Rasa kembung semacam akhir akhir ne. Petanda penuaan atau terlebih makan? Atau pula kurang makan? T_T. Tadi baru je lepas makan dengan budak budak bilik. Menu maggi, roti dan air milo. Itu je termampu. Padahal memang tu je kot makanan hari hari sejak diploma lagi. HAHA. bajet nak sedih la pulak.
Agak sedih la jugak rasanya sebab poket dan bank sudah kering kontang. Kalau awal awal dulu bukan main shopping sakan, makan best best, pegi situ sini kan. Sekarang ne kau ternganga je la tengok orang pakai baju baru, makan lazat lazat macam Big Apple dan Pizza Hut kegemaran kau tu. Eh sejak bile pulak suke Big Apple ne? =.=
sedapnye hingga menjilat kuku jari T_T
Shopping?Jalan jalan? Makan makan? Cuba cakap ape yang aku beli awal awal semester haritu? Cuba cakap mane aku pergi awal semester haritu? Cuba cakap makanan ape aku makan awal awal semester haritu? Tade ape yang aku beli pon. Ok tipu la kan. Sabun, bedak, deadorant tu ape? Perlu beli jugak kan? Jalan jalan? Setakat pergi PKNS, Seksyen 2 untuk beli makanan. Tak pon pergi JJ Bukit Raja, tu pun x kuar duit sebab ditanggung sepenuhnya oleh Encik Fafau. Makan? Ade la sekali dua makan kfc pastu chicken cop berharga RM12.90. Mahal gile T_T. Tu je la. Laen laen? Takkan nak list satu satu kan.
Itu bermakna duit ne macam air mengalir je. Walaupun kita tade guna banyak pon, tapi lame lame duit dalam purse dah nipis semacam. And honest semester kali ne LG rasa macam berjimat gile kot. Mane tak nya gara gara thesis tercinta, LG kena jaga duet sikit la. Sebab kena kuar pergi site, pergi interview, pergi setelkan hal hal case study. Tambang kereta sewa, tambang bas, tambang train. Tu sume kena ambek soal. Even total tambang korang cuma RM10/day, cuba kira kalau hari hari keluar pergi setel kan thesis tu. Mau da RM70 dalam masa seminggu. No wonder la kan mane semua duit tu pergi. T_T
Itu bermakna duit ne macam air mengalir je. Walaupun kita tade guna banyak pon, tapi lame lame duit dalam purse dah nipis semacam. And honest semester kali ne LG rasa macam berjimat gile kot. Mane tak nya gara gara thesis tercinta, LG kena jaga duet sikit la. Sebab kena kuar pergi site, pergi interview, pergi setelkan hal hal case study. Tambang kereta sewa, tambang bas, tambang train. Tu sume kena ambek soal. Even total tambang korang cuma RM10/day, cuba kira kalau hari hari keluar pergi setel kan thesis tu. Mau da RM70 dalam masa seminggu. No wonder la kan mane semua duit tu pergi. T_T
Sebenarnya, saat kita rasa kekurangan, Allah s.w.t sentiasa melihat kita, bahkan setiap masa. Ketika kita senang, ketika kita susah. Dia ada menemani kita. Dan LG sebenarnya begitu bersyukur, kerana setiap kesusahan yang LG lalui, telah berjaya LG tempuhi dengan sebaiknya. Alhamdulillah.
Allah s.w.t cuma memberi ujian pada kita. Samaada kita mampu menghadapi semuanya dengan tabah dan sabar atau pun tidak. Percayalah, setiap ujian itu akan memberi sesuatu yang baik kepada kita.
Pernah satu ketika, bayangkan suatu ketika semasa LG di UiTM Perak, LG menangis dan rasa sedih sangat sebab duit dalam bank hampir da tinggal zero. Dalam dompet apatah lagi kan. Waktu tu hampir hampir da nak habes semester. Nak mintak ngan akak, memang segan sangat. Nak mintak ngan abang, dia pon masa tu dalam proses nak kumpul duet. Nak mintak dengan umi, memang LG takan mintak. Sebab umi da bersara, tak kerja macam dulu da. Cuma menjahit je. Apatah lagi, Hanya umi sorang saja yang ada. Jarang sekali LG mintak duet dengan umi sejak masuk universiti. Nak dijadikan cerita, LG dapat panggilan dari mak saudara LG yang memang tinggal berdekatan dengan UiTM.
Auntie : Azy kat mana?
Aku : Azy kat hostel. Nape suta (panggilan manja kat auntie bongsu LG)?
Auntie : Minggu ne datang la rumah suta. Kita pergi berfoya foya. Nanti syabil suta letak kat rumah pengasuh. Budak budak ade aktiviti kat sekolah. Pak Su pergi KL, ade kena hantar barang seramik dia. Nanti suta ambek Azy.
Aku : yeke. hehehe. boley jugak.
Pernah sekali masa dah hampir nak habes cuti semester, LG tade duet nak beli tiket bas. So, LG mitak akak masukkan duit untuk beli tiket bas. Bile LG pergi bank, LG pelik sebab tiba tiba ade 4 angka duit LG. Padahal dalam tu tinggal cipot je kot. LG call tanya umi, tanya akak, kot kot tersilap bank in.
Umi : ke duit zakat adik dah masuk?
Adik : Eh, tade la. Dah 3 bulan apply, macam tak dapat je.
Umi : Cuba tanya kat unit zakat tu. Mana tau rezeki kan
Adik : Hmmm,ye kot. Ok nanti adik tanya.
Esokkan pergi kat unit zakat, memang ye, nama LG terpampang kat board luar unit zakat. Tersenyum lebar sampai ke telinga walaupun dapat time nak dekat cuti semester dah pun. Duit zakat tu LG ade apply masa awal awal semester 3. Saje la mintak sebab sape sape pom boley apply kan. Sebab UiTM memang ada peruntukan untuk biasiswa pelajar. Dalam masa 3 bulan tuh, lame da tunggu, ingatkan memang tade rezeki da, tapi Alhamdulillah. Itulah balasan jika kita bersabar. Dan dengan penuh rasa bersyukur, LG sumbangkan duet tu dengan buat majlis makan makan kat rumah. Jemput sedara, jiran jiran, kawan kawan. Bukan sebab bangga, tapi sebab rasa rezeki tu patut dikongsikan bersama. Sampai ada yang tanya...
"Mok long wat balik menantu ko ne?"
Mentang mentang i yang sponsor, teros cakap pasal kawen.
T_T
Dan dah banyak kali bile di saat LG rasa macam tak mampu nak tanggung diri, ne pon berkaitan dengan duet jugak, ade saja sumbangan tiba tiba muncul.
Dan dah banyak kali bile di saat LG rasa macam tak mampu nak tanggung diri, ne pon berkaitan dengan duet jugak, ade saja sumbangan tiba tiba muncul.
"Tape la hari ni saya bayar"
"Jom nak belanja ne"
"Mari bilik make, ado makane banyok neh"
"Nak ikut tak?Along aku nak blanja makan."
"Adik da makan?Abe nak gi Shah Alam ne."
"Nah, pendrive 8gb"
"Ambil duet ne buat blanja"
T_T
Memang benar, Allah S.W.T Yang Maha Adil terhadap makhluknya. Dia hanya inginkan kesabaran hati kita terhadap setiap dugaan yang diberi. Dan balasan yang baik akan kita dapat andai ketabahan itu menjadi sebati dengan diri kita. Rezeki itu datang dari Yang Maha Esa, andai kita tidak bersyukur, bila bila masa Dia akan tarik balik rezeki kita. Dan andai kata kita bersyukur, rezeki itu akan dilipat gandakan.
ALHAMDULILLAH kerana aku masih dikelilingi dengan keluarga yang tersayang, insan yang tercinta dan rakan rakan yang sentiasa ada disisi untuk membantu.
For the rest of my life.
p/s: nak sedih sedih mesti bab
makan je kan T_T
p/s/s: tq along!muah!
p/s/s: tq along!muah!
Sila klik jika sudi =)
1 comments:
x rugi bersabar ;)
Post a Comment