan berbudi. 

Memang hal yang seperti itu tidak mudah mencapai matlamatnya, namun dengan kempen yang seperti itu dan dilaksanakan secara terus menerus setidak-tidaknya menunjukkan masih ada manusia mahupun kumpulan dalam masyarakat kita yang melihat bahawa gejala buruk, dalam apapun bentuknya yang terjadi dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada ketiadaan budi, berpunca daripada ketiadaan akal, ketiadaan kebijaksanaan, menularnya perangai-perangai dan tabiat yang buruk.

Begitu penting dan besarnya makna dan hakikat budi dalam hidup individu, kumpulan dan masyarakat Melayu. Dilihat dalam aspek lain ia selari pula dengan pegangan pentingnya akhlak dalam kehidupan kita sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Apakah sifat-sifat tak berbudi atau sifat-safat tercela mereka yang hidup tidak berbudi itu? Antara lain dapat senaraikan di sini ialah amarah, dendam, iri hati, kikir, sombong, angkuh, congkak, suka berkhayal atau panjang angan-angan, suka mempamerkan diri (dalam semua aspek kehidupan), cinta pangkat dan kekuasaan, besar mulut, sombong, merosak hubungan nmasyarakat, suka mencampuri urusan orang lain, tamak.
Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang hidup dikawal oleh budi. Antara lain adalah cintakan ilmu pengetahuan, sabar, suci batinnya, murah hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur, waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk, bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah s.w.t.
Begitulah pentingnya budi dalam kehidupan sesebuah masyarakat, apatah lagi dalam sebuah masyarakat pelbagai bangsa, etnik dan agama sebagaimana Malaysia ini. Apabila semua individu, kumpulan dalam masyarakat menghayati hidup berbudi dengan sebenarnya-benarnya maka dengan sendirinya lenyaplah segala mala petaka yang dilakukan oleh tangan manusia. Tidak adalah lagi bunuh, rogol, samun, rompak, segala macam bentuk penyalahgunaan dadah, rasuah, penipuan peringkat kecil/rendah mahupun peringkat tinggi kecurian dan kehilangan harta benda pun tidak akan ada lagi. Yang miskin ditolongi, yang kaya dihormati, yang berkedudukan dimuliakan kerana kedudukannya. Yang alim diminta barakahnya. Yang berpengetahuan diminta ilmunya.
Rupa orang yang dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi. Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin menuntut balas. Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu tersebut ia mudah ditakluki oleh akal.
Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang daripada orang yang mendapatnya. Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam (hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan peribadi orang lain.
Tidak kurang hebatnya ialah sifat kikir (bukhl). Allah Swt berfirman (Maksudnya): “ Dan sesiapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah al-Hasyr[59]:9). Berlawanan dengan sifat kikir yang bermastautin dalam rumah orang-orang yang tak berbudi ialah kedermawanan, iaitu memberikan kepada orang lain apa-apa yang melebihi daripada keperluan sendiri, sifat yang mementingkan orang lain (itsar)adalah lebih baik kerana itu adalah darjat tertinggi dermawan.

Congkak (‘ujd) juga bahagian daripada rumah orang yang tak berbudi. Congkak adalah sejenis sifat tinggi hati yang muncul dalam diri seseorang apabila dia membayangkan dirinyalah yang sempurna, baik pengetahuan mahupun perilakunya. Hidup bersama sifat congkak ialah sifat terpedaya (ghurur) iaitu suatu sikap yang meyakini sesuatu yang bertentangan dengan kenyatan dan jiwanya menerima terhadap apapun yang bersifat khayal dan samar-samar serta menurut hawa nafsunya sendiri. Ada banyak orang yang ditawan nafsu ini seperti misalnya berpakaian seperti orang salih atau alim dan seumpamanya.

Tidak kurang buruknya ialah sifat yang dinamakan Ingin di Puji (Riak). Dalam apa keadaan pun mereka yang bersifat begini senantiasa ingin dipuji. Kalau tidak mendapat pujian, biasanya ia menjadi sangat marah. Di sinilah duduknya para pengampu dalam masyarakat kita, sebab ia membuat sesuatu tidak ikhlas.

Sifat Ingin di Puji ialah Cinta Pangkat (hub al-jah wa al-riyasah) juga satu penyakit orang tak berbudi yang juga sukar diubati. Orang yang mendokong sifat ini jauh sekali daripada ikhlas. Sifat ini tercela kerana ia mendorong pada hal-hal yang diharamkan dan kepada hal-hal yang tidak dianjurkan. Seperti misalnya menyebut dosa mereka yang telah mati, cerita fasak perempuan, berdebat bersaing-saing, berbicara dengan gaya yang angkuh pura-pura, menghina cabul, mengutuk, mengejek, ceroboh, mencemoh, membocorkan rahsia, berdusta, memfitnah, mengumpat dan yang seumpamanya. Sesungguhnya tidak banyak yang menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa bahaya lidah amatlah besarnya.

Sifat buruk lainnya ialah Berhias Kerana Makhluk (al-tazayyun lil-khalq). Para pencari kebenaran al-Khalik mengelakkan daripada melakukan perbuatan ini kerana ia menjadi penghalang, mengganggu perhatiannya daripada hanya mengingati Allah Swt. 
Hakikatnya yang terpuji itu, budi luhur itu adalah sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat-sifat tercela yang disebutkan itu.
Ingatlah, Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “Dan telah Kami (Allah) jadikan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami rendahkan ia sehina-hinanya, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih.” (Surah Al-Thin: 95: 4-6).
Lebih lanjut : CLICK SINI


------------------------------------------------------------------------------------

Kesian kat hati asyik sakit. Mari kita tenangkan hati biar hati gembira setiap hari. ^.^

Kita manusia yang tidak sempurna. Dan kita juga tidak layak untuk menghukum orang lain dan memperkecil-kecilkan setiap kelebihan atau kelemahannya. Mari kita sama-sama renungkan kelemahan diri dan cuba perbaiki diri demi kebaikan bersama. 


Nota kaki : Kerana mulut badan binasa.
www.tips-fb.com

Friday, June 17, 2011

Syukur Alhamdulillah

Broommm..Broommm by LittleGurl 9 comments
Assalamualaikum w.b.t


Aku baru je lepas mengemop air mata yang meleleh keluar dari baldi yang ketujuh bijik (ok tipu). Aku dah lama tak nangis haru biru pilu dan sebagainya macam pagi-pagi buta camni (tipu lagi). Orang lain tengah syok dibuai mimpi tapi aku nanges tersedu sedan secara perlahan-lahan supaya warga dalam rumah aku tak tersedar. Kau ado?

Dah banyak hari aku takleh nak tido. Dah banyak hari aku taklalu nak makan. Sampai aku rasa macam dah slimworld malah lebih dari itu. Ini bukan (ye ke?) kes rindu si dia yang jauh di mata, tapi perasaan gundah gulana itu adalah disebabkan oleh penentuan masa depan.

Disebabkan kesilapan aku petang tadi (baca SINI), jiwa aku semakin tak tenteram sampai ke malam kau tahu? Jiwa aku kosong (eceh). Sampai malam ne aku dah macam sensitif gila dengan si dia tak semena-mena. Hahaha. Tetiba je aku macam nak carik pasal. Lepastu lapar tak hingat. Dah makan nasik penuh 1 pinggan tapi kau pergi buat beger telor tu apasal? Dua bijik pulak tu. -_- Oh hidup aku macam terumbang-ambing.

Aku bukak facebook tadi sume post status 'syukur,syukur'. Aku macam 'heh?'. Result dah keluar?! *pang* Rasa panas bahang je badan aku. Ini yang buat perut aku tetiba nak memulas kan. Pastu bila one of my friend said check jela sebab result tetap sama jugak, so aku decided nak cek jugak pagi ne. Tapi sebelum tu aku pergi ambek wuduk lepastu buat solat hajat dengan harapan aku tak frust menonggeng (cerita benar). Hahaha. 

Untuk memudahkan student check result, sistem UiTM telah membuat 1 pembaharuan iaitu dengan mengemailkan result students kat email dorang. So takperlu nak tunggu loading lama dan tetiba kau dah tunggu dua jam kuar 'error' pulak kan. 

Bila aku bukak je email, then click kat email UiTM send, treeeeetttttttttttt



Sume LULUS termasuk THESIS aku!
Memang aku rasa nak buat sujud syukur kat depan laptop terus.
Lepastu aku terus jenguk yang paling bawah.




COMPLETE. Masa ne aku tatau nak cakap ape. SPECHLESS. Tetiba air mata aku kuar lajulaju dan apelagi memang teresak-esak aku sorang-sorang. Nak malu ape kan? Kejayaan ne kejayaan.

Biarpun result aku takde la best mana pun. Tapi aku tau keupayaan aku setakat mana. Usaha aku setakat mana selama ne. Aku bersyukur sangat-sangat. Setelah 3 tahun berusaha sehabis baek semasa diploma dulu (Diploma of Quantity Surveying) dan 2 tahun untuk Bachelor in Quantity Surveying (Hons), akhirnya aku berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan aku sebagai seorang pelajar. Yang paling buat jantung peparu aku dupdapdupdap adalah THESIS! Cuba tanya sape boleh siapkan thesis sambil goyang kaki? Oh kompem mereka-mereka menggunakan konsep copy & paste. Aku berani kerat jari. hahaha. Thesis yang paling buat aku cuak sebab bukan mudah nak setelkan 6 jam mata kredit tu. Syukur sangat-sangat sebab thesis pun lepas dengan jayanya. Alhamdulillah. Ini semua berkat pertolongan dari Yang Maha Esa, doa keluarga, guru-guru/lecturers, si dia dan yang paling penting sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa mendoakan kejayaan yang cemerlang.



Betapa risau gila aku nak tengok result, last skali barulah aku terhegeh tengok sape punya nama kan kat slip tu. Hahahaha. Mane tau kot tetiba terhantar plak orang laen punya slip examination memang rugi gila la air mata yang dah aku curahkan tadi. Nasib baek maklumat betol. Haish. Buat den cuak untuk kali ke berapa dah. (maaf terpaksa menconteng dakwat merah di slip sendiri. bajet retissss kan. PRIVATE!) wakakaka

Untuk member-member seperjuangan, tahniah diucapkan kepada semua. Aku yakin korang juga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdulillah setiap yang kita hadapi selama ini, perit jerih dan suka duka bersama dapat kita harungi dengan sebaiknya. Kita jumpa di pentas konvokesyen nanti!!!! Love you guys a lot. 


Sources : Google


Hari Jumaat adalah ibu segala hari, hari yang mewarnai kehidupan seluruh makhluk.


GRATEFUL IS EVERYTHING, RIGHT? 





Ok dah boleh tido dengan nyenyak ^.^

www.tips-fb.com

Thursday, June 16, 2011

Behind the Photo Contest

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Memandangkan aku malas gila nak update blog, jadi aku gagahkan diri menggeledah gambar-gambar pilihan aku untuk merebut hadiah istimewa dari encik longhafiz. Mana tau kot aku menang then boleh hadiahkan si dia dengan tie (padahal dia tak guna pon). Paklong (wah jadik panggilan baru pulak! karang kena lempang!) ni selalu drop kat blog aku tau tapi aku gila sombong jarang nak pergi blog beliau (sila lempang). Yelah time dia datang aku kan tengah busy study sebelum ne (eceh), tu yang jarang pergi blog dia kan kan. hahaha. 

So kali ni aku tanpa beralasan berikrar WAJIB join contest hebat dari beliau. Eh dapat hadiah berbaloi-baloi you. Sape taknak? Hadiah dari oversea tau tak? Hadiah dari London. Kau ado? 

Paklong eh Longhafiz, jangan ingat aii jarang lepak kat belog you, aii tak bacer tahu? Setiap entry aii baca sambil tangkap leleh sebab setiap entry you kan berkisahkan oversea. Hey aii jeles! wuu wuu TT__TT. Serius belog Longhafiz ne sangat best sape tak pergi jenguk memang rugi dan menyesal seumur hidup!

Meh baca al-kisah syarat-syarat penyertaan nanti korang pon mesti teruja nak hadiah istimewa dari paklong (ke?...) aii ne!



LongHaffiz.com : Behind the Photo Contest : Inilah nama contest untuk korang semua. Memandangkan aku dalam proses nak promote domain blog yang baru dilancarkan last week, maka hadiah yang disediakan pun boleh tahan gempak dan high valuenya. Senang sahaja korang untuk join contest nie tau. Korang hanya perlu siapkan satu entri pasal contest nie, upload gambar di FB Fan Page dan dapatkan like sebanyak mungkin. Secara detailnya, inilah procedurnya yerk :

Step 1. Tulis satu entri di blog korang semua. Di dalam entri tersebut, korang bolehlah bebel pasal longHaffiz.com : Behind the Photo Contest dan pada masa yang sama upload photo terbaik korang. Photo yang korang nak pilih adalah totally general dan random : terpulang kepada semua yerk!!

Step 2. Selepas entri dah siap, korang kena upload photo yang sama ke Facebook Fan Page Blog Coretan “Long Haffiz” Perantau. Oh ya, beserta dengan photo yang korang upload tu, pastikan tinggal caption url entri blog korang tu.

Step 3. Last step, dapatkan kengkawan korang semua untuk like photo korang di Fan Page tadi dan langsailah kerja korang! Yeszaa!!

Ok ne gambar yang paling aku suka setelah berpenat lelah menggeledah dalam external tadi. Ok cepat LIKE!!!!!!!


Pictures : Ahmad Qayyim Dzikri Mohd Halimi

Geram tengok budak kecik merangkap anak saudara yang noti doti ne. Korang sila bukak FAN PAGE LONGHAFIZ (tekan SINI) untuk korang like gambar ne ok!

Eh,eh aku tau korang mesti gabra gila macam akak aku sebab tetiba xleh nak LIKE kan kat photo tu. hehehe. Macam ne first korang kena LIKE dulu fanpage longhaffiz (click SINI). Lepastu nanti boleh bukak kat SINI semula untuk LIKE gambar comei budak kecik tu ye. Hehehe. Simple kan?

Kalau aku menang aku nak kasi hadiah tu kat umi & abah budak tecik kat atas ne. Wah baek gila aku kan. So, korang apelagi? Silalah LIKE sepenuh hati. ekekekeke

Tengkiu ^.^




www.tips-fb.com

Bikin diri wa malu

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t


Petang-petang camni dah bikin wa malu gila! Apesal boleh pulak aku lupa hari ini tarikh ape. Oh ya! Baru perasan last date aku tengok adalah semalam sebelum aku tido iaitu pada jam 12.45 a.m. Eh tu bermakna hari ini bukan semalam dah. Ayoyoyoyo. Tengok cermin pun dah rasa malu. -_-

Anak : Yunk, da cek rezak?
Mak : Aik, arini ke kuaw?
Anak : Bukan 17?
Mak : Arini 16th la yunk..ngeh3

Mak itu bukan umi wa. Mak itu merangkap si gadis ayu yang INI

OMG! OMG! Aku ne sejak cuti lama tarikh pun dah kurang ingat. Inilah akibatnya. Hahahaha. Aceli bukan sebab tak ingat tarikh kot (eceh). Aku kan masih muda, kuat daya ingatan (konon). Yang aku jadi gabra semacam adalah result final exam aku kuar 17hb! Means esok bukan hari ni! Korang paham tak ape yang aku nak cakap ne? 

Aku cuak gila ingat result kuar harini padahal esok. Ggrrrrr

Semoga kita semua mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia & akhirat. Amin.



Ok sambung perasaan cuak sebab esok kuar result. Ok bai!

www.tips-fb.com

Wednesday, June 15, 2011

Sunshine smile contest

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Tengah blogwalking tetiba nampak contest ne. Eh! Nak join lah. Lama kot tak join contest padahal tak pernah menang pom. Sobsobsob. Tape-tape just suke-suke kan.

Seperti yang dijanjikan, SUNSHINE SMILE CONTEST akan bermula HARI INI iaitu pada 22 Mei, 2011. HADIAH UTAMA BERUPA POLAROID INSTAX MINI 7S beserta INSTAX MINI FILM yang bernilai RM600.

CONTEST APE NI?

Sunshine smile contest ini adalah contest SENYUMAN PALING CERIA. Apa yang anda perlu lakukan untuk join contest ini hanyalah baca dan ikut syarat-syarat yang tertera dibawah. Contest bermula pada 22 Mei 2011 dan tamat pada 1 Julai 2011. Keputusan akan diumumkan pada bulan July 2011


Jom tengok apa syarat-syarat penting kena ikut untuk join contest ne.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Sila follow kedua-dua penaja di link berikut:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/

http://aarrghitsme.blogspot.com/

2. Copy dan post entry ini di blog anda dan attach gambar (SATU GAMBAR SAHAJA. GAMBAR ANDA YANG SEDANG SENYUM) yang ingin dipertandingkan.

3. Senyuman mesti CERIA!! Ikhlas atau tak ikhlas belakang cerite..

4. Sediakan ENTRY khas contest ni dan link kan kepada saya di comment box entry ni:

http://mynameismyname-ashraf.blogspot.com/2011/05/sunshine-smile-contest-starts-now.html

5. AJAK minimum 3 orang rakan anda untuk join contest ni dan tag entry khas mereka di bawah gambar anda (kalau rakan follower sikit, boleh dikecualikan)

6. Untuk keselamatan jika blogger.com buat hal, sila link kan entry khas contest anda di:

http://www.facebook.com/pages/Sunshine-Smile-Contest/211819135518018?sk=wall


Mudahkan? Jom kite ramai-ramai join contest ne. Lalalalalala~ >.<

Dibawah ini adalah gambar aku pertaruhkan dalam contest ne. Korang jangan gelak-gelak. Gggrrrr






" Senyuman saya paling ceria sebab dalam hati ada taman eeuwwww eeuuwwww"

Ok saya tag : 


www.tips-fb.com

Monday, June 13, 2011

Wedding Faiz & Farhana |5th June 2011|

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t


Hello!

Uaarrgh, lamanya tak jenguk belog ni (eceh). Gara-gara kelantan kalah aku jadi hilang mood nak post? Boleh? Padahal baru je post entry pasal Piala FA tu.

Ini cerita ahad aritu. And I am so glad that my cutey teacher offered me to attend my friend’s wedding! Yeehuuuu! Esaited ok sebab aku takde transport nak pegi. sobs

Ini yang buat perasaan sayang kat facebook membuak-buak.



See, bila aku post macam ni kat event faiz terus my teacher offer aku pergi wedding dengan dia! kau ade?bhahahahaha. Teacher Shamsiah! ni sayang teacher lebih ne! muahss. Thanks my dear sya sebab datang ambek kat rumah. wahwah macam datin wanabe ai orang tolong jemput-jemput (bukan cekodok!). wakakaka

Bila si faiz tagged me for his event, i was like huh? Majlis kawen? Biaq betoi member aku sorang ne nak kawen ? (mulut terlopong tangan tepuk dahi). Bukan patut aku dulu ke? haha. Grrrrrrr.  Ingat ke adik dia si zira nak kawen. Ok ok fine memang si faiz ni dah sampai seru dulu berbanding aku.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat Faiz dan pasangan comei, Farhana. Semoga sentiasa dirahmati Yang Maha Esa, sentiasa berbahagia bersama si dia tersayang, sentiasa menghadapi dugaan & cabaran dalam dunia rumahtangga dengan penuh kesabaran dan semoga dianugerahkan cahaya mata yang soleh & solehah.
Amin.


Pendekar moden


'Keno dok diri tcer, nati tok napok kerih'
'hom hom kerih tu keno tunjuk'


Ggrrr rugi plak tak pakai baju kaler kelabu. Kan dah tertukar mane satu bride. hahaha


Koho smart anok-anok murid ustazah nge tcer ne.
(semakin handsome/macho student ustazah ngan teacher ne)



Ustazah, saya nak cop anak-anak dara ustazah tu boleh? ekekeke


Happy Ending ^.^


Teruja ai duduk sebelah bride & groom. Wahwah!



We LOVE us!



Seorang pengawas sekolah masa sekolah rendah (SEK.KEB.MULONG 1) yang baik hati (ke????) haha. Serius si faiz, erfan, zuna merupakan pengawas paling meletop di sekolah. Korang tau tak yang korang sangatlah femes dikalangan junior-junior? Mana taknya dorang ni terlalu baik sampai tak sanggup nak tegur budak-budak nakal kat sekolah tu. Tu bukan tak sanggup tapi penakut! Haha. Honestly dari jiwa yang tulus ikhlas, aku bangga dapat kenal & kawan ngan korang sampai ke hari ini! Patutlah ai berjurus sampai sekarang sebab kawan-kawan sume berjurus hakhakhakhak! Pengawas katakan. Eh,ai pom pengawas jugaklah! Pengawas perpustakaan. LOL!

Faiz ni anak sulong Ustazah Atikah, sekolah yang sama kami menuntut zaman sekolah rendah (asal ayat aku macam skema je). Ustazah kesayangan yang sangat best and sporting morting! Sayang sangat kat ustazah sebab sume student dia anggap macam anak sendiri (teruja!). Ustazah sangatlah comel bila geram kat anak murid dia. Aku dah pernah kena cubit kat perut. Tapi ustazah tetap cool sambil mencari lebihan lemak untuk di cubit. Hahaha. Biasalah kan zaman nakal. Encik Zuna, bila masa ai berjurus, cuba cakap? Ustazah pom penah cubit ai tau. Tu kira tak berjurus da. Wuuuuuwuuuu saketlah ustazah cubit kite. Sobsob

Rindunye zaman sekolah kitewwwww…..sobs TT__TT. Bila kita nak kumpul ramai-ramai lagi?

Jom kite buat reunion pakai baju pengantin. Eh silap. Pakai baju sekolah nak? Teacher & ustazah pon kena pakai jugak!

Lalalalalalalala *esaited*

^.^




Nota kaki : 

Jurus/berjurus = baik hati/sopan santun
Diri = berdiri
Tok = tak
Napok = nampak
Nati = nanti
Kerih = keris
Keno = kena







www.tips-fb.com

Sunday, June 12, 2011

Kenapa Daudsu kenapa???

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Aku yakin semua orang tengah tido tapi aku takbleh nak tido. Korang jangan sebok nak tanya kenapa nanti buat hati aku panas-panas macam goreng pisang panas haaaaaaaaaaa. Kite bakor! Kite bakor! Eceh tetibe macam nak emosional kan. hahaha. Padahal aku tengah happy goyang-goyang kaki sambil tulis belog. Eh bukan goyang kaki masa baring takleh eh? Ok fine aku taip sambil berdiri! >.<


Aku takleh nak tido neh sebab teringat Daudsu yang hot hot spicy tadi. Kau tengok? Aku tak pergi stadium jadi aku membulatkan mata tengok astro arena sambil makan ayam Edlee bersama fries. Sangat hot Daudsu malam ne sampai aku menjerit wah!daudsu daudsu daudsu sampai empatpulohempatkali (tipu). Sebenarnya aku tak kenal pun sape Daudsu yang aku kenal cuma tunang kak elia, si apek khairul fahmi tu. Alah si keeper gorgeous yang sepantas kilat menolak bola-bola yang ditendang keras oleh pihak lawan (teruja!). Kenal? Taktau la kalau tak kenal. Grrrr. Suka tengok apek jaga gol tadi hebat! tetiba.

Tapi tadi kan tibe-tibe aku dah kenal Daudsu wah! Kalau lah dari dulu aku kenal kan best sebab hensem (ke??.....). 

Tapi kenapa Daudsu kenapa?????????

Tapi kenapa Daudsu oh kenapa pegi sumbat goal sendiri tu tadi dengan tuan-tuan sekali dah masok goal tu haaaa......Sobsob. Aku dah bangun sorak-sorak kegembiraan di saat RW menyumbat goal pertama tadi tibe-tibe terduduk atas sofa sambil mulut ternganga dan berkata 'ape you dah buat ne Daud?' uwaaaaaaaaa!!!

Ya memang aku warga Kelantan. Tanah tumpah airku yang ku sayang yang ku puja. Kalau tak sayang negeri sendiri nak sayang negeri sape kan? Takkan Denmark kot. Eh Denmark tu negeri ke? Bhahaha. Ya aku memang sokong Red Warrior takkan tetiba aku nak sokong Sang Penyu padahal aku lahir kat Kelantan kan nononono cannot lah. Aku memang penyokong setia Red Warrior walaupun aku tak pegi konvoi semalam naek kereta menghala ke stadium bukit jalil. Aku kan penyokong sejati yang bersopan santun padahal bila jerit masuk goal suara aku macam speaker, satu kampung boleh dengar. TT__TT. 

Sedih sangat bila si Daudsu tersumbat ke dalam goal sendiri bermakna Sang Penyu mendapat mata yang sama dengan pasukan Kijang (Red Warrior). Rasa nak nanges tapi aku masih cool. Tape tape cuba lagi masih ade masa. Tapi bila Sang Penyu dah mula bangkit semula, apelagi kan teros gasak lagi sumbat goal yang kedua. Haaa time tu aku dah macam mayat hidup tak bangun-bangun kat sofa sambil memegang kepala seolah-olah diserang saket kepala yang amat dasyat dan menjerit 'OH TIDAK!!!'

Rasa dunia dah berputar-putar (eceh hiperbola lebih). Lepastu tetiba umi cakap 'Biaso lah tu adat pertandinge ado kaloh ado mene'. Tak semena-mena aku dah tak rasa berputar-putar dah. Terima kasih umi sebab mengelakkan adik dari terhisteria kat depan tv. eeuwwww adik? (pitam)


Ok tu status aku tadi bila dah confirm Sang Penyu dah jadi Juara Piala FA. Biasalah adat pertandingan. Takkan dua-dua boleh menang, ye dak? Laen lah kalau macam aku sparring taekwondo zaman sekolah dulu, emas tak dapat, perak tak dapat, so gangsa dapatlah tapi kongsi ade dua orang. Ado bola pun cemgini? Tade tade. So kita kenalah terima dengan hati terbuka. Papepun sayang sangat kat Red Warrior! Korang dah buat sehabis baek. Penat atas padang bola hanye korang je yang tau tambah pulak 30minit masa tambahan fuhh.  Aku tade pon salahkan abg Daudsu (wah abang?) tu sebab setiap orang ade buat kesilapan kan. Dia mungkin nak tanduk keluar dari gol sebab nampak macam dah dekat je. No one's know. Belajar dari kesilapan lebih baek kan? Korang tetap dalam hati! GOMO KELATE GOMO, GOMO KELATE SOKMO eceh ne slogan aku. hahaha

Pssstt pssssttt tadi sebelom jenguk Red Warrior & Sang Penyu berentap kat padang bola, aku keluar jalan-jalan dengan umi dan kakak. Perghhhh tibe-tibe hari ini dalam sejarah jalan lengang semacam. Mana taknya cuba kira berapa ribu orang kat stadium tu warga kelantan yang sanggup berjalan jauh dari kelantan ke stadium bukit jalil? 


Oh warga kelantan yang masih belum pulang tu sila lihat ne depan wakaf che yeh you tau tak jalan lengang semacam? See?


Lepastu tiba tiba wujud kereta berduyun-duyun macam ne. Dah macam parking lot kat hospital pun ade. Dorang bukan lepak kedai makan main daun terup ke maen haji ke hisap shisha ke tak tak tak. 
Dorang tengok Piala FA. TT__TT


Sanggup berhenti kereta sebab takut terlepas aksi hebat pemain RW kan. Tapi asyik peluang goal RW terlepas je. Haish. Terus pecut kereta lajulaju nak sambung tengok kat rumah. hahaha. 

Aku rakyat Kelantan pun rasa terharu gila dengan sokongan rakyat sendiri. Jiran kat sebelah rumah aku ne pun suami isteri sanggup tinggal anak-anak kat rumah dengan atok dorang semata-mata nak bagi sokongan kat RW. Ne yang buat aku sayang lebih ne ecececece!







Ok lah nak tido mimpi Daudsu! 
hahahahaha eh tak tak nak mimpi orang tu.  
lalalala >.<








www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting