Followers

Tuesday, March 22, 2011

Al-Fatihah

Broommm..Broommm by LittleGurl
Kata orang, yang baik itulah yang selalu mendapat ujian.
Kata orang, yang baik itulah yang sentiasa mendapat kebahagiaan.
Kata orang, yang baik itulah yang menjadi kesayangan Yang Maha Esa.
Kata orang, yang baik itulah yang akan meninggalkan kita.

Al-Fatihah buat Hasmah Idrus, 28, Shaibah Che Danial, 24 dan Siti Aminah.

Semoga roh mereka dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa.


Saat menulis ini, air mata mengalir ke pipi. Mengimbas kembali kejadian semalam yang saya sangkakan hanyalah kemalangan biasa. Ternyata, kejadian semalam meragut 3 nyawa sekaligus di depan mata saya sendiri. Tepat jam 9 malam saya bersama abang,kakak ipar, dan adik kakak ipar saya bergerak menuju ke KL dari Kota Bharu. Hujan hanya renyai renyai dan jalan langsung x jem berbanding macam biasa. Hairan jugak sebab biasanya cuti sekolah, jalan di kelantan memang penuh sesak. 

Sampai sahaj di R&R Gua Musang, kami berhenti sekejap. Dan beberapa minit kemudian terus meneruskan perjalanan ke KL. Memang teruja bile tengok kereta dan bas dijalan raya. Laju sangat memandangkan jalan tak sesak. Dan Kelisa arwah juga kelihatan memecut di belakang bas. Perjalanan macam biasa. Dan saya juga hampir tak perasan semua kenderaan di depan kami hilang sekelip mata. Sangat laju. Dalam 10/15 minit kemudian (anggaran saya), tiba tiba jalan jem. Dan kami sedar ada kemalangan di depan. Hanya berjarakkan 4 buah kenderaan dari depan. Semua penumpang turun melihat kejadian. Abang cuma bertanyakan khabar dari jauh. Menyangkakan hanyalah kemalangan biasa. Saya dan yang lain hanya menunggu di dalam sambil menjenguk dari dalam kereta. Ikutkan hati memang nak lihat sendiri. Tapi kawasan sangat gelap dan ramai penumpang penumpang lelaki yang keluar untuk memberi pertolongan. Untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku, jadi saya batalkan hasrat itu.

Menurut salah seorang penumpang yang melihat kemalangan tu, Kelisa memotong dan berlanggar dengan Pajero. Seorang terdampar di jalan dan mangsa yang lain tersepit melibatkan 4 orang perempuan dan salah seorang adalah pekerja di RHB Bank. Pajero cuba mengelak dan masuk ke dalam longkang. Memang macam tak percaya, hati meronta ronta nak keluar dan lihat sendiri keadaan tu. Bayangkan, kami langsung tak dengar apa apa hentakan atau dentuman yang kuat. Ingatkan kemalangan biasa, tapi rupanya tak. Astagfirullah al azim. Kami juga diberitahu bahawa kereta Kelisa milik arwah memecut laju dan memotong banyak kereta lain sebelum kemalangan.

Dalam beberapa minit, polis, ambulan dan bomba datang. Mangsa yang terdampar di atas jalan terus di bawa ke hospital dan mangsa tersepit dikeluarkan dengan bantuan bomba. Dan ape yang memeranjatkan saya, semasa kren yang membawa kereta Kelisa yang remuk tu lalu disebelah kereta kami, Ya-Allah, selamatkah semua penumpang dalam kereta? Dalam hati hanya Tuhan yang tau. Saya dan kakak ipar saling berpandangan. Hilang kata-kata. Kereta Kelisa remuk sampai ke tengah. Tak dapat dibayangkan.

Hampir 2 jam kami berada dalam sesakan jem. Atas jalan berderet deret kenderaan dari KL-KB dan KB-KL. Alhamdulillah kami selamat sampai ke Shah Alam. Tapi peristiwa semalam masih menghantui diri. Balek UiTM Shah Alam, terus saya ceritakan tentang kemalangan tersebut kepada roomate kesayangan. Dan secara tak langsung semasa saya blogwalking, saya terbaca entry kak ain. Ya-Allah, cerita kak ain lebih kurang sama dengan apa yang saya lihat semalam. Ini bermakna kami berkongsi kejadian yang sama. Dan paling menyayat hati, arwah adalah kenalan kak ain. Rasa sebak dalam hati memikirkan orang yang kita rapat dan kenal pergi meninggalkan kita buat selamanya. Dan rupa rupanya bukan sahaja sorang yang maut seperti yang dikhabarkan semalam, tapi melibatkan 3 orang sekaligus. Innalillah. Kak ain, bersabarlah. Allah s.w.t lebih menyayanginya. Kita sama sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.

AL-FATIHAH

Untuk berita lebih lanjut,sila layari mymetro 

  

www.tips-fb.com

4 comments:

Unknown on March 23, 2011 at 12:25 AM said...

al fatihah buat mangsa mangsa..semua insan akan pergi.tapi kita belum tentu bila..

suryadewa on March 23, 2011 at 2:13 AM said...

nice blog ^^ keep it up :)

izatul qisteena on March 23, 2011 at 11:37 AM said...

Innalillahiwainnailaihirojiun..
DariNya kita datang ..kepadaNya kita dikembalikan..AlFatihah

N.A.M on March 23, 2011 at 2:04 PM said...

al-fatihah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

LittlegurlPunyeBlog Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting