Followers

Saturday, February 25, 2012

Resepi Marble Cheese Cake

Broommm..Broommm by LittleGurl
Assalamualaikum w.b.t

Hello peoples yang comel dan kacak sekalian. Dah lame rasanya tak share korang resepi kan? Ok harini kite (jangan geli baca entry ni sebab guna 'kite' haha) nak share resepi baking lagi. Actually dah lame buat tapi asyik tak sempat nak post pasal makan. Asyik dok ceghita benda lagha saja. 

Moh kite tengok bahan-bahan :))

MARBLE CHEESE CAKE

Bahan-bahan:
Bahan A
180 gm butter
170 gm gula kastor
3 biji telur
20 gm cocoa powder-ayak
120 gm tepung naik sendiri-ayak
1 tsp baking powder-ayak
Bahan B
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 tsp esen vanila
1 biji telur

Cara-cara :
1. Untuk bahan A, pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, cocoa powder dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.
5. Tuang separuh bahagian adunan A ke dalam loyang yang bersesuaian dan ratakan.
6. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
7. Tuangkan semua baki adunan A.
8. Bakar di dalam oven 160c selama 60 minit (tapi kite bakar sejam lebih haha) mengikut oven masing-masing.
9. Setelah masak tunggu sehingga betul-betul sejuk sebelum potong dan di ngapppppp!!!!!!
10. Eh satu lagi kalau nak buat toping, just panaskan chocolate bar di atas dapur dan tuang di atas cake yang da siap itu ye. Kalau nak dapatkan toping lagi sedap, campurkan sedikit susu pekat. Terpulang pada individu masing-masing. Tade toping pon marble cake ini tetap menarik tertarik. Yang penting rasa dia sedap :))
Sepatutnya cheese tu kat tengah-tengah. Tapi kite letak comot hahaha. Dimaafkan boleh? :P



Thanks to my girlfriend anyss for this recipe!
Resepi ini sangat sedap! :)




Selamat mencuba ^^








www.tips-fb.com

5 comments:

poohrist on February 25, 2012 at 1:45 PM said...

wow macam sedap je??
buat tak pandai tapi kalau makan pandai la..
hihihi

~Filzati Zulkepli~ on February 25, 2012 at 2:21 PM said...

haih, rupa tak elok janji rasanya meletops. sedapnyaaaaaaaa ! raya nanti ada buat tempahan tak? saya nk order. mihmihmih

eqbalzack on February 26, 2012 at 7:56 AM said...

Assalamualaikum,

Terima kasih join contest eqbalzack.com.
Abg eq dah linkkan kat blog.
Nantikan keputusannya ok.

-eqbalzack-

Anonymous said...

serius nampak sedap..
nak sikit.. :)

onie on March 2, 2012 at 9:22 PM said...

meleleh teqoih ayaq liuq den,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting