Followers

Thursday, December 29, 2011

5 do, 5 don't : Relationship

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

DO and DON'T?


Jujur
Nama pula relationship iaitu bermaksud hubungan. Bukan puppy love yang berhubungan sekejap lepastu dah jumpa orang lain berhubungan pulak dengan orang lain. Tu bukan relationship itu namanya friendship saja, suka suka cari kawan dalam hati tak tertawan pon. Jelas dalam hubungan perlukan kejujuran. Ini serius. Lelaki perempuan aku rasa benda paling penting inilah jujur. Jujur ni banyak pula terbahagi samada jujur masa bercakap, masa bercerita atau ape-ape jelah.

Kalau in relationship (bercinta sebelum/selepas kahwin) pon dah menipu means kau memang mencari nahas. Kena ingat, setiap perbuatan menganiayai hati ni akan dapat pembalasan setimpal beza lambat cepat je. Cuba cek, pasangan korang tuh mesti sikit-sikit nak teka itu ini kan. Kadang ada pulak terkena batang hidung sendiri haha. Konon nak tipulah 'baby baby abang nak pi solat jumaat ni' padahal duduk ternganga tido terbongkang depan tivi. Sedihnya kena tipu. Bukan dengan baby je abang tipu, dengan Dia lebih lagi T.T
Jujurlah dengan pasangan, InsyaAllah korang akan bahagia. Pegi mana-mana pon tak yah nak pikir ape-ape, sebab jujur jadi benda utama ;)

Bertanggungjawab
Whoaaaaaaaaaa beg isteri pon suami pegang bagusnya. Ihikhikhik. Bertanggungjawab betol kan? Bagi aku bertanggungjawab takdelah sampai 24hours pegi mana-mana isteri mintak suami pegang handbag pon dah jadi tanggungjawab suami pulak. -_-'.
Maksud bertanggungjawab disini, kena ada sikap seorang pemimpin. Sweetkan kalau seseorang tu mengambil berat, selalu tanya khabar bukannya time nak baru nak cari. Oh itu bukan bertanggungjawab tu namanya pentingkan diri. Kadang-kadang aku heran jugak ada orang yang dah ada pasangan, tapi hanya contact sekali seminggu eh boleh eh macamtu? Bagi aku kalau lelaki pon tak tahan jugak rindu apatah lagi perempuan. Sikap bertanggungjawab ni sebenarnya takyah nak tunggu lepas kahwin baru nak belajar, kena belajar perlahan-lahan. Kena ingat, sikap ni bukan senang nak ubah-ubah. Even lepas kahwin tak tentu lagi korang boleh terus belajar bertanggungjawab betul-betul. Bertanggungjawab pon melibatkan banyak aspek, hal agama (solat, mengaji ye), hal rumah tangga (basuh pinggan mangkuk, baju berbakul-bakul pon tanggungjawab besar jugak tau?) caring, romantis (eh romantis tu bertanggungjawab ek haha!). Jauhi sikap pentingkan diri, nampak sangat korang suka lebihkan diri sendiri, sedangkan orang sekeliling, buat dek je. "Ada aku kesah?" Taknak tau macamtu.


Ye, ilmu tak kan habes sampai bila-bila, tapi tak salah kan kalau belajar dari peringkat awal? ;)

Jadi diri sendiri
Jangan hipokrit. Jadilah diri sendiri like you did before and after ;) Tak perlulah nak berlakon jadi the best actor pon kan, sebab believe me, lame-lame perangai or sikap sebenar korang akan terserlah jugak. Dulu mula-mula kenal, kemain nak control ayu makan big mac pon bukak mulut kecik je hahaha tapi dah masuk bertahun-tahun, haiyaaaaaaa sekali ngap terus habes burger sebijik! LOL
Kalau korang nak tau, bila korang betul-betul berada disisi orang yang betul (means jodoh, perhaps), korang tak kan teragak-agak nak buat ape-ape pon. Keluar dating naik kereta kaki terus bersila dekat kerusi (yes, macam aku kot). Nampak macam kurang ajar sikit ish ish tapi automatically benda common yang kita buat, bila bersama orang yang kita betul sayang akan jadi macamtu jugaklah ;) Takde rasa kebas kaki pon sebab kita duduk dalam keadaan selesa and tak control langsung ;) And masa makan pon tadelah nak control ayu kemain, padahal duduk rumah makan ulam pucuk paku nasi tambah 2 pinggan (aku lettewwww) hahaha! 

Rajin
Rajin disini bermaksud korang kena gatal tangan la sikit. Haip jangan nak bayang lebih-lebih pula ye adik-adik. Rajin bermaksud rajin usahakan sesuatu untuk menghargai pasangan ;) Sebagai contoh rajinlah sikit buat surprise ape-ape untuk pasangan. Well, aku rasa kalau kaum adam pon dapat card comel dari isteri/awek pon kompem senyum kambing sampai ke telinga kot. Yes, tak express feeling, tapi dalam hati hanya Tuhan yang tau kan kan. Happy tak terkata ;) Apatah lagi kalau kaum hawa, ehm ehm kalau birthday or anniversarry kena rajinlah buat kejutan sikit biar pasangan kita rasa dihargai. Jangan pulak bila dah memiliki, beranggapan benda-benda camtu tak penting terus malas nak usaha ape-ape dah. Biarkan kejutan tu hanya benda biasa, tapi sampai bila-bila dia akan ingat.
Ok start from today, korang kena catat setiap tarikh istimewa itu, macam birthday and anniversarry ;) Treat your love just like you treat your parent & sibling ;D

Romantik
Ramai yang cakap tak seronok dalam hubungan kalau takde gaduh gaduh. Memang betul pon. 100% agree. Sebenarnya bila kita mengalami sebarang pertelingkahan (errr selain kes-kes pukul, bunuh wuu wuu), akan mengeratkan lagi hubungan. Sebab dah terang lagi bersuluh korang gaduh mesti ada sebab tertentu bukan? Kes cemburu sebab kawan-kawan dok komen dekat facebook, kes dok membebel 24hours (eh? haha), kes busy sepanjang tahun ( T.T ) dan lain-lain. Semua sebab dan akibat bergantung kepada kesalahan dan setiap kesalahan akan diadili. Setiap kesalahan/kesilapan tersebut yang menunjukkan kelemahan pasangan. Means that, bila dah gaduh bolehlah tau si ponan ni tak suka ape, si ponan tu tak suka ape.

Dan untuk mengelakkan pergaduhan menjadi perang bersegi-segi, jadikan hubungan kalian hubungan yang romantik di dunia. Kalau sorang merajuk, sorang kena la pujuk. Tak reti pon buat-buatla macam reti. Kalau sorang membebel, sorang lagi senyum ajelah, buat macam paham oooooooooooo macamtu ye sayang oooo macamtu. Kalau sorang tu marah-marah, sorang lagi kena lah cuba buat lawak sikit sayangggggg taik cicak dalam mulut gulppp! T.T

Allah s.w.t dah ciptakan pasangan kita tak sama dengan kita. Mesti ada pro dan kontra. You suka ini, i tak suka itu. You suka marah, i suka nanges whoaaaaaaaa. Kadang mesti rasa macam ish asyik merajuk je dia ni, ish asyik bebel tak kesudah, ish asyik marah-marah je T.T. Cuba kalau dalam seminggu takde dengar pon dia merajuk, bebel-bebel, marah-marah, mesti rasa lainkan?

Eh eh, awak da berubah ke? lame tak tengok awak merajuk. merajuk la. pehlisssss T.T *LOL 

pulak dah! -_-'

Itu sebab "ketidaksempurnaan itu kebahagiaan bagi kita (my hero, 2011)"





Kita tak sempurna kan? Tapi kita kena cuba buat terbaik. Kekurangan itulah membuatkan kita menjadi lebih sayang dan perbezaan itulah membuatkan seseorang itu adalah istimewa dalam hidup kita. ;) Buat yang terbaik kepada pasangan, InsyaAllah kita akan peroleh kebahagiaan yang abadi.















www.tips-fb.com

8 comments:

widiea azira on December 29, 2011 at 12:58 AM said...

bertanggungjawab!!! sy pling detail yg nih utk pilih my special boy..heheh

LittleGurl on December 29, 2011 at 4:09 PM said...

hehehe kan? memang wajib kena tengok yg ni! kalu selfish terus kena reject haha!

Iffika | Ruslan on December 30, 2011 at 12:33 AM said...

HAHAHA

i love the photos . lawak okayy

tips berguna :))

Juliet_iRa~" on December 30, 2011 at 2:00 AM said...

setuju2..:)

mmg semua bnda tu ptt ada pd seorang lelaki + suami..

NN on December 31, 2011 at 1:22 AM said...

bertanggungjawab paling utama...

E'in on December 31, 2011 at 10:12 AM said...

agree! sume tu perlu ade kat boys..

ILA HonEyBuNNy on December 31, 2011 at 4:19 PM said...

cuba yang terbaik untuk happykan pasangan..ehhehe

romntk tu suka..tapi lelaki jarang romntik..ehheh

Unknown on January 20, 2012 at 8:17 PM said...

macam ciri2 sy je tue.. ekekek.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting