Assalamualaikum w.b.t
hari ni adalah hari cuti . LG tade class dan cuba meluangkan masa bersama blog dessertation dan juga assignment . cuba beristiqamah dan tenangkan diri dengan melakukan perkara perkara yang baek,berfikiran positif pada hari ini dan hari hari selepas hari ini jua =.=
terkadang mengalir air mata mengenangkan pengorbanan Rasulullah dalam mempertahankan Agama Islam Maulidur Rasul merupakan hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Teringat pula waktu sekola dulu, ade perarakan sempena Maulidur Rasul. Ustaz dan ustazah kelam kabut mengawal anak anak kecil sebab takot berlaku ape ape sepanjang perjalanan kami . Biasanya setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w . Antaranya seperti perarakan, ceramah dan sebagainya .
Banyak sebenarnyaa keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada sape sape yang mengadakan majlis seumpama itu . Apabila terdetik saja ingin mengadakan majlis maulud, Allah s.w.t akan memberi pembalasan yang tiada nilainya . Seseorang yang beriman, ketika dalam kesusahan, dia akan mendapat ketenangan hatinya hanya mengadu kepada Yang Maha Esa .
Keberkatan majlis maulud bukan sahaja pada orang yang mengadakan majlis tersebut malah orang orang yang bersama sama dalam majlis tersebut serta keluarga mereka juga akan mendapat keberkatan dari-Nya .
Semoga hari ini membuka hati dan minda kita untuk lebih iqtiqamah dalam kehidupan kita . Ayuh kita bersama sama selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w . Semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan oleh-Nya . Amin .
Antara kelebihan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w :
1. Menjunjung perintah Allah Subhanahu wa Ta'ala
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan
2. Perkara yang sama-sama dilakukan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
3. Perkara yang sama dilakukan oleh para malaikat kerana para malaikat juga berselawat ke atas Nabi صلى الله عليه وسلم walaupun maknanya berlainan.
4. Dikurniakan 10 rahmat oleh Allah atas setiap selawat
5. Ditinggikan pangkatnya 10 darjat
6. Dituliskan baginya 10 kebajikan
7. Dihapuskan daripadanya 10 kejahatan
Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""
8. Diharapkan doanya dimakbulkan kerana selawat inilah yang menaikkan doa itu ke langit 9. Mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم
10. Diampunkan dosa
11. Menyelesaikan masalah atau menghilangkan dukacita
12. Membolehkan dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم pada hari qiamat.
"Orang yang paling hampir kepadaku di hari Qiamat ialah orang yang paling banyak berselawat ke atasku" (Maksud Hadith)
13. Boleh menggantikan sedekah bagi orang yang tidak sanggup 14. Ditunaikan segala hajat
15. Mendapat doa dari malaikat dan rahmat Allaah Subhanahu wa Ta'ala
16. Membersihkan hati dan mensucikannya
17. Mendapat khabar gembira sebelum mati bahawa dia ahli syurga
18. Terlepas daripada huru-hara Hari Qiamat
19. Mendapat doa dan salam Nabi صلى الله عليه وسلم
20. Dapat mengingatkan kembali perkara lupa.
21. Mengharumkan majlis dan tidak ada penyesalan dalam majlis itu.
22. Menghilangkan kemiskinan
23. Tidak termasuk dalam golongan yang bakhil
24. Terlepas daripada kutukan Nabi صلى الله عليه وسلم"Hinalah orang yang disebutkan namaku di sisinya tetapi tidak berselawat"
25. Menyenangkan jalan-jalan masuk syurga
26. Menjauhkan majlis daripada menjadi busuk
27. Menyempurnakan setiap kalimah yang dimulakan dengan memuji ALlaah Subhanahu wa Ta'ala
28. Mendapat Nuur ketika lalu di Titian (Sirat)
29. Menjadikan kita tidak bersifat kasar
30. Mendapat pujian Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para malaikat
31. Diberkati umur dan pekerjaannya
32. Mendapat rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan sentiasa dikasihi olehNya
33. Menambah mahabbah kasih sayang terhadap RasuluLlaah صلى الله عليه وسلم
34. Allah Subhanahu wa Ta'ala dan RasulNya صلى الله عليه وسلم bertambah kasih kepada kita.
35. Mendapat petunjuk dan hati menjadi hidup 36. Nama orang yang berselawat disebut-sebut di sisi Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 37. Menetapkan kaki di Titian Siratulmustaqim
38. Menunaikan sedikit hak Nabi صلى الله عليه وسلم dan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
39. Termasuk daripada zikrullah mengingat Allah Subhanahu wa Ta'ala & RasulNya صلى الله عليه وسلم 40. Mendapat kemuliaan dan keistimewaan Allah Subhanahu wa Ta'ala .
(by : http://al-syahidah.blogspot.com)
5 comments:
Ermm..bagus...
expert@ mudah mudahan hidup kita sentiasa diberkati oleh-Nya. ;)
wah best=)
jah@ hanya berkongsi ilmu sayangs ;)
amin.. =p
Post a Comment