Followers

Sunday, February 26, 2012

Today is cool

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello peoples :) 
Today is the day that i feel so lazy to do anything haha. The weather is still really good and bright lately. It already took about 2 weeks i drove by myself using sister's car since i got my own license. It was so exciting! ^^ Berlagak teror di atas jalan padahal lesen P kot. The first day i drove last 2 weeks, kereta mati tengah jalan pon i rasa seronok hahaha. That's sound weird right? Padahal kereta laju-laju, jalan besau boleh pulak aku nak rileks. Over betol -.-

However, dah masuk 2 weeks rasanya lagi confident nak bawak :) Even kadang-kala ade buat a little bit (eh?) mistakes on the road pon eg ; bawak laju time selekoh, bawak terlalu perlahan macam kura-kura time selekoh, nak cium bontot kereta orang and so on so forth. Ok memang buat orang sebelah kecut perut time tu hahaha. Esp my mom la kan, sebab sekarang ni i dah jadi driver pulak :)) But Alhamdulillah setakat ni driving tadelah sehingga boleh membahayakan. My mom, sister and niece kata i bawak dengan berhemah dan penumpang pon dalam keadaan tenang wakakaka. But still need improvement, itu harus :)

Btw, i got nothing much to say for today actually. 

Cuma satu saja benda yang i selalu sedar, selalu fikir sorang-sorang. Dah lama :) Maybe tak berkesempatan nak kongsikan saja. Dalam hidup ni kan kadang-kadang i selalu fikir, kenapa ye orang jahat yang buat jahat selalu saja hidup tenang, sedangkan kita yang baik-baik bila buat silap mesti dapat balasan terus. Err got what i mean? Maksudnya macamni la, its random ok, sebagai contoh bila orang yang jahat (perogol, perompak, pembunuh) buat apa-apa kesalahan, susah betul kan dorang nak kena tangkap or whatsoever. Yelah, 20 tahun buat benda jahat saja, tapi tak pernah tertangkap langsung. Lepastu hidup pulak tenang lenang kaya raya. Berbeza pula dengan kita yang baik-baik, biasa-biasa ini (ehm ehm baik maksudnya tade melakukan sebarang jenayah @ kelakuan yang tidak baik), sekali buat jahat atau kesalahan dalam masa beberapa saat, mesti akan dapat balasan. Yes, i selalu sedar perkara macam ni berlaku.

Masa sekolah/campus dulu, banyak kali jugak dapat bencana T__T. Bencana apa, bencana hilang kasut, hilang baju seluar sebab kena curi. Lepastu bila buat apa-apa event, macam-macam hal terjadi. Itu tak kena, ini tak kena. Padahal kita dah cuba buat yang terbaik. Tapi ada saja halangan yang terjadi. Korang penah alami?

For me, sebenarnya itulah orang kata setiap ujian/dugaan dari Yang Maha Esa sebenarnya untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lampau. Kita mungkin tak sedar kita buat silap walaupun kesilapan kecil, apatah lagi kesilapan besar yang kita sedar tapi buat-buat tak tahu. Kita kena bersyukur sekurang-kurangnya Allah s.w.t bagi kesedaran cepat kepada kita yang sentiasa lemah dengan godaan syaitan ni. Kadang kita ni buat jahat sikit, mesti dah rasa, eh tak boleh ni nanti Allah marah. Eh salah buat macam ni nanti Allah nampak. Eh tak boleh mengumpat ni, nanti Allah bagi ujian macam-macam. See? 

Ya kita manusia yang serba kekurangan. Itu sebab kita kena sentiasa jaga solat, baca Al-Quran, supaya iman kita lagi kukuh dan kuat :) Nak buat apa-apa pun sekurang-kurangnya kita sedar dan tahu mana yang salah dan mana yang betul. Kalau ada apa-apa ujian atau dugaan yang kita kena hadapi, kita kena kuat dan tabah. Sebab mungkin dugaan itu datang disebabkan kelalaian atau kesilapan kita yang dulu, mungkin? Kita cuba istiqamah diri, cuba bersikap tenang dan fikirkan penyelesaian. Kenapa ini terjadi, kenapa itu terjadi, ada hikmahnya. Mungkin kadang kadang kesedaran datang lambat, tapi bila tiba masanya kita akan terbuka hati untuk cuba jadi yang lebih baik. 

Yang penting, jangan salahkan Allah s.w.t sebab Dia pencipta kita. Dia yang memberi rezeki kepada kita, kebahagiaan kepada kita, keamanan kepada kita. Dugaan itu sebenarnya Allah s.w.t beri untuk orang-orang yang bersabar :)) Dugaan itu mematangkan kita, supaya kita lebih tangkas berfikir dan boleh menyelesaikan setiap masalah dengan rasional. Dan sedar tak? Kadang-kadang bila kita dapat sesuatu ujian, Allah s.w.t berikan pula kebahagiaan yang tak henti-henti kepada kita. Sebagai contoh, mula-mula kerja tempat baru rasa tertekan, itu tak tahu, ini tak tahu. Tapi lepas dah berbulan kat tempat kerja baru, semua benda jadi mudah, rezeki melimpah ruah, boleh kawen, dapat isteri/suami yang baik pula, dapat anak-anak yang comel soleh/solehah. Nampak tak? Itulah kebahagiaan yang saya maksudkan :)

Yang penting, kita kena sentiasa berdoa supaya kita sentiasa mendapat jalan yang benar. Supaya kehidupan kita sentiasa dilimpahi rahmat dan berbahagia selalu :) Saya sebenarnya bersyukur sangat-sangat sekarang ini, saya rasa bahagia sangat, sebab orang yang saya sayang sudah mula berubah dan saya juga turut ingin melakukan perubahan dari semasa ke semasa, menjadi insan yang lebih baik. Yang dah baik, kita cuba baik kan lagi. Baik itu banyak cabangnya, dari segi akhlak, moral, sikap dan sebagainya.Yang penting niat kita betul, InsyaAllah kebenaran itu akan ada :)





Jangan lupa, buang berprasangka buruk dan berfikir yang baik-baik saja. Dalam banyak-banyak keburukan, kita kena pandang satu kebaikan (Tuan Haji Rosli). Itu yang lebih baik :))












err, bukan ke awal tadi kata nothing to say. tapi ini panjang menjela? dah dapat taip terus nak taip panjang hahaha eh entry kali ni bukan ceramah kan? sekadar berkongsi pendapat, apa yang ada dalam hati sekarang ni, sementara ada mood ekekekekeke ^^ chills!



www.tips-fb.com

Saturday, February 25, 2012

EqbalZack Contest | hello today is the last day|

Broommm..Broommm by LittleGurl 1 comments
Assalamualaikum w.b.t

'Hello today is the last day' itu bukanlah tajuk contest abang eq kali ini. Tapi itu adalah ayat nak sedapkan hati aku sendiri. Konon boleh terus join haritu, tapi rupanya dah last day baru nak join kan. Nak kena betol ni -.-

Ok malas nak membebel panjang. Kawan-kawan! Ayuh join contest abang eq harini jugak! Sebab deadline contest ini adalah 11.59pm, 25 February 2012. Ehhhh 25 harini kan? So apelagi, takyah nak ternganga nganga pulak, terus join!

Oh hampir terlupa, ini bukan contest memperaga pakaian atau shawl yang korang selalu join itu. Tetapi contest ini adalah untuk menonjolkan bakat menulis essei pendek/short essay korang. Mudah saja, just create a short essay in 300 word or fewer by using this picture below!
simple bukan? ok terus click ABANG EQBALZACK untuk tengok syarat-syarat penyertaan (btw, syarat-syarat biasa je, so korang jangan risau boleh terus join hihihi) dan juga contact form untuk send essay tersebut.

Hadiah sangat lumayan. Kalau dapat sangat bertuah, kalau tak dapat boleh cuba lagi. I tengah sengkek sekarang tak keje, so i cuba mempertaruhkan my essay yang comot itu hahaha. 

Saya dah join, anda bila lagi? Good luck korang! :))









www.tips-fb.com

Resepi Marble Cheese Cake

Broommm..Broommm by LittleGurl 5 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello peoples yang comel dan kacak sekalian. Dah lame rasanya tak share korang resepi kan? Ok harini kite (jangan geli baca entry ni sebab guna 'kite' haha) nak share resepi baking lagi. Actually dah lame buat tapi asyik tak sempat nak post pasal makan. Asyik dok ceghita benda lagha saja. 

Moh kite tengok bahan-bahan :))

MARBLE CHEESE CAKE

Bahan-bahan:
Bahan A
180 gm butter
170 gm gula kastor
3 biji telur
20 gm cocoa powder-ayak
120 gm tepung naik sendiri-ayak
1 tsp baking powder-ayak
Bahan B
250 gm cream cheese
60 gm gula kastor
1 tsp esen vanila
1 biji telur

Cara-cara :
1. Untuk bahan A, pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepung, cocoa powder dan baking powder yang telah di ayak. Gaul rata.
4. Di sebuah bekas lain, pukul kesemua bahan B hingga kembang.
5. Tuang separuh bahagian adunan A ke dalam loyang yang bersesuaian dan ratakan.
6. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
7. Tuangkan semua baki adunan A.
8. Bakar di dalam oven 160c selama 60 minit (tapi kite bakar sejam lebih haha) mengikut oven masing-masing.
9. Setelah masak tunggu sehingga betul-betul sejuk sebelum potong dan di ngapppppp!!!!!!
10. Eh satu lagi kalau nak buat toping, just panaskan chocolate bar di atas dapur dan tuang di atas cake yang da siap itu ye. Kalau nak dapatkan toping lagi sedap, campurkan sedikit susu pekat. Terpulang pada individu masing-masing. Tade toping pon marble cake ini tetap menarik tertarik. Yang penting rasa dia sedap :))
Sepatutnya cheese tu kat tengah-tengah. Tapi kite letak comot hahaha. Dimaafkan boleh? :P



Thanks to my girlfriend anyss for this recipe!
Resepi ini sangat sedap! :)




Selamat mencuba ^^








www.tips-fb.com

Tuesday, February 21, 2012

Berfikir yang baik-baik saja :)

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello peoples! How's your day? Mine was awesome! ---------> asyik-asyik awesome je kau ye senah *gelak tutup mulut*

Terharu harini sebab lovely partner sanggup keluar bersama even kaki masih sakit sobs. Pulak tu siap nak pegi jalan-jalan dekat mall hambooiiii tinggi betul permintaan hewhewhew. Lepastu mengadu kaki berdenyut pula lepas berjalan-jalan turun bawah naik atas T___T Haku macam biasa dah mula gelabah hahaha 

Ok done cerita pasal kegembiraan yang tak kan habes. Back to the tajuklah ok.

I found a weird things nowadays dimana manusia lebih suka bercakap pasal manusia lain berbanding diri sendiri? Ok fine. Sekarang aku pulak yang bercerita pasal manusia lain #eh.

Ini bukan bercerita pasal manusia lain pon actually. This is randoms. 

Blog
Sekarang manusia dah berpusu-pusu mengcreate sebuah blog untuk tatapan umum atau untuk tatapan diri sendiri (private blog). Macam-macam cerita akan keluar dari seorang blogger, perihal agama, akhlak, moral, pendidikan dan sebagainya. Dan majoriti blogger akan menceritakan hal diri masing-masing. Pegi makan mana, keluar dengan sape, buat apa and so on so forth. Yeah just like me :) Dan tugas readers pula adalah membaca dan cuba buat mimik tergamam seperti ini 'wahhhh cantiknya gambar' 'wahhh romantiknya' 'wahhhh cool gila' 'hmmmm insafnya'. 

Tapi yang sedihnya pula, even ada bloggers memberi kata-kata nasihat atau bercakap tentang agama sekalipun, ada yang mengeluarkan kata-kata seperti ini 'nak tunjuk baik konon' 'eleeehh macam bagus sangat'. Yelah kau je bagus, orang lain tak bagus kan. Hmmm, buat baik pun dikutuk, buat jahat apatah lagi. Ada pula bloggers post gambar-gambar bersama, terutama pasangan baru-baru kawin hothot mama papa gitewww. Tapi ada pula ayat begini muncul 'nak tunjuk bahagia puiiiiiii lame-lame ceraiiiiiii' T____T

Pada pendapat saya, tak elok lah berburuk sangka pada orang lain. Sedangkan orang lain sedang bergembira berbahagia, kenapa kita perlu wujudkan ketegangan pula? Orang lain hidup baik-baik je, kenapa pula kita nak hidup dok sakit hati dengan orang tanpa sebab. Orang buat baik, kita cakap yang teruk-teruk je. Orang buat tak baik, lagilah kau nak mengutuk tak henti-henti. Hmmmmm T____T

Samalah juga melalui facebook pun. Tolong hentikan segala prasangka buruk kat orang. Lihat manusia dengan pelbagai sudut. Jangan terlalu suka judge yang bukan-bukan. Yang mana baik mereka kongsikan bersama, kita ambil dengan nilai positif. Yang mana tak baik mereka kongsikan bersama pula, kita tolak sebab itu benda negatif. Tak perlu menggunakan ayat-ayat kasar tanda protes, itu menunjukkan nilai ketidakprofessionalan kita :) ---------> ada ke perkataan ketidakprofessionalan itu? -.- 

Kita kena ingat, satu jari kita tunding ke arah orang lain, lagi empat akan berbalik kepada kita. Dan mungkin keburukan yang kita nampak itu, sebenarnya adalah kebaikan yang dia ada. Kita saja yang buta dok mengata, mungkin? Tak baik tau cakap buruk pasal orang sedangkan diri kita pon tak sempurna. Dan takde sape yang sempurna. Sebab manusia diciptakan untuk saling melengkapi, bukan saling memusuhi :) 

Berfikir yang baik-baik saja, tak susah kan? Kalau kita berfikir yang baik saja tentang orang lain, orang lain pon akan berfikir yang baik saja tentang kita, sukanyaaaaaaaaaaaaa :)


Selamat malam dunia. 
Semoga kita masih diberi peluang untuk bangun esok hari membina kekuatan diri yang baru.
InsyaAllah :)






www.tips-fb.com

Thursday, February 16, 2012

i love her!

Broommm..Broommm by LittleGurl 8 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hey, this is my first time falling in love with a girl. Pffffffffffffffff oh no! Jangan ingat tetiba jadi lesbian pulak, i dah berpunya kot hewhewhew! :P

And i just don't remember when it was started. Just now i was watching a hijab's tutorial by an awesome girl and i  thought she is a malay girl, but the truth is she is an indonesian! :))

She drop her website (blog) through the youtube and i can't stop looking at her! Chantek weh! All the pictures was awesome! Nak pengsan boleh tak? *overnyaaaaaaaaaaa*

Hehehehe i don't really know who is she actually. Maybe a model, perhaps. And i don't know either you guys dah tengok ke belom or maybe dah kenal pon who she was :)) But what i can say is she was superb! Cantik, menarik, tertarik kau memang ngeboommm gitu. She just look like a fashionista and love her style so much. Dah la cantik, lepastu her voice sangat sedap. 

And sekali pandang i nampak dia macam Bunga Cinta Lestari :)) Dua kali pandang macam Maria Elena pon ade!!!! Hewhewhew. Maybe sebab dorang punya style just look like the same. 

Nak kenal tak? Jom terjah this girl.



Nak dengar suara dia yang cool? click here :)) Sure teruja hihihi




The truth is i love to see beautiful girl. Sekadar mengagumi ciptaan Allah s.w.t. 
Subhanallah. Manusia sungguh indah :))









www.tips-fb.com

Tuesday, February 14, 2012

Hadiah dari blogger kacak aauwwwwwww

Broommm..Broommm by LittleGurl 14 comments
Assalamualaikum w.b.t

Semalaman tak lena tido sebab teringatkan Fahrin Ahmad i yang dalam kesakitan sebab terseliuh kaki semasa bermain badminton minggu lepas T__T. Sekarang xleh nak jalan. Dah dengar pun dah runsing, rasanya kalau ade berdekatan dengan si dia, lagilah aku yang keluh resah tak henti-henti. Sekarang ni pon dah macam-macam dok pikir. Macam mana dia nak pi keje nanti? Eh makan sape nak tolong masakkan? Nak pergi tapaukan makanan sape pulak yang boleh tolong ni? Kalau jatuh cane? Sape nak tolong angkat? Tandas licin, nanti kalau jatuh takleh bangun? Kalau kaki sakit lagi ade orang nak tolong tak? Kalau itu..kalau ini..ish ish belum ada suami lagi dah gelabah betul. Kalau dah ade suami, anak-anak dok demam, batuk-batuk, luka situ sini, rasanya aku orang yang paling kecoh hahaha. Err, naluri orang perempuan memang camni kan? LOL :O 

Please guys pray for him ok :) Thanks ^^

Tapi tadi bangun-bangun pagi terus tersenyum gembira walaupun hati asyik dok pikir budak handsome tengah sakit tu. Eh eh apakah yang terjadi hingga boleh buat aku gembira ni? 
 Fridge magnet by EqbalZack! :)

Taaraaaaaaaa!!! Ohhh frigde magnet ini punya pasal rupanya. Ngehngehngeh!

Yayyyyy finally sampai jugak abang eq punya gift :) Thanks a lot abang eq. Comel sangat-sangat! Terus bukak laju-laju envelope lepastu papppppppppppppppp dekat peti ais.
Tengok tu, sampai kat rumah baru terus dapat kawan :)



Bytheway, not to late to say CONGRATULATION to EqbalZack
for winning the Best Lifestyle Blog of the Year in World Bloggers & Social Media Award 2012.
A big clap to him pappappappappap!!!! :))











www.tips-fb.com

Monday, February 13, 2012

Hargai mereka selagi mereka masih ada

Broommm..Broommm by LittleGurl 6 comments
Assalamualaikum w.b.t

Sila baca dengan tenang dan menghayatinya walaupun saya tahu anda telah membacanya berulang kali :)
----------------------------------------------------------------
Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..
Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..

Bila mak minta kita pulang..kita jawan kita belum lapang..
Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..

Bila hati kita terguris..kita kata "Mak memang tak pernah faham"
Bila hati kita terhiris..kita kata "Ayah memang tak ambil kisah"

TETAPI...

Bila hati mak kita terguris..mak kata "Tak apa, dia masih muda"
Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata "Tak mengapa, belum sampai akalnya"

Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki..
Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena..

Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal..
Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga..

Hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada didunia.
---------------------------------------------------------------------------------------
Kadangkala kita selalu alpa, kadangkala kita selalu lupa. 
Siapa yang harus kita balas jasa, siapa yang kita harus rindui sentiasa, siapa yang harus kita jaga hatinya. 

Kita jangan lupa tanggungjawab kita sebagai seorang anak adalah untuk membahagiakan dan mendoakan kesejahteraan ibubapa. Biarpun sudah punya suami/isteri, ibubapa tidak dilupa. Biarpun telah kaya menakluk dunia, ibubapa tetap yang utama. Biarpun terlalu gembira bersama kekasih hati atau rakan seperjuangan, ibubapa tetap dekat dihati kita.

Ayuh kita menyayangi ibubapa, menyayangi suami/isteri (kalau single cane? :P), menyayangi keluarga tercinta dan menyayangi sahabat handai dengan seiring sejalan, supaya kita tidak tersilap langkah hingga menyakiti hati orang yang seharusnya kita jaga. Mari sama-sama kita berlaku adil dalam kehidupan. 


Ya-Allah, benihkanlah hati kami kasih sayang sejati terhadap-Mu, supaya kami sentiasa mendapat ketenangan dan keredhaan-Mu, seterusnya dapat membahagiakan orang-orang yang kami sayang sebagaimana Engkau membahagiakan hatiku. Amin.






T___T







www.tips-fb.com

Saturday, February 11, 2012

Holiday : Part 2

Broommm..Broommm by LittleGurl 4 comments
Assalamualaikum w.b.t

Selepas selesai berjimba-jimba di Pulau Pangkor tempoh hari, my auntie ada offer nak pegi cameron highland atau nak pergi zoo. Terus umi menjawab 'zoo!' hahaha. Kemain ye. Tapi kan betol jugak bosan kot pergi cameron highland. Macam dah jemu pegi sebab tade ape yang best sangat kat sana. Strawberry teh strawberry teh. It's true kat sana sejuk dan nyaman. Tapi sesuai pergi waktu nak rileks rileks skit baru dapat menikmati konon duduk dekat UK -.- Satu lagi pergi sana sesuai untuk shooting! View cantik :)

So, kitorang luangkan masa berjumpa sahabat handai di zoo taiping! Hoiii sahabat handai? Fine fine -.- 
 Masa dalam kereta otw nak balik, saya telah dibuli habes habesan oleh budak kecik dua orang ini. Boleh pulak dorang set timing 5 minutes for me untuk duduk diam saja, tak potpetpotpet macam biasa? Eh mana boleh -.- Mentang-mentang ucu ni jenis potpetpotpet tak henti kan. Grrrrrrr lepastu bantai gelak kan i pulak ish ish tak padan dengan kecik.
 Sorang lagi takde, abang iparku yang ohsem tengah snap gambar ^^
 Ok bergambar dengan setan kat belakang tuh hahaha. Background buruknya!!!
 Yay sampai sudah :)
Ramai sangat orang waktu ini. Yelah kan musim cuti chinese new year :) And now i know ape sebenarnya orang berbangsa cina buat waktu perayaan dorang. It is Holiday yes! Sebab aku tengok jarang je dorang pergi melawat sedara mara macam kita waktu perayaan. Tapi dorang more to having fun with family. Pergi bercuti di seluruh pelusuk dunia termasuk malaysia, haruslah :)
 Ini buah hati saya. Paling garang hahaha tapi paling sporting aauwwwww
 'hoiii turunlah sini, lame tak jumpa kot! sombong gila!' fine. fine
 Layak tak jadi model buaya disini? Hmmm jadi mangsa buaya adelah.
I just love the view :) Macam dalam dunia tarzan hewhewhew!
 Euwwwwww nampak tak? Buaya ni dua kali ganda aku tahu? Sangat besar. Mula-mula nampak yang kecik kenot je. Agresif kot. Lepastu budak-budak ni pakat dok jerit 'ucu, ucu, sini lagi besar!'. Aku pon terus berlari lari esaited weh nak tengok buaya besar nih. Rasanya masa ni buaya besar gedabak ni baru sudah lunch. Sebab perut kembung lepastu langsung tak endah kitorang yang bising kemain. Amboiii sombong betol si gemok ni. Tak nak kawan! uh
 I love you umi muahmuah!

 Hey itu giraffe! Nampak tak? Anggun berkaki panjang.
  Bear ni baru bangun. Comel je dia tido. Tapi bila aku nak snap, dia terus bangun buat catwalk. olololololo
 Sebenarnya nak tunjuk ikan keli besar peha kat belakang ni. 
Tapi terover pulak orang lain yang inteperim lebih wahahahaha
 Cuba teka ini ape? Hah girafah? Bukan ye adik-adik...
 Sebenarnya dia adalah si unta! Sangat comel. 
Suka mengunyah dan menunjukkan bibirnya yang gebus. Tau nak cium cium je engko ye hakhakhak ^^
 Mula-mula ingat haiwan ni adalah baby rusa. Rupanya kangaroo! ololololo. Kitorang tunggu lama kemain kat sini sebab nak tengok dia bangun lompat-lompat hahaha. Lepastu sebok nak usha dia punya poket. Comel sangat! Kan ada dalam cerita kartun baby kangaroo duduk dalam kantung poket tu, haa macam tu la.

Banyak sangat sebenarnya gambar nak share with you guys. Tapi cukuplah sikit-sikit je hihihi. Lagipun image sangat berat nanti lambat nak loading. Btw, we were really had fun here! Lama tak datang zoo, so rasa macam back to old times hihihihi. Bezanya dulu nampak binatang terus terjerit hahaha sekarang ni binatang pulak terjerit tengok aku -.- Tapi ada satu binatang yang langsung tak jerit, olohhh sporting betol. Dah la romantik hewhewhew
 Taraaaa! Boyfriend baru saya! Nama dia gigolo eh eh ada masalah tak dengan nama tu? T__T

Selepas memenatkan diri berjalan-jalan disekitar zoo dengan gembiranya, kitorang terus start berpicnic di depan tasik zoo taiping ni. Siap berbekal nasi sudah. Cuma tinggal nak goreng-goreng ayam je. hihihi. Semua orang tengok semacam hahaha. Orang lain beli bekal kat gerai, kitorang siap bawak dapur tuh. Dah macam bercamping.

Hopefully nanti next time boleh datang lagi jumpa sahabat karib kat atas tu hahahaha. Datang lagi siap tolak troli, troli yang takde baby orang, tapi baby aku sendiri. Hamboiiiiiii *pang nak?*



Have a nice day peoples! :)







p/s : pssttt mane nak tgk live cite kuch kuch hota hai kat tv3? aku diluar kawasan ni, tade kat rumah. please please help me! T___T




www.tips-fb.com

Kereta gua mati ditengah jalan? Nak nangis ke nak gelak ni.

Broommm..Broommm by LittleGurl 2 comments
Assalamualaikum w.b.t

Boleh tak nak hembus nafas dengan kuatnya sekejap? -.-
Fuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhh

Ok lega.
Tadi saya bawak kereta manual, nak pergi kedai jahit umi. 
Jalan nak ke sana memang busy sikit, ada traffic light, ada selekoh, ada simpang tiga.

Sampai kat traffic light Alhamdulillah terus lampu hijau haha. Bertuah betul.

Tapi bila sampai selekoh dah nak sampai tu kat kedai, tup-tup kereta mati di tengah jalan T___T
Dah la jalan busy. Mau nak kena maki dekat pemandu lain yang lebih berhemah dari haku sobs.
Umi kat sebelah dah gabra dah hahaha. Kereta akak ade kat belakang sebab dia yang follow, kebetulan nak ke tempat kerja. Ecececeh siap follow tu, tukang spy. Sebab ini kali pertama aku bawak kereta manual dengan jarak jauh begini selepas dapat lesen haritu. Semalam dah bawak pergi jauh juga, tapi bawak kereta auto. Senang.
Bila kereta dah mati sebab terlepas clac (T___T), terus free gear dan start balik. Gerak laju-laju (padahal tak laju pon) sebab takut kereta dari arah sana datang menyerang beramai-ramai. Sampai terlupa nak matikan signal ke kiri masa belok mula-mula tadi. Nak belok lagi sekali ke kanan pon aku pakai signal kiri tu jugak T____T 

Alhamdulillah akhirnya sampai dengan selamat. Orang yang paling kuat menarik nafas dan menghembus nafas sekuatnya adalah umi gua wahahahaa. Weh cuak tahu kereta mati tengah-tengah jalan.

Tapelah, cubaan pertama. Ilmu tak akan habes kan? :)
Sila cuba lagi hewhewhew!




Eh nanti nak balik camne? T____T











p/s : korang ape cite? meh kongsi cerita masa mula-mula dah dapat lesen. pro ke tak? hihihihi






www.tips-fb.com

Friday, February 10, 2012

Holiday : Part 1

Broommm..Broommm by LittleGurl 3 comments
Assalamualaikum w.b.t

Hello. Salam Jumaat buat semua :)

Hows your day? Is it awesome? How about me? Mestilah awesome setiap hari. Alhamdulillah. Even not have fun pon actually, everyday dok terbongkang mengadap tivi, takpon bosan-bosan pegi dapur start baking or cooking sampai muntah, i will make sure everyday is awesome! Hihihihi hey you should find something untuk happykan diri tahu? :)

So, within of chinese new year baru-baru ini (a week), me and my family telah pergi berjimba-jimba holiday yay! :) Sangat seronok sebab dah lame tak pegi holiday. Unfortunately sebenarnya ini bukanlah betol-betol holiday pon. So tak semua sibling yang pegi. Eh ade pulak bukan betol-betol kan -.- Sebenarnya my sis yang dah kawen tu pegi honeymoon kat Pulau Pangkor and sponsored by my auntie yang sporting morting. Memandangkan aku dah lama pulak tak pegi Perak since sambung study kat shah alam pulak sebelum ni (before this masa diploma i ambek kos QS kat uitm seri iskandar), so my auntie pon sponsored jugak for me, my mom and niece. Hihihi best best! :) Nampaknya ini dah jadi honeymoon berpasang-pasangan hahaha, boleh?

It was a long journey since the holiday not only includes Pulau Pangkor, but also Perak, Penang and Kuala Lumpur :)

Just imagine the whole week asyik berhijrah tak kesudah? We just took a bus from Kelantan to Perak and Kuala Lumpur. And the final destination must be Kelantan again by KTM. Seriously rasa macam minah salleh tengah berkeliaran di sekitar malaysia -.- Bezanya tak bawak la beg yang macam gunung tu sebab setiap destination adalah rumah kaum kerabat sendiri :) So nak pegi jalan just bawak handbag, no need beg camping besar gedabak itu, tak larat tau nak bawak. Bajet minah scotland nak bawak beg camping merata-rata haha. Serius, jalan jauh dalam masa seminggu for me better naik bas saja. Sebab bawak kereta for sure penat sangat. Just an opinion :)

The pictures sangaattttttlah banyak. But i still wanna share you some of the pictures :) Nak tengok lagi banyak just view my facebook. Wahwahwah promote gitew ^^

Enjoy peoples! :)
Ready to go hoyeeaaahhhh ^^
Menjamu selera kejap dekat Lumut. Terlupa pula nama kedai itu. Serius, makanan banyak sampai taktau nak ambek yang mana. Terus rambang mata. Pergh, tengok makanan pon boleh rambang mata -.-
 Here we come :) Sampai sudah. Alhamdulillah.
^^
Suka gambar ni sebab ade mark paling cool JETI PANGKOR 
 Sampai-sampai terus teruja tengok van comel hihihi 
Bila sampai je tempat penginapan terus menerpa ke arah pantai! Whoaaaaa bestnya. Cuaca sangat baik :)
 Siap berkelah lagi masak meggi huahuahua :D Eh baby Shauqi pon datang berkelah juga yay!

Bakal pengantin bersama pengantin baru wahahaha. Bakal pengantin? Dushdushdush

 13 years old kids. Sorang besau, sorang kecik. Tapi sama-sama potpet membuli ucu, sabo jela.

 All of us! Wishing that oneday boleh holiday with all sibling's members pulak :) InsyaAllah.
 Ok bergaya je lebih. Bila nak selam muka terkial-kial rasa macam nak lemas, padahal brapa inci je pon jarak kaki dengan pasir bawah tu anyoyoyoyo T___T


Dah penat bersnorkling segala bagai petang tu, malam pula ayuh mencekik darah bersama-sama. Bertuah tahu sebab sempat snorkling petang tu. Sebab malam tu hujan turun dengan lebatnya. Baru je puji cuaca sangat baik petang tadi, malamnya terus hujan lebat. Lepastu pula esokkan terus tak boleh main snorkling atau pon apa-apa games air, sebab ombak kuat. We were so glad sebab sempat kan hihihi
 Dah kenyang terus buat peace sorang-sorang. Padahal umi kat belakang pon nak buat peace. Tapi sebab aku over so umi terus tak jadi nak buat T___T
Shopping fridge magnet and keychain time! Habis budak-budak ni borong :) Pulak tu kakak kemain nak borong juga. Yelah, sejak dok diperantauan (ececeh) terus nak shopping sakan untuk umi, abah dan adik-adik :) Haruslah borong untuk family sendiri. 
Masa untuk pulang :)
 Yang tengah itulah my niece yang sekarang dah dok kat Kelantan juga. Menyambung pelajaran di sekolah agama naim lilbanat sebab memperoleh keputusan cemerlang 5A upsr tahun lepas. Syukur Alhamdulillah berkat usaha dan tawakal, akhirnya berjaya masuk ke sekolah agama terpilih, pulak tu paling mengembirakan dia sebab dekat kampung atok nenek sendiri hihihihi



We were really had fun! Hilang segala masalah, tenang segala jiwa :)

Good bye Pangkor Island. Till meet again ^^










www.tips-fb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting