Followers

Friday, December 23, 2011

Ayam masak halia + kacang buncis tumis

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Baru je sejam yang lepas dok godek-godek resipi dalam blog ;) Seghonok tengok menu macam-macam. Yang paling tertarik bile tengok apam polkadot itu ohhhhh comel gila! Nanti nak cari bahan then buat sendiri ;D teeeheeeeeeeeee kalau jadi nanti aku buat contest giveaway kasi korang apam polkadot comel itu. mau? hakhakhakhakhak

Masa aku tengah dok skodeng bermacam-macam menu, tetibe perut comel berdongdang sayang pulak ish ish. Ne gara-gara hanya makan nasi goyeng tengahari tadi. Amboihhh kau perut dah la comel, demand lebih pulak kan mentang nasi goyeng tade lauk pauk yang lazat berkrim grrrrrrr. 

Supaya dapat mengembirakan hati perut comel ini, aku pon menggedik jugak buat makanan untuk dia. Karang berdongdang sayang lagi kuat kang naya ceq. 

Ayam masak halia (resipi asal SINI)
Bahan-bahan :
1 mangkuk kecil isi ayam (dipotong kecil)
2 batang kacang panjang (dihiris) - nak lebih pun boleh
1 inci halia (dihiris) 
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 ulas bwg putih + 1/2 labu bawang besar (dikisar/ditumbuk)
2 sudu sos tiram 
 1/4 sudu kecil garam halus
 1/2 sudu kecil gula
1 sudu kecil minyak untuk menumis


Cara-cara : 
1)      Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar beserta halia sehingga wangi.
2)     Masukkan ayam dan kacau. Masukkan sos tiram dan sedikit air dan kacau lagi sehingga ayam masak.
3)      Tutup kuali untuk ayam lembut (jika perlu)
4)      Masukkan kacang dan bawang besar yang dihirs ke dalam kuali.
5)      Masukkan garam dan gula.
6)      Masukkan air sedikit (jika perlu, nak berkuah sikit kan)
7)      Kacau kacau kacau dah siap boleh hidang dan makan. Bismillah…..

Kacang buncis tumis (resepi asal SINI)
Bahan-bahan : 
Kacang buncis (ikut suka banyak mana pun)
8 ekor udang dibuang kulit, dibasuh bersih, dan ditoskan
½ biji bawang besar dihiris
5 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang merah dihiris
1 biji cili merah dihiris (buh cili hijau pun ok gak)
I sudu besar sos tiram
Gula dan garam secukup rasa
¼  cawan air

Cara-cara :
1)     Kacang buncis dicuci dan dihiris menyerong. Udang dibersihkan, dibuang kulit, ditoskan dan perap bersama gula dan garam. Biarkan sekejap.
2)     Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga harum. Masukkan sos tiram dan kacau.
3)     Masukkan udang dan air. Kacau lagi sehingga udang masak (bertukar warna).
4)     Masukkan kacang buncis dan cili merah, besarkan api. Gaul sehingga rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, cuba rasa kalau teragak-agak hehehe then dah boleh hidang panas-panas ;)





Alhamdulillah umi gua makan dengan lajunya siap tambah nasi teeeeeheeeeeeeeeee ;D 




Pergi terjah Mat Gebu untuk dapat banyak resepi lazat sodap sekarang! Selamat mencuba ;)









www.tips-fb.com

2 comments:

Iffika | Ruslan on December 24, 2011 at 12:30 AM said...

eh ye kehh ? HAHA malunyaa i

whateverrr , kacang buncis minyak okay ?

:PP

LittleGurl on December 24, 2011 at 10:47 AM said...

hahaha!!!

aahhhh sedap gila! berminyak lagi sodap kahkahkah! ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting