Followers

Wednesday, March 30, 2011

dah hilang gemuruh di jiwa

Broommm..Broommm by LittleGurl
Mari bertepuk tangan sama sama 
Sambil tersenyum lebar hingga ke lubang cacing telinga.

Semalam telah berakhir nya pembentangan dan dalam bahasa English dikenali sebagai Presentation yang melibatkan pelajar QS Part 6.
Pembentangan ini berjudul : Presentation Applied Studies
Tajuk memang selalu mantap. =.=

Bermula dari awal semester hingga la semalam, kami dipaksa terpaksa membanting tulang (betol ke ayat aku ne?) menyiapkan semua report dan juga slide serta ilmu di dada. Setiap pelajar akan mempunyai group masing masing.Group kami adalah seramai 11 orang. 
Dah boleh tubuhkan player bola sepak.
Dan saya adalah goalkeepernya, sehebat Khairul Fahmi yang muka ala ala korea itu.
Eh ape ne tiba tiba menyebut nama apek pulak.
Ok fine.


Patutnya ade sorang lagi, si hafiz. Tapi kerana ade masalah kucing beranak, jadi dia xdapat bergambar bersama sama. 



Pendek gile haku. haha. Lepastu bahu macam pemain besbol. Besar gedabak sebab ade span. 
Biasa la baju pinjam sebab tade colour biru. T_T


Supervisor kami adalah Puan Afzan, yang cantik dan sehalus bayi. Sangat baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar dan juga nasihat tanpa jemu. Banyak sangat ilmu dan tidak lokek nak kongsi sama sama. Terharu sangat.
^.^

Semalam, 2 orang panel berdiriduduk megah di atas kerusi. Puan Afzan dan juga Puan Khairani (Pn K),seorang penulis skrip buku yang terkenal di kalangan orang orang bangsawan construction. 
Buku beliau yang saya tengah guna sekarang adalah berjudul Pak Pandir dan Mak Mandir.
ok tak lawak langsung.

Construction Economics
tapi saya pakai version lame. Sekarang da ade version baru. Tunggu duet lain nak beli.
Padahal memang tak beli da kot. haha

Alhamdulillah setelah bertungkus lumus dengan ahli kumpulan saya menyiapkan 1 project mix development yang mengandungi isi isi penting tersebut:

company profile
developer profile
market survey
development process
feasibility study
financial

akhirnya, tamat lah sudah pembentangan kami. Walaupun ade kekurangan dan kelemahan, sekurangnya kami telah buat yang terbaik. Sayang gile kat korang!tetibe


ok gambar blur tetap nak letak sebab ade yang ne je time makan makan. Kat Seksyen 7. Tapi lupa name ape da restoren ne. Hahaha. Tapi dekat dengan HAKIM. Hakim kedai makan bukan hakim kat mahkamah majestret.


Semangat makin pulih bile dengar Puan K bagi sedikit brainwash  nasihat memandangkan kami di semester akhir sekarang. Risau tak yah cakap lar sebab memikirkan ape la naseb kami selepas ini. 

Sume orang akan tanya:

"eh bile abes blaja?"

"ne semester last kan?"

"wah best la pasni dah boleh keje. da apply?"

"keje kat mana lepas ne?"

"keje KL ke balek kampung?"

dan soalan yang paling kerap ditanya adalah....









"da abes blaja teros kawen ek?"







T_T

p/s: mood keje tros meningkat ke 58%
eh sikit nye T_T




Sila klik jika sudi =)

www.tips-fb.com

2 comments:

izatul qisteena on March 30, 2011 at 1:43 AM said...

nama restoran tu restoran "Vicchuda Tomyam" la yang..syedap giler kan mknn ctu..hik3^^

Firdaus Kasim on March 31, 2011 at 4:37 PM said...

eh, npe ramai pakai baju kurung biru? hehe

Filem yang akan membuatkan anda menangis : Nur Kasih The Movie. Sila klik utk preview ringkas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting